Saturday, August 6, 2011

mungkin kah ini ramadhan terakhir?

salam

Syukur Alhamdullilah. Hari ini hari ke 6 ramadhan. Waktu petang, kami bertiga ke Pasar Raya berdekatan  untuk membeli barangan berkaitan dengan hal -hal wanita ( la sangat).  Masuk satu kedai ke satu kedai. Bergema lagu raya. Eh bukan ke hari ini baru hari ke 6 berpuasa? Dah semangat nak beraya ke?  Ramadhan ini bulan berkat. Sedangkan para sahabat menangis apabila bulan ramadhan menghampiri syawal. Tapi kita sebaliknya pula (kan).

___________________________________________________

Saya membelek-belek majalah solusi keluaran terbaru, Tertarik pada satu artikel. Saya kongsikan sebahagian yang ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi disini.

Sesiapa yang tidak berpuasa dalam erti kata sebenar, hakikatnya tidak layak berhari raya, Apakah ukuran kejayaan amalan puasa seseorang?  Kejayaan puasa akan melahirkan sifat takwa dalam diri orang yang berpuasa. Allah berfirman yang bermaksud : " wahai orang yang beriman, puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa. " ( surah al-Baqarah 2: 183). Takwa ialah matlamat utama berpuasa. Jika takwa tidak terhasil, bermakna puasa itu gagal. Orang yang gagal tidak layak bergembira.

Bulan Ramadhan boleh diumpamakan sebagai sebuah madrasah. Selama sebulan umat islam perlu menjalani latihan mengawal hawa nafsu untuk mencapai takwa. Hanya mereka yang lulus dalam tempoh pengajian akan dikurniakan ijazah takwa, manakala yang gagal puasanya hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja.


------(perenggan yang berlainan)

Bagaimanakah keadaannya mereka yang tidak berjaya mencapai takwa? Mereka sebenarnya tidak layak berhari raya. Bagaimana mahu bergembira jika fikiran dibelenggu nafsu, hati masih kotor dengan dosa, fikiran masih dijajah oleh isme-isme ciptaan manusia dan pancaindera masih banyak melakukan kemungkaran?

Kalimah 'fitri' bermaksud fitrah atau tabiat semulajadi. Maksudnya orang islam yang telah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai pakej yang lain seperti solah Terawih, bertadarus al-Quran, qiamullail, zikrullah, berdoa, bersedekah dan sebagainya sewajarnya kembali kepada fitrahnya yakni seperti bayi yang baru lahir. Namun, bolehkah orang yang masih bergelumbang dengan dosa dan dibelenggu hawa nafsunya dianggap telah kembali kepada fitrahny?

tentu tidak. Aidilfitri sebenarnya tidak layak disambut oleh mereka yang belum kembali kepada fitrah. Malah mereka sepatutnya bersedih kerana kehilangan peluang membersihkan diri dalam bulan ramadhan kerana bulan ramadhan bulan penuh keberkataan, keampunan, dan kelebihan sudah berlalu. Belum ada jaminan mereka akan bertemu ramadhan akan datang.


------ (perenggan seterusnya)

apa yang membuat kita sedih , belum pun bulan ramadhan menjelma, kadangkala promosi program-program menyambut hari raya dengan cara yang salah dan mungkar ini telah pun diuar-uar.Suasana ibadah pada bulan ramadhan cuba dibunuh dengan agenda makan minum, beli -belah dan hiburan yang keterlaluan. Pesta ibadah bertukar menjadi pesta juadah. Hari membesarkan Allah telah diganti dengan hari membesarkan nafsu amarah.

Secara terang-terangan kita saksikan bagaimana Aidilfitri telah dirayakan dengan dosa. Majlis-majlis atau acara -acara penuh dengan pendedahan aurat, pergaulan bebas, pembaziran, ketawa leka dan berbagai-bagai jenis kemungkaran dilaksanakan kononnya untuk menyambut hari raya. Unsur- unsur ibadah dalam hari raya telah dileburkan dan diganti dengan unsur hedonisme yang pekat dengan dosa yang melalaikan.

" sesiapa yang ketawa ketika melakukan dosa, akan masuk ke dalam neraka dalam keadaan menangis" ( riwayat Abu Naim)


Andai ini ramadhan terhari, layakkah kita berhari raya? Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment