Monday, August 15, 2011

Pelajarku sayang

salam

Ada 2 perkara yang akan dibincangkan oleh guru mengenai pelajar mereka

Pertama:
kecemerlangan pelajar mereka dalam pelajaran, kokorikulum, sahsiah dan apa sahaja perkara yang sama waktu dengan nya.

Kedua:
Kedegilan pelajar yang memeningkan kepala, selalu mendatangkan masalah, tidak menyiapkan kerja, nakal dan apa sahaja yang sama waktu dengannya.


-----------------------------------
Walaubagaimana pun, perkara kedua adalah yang sering menjadi bualan sang guru.

Nyew Bing Xiong adalah pelajar kelas pertama. Kacak, bertubuh tinggi, berkulit agar sawa matang, mata yang redup , agak bijak tapi sering mendatangkan masalah.


Hari ini mungkin hari bertuah. Nyew Bing Xiong masuk ke dalam bilik guru menghantar buku sains.
" Ha, Nyew Bing Xiong, kelas saya nanti jangan ponteng lagi taw" Saya mengingatkan. Dia hanya diam dan berlalu keluar.

Tamat waktu mengajar kelas 1B , saya bergerak ke kelas 1RK. Perkara pertama yang saya lakukan adalah memandang sebuah meja kosong di belakang kelas di sebelah Ng Kang Wei. " Ponteng lagi " rungut saya dalam hati. Sudah masuk 2 bulan, Nyew Bing Xiong ponteng kelas saya. Makin risau dibuatkan. Dia pelajar yang berpotensi tapi kalau selalu buat perangai macam mana nak berjaya.

Selasai mengajar , memberi latihan kepada baki  pelajar yang ada dan  membuat laporan disiplin. Saya bertanya kepada pelajar yang lain.

" Nyew Biong ini pergi mana ye?
" entah  cikgu, Selalunya lepas rehat terus tak ada"
" Selain kelas saya, kelas cikgu mana lagi dia ponteng ye?'
 " hmm, entah la cikgu, Tapi rasanya kelas geografi je"

Haiz, nampak sangat la aku yang paling dibencinya. HAHAHA.

Tak apa la, bencilah cikgu. Tapi cikgu tetap sayang kamu. Ececeheceh.Cikgu tegur, marah kadang kala cubit manja tanda cikgu sayang. Adakah disebabkan saya suruh dia duduk dihadapan sewaktu  saya mengajar menyebabkan dia sering ponteng kelas saya. Sungguh kebudak-budakkan. Eh, dia memang budak pun.


 Saya rasa pendekatan saya juga perlu berubah.

Siapa yang rasa pekerjaan cikgu ini mudah, meh sini sebat dengan  saya pembaris kayu. HEHEHE.

Tapi ini serius, bantu lah saya, Saya buntu menangani pelajar begini.




Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment