Friday, February 8, 2013

Bukan parti bujang.

Salam

Tradisi ini bermula semenjak Masyitah hendak berkahwin dahulu. Beberapa hari sebelum majlis atau si pengantin nak bercuti panjang. Kami akan tetapkan satu tarikh yang selalunya spontan dan keluar beramai ramai. Makan makan orang bujang (lah sangat).

Takda la ramai mana sangat pun,hanya rakan rakan sekerja dan rakan serumah yang kami selesa sahaja. Kononya  nak meraikan makan malam terakhir  sebagai orang bujang sebelum bertukar status . Kononlah tapi itu hanya alasan sahaja. Motip sengaja nak keluar berlibur lara.
Maaflah pada rakan rakan lain yang tak sempat nak jemput sebab aktiviti ini terlalu spontan dan ajakan secara rawak siapa yang ada depan mata je.

Nanti dah kahwin ,bukannya selalu dapat peluang makan ramai ramai macam ini. Yang dah ada anak lagilah.....

Dari dulu lagi, aktiviti spontan ini langsung tak memerlukan sebarang perancangan sesuailah untuk orang malas macam kami. Contohya kalau petang decided the date,malamnya kami keluar.selaluya begitulah. Randomly choose a restauran and relex. Redah je masuk tanpa reservation.Makan sembang, share the ideas and  some juicey gosips, ketawa and recall back memories. Kalau rajin lagi, masuk lah tengok wayang ke, jalan jalan ke tempat lain ke, berkaroeke ke. Nampak macam tak berfaedah tapi hello!! Menarik kot aktiviti ini.

Tapi harus diingat, ahli ahli yang hadir haruslah yang sekepala dan tidak cerewet. Sebab kalau keluar dengan orang yang best, masuk tandas pun seperti sebuah kenangan indah. Cuba keluar dengan orang tak best, masuk restoran mewah pun rasa seminit bagaikan sejam.


Yaqin will get married soon. Lagi 4 hari je kot.!! Dub dap dub dap.

Best Blogger Tips

1 comment: