Sunday, April 17, 2011

larian perdana

salam

kali terakhir saya menyertai larian perdana adalah 10 tahun yang lepas. Sewaktu berusia 14 tahun,berat badan dalam 48 kg,  kulit licin tiada jerawat, admire pada seorang senior tingkatan 4,  poyo dan memakai cermin mata menambahkan lagi sifat 'nerd' dalam diri. Saya  pergi ke sekolah dengan keadaan terpaksa dalam rela kerana

1) Cikgu kata 'WAJIB' . Semua pelajar kena datang dan lari. Jika tidak datang, hukuman akan dikenakan. 
( iyoiyo jew)


2) Disebabkan faktor di perkara 1, semua kawan-kawan saya juga hadir. 

Kini, saya diposisi berbeza. Bukan lagi seorang pelajar tapi seorang guru. Masih lagi dalam keadaan terpaksa dalam rela kerana datang kerja hari sabtu. Malah, saya juga menggunakan perkataan 'WAJIB DATANG' kepada pelajar-pelajar saya terutamanya yang berada dalam rumah sukan yang sama dengan saya.

Hasilnya, Sebahagian besar pelajar peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2 yang hadir. HAHA. Biasalah. manusia naif dan suci senang sikit nak acah.

Tapi pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 dah tak terpedaya dah dengan acah acah 'wajib datang ' nie. Alah, sama lah seperti saya dahulu. Sebab itu lah semasa saya tingkatan 3,4,dan 5 tak ikut serta pun larian perdana ini.

Walaubagaimana pun, apabila berbicara mengenai rumah sukan, semua guru dan pelajar sama-sama akan bersifat kerumah sukan-an iaitu berusaha untuk memaju rumah sukan masing-masing.










ini cikgu. pewit pewittt. Cikgu yang baju merah itu maaf tak boleh ngorat.Manakala ustazah baju hitam kat sebelah itu 'mungkin' boleh dimengorat.








Teringat masa larian perdana masa lalu.Saya dan kawan-kawan bukan berlari sangat pun. Hanya berjalan-jalan seperti bersiar-siar sambil bercerita, singgah kedai sekejap beli air,cikgu nampak, kena marah sekejap,  Kemudian lari sekejap, jalan kaki sampai la ke garisan penamat. Muka buat-buat penat macam la berlari sepanjang perjalanan. Lalu berkata, 'dah la , tahun depan tak nak masuk dah larian perdana, bukannya menang, buat penat jew'. cet! langsung tak ada semangat kesukanan .


Ps: ini aktiviti bulan 2 yang lepas. Best Blogger Tips

2 comments: