Saturday, February 2, 2013

mim alif ta ya

salam

Seorang rakan kembali berkerja dalam keadaan sugul. Tiada yang bertanya kenapa beliau sedang berduka. Sedia maklum sudah seisi warga. Inilah hakikat dunia. Sedangkan barang yang dipinjam pun mesti dipulangkan semula pada pemilik.Inikan pula kita yang terang benderang dinyatakan banyak kali ditekankan hanyalah hamba, ada  pencipta. Dunia ini hanya sementara. Tempat rehat sebelum menuju ke destinasi yang kekal pasti.


sedangkan
yang mula ada tamatnya,
awal ada akhirnya
hidup ada matinya
panjang ada noktahnya
Begitulah kitaran hidup seorang hamba.

Ada yang menegur dan bertanya khabar. Sedaya upaya beliau menahan air mata. Tapi setabah mana pun seorang wanita, tidak senang menyembunyikan wajah sedih.

" kenapa dengan cikgu tu, Cikgu? " tanya seorang pelajar yang kehairanan melihat wajah sedih seorang guru.

" hmmm... cikgu itu baru kehilangan ayah dia."

senyap. Pelajar mengerti.

Baik atau jahatnya seorang ayah pada anak. Hakikat kejadiannya ayah adalah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan. Sepertimana kehadiran Khadijah sebagai ratu hati pertama Rasullullah (SAW).

Sedangkan seorang nabi bersedih kehilangan insan-insan yang disayangi apatah lagi kita.

Tapi


 Kalau dibandingkan Nabi Muhammad (SAW) lagi tragis. Kehilangan mak ayah sewaktu kecil. Datuk tempat bermanja manja juga pergi jua.Dibenci bapa saudara. anak -anak lelaki semua meninggal dunia. Khadijah pergi. Abu Talib juga menyusul tanpa sempat syahadah terungkap sedangkan Nabi begitu mengharapkan  agar syahadah ditutur . Tanpa Khadijah dan Abu Talib baginda kehilangan jiwa, pelindungan, pemberi semangat dan harta. Itu lah kisah nabi.

Apatah lagi kita.Tuhan juga yang lebih tahu. Kerana hanya  DIA kekal lagi abadi.
Memanglah itu nabi, kita ini manusia yang kurang serba serbi. Tapi bukankah nabi itu ikutan contoh teladan yang terbaik. Haruslah diikuti.Dicontohi.

Begitulah kitaran hidup seorang hamba.
Sedia atau tidak,
Kesana juga kita menuju secara abadi.

ada 3 perkara sebagai bekal disana
Jangan kita lupa,
Doa anak yang soleh itu kuat
moga moga doa kita tercapai juga
Di Firdausi kita berjumpa
bersama kita berjumpa DIA
Kekal dan sejati

amin





Bacaan lain : sini.






Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment