Oh tuhan
Alhamdullilah. Im still alive. Thanks Allah.
Orang selalu berkata bahawa apabila usia kian meningkat, serta merta kita rasa ada tanggujawab dalam dada. Dalam peredaran masa kita jadi matang dalam perbualan dan perbuatan. Tiba-tiba kita mahu jadi sesuatu.
Terima kasih Tuhan. Nikmat engkau beri sangat tidak terhingga biarpun kadang kala aku adalah manusia leka. Manusia pelupa dan juga haloba. Mahu lebih dari apa yang ada. Sedangkan hakikatnya, Kau menilai manusia dengan imannya. Tak pernah jemu aku meminta itu dan ini dari Mu, sedang kadang kala aku mungkin alpa pada MU.
Tuhan,
Jauh aku tinggalkan keluarga dan kawan-kawan rapat yang tercinta.Bukan merajuk tapi ini takdir ku. Aku redha dengan segala isi tersirat dan tersuratmu. Qada' dan qadarku. Tercampak jauh untuk memulakan hidup. Supaya Aku ini jadi dewasa. Itu fitrah. Destinasi kami kini sudah berbeza.Dahulu kami bersama-sama menuju jalan yang sama, dihujung jalan, terpaksa memilih persimpangan yang berbeza. Aku kian rindu mereka semua. Tawa kami, sedih kami, rajuk kami, sewel kami. Itu adalah memori. Indah.
Tuhan,
Mengajar generasi yang bezanya hanya lingkungan 9-10 tahun dari umur ku , kadang kala buat aku kaget. Mereka hanya kanak-kanak.Mereka hanya remaja. Melayan jiwa remaja mereka buat aku jadi penat. Ah! mengajar ilmu apakah aku ini. Semuanya baru. 4 tahun aku menuntut, di sekolah,aku hanya mengajar ilmu baru. Itu cabaran. Tapi seminggu aku disini, jiwa suci mereka hampir menyerlah. Aku harus gagah. PerancanganMu tuhan memang sentiasa indah.
Tuhan,
Bodoh ke mereka jika mereka hanya mendapat gred C, D dalam peperiksaan? Kurang ajar kah mereka jika mereka endah tak endah dengan arahan guru? miskinkah mereka jika mereka berdikit-dikit membayar yuran? Tapi aku amat jelas, bahawa manusia ini unik. Sudah Kau tentukan rezeki dalam haluan yang berbeza. Aku mohon kau berkatilah jalan mereka semua.
Tuhan
Berada jauh dari medan keselesaan aku sendiri,aku kian pandai menjaga diri. Tidak mengharapkan sangat pada emak dan ayah. Malah membuatkan aku memahami perilaku sang manusia.
Tuhan,
Andai masa ku panjang. Ku mohon, kau berkatilah umur panjang ku itu. Andai kata ingatan ku kuat. Ku mohon, kau berkatilah diriku dengan ilmu yang berguna. Andai aku layak untuk dikasihi dan disayangi. Ku mohon kau berikanlah insan yang cemerlang untuk ku. Andai aku layak mempunyai teman sejati. Ku mohon, kau kuatkan ikatan persahabatan yang kami bina ini dengan rapi. Ku mohon tuhan. Janganlah kau biarkan aku lupa bahawa KAU sentiasa ada disisi ku setiap masa.
Tuhan,
Terima kasih kerana memberikan aku tahun-tahun yang indah dalam hidupku. Terima kasih untuk insan-insan yang hebat dalm hidupku. Terima kasih untuk nikmat islam ini biarpun aku bukan hambaMu yang baik. Terima kasih untuk nyawa dan nafas ini. Terima kasih oh Tuhan ku.
Hambamu.
------------------------------------------------------------------
sowilah geng , guwa lama x hupdate coz guwa lupa mahu bawak laptop guwa. Pinjam orang punya tarak kaw lah nak menghupdate belog.Mood tarak datang. Tunggu lah nanti cuti, guwa hupdate ye. Rindu guwa, call atau sms ler.
-----------------------------------------------------------------
for my gossip girls: WEI APA NIE WEI..!! GOSIP CERITA TERBARU TAK BAGITAU AKU PUN!!
vavavavavvavavava * diva laugh*..Yew lah, aku tahu lah siapa aku ni, dah la jauh,. Tak bawa perkakas-perkakas IT nie pulak. huwaaaaaaaaaaaa...
No comments:
Post a Comment