Monday, January 24, 2011

semakin lama semakin sayang

salam

Pagi-pagi dapat sms dari Yah. Eh sebenarnya tak pagi lah sangat. Dalam pukul 9 dot dot dot gitu.
Tapi bagi manusia seperti aku, 9 dot dot dot gitu masih awal lagi. Masih pusing-pusing, geliat geliat, mata pejam celik pejam celik atas tilam. Weellllllllllllllll~ eh sekejap aku nak buat pesanan penaja

Pesanan penaja ini khas untuk ayah!
hai ayah,apa kabor~ KAk yong sihat jew..ehem..ayah dah gaji? Kak yong belum lagi..oh, ahem alang bestnya kalau ada orang kasi duit belanja kan..:P kehkehkehkeh.. Ayah ingat tak dulu sebelum kak yong kerja. dalam 6 bulan kak yong duduk rumah. Nak kerja part time, malas. Hari-hari kak yong bangun lambat.  Kemudian Ayah mesti perli. Macam mana lah nanti kerja, bangun asyik lambat sahaja.


Pastu ayah sambung lagi kata: Ini, kalau mak dengan ayah pergi rumah dia ini. Mesti nanti kawan dia kata, Tunggu yew mak cik pak cik, Rahika masih tidur lagi. Pastu ayah gelak.

Ayah,
ayah jangan risau lagi. Orang bujang memang begini. Setakat ini ayah jangan risau. Kak yong memang tiap-tiap hari bangun lewat. Lepas subuh, jaga sekejap. pastu tidur sat.Dan Alhamdullilah, orang tak pernah la lewat pergi sekolah sebab mengajar waktu petang. Masuk kerja jangan lewat pukul 12.45 petang. Kalau hari jumaat lagi best, pukul 2 baru masuk. Pukul 7 baru balik. KEHKEHKEHKEH. Tengok, akhirnya ini memang yang perkerjaan yang cocok benar dengan kak yong. Tak sia-sia mak cakap lebih 40 kali suruh kak yong jadi cikgu masa nak isi borang UPU dulu kan biar pun kak yong kata, nak ambil kos lain.Ada hikmah disebalik kejadian.KEHKEHKEHKEH

Sekian. Tamat sahaja pesanan penaja ini.

berbalik cerita pada si budak Yah tadi tu.

Yah ialah sepupu sendiri yang baru menginjak ke alam sekolah menengah . Tingkatan 1.

Yah: ' kak yong, sekolah tak best kew?'

Saya yang da boom da booo: okey jew. Kenapa?

Yah: OH, tapi dalam blog kak yong kata tak best. 

cheq yang diva vavavava: oh itu dulu, Sekarang semakin lama semakin sayang.


SErius, semakin lama semakin aku jatuh cinta pada kerjaya guru ini. SElain boleh bangun lewat.Bebudak ini pun makin lama makin best plak aku tengok depa.Alah, nakal-nakal itu biasalah. Semasa aku seusia mereka, aku pun nakal juga, siap tunjuk penumbuk lagi pada cikgu.( tapi cikgu tu cikgu gatal, memang patut pun aku tunjuk penumbuk kan?). KEHKEHKEH.OH tak lama lagi mesti ada budak tunjuk penumbuk kat aku plak. ITs about karma. ouch~

SErius, semakin lama, semakin banyak aku belajar mengenai kehidupan. Dari murid-murid ku, aku belajar banyak perkara. Kerana kehidupan bukan sekadar lulus baca, dapat gred A, siapkan kerja rumah yang cikgu beri sahaja.

Kadang kala, kau tak sedar bahawa tawa riang si gadis dan teruna muda remaja ini menyimpan sebuah kehidupan duka. Ibu bapa telah tiada. Kadang kala sukar yuran sekolah dijelaskan. Tapi mereka seakan faham.sob sob sob

Tengok, aku dah nak start jiwang -jiwang sentimental dah ini. daaaaaaaaa


ps:MINGGU DEPAN CUTI SEMINGGU YEAH!!!!!!! Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment