Friday, October 29, 2010

Love confession to make: its not easy as ABC,123.


salam





I HAVE CONFESSION TO MAKE!
 HOWEVER WHEN ITS COME TO THE CHAPTER OF LOVE,
I'M ALWAYS THE  SPEECHLESS INSANE GIRL

Special thanks to SYUD RIDZUAN
 below entry is hers. ( and my introduction) 


Introduction: 
Love is natural things. Love is a feeling. It is a simple feeling as a beautiful sunrise, eating delicious foods, a good mood for the whole days, get a kiss from mother, get an extra money from father, errr. Is a feeling when you absolutely no reasons and ideas to describe how good it is.L, O,V and E. Four letters but enough to make your's life are miserable. Yesterday, u're 'yippi yippi'. Tomorrow u're 'huwaaa huwaaa' and the next day, u're 'yadda yadda'. 

AND THE HARDEST THINGS, 
when u're chose to keep silent and be a secret admirer for the person that u like/love.



*************************
I even made a bold statement (which was quite harsh at that time) saying that some guys are stupid. and they are the weirdest species ever. But again, I made do of that by saying some girls are nonetheless clueless as well. *sigh

Like this:
(i)
A likes B who likes him as well but is waiting for A to tell her that he likes her and both end up waiting for one another to make the first move. And they ended up being with some other people because they are afraid to admit to the one they like that they like them. Things got complicated and even ugly at one point and both ended up hurting one another so badly. 

Huge ego vs overdramatic estrogen = total fiasco.

(ii)

After being with few 'frogs', C realised that the one she is looking for all these while is D, a person whom she just assumed as a friend. C tried to tell D that she likes him by giving him signals (i.e making a facebook status private and saying things such as i love you and whatnot so that only D can read it and C always gives contextual messages and D happened to be unable to read through them) and unfortunately D, who likes her a lot too, didn't know that C likes him until now. Or in this case, forever.

The conclusion is, C is a coward and D is a dickhead dunce.

(iii)
E likes F who happens to have a girlfriend. But actually, F does not really into the girl because he likes E at the first place and he chose the girl because she happened to be at the right moment and place where he was so vulnerable due to the fact that E is in a relationship with another guy. 

Both parties are pathetic.

***

But we can't just simply point fingers and accused one another for keeping mum over this matter. People tend to shut their feelings away because they are afraid of rejection. The "what if" phrase can kill.

"What if she says no?"
"What if he laughs at me?"
"What if he thinks I am a psycho?"
"What if she pulls away from me"
but, everybody dreams of this:

"What if I tell her that I like her, and she says she likes me too"
and 
"What if I tell him that I love him, and he says he has been feeling the same as well"


***

We are all afraid of rejection. Takut. Because being rejected by someone you really, really like can hurt you more than you think. To be rejected for saying something that you have been keeping mum can kill (banyak benda daa can kill haha!). So, what should we do? Keep mum and cried silently when you see her/him happily with some guy/girl OR gather up your courage (and balls -- ok that's harsh T_T) and tell her/him what do you want from her. 

Like this:

Hey you. YES, you
I want to tell you something ok. But please sit down first. This might be shocking to you as well. 
Ok, ready? *inhale* Ok, 

I like you, really really like you. Like thisssssss much *depakan tangan and show the person the sky and whatnot* See? Besar punya! *buat gaya iklan maggi*.

 But the thing is, do you like me too? I mean, as much as that? Or maybe more? Come on..be a good sport. We are meant to be together. Because I know we can be there for one another and you can be my teddy bear and I can be your honey *insert cheesy words and endearment*.

 You and I, see, we can make beautiful babies and that should be after we got married of course. I want to tell the whole world that I like you a lot and I hope that you like me too *pray hard*.

I know this might shock you, but I think you are the best thing that ever happen to me and I want to make you happy, feed you with lots and lots of food and take care of you when you are sick, lend you my shoulder and hand you tissues when you want to cry. I will always be there for you no matter how late it is, or how busy I am. I want to bring you to see my parents and tell them that "mom dad, meet my one and only". 

I want to be your significant other. I will cross the fire for you (eceh) and you can take this axe and cut me up, you will find my heart has you in it (tak boleh blah) and if you jump, I will not, because I want to cry and spend my lifetime in misery because you leave me so soon (over dramatic -- roll eyes).

 I will cook you breakfast, lunch and dinner and I will post cheesy wall posts everyday for you so that your friends will look at you with envy. I will sing any songs to you but please no Justin Bieber because I am not that pathetic innocent. I will cry you a river if you leave me and ok i just want to say, I love you, please be mine. 

Saya akan sayang awak sampai syurga.Itu janji saya.



*******************************************

Kalaulah semua itu mudah dan senang kan. Hurmmmmmmmm

Best Blogger Tips

Wednesday, October 27, 2010

Oh khinzir

salam



( klik untuk paparan lebih jelas)

sumber:ohislam


Pada umat islam, berhati-hatilah.Ambil masa, untuk membaca label setiap keluaran makanan yang hendak dibeli. Update selalu dengan laman web jakim.Cetak dan kalau boleh hafal kod-kod untuk produk yang mengandungi sumber-sumber yang haram.



Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam
KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram.
Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah
kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun
Best Blogger Tips

Tuesday, October 26, 2010

nilai sebuah sahabat

salam.

A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words." 
anon

Saya berbual sebentar tadi dengan seorang kawan baik sejak dari zaman persekolahan lagi. Perbualan singkat tapi penuh dengan kemesraan. Masih panas lagi ketawa dan hangatnya persahabatan kami biarpun zaman sekolah lama kami tinggalkan.Terselit sebuah kenangan bila dia mengatakan bahawa saya pelajar kesayangan guru bahasa melayu tingkatan 3 saya. Saya ketawa sedangkan hakikatnya sekarang kemahiran berbahasa saya semakin tidak terurus. Dengan ramah dia berpesan, tulislah nukilan penuh dengan kesabaran. Dalam ramah, beliau berpesan ringkas betapa perlunya saya memastikan susunan ayat betul dan mudah difahami. Ejaan kena betul.(Hush banyak betul songeh kan, hehe). Tapi dia seorang sahabat. Nasihat dia saya junjung tinggi.Kerana dia insan yang begitu setia, seteruk mana pun dan sukar difahami pun nukilan saya, beliau tetap baca dengan tekun.

Terasa kelakar rasanya apabila di imbas kenangan di waktu zaman dahulu. Kami bukan lah rapat tapi masih didalam satu 'geng' yang sama. Sejujurnya kami adalah 2 manusia yang paling bertentangan peribadi. Tidak ngam kata orang zaman sekarang. Ada sahaja perkara dan perbuatan dilakukan oleh dia menjengkilkan dimata saya. Begitulah sebaliknya. Kadang kala boleh menimbulkan pergaduhan.

Walaubagaimana pun, diwaktu rehat, kami ke kantin bersama-sama. Kadang kala ponteng kelas bersama-sama. Malah untuk kebanyakkan aktiviti kumpulan kami masih bersama-sama. Mungkin diwaktu itu gang kami ada dalam 5 orang, bukan hanya berkisar kami berdua sahaja.Maka sikap drama queens itu berkurangan sedikit kot.

credit to google

Zaman persekolah yang indah ditinggalkan, kami meneruskan perjalanan hidup kami yang panjang dan penuh cita-cita ini dengan memilih jalan yang begitu berbeza. Dari berlima, seorang demi seorang kian menyepi. Tinggal lah hanya bertiga. Malah ada gagal dihubungi. Tidak kedengaran cerita.

Tapi demi kehidupan yang penuh misteri, ini kita kadang kala tidak mudah menjangka apa yang berlaku pada masa depan. Contoh, kita merancang supaya persahabatan yang kita bina semasa kecil kukuh, tapi manusia itu berubah mengikut waktu. Mereka akan bertemu dengan insan-insan yang baru. Mereka akan berada di tempat yang baru. Mereka melalui fasa hidup yang baru.

Demi kehidupan penuh misteri ini juga, kita kadang kala silap menilai. Yang kaca kita sangka permata, begitulah sebaliknya. Kita penuh marah dengan segala sikap yang pada kita bertentangan dengan sikap manusia. Kita menilai manusia mengikut nilai piawai kita sendiri. Dia tidak baik lagi untuk saya, dia sudah tidak seperti dahulu, dia bukan sahabat yang baik lagi.


Ya , manusia berubah mengikut waktu. Tapi nilai sebuah persahabatan dan peribadi seorang insan juga ditafsirkan dengan sebuah kesetiaan. Seberapa jauh pun rakannya, sedaya upaya dia bawanya kembali. Bukan meninggalkannya terkapai-kapai terus hanyut. Seberapa pantas pun rakannya berubah mengikut masa, dia tabah memberi semangat dan doa. Seberapa indahnya memori dia bertemu rakan-rakan yang baru, rakan yang lama tetap sama penting.

Ya, manusia berubah mengikut fasa. Bila bercinta,berkerja, berkahwin, beranak, dan memiliki sebuah kehidupan yang tidak sama seperti dahulu dizaman remaja. Kita sering hilang jejak, hilang ukhuwah dengan rakan-rakan yang pernah mewarnai zaman kenangan remaja kita dahulu.

Begitulah manusia, kadang kala mereka cepat alpa. Kita dapat rasa kan kemesraan dahulu kian terhakis. Ombak sering menghempas di bibir pantai biarpun pantai itu bukan lagi seperti dahulu.

Doa saya supaya kami bertiga terus setia biarpun pelbagai fasa dalam kehidupan penuh misteri ini kami lalui. Doa saya supaya kami bertiga terus utuh menjalinkan ukhuwah terus dari generasi ke generasi. Ya, kami berubah mengikut masa, kami kadang kala alpa mengenai memori indah yang pernah kami kongsi bersama. Tapi semoga kami terus bersahabat dengan baik sampai bila-bila. Sehingga Allah memutuskan bahawa nyawa sudah terpisah dengan badan.

Sebagaimana saya berdoa untuk rakan-rakan baik dizaman sekolah ini begitulah juga kuatnya saya berdoa untuk rakan-rakan yang saya temui dizaman universiti.Manusia berubah demi waktu dan kesetiaan itu penting. Manusia ini ada jatuh bangunnya, dan diharap mereka yang digelar sahabat ini masih disisi. Biarpun untuk mendengar cerita bernilai sekupang dua dari rakan.Mahupun masalah sebesar alam, mereka tetap meminjamkan sedikit waktu dan telinga untuk mendengar.




ps: entry ini sebenarnya mahu berceritakan mengenai kemahiran dan struktur penulisan bahasa melayu saya yang semakin berterabur tapi terus tersasar jauh menjadi sebuah entry lain pulak. HAHAHA. layan jew lah labu Best Blogger Tips

Monday, October 25, 2010

Tik TOk, Vada dan si gatal tangan.

salam




( cant open?? never mind, please click this)

Wake up in the morning afternoon (Again) and feeling like pak dedy. ( Hey, what's up girls). Oh, did i told u before, that im an alien. So please don't surprise, hari-hari saya bangun pukul 1 tengah hari sejak keuzuran menjelma. Oh Oh Oh. Wah pengakuan terus menjatuhkan saham sebagai bakal menantu berwibawa lagi cemerlang dikalangan persatuan ibu-ibu mentua semalaysia. Tak pe lah makcik -mak cik sekalian, saya memang tak nak kahwin awal pun. Ecececeh...ayat penuh penipuan. Sekian pendahuluan.


Sebenarnya dah terjaga pukul 6 pagi tadi dah.Ececeh ayat cover. Yeah, tapi sebab tak boleh solat, saya matikan saja jam, terus konon nak bangun pukul 9am terlajak  pukul 1 tengah hari. Specifik 1.22 tengah hari. Tak la terlebih tidur sebab hari-hari tidur pukul 3, 4 pagi. Cukup 8 jam.. Cuma bajet diri tinggal dekat London, konon bila balik Malaysia biological clock tak betul.

For new readers yang rasa macam pelik, eh dia ini bangun sampai tengah hari tak berkerja kew? tak belajar kew? HAHAHA. What i can say is im now in vacation. Long vacation. Zeppppp....

Bangun pukul 1.22 tengah hari, terus menuju ke dapur. Tengok apa mak masak. Ok sedap lauk hari ini. Tapi rasa macam tak nak makan tengah hari lagi. Hakim tengah goreng sesuatu. Hari ini isnin, semalam ahad bday Sultan pahang. Maka hari ini cuti. Wee huuuu...Biarpun tak ada makna pun cuti itu pada saya sebab hari-hari saya bercuti sekarang ini. Biarlah, bukan selalu.

Hakim masak vada. Mak punya resepi. Mak sedia kan bahan. Hakim masak. Terbarai-barai sikit. Lembut sangat jadi kacang- kacang dal itu tak mahu melekat dengan mantap. Maka terlerai. Maka, saya dan emak baut konklusi nie kena bubuh tepung gandum sikit.Walaupun begitu, rasanya masih lagi sedap.

credit to goggle

Saya yang gatal tangan konon macam terer terbubuh banyak sangat tepung gandum. Terus keras, terus tak sedap lalu orang ramai tak mahu makan. Now im feel terrible coz ruin my emak punya resepi. Dia penat penat sediakan semua bahan ini dari pagi. Sedih dah entry ini. Dah saya nak  pergi membawa diri. Emak tak cakap apa-apa ,pun dia tak marah jugak. Resepi??? Hah, tak payah la. Nanti bila saya cuba lagi, vada sedap, baru bagi resepi Best Blogger Tips

Thursday, October 21, 2010

Ciri-ciri lelaki idaman.

salam

Pukul 1.13 pagi waktu Malaysia.Baru selesai membaca beberapa entry. Semua tentang cinta. Mungkin tema malam ini cinta. Perempuan jiwa mereka lembut sikit, kasilah cerita berunsur cinta-cinta romantik sikit, terus rasa macam ala lolololololom sweetnya berbicara pasal cinta. Okey sudah pendahuluan.

Inspirasi dari belog ini  saya terus 'jump' ke belog ini


Soalan: Suka lelaki rendah??
Jawapan: Jika ditanya pada lelaki, suka kah mereka dating dengan perempuan tinggi? Terus terang tak suka. Saya sendiri sudah setinggi 154 cm jika memakai kasut flat sahaja. Biarlah dia cukup tinggi  untuk membuat saya tidak berfikir banyak kali sama ada mahu pakai heels setinggi 4 inci kew, pumps, boots and so on apabila keluar bersama.


Soalan:Suka lelaki ensem??
Jawapan: This is classic. Beauty lies on the eyes of beholder. Buruk dimata orang lain, mungkin kacak dimata saya. Kacak dimata orang lain, mungkin buruk dimata saya. Tapi sudah tentu saya suka! Wah wah wah.Perempuan ini kadang kala sama juga dengan lelaki, tangkap cintan juga dengan lelaki hensem tapi itu bukan lah perkara faktor sebenar mereka jatuh cinta pada lelaki. Banyak lagi faktor sampingan yang diambil kira.Muka hensem tapi perangai macam syaitan pun tak guna.Kalau lelaki, mungkin ia kot. Pantang tengok perempuan cantik, terus keluar ayat-ayat cinta mulut manis amboi. Tapi sepanjang saya hidup ini, selalunya orang orang yang tak hensem ini mulut dia manis sikit, gentlemen giler memang muka tak hensem pun tapi ayat power cair hati perempuan.Malah selalunya lelaki tak hensem selalu perasaan mereka ini hensem. Huwa huwaa..Oh bukan  discriminasi, tapi memang itulah yang selalu terjadi. Hipothesis dari saya.Tak semua, tapi ada.


Soalan: Suka lelaki gentleman??
Jawapan: Siapa tak suka. Perempuan ini jiwa dia lembut biarpun sekeras mana luaran dan gaya mereka. Itu fitrah.. Kalau  lelaki cakap kasar Wa, lua, wei,Hoi,Bercakap macam nak bergaduh. Terus dia reject. Its about attitude. Perempuan ini satu jew, dia suka jika dia dilayan dengan baik,dihargai,dihormati,disayangi dan rasa selamat. Ingat lelaki semua, Ini paling wajib, biarlah anda tak hensem, rendah, tak kaya,  tapi mesti genleman dengan perempuan. Gentleman okey bukan bermaksud gatal miang. Ada perbezaan yang nyata diantara keduanya.


Soalan:Suka lelaki sempurna??
Jawapan: Suka. Kesempurnaan setiap pasangan itu berbeza. Cukuplah dia nampak sempurna dimata saya biarpun satu dunia kata dia lelaki yang banyak cacat celanya.Macam Seal dan Heidi Klum. :)


 
credit to google


LOve is blind. Letak la apa banyak beribu barisan lelaki dengan ciri idaman sekali pun. Kalau hati dah tak suka, tetap tak suka. 

Because love is judged by the eyes of the heart, not with naked eyes.


ps: anda pulak bagaimana?
Best Blogger Tips

Sunday, October 17, 2010

bila cuti bersalin menjadi isu..

salam

I just added a few friends from facebook. They are cool people. And i love being surrounded with cool peoples. Okey enough to talk about them. Kemudian tertarik dengan salah satu status yang diutarakan. Pasal cuti bersalin yang maksimum 90 hari itu.


 ( beranak bukan senang kan, hanya wanita sahaja yang sanggup melakukan tugas ini.. Sebab itu tuhan kasi tugas mengandung ini pada perempuan bukan lelaki. Oh, anggaplah video ini sebagai sesi pembelajaran bukannya lucah )

Baru-baru ini, apakah malangnya nasib. Sering berjumpa dengan lelaki-lekaki yang WTFish punya makhluk. Ini gara-gara bajet 2011. Walaupun ada juga bajet yang diusul kan yang membuatkan saya macam eleh, nak amik hati rakyat lah tu  tapi saya tetap terima dengan redha. Terutamanya  pasal pemansuhan tax untuk beg, pakaian-pakaian wanita luar dan dalam dan segalanya yang berkaitan dengan hal hal wanita. Ini sudah cukup membuktikan bahwa wanita adalah penyumbang kearah pembangunan ekonomi yang baik.Ehehehehe.

 Tapi ada sesuatu yang sering dibahaskan iaitu Perempuan dapat isu maternal leave 90 hari pun nak jadi isu. Penat taw mengandung 9 bulan 10 hari. Berjaga malam lagi, breastfeeding lagi. Sakit badan dari atas ke bawah. Keluar darah nifas lagi yang sangat tak selesa. Badan sangat lemah. Emosi tak stabil lagi.

Hey, baca status macam ini buat saya tiba-tiba jadi harimau mengaum: amboi ko, kahwin masa buat sex senang sedap eh, tapi bila wanita dah mengandung bersalin ewah, dapat cuti lebih sikit nak baik kan  badan, tenangkan fikiran dan jiwa dengan kehidupan yang berubah sebab kehadiran orang baru plus pasal keadaan diri yang mungkin tak ada shape l nak bising lebih kata tak adil.  Keluar dah semua 9 emosi tuhan kasi tu. So, please dont mess with women pasal hal-hal ini.  Jiwa mereka sangat sensitif.

Oh yew, saya belum berkahwin lagi, tapi sebagai anak sulung, saya tahu betapa lemahnya seorang wanita apabila mendapat anak baru. Saya tengok mak saya berpantang 3 orang adik dibawah saya  ooo.Yup, its happy moment tapi sangat penat.Jadi mereka sangat memerlukan isi rumah yang lain terutamanya sang suami untuk memberi sokongan dan menguruskan rumah tangga serta anak-anak yang lain. Sebab itulah kalau masa berpantang ini tak mendapat sokongan moral, semangat dan tenaga dari suami terutamanya boleh gila meroyan taw, kata mak saya lah. Terus diselitkan segala ilmu serta bebelan  mengenai hal-hal wanita. HEHE

Lagi pun cuti 90 hari yang diberikan itu adalah Maksimum dalam tempoh 300 hari sepanjang perkhidmatan untuk cuti bersalin. Kalau nak ambil 60 hari kew, 50 hari tak kisah sangat asal jangan melebihi 300 hari dari sepanjang perkhidmatan. Saya baca lagi, lelaki itu komen sebab penat dan tak adil buat lelaki membuat 'leftover work' sebab perempuan cuti bersalin lama. Malah , ada rakan saya tidak bersetuju sebab ini akan membuatkan majikan lebih memilih perkerja lelaki berbanding perempuan. Kesannya pada ekonomi negara,bla bla bla bla. Hmm, jawapan mudah saya, kalau perkerja wanita itu seorang yang bagus, produktif, kreatif, malah memberi banyak keuntungan pada syarikat, beranak berpuluh orang anak pun , majikan tetap cari. Tapi jaranglah wanita yang berkerjaya ini nak beranak banyak-banyak, kadang-kadang 2,3 orang itu dah maksimum.

 Ada yang berkata mungkin dengan memberi cuti berlebihan akan membuatkan produktivi negara berkurangan. Saya rasa nak gelak. Orang sekarang berkerja bukannya mengikut tenaga buruh semata-mata dlam bidang pembangunan dan perindustrian  tapi  juga pertanian, sumber manusia ( perkhidmatan).Lagi-lagi bila dah era globalisasi ini, mengadap laptop, internet akses 24 jam ini, duduk kat rumah pun boleh dapat berjuta-juta ringgit kalau pandai. Kita ada banyak pecahan industri yang memberi faedah pada sumbangan ekonomi negara.Saya tak rasa dengan memberikan cuti bersalin lebih panjang pada wanita akan menyebabkan ekonomi negara akan terus menjunam lalu kita jadi negara miskin. Kdnk negara pada tahun lalu adalah AS$397.5 bilion (anggaran 2008) iaitu ke 29 paling tinggi didunia. Tinggi tu wei. 

Saya ambil contoh Denmark, negara ini bukan hanya memberikan cuti bersalin pada wanita sahaja, malahan si bapa juga diberikan cuti untuk menjaga si isteri dan anak yang baru lahir. Tengok, bagaimana Denmark menghargai masyarakatnya dan menekankan bahawa pentingnya institusi kekeluargaan itu dan hak wanita yang baru bersalin. Malah, Denmark dilaporkan sebagai negara paling gembira didunia biarpun kadar cukai disana adalah 50% dari gaji asal dan paling mahal didunia. Konsep mudah, bila rakyat gembira mereka lebih produktif dalam berkerja, dalam berkeluarga, seterusnya memberi kesan positif pada ekonomi.Benda yang baik, kita mesti ambil contoh, yang buruk abaikan lah.

Akhir kata, anggap sahajalah itu adalah hadiah bonus kepada para wanita yang sanggup bergadai nyawa untuk menyumbang populasi masyarakat Malaysia ini wahai lelaki diluar sana. Tapi pelik kan ayah saya, malah pak cik-pak cik saya suka jew kalau isteri mereka dapat cuti lama, kalau boleh lama lagi bagus tapi kenapa lah lelaki yang memberi komen annoying itu tak suka yew??????Daaaaa. Best Blogger Tips

Wednesday, October 13, 2010

the best food

salam


Good morning world. Good morning Malaysia, Good Afternoon America  and Good Night London.  Now I’m feeling so international. Vavavavavava…Sooo Diva!


Hari ini sarapan adalah lempeng. Homemade. Buatan air tangan emak. Tepung dan telur sebiji  lalu dicucuri  air yang banyak digaul sebati dengan penuh semangat. Kuali leper dipanaskan lalu sesudu minyak dimasukkan. Biar panas dan shreeeeeeeeeeeeeeee bunyi bancuhan dalam kuali. Ayah order lempeng satu. Mak kata okey, siap! Lalu lempeng didalam kuali diangkat tinggi dan terbang melayang dalam pinggan depan mata ayah. Standing ovation for emak. Bunyi sorakan memeriahkan meja makan.

Kemudian mak, kami kalungkan medal emas yang saya menang 7 tahun lalu masa masuk acara sukan lempar cekera peringkat sekolah. Lalu kami semua berdiri tegak dan menyanyikan lagu negaraku. Tanda kasih dan brsyukur tinggal di Malaysia.  Sit, recite a doa and eat. Tengok, sungguh patriotic setiap hari kami makan. 


Baiklah sebelum kena LEMPANG sebab mengarut, maka adalah baik kak yong teruskan dengan matlamat utama entry ditulis.

I'm always discover, the best food in this universe 


  is L.O.V.E.
That enough to make me feel good for the entire day.
Best Blogger Tips

Tuesday, October 12, 2010

we're cat and dog

Salam

Siapa pun kita, semua orang akan melalui saat-saat menjadi anak seseorang. Jika anda belajar biologi, anda akan tahu bahawa anak itu bukan tiba-tiba wujud disebabkan ada seekor burung undan yang ada paruh besar itu bawa kain yang mengandungi bayi. Lalu kain itu dibuang kedalam cerowong asap. And TADA, congratulation, now u're parent.Kalau begitulah halnya, kompem populasi rakyat Malaysia ini antara yang sikit didunia sebab majoriti  rumah rakyat Malaysia  tiada cerowong ( or cerobong?) asap.

Dan rasanya tak perlulah saya menerangkan dengan lebih lanjut juga bagaimana anak itu terhasil. Macam mana proses dia. Kerana dikhuatiri keayuaan saya sebagai gadis melayu  yang suci lagi naif akan tercalar ( oh sila lah menahan diri anda untuk melempang diri saya disaat anda membaca statament ini).

Dan secara zahir dan batin nya kita memang tidak boleh memilih untuk lahir dalam keluarga jenis apa pun. Kita tiada kuasa meminta-minta. Itu urusan Tuhan yang harus kita redha.Contoh, oh tolong lah bagi saya lagi jadi anak Perdana Menteri Zimbabwe sebab rasa macam cool oo. Tolonglah kasi saya lahir sebagai adik dato Siti Nurhaliza sebab dia cantik lagi kaya lalu saya boleh tumpang glamor. Tolonglah kasi saya lahir dalam keluarga kaya raya macam Bill Gates supaya saya menikmati nikmat dunia tanpa batasan.Hmmm.

Lahir-lahir, dan kemudian membesar. Bila dah pandai fikir sikit. Barulah kita boleh berperasaan dan membuat konklusi sama ada adik beradik @ keluarga kita itu yang paling best atau tidak. Sekian pendahuluan.


___________________________________________________


Menjadi anak sulung kadang kala susah. Sebab secara fitriahnya, memang lah 'WOW' ada kuasa veto disitu bila tiba-tiba berlaku saat kecemasan dalam membuat keputusan. Tapi disepasang tangan itulah terpikulnya tanggungjawab yang perlu digalas dengan sempurna, ya tuan puan sekalian! Ewah ayat mcm nak masuk berkempen pilihan raya. HAkHAK HAK TUEH!

Back to the serious business here!.

Pernah tak dalam adik beradik anda, berapa akrab pun anda bersama mereka. Mesti ada seorang yang macam pelik dan sering buat anda pening sebab dia tak macam adik beradik yang lain. Ada sahaja peel dia yang pelik-pelik dan macam-macam yang sering mengugat kesabaran didada. So i have one: HAKIM.

Saya dan Hakim sejak kecik memang macam tak kamceng, tak ngam. Sejak dari dia lahir sebab lahir-lahir dia lelaki. Although my parent especially my emak sooo happy. His is their first and last son. My reaction at that time, Arr, kenapalah dapat adik lelaki. Nak adik perempuan. Tak sioklah adik lelaki. Sebab lelaki tak main masak-masak, tak main make up-make up, tak main all girls stuff. Lelaki main bola, main lumba-lumba, main wrestling. Okey itu mentaliti budak perempuan umur 7 tahun sebab masa itu dia anti dengan sorang budak lelaki dalam kelas dia.

 Kemudian, kita berdua semakin membesar dan membesar dan membesar. Dari segi umur dan berat badan. Maka jadilah kami insan yang gemuk. Oh, ada jugak persamaan disitu.

Kadang kala kami berdua ada isu gender. contoh biarpun engkau lelaki, ko kena masak jugak, biar engkau lelaki engkau kena basuh pinggan jugak. How to treat women nicely and its should be started with yours sister(s). conflict conflict conflict, lalu kita makan cornflakes.

BUT, we're sibling. no matter what happen, Im still love him forever and ever and ever. ( ye rahika, stop it, we get it). Although sometime we're look like want to kill each other. Screaming and fighting for nonsense things like tv,books, tempat duduk dalam kereta and etc. Now, both of us can get along together, but sometime i still have issue with him. He is the only brother i have, of course i want the best for him.

Bergaduh macam mana pun kami sebab berebut tv, masa pasukan Malaysia lawan bola, kami menjerit keriangan bersama  jugak. Bergaduh bagaimana pun kami, bila dia masak sedap, saya makan juga dari pinggan dia. Mengutuk cerita indonesia, yeah kami berdua juga lah. A lot of moments that we do together and a lot of secret was shared. Berjauhan ke kutub utara selatan pun kita, kita tetap akan bersama sebab darah yang mengalir dalam badan kita adalah sama. Jenis O positive kan.Blood thicker than water. Yes, u're important to me.



To Hakim, you will growth up as young man soon. Yang hensem, yang gagah, yang mungkin dah  pandai bercinta, yang pandai memasak, yang berkerjaya and yadda yadda yadda. Pesan kak yong jangan amik dadah, jangan rosakkan anak dara orang, jangan amik rasuah, jangan lupa solat, jangan buli orang , jangan diikutkan sangat hormon muda mudi lelaki anda itu dan ingat jangan asyik masak dan makan sahaja. FAHAM. Yew,nie mak nenek punya pesanan, tapi inilah yang berkesan okey, yang membina hidup orang yang baik lagi berguna dan x menyesal dikemudian hari.

dan lagi satu, Nasihat untuk masa sekarang: Tolonglah bangun awal sikit untuk pergi sekolah boleh? Tak larat dah hari-hari dengar seluruh isi rumah termasuk ayam-ayam diluar rumah nak kejutkan anda setiap hari. hehehe. Tamat penutup.

* this article was inspired from  Rainman movie,staring by  Tom cruise dan Dustin Huffman* Best Blogger Tips

Sunday, October 10, 2010

Kenapa saya bertudung?

Salam

Recently, I had conflict in myself what I called it as identity confusion (AGAIN!!). It’s not fun at all since I keep thinking and questioning myself . Err…ok tipu, bukan diri sahaja, tapi saya juga  kacau 2 ahli rakan kumpulan bergosip saya. Oh sangat penting untuk memiliki ahli gossip sendiri supaya  integiti dan kesetiaan dan privasi dapat dijaga. Ewah. It is essential codes since when we start to share our stories to others, we hoping they can keep it as secret and don’t judge us. 

Seem they are not interesting to listen because I always said bla bla bla but sometimes I don’t really mean it.Drama jew lebih. HAHAHA. Dan kemudian luahan perasaan itu akan keluar dari landasan dengan bercerita pasal fashion, buku, movies, blog orang lain, KPM, money, vacation and etc.  Best friends know better.

_______________________________________________________

Segalanya bermula ( oh ayat) apabila saya baca artikel ini. And Im just Oh yea? Please read the comments. Its quite interesting (kan?)  

Pakai tudung salah, tak pakai tudung pun salah. Ramai lagi yang tak pakai tudung, pakai tudung nampak rambut, blab la bla bla.

Diam. Angguk. Then I feel terrible. Oh JAHILNYA AKU( sob sob sob). Then I PM ckin (sebab dia jew yang online) . Sharing my doubt, my guilty and my curiosity.  

Kenapa saya bertudung? Kerana:

A)  Bertudung  adalah lambang kesucian dan maruah seorang  perempuan islam.
B) Bertudung adalah tanda ketaatan  dan komitmen seorang perempuan islam pada agamanya 
C)Bertudung mendorong wanita islam lebih dihargai melalui  ilmu dan sumbangan mereka  pada masyarat dan mereka tidak dinilai berdasarkan kecantikan mereka.


Jujurnya, saya bertudung kerana sudah terbiasa. Kawan-kawan saya semua bertudung. Persekitaran saya membuatkan saya memakai tudung. Yes dear, I’m so grateful born as muslim. Being muslim is the best ever thing that happen to me. Syukur. Tapi bersyukur sebagai muslim tidak bermakna kadang kala saya taat pada amalannya. Bertudung sejak kecil tidak lah bermakna saya ini manusia beriman lagi patut pada segala ajaranNYA. Ada yang tunggang terbalik.


Menjadi gadis remaja perempuan adalah hebat. Kami suka pada perkara-perkara yang cantik dan nampak manis. Semakin meningkat dewasa, semakin boleh berpijak dengan kaki sendiri, semakin mendapat kebebasan dalam membuat pilihan. Kadang kala pilihan yang dibuat adalah lebih pada kata hati dari akal. Kadang kala mungkin jauh dari hakikat bahawa islam itu bukan hanya pada nama tapi pada paras laku juga.


Memakai tudung bukan semata-mata menutup kepala sahaja. Bukan hanya pada fizikal tapi juga ada suntikan rohaniah disitu. Bila pakai tudung, tak boleh pakai baju nampak lengan, seluar pendek, baju ketat, akhlak juga hendak dijaga. Tak manis seorang yang bertudung berjoget-joget berhuwaaa huwaaa.


Kadang kala saya tak nampak hakikat indahnya dan fadhilatnya bertudung kerana bila pakai jubah, pakai tudung menutup dada tak nampak manis dan tak update dengan fesyen semasa. Sukar untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Ada tempat-tempat yang terbatas. Oh dunia memang indah.


Oh ada orang kata, perempuan pakai baju seksi-seksi, ketat, and etc  adalah untuk menarik perhatian lelaki.  Siapa tak sukakan perhatian?  Anybody. Lebih-lebih lagi bila mulut-mulut mereka ini asyik dok puji dan biasanya wanita yang berpakaian ketat, seksi, up to date (biarpun mereka bertudung) lebih mendapat perhatian dari mereka yang satu badan berselubung penuh. Malah, mereka yang berpurdah satu badan, berjubah bagai, kadang kala dipandang pelik dan mendapat gurauan sinis. (am I right?).

 Im not wrote this in purpose to show that im good. No, saya tahu amalan saya tahap mana. Saya hanya mahu berkongsi agar saya ini dibuka kan hati menjadi lebih baik. Semoga suatu hari saya menjadi bidadari yang terpilih dengan akhlak mulia Bukan hanya memakai tudung sekadar untuk tuntutan bahawa petanda saya ini islam dan sudah terbiasa. Hanya sehelai kain diatas kepala. Kerana bertudung lebih daripada itu. Mungkin suatu hari nanti….


Bacaan tambahan:
1) ini
2) Ini

Best Blogger Tips

Saturday, October 2, 2010

cerita mengenai gadis

salam

Cerita mengenai gadis
Yang bising mengenai berat badan
pot pet here pot there
Hari-hari begitu bersemangat
Tapi non ado!
Senam 15 minit
pastu mencekik berpingan-pinggan

Cerita mengenai gadis
Sibuk dok komplain bosan-bosan, bosan
Bukannya tak ada kerja nak buat
tapi itulah malas..Tee hee






This is story about the girl
listening  harporadio
Dr Laura Bernman on air
Talking about relationship 
huh!ntah apa motip mendengar
hoho, mungkin untuk paduan dimasa depan..
eh eh eh, ada cerita pasal sex la..OCD?
apa nak malu, ini radio khas untuk perempuan oo.


Cerita mengenai si gadis (lagi)
malam-malam buta dapat sms dari adik kesayangan
"ayong, aku nak gi luar negara minggu depan" 
fuh! Bukan nak bawa aku sekali!
Terus mengelupur menyiapkan senarai barangan untuk dipesan.HAHA

Sekian cerita si gadis dimalam-malam buta


Hidup kalau hari-hari ini asyik merunggut jew, bukan sahaja manusia benci Malah Tuhan pun x suka. kan?


Best Blogger Tips

Friday, October 1, 2010

I am not his favorite granddaughter.




Salam.

Im not his favorite granddaughter, And im  dont care.Wallah, statement macam nak sentap kan.

saya bukanlah cucu kesayangan atuk saya.....saya rasa Ain( mengikut urutan, Ain adakh cucu ke 4, die muda setahun dari saya) adalah cucu kesayangan atuk saya....adakah saya bersedih???? TIDAK SAMA SEKALI......

Diwaktu ke kecil, hubungan saya dan sepupu-sepupu adalah luar biasa. Luar biasa bukan bermaksud kami sekumpulan makhluk asing yang sesat di bumi. Tapi kami ada ikatan (suci?)yang sangat kuat. Asal cuti, sanggup tinggalkan ibu bapa sepanjang musim percuti sedangkan kami memang anak-anak yang manja. Semua mahu pulang ke kampung. Rumah nyai(nenek) itulah summer camp, winter camp,spring camp dan segala kategori yang sama waktu dengannya.

Nyai dan mak cik- mak cik saya suka memanjakan kami. Lebih-lebih hanya kami antara cucu-cucu mereka yang ada masa itu. HAHA.Tapi atuk saya garang. Sering jugak rasa piss off lah ngan atuk. Memang tak ngam kamceng kamceng tu no. Bukan kah kanak-kanak itu manusia suci, expresi dari mereka cukup menunjukkan peribadi si dewasa? kan kan kan..Disebabkan sifat saya yang suka sangat 'rebel'. Maka secara mutlak saya bukanlah cucu kesayangan beliau sebab sering saya dengar ' oh anak halim ini, oh anak halim ini' dari mulut atuk.

kenapa saya tidak heran saya bukan cucu kesayangan atuk saya???
A: saya tak kisah
B: Ain memang best pun, dia layak
C: kalu atuk sayang, nnti kena buat banyak kerja
D: saya cucu kesayangan nyai saya
E: atuk saya garang


cepat jawab.....30 saat diberikan....tik..tok...tik...tok...teko...ring~~..
time up....

Semua jawapan diatas adalah tepat kecuali D...nyai saya sayang semua cucu dia, hanya saya jew gedik mahu menulis itu supaya kazen2 saya yang lain jeles..ha3x..( tapi rasanya cam x menjadi jew)...

benar kata orang, kadang kala jodoh kita adalah berlawanan dengan sifat personaliti kita sendiri...saya menyaksikannya sendiri..mengenai nyai dan atuk saya, mengenai ayah dan emak saya..( eh,,apasal citer nie..cam terpesong kah lagi...ha3x..TIDAK3x...sila teruskan pembacaan anda...)...

nyai saya dalah seoarng yang lemah lembut..tapi atuk saya adalh seorang yang garang...Dahulu, semasa saya kecil, saya selalu fikir, kenapalah nyai saya dikahwinkan dengan atuk saya nie ( mereka kawin atas dasar keluarga)....atuk saya memang seorang yang garang. Tidak mudah mesra, tapi tidak lah menimbulkan perasaan takut pada diri saya..ala, takat atuk jew, wat pe nak gerun plak, tapi bile time kantoi kami berenang kat kolah tu, memang gerun gilos, ok....

Setiap kata atuk saya adalah arahan. Mesti dilakukan tanpa bnyak bicara dan cekadak.Dan saya adalah anak kecik yang tidak suka dipaksa3x.Jika atuk suruh buang air ludah dia dalam mangkuk, kalu atuk suruh buat kerja tolong orang kat dapur...saya akan melarikan diri kerana geli dan atuk akan bising, dan Ain kadang kala tanpa banyak bicara akan melakukannya,,..

nyai selalu berkata:
 kenapa musti nak lari , nnti atuk bising, kan senang buat sahaja , terus atuk diam...

Saya diam tapi saya tak setuju.Saya bukan hamba atuk yang suka arah2 buat itu ini, tak buat kena marah. Saya rasa perbuatan atuk menyuruh saya buat itu ini dikala saya sedang syok bermain adalah satu bentuk menyekat kebebasan saya untuk bermain, (saya jugak tak suka kalu tetiba mak teh suruh saya tumbuk lada padahal saya merengek2 mahu makan ikan masak sambal kew, ape bila time blender rosak dulu...*tetiba*)..

Saya lebih suka membantah dari melakukannya.Saya lebih suka orang bising3x agaknya...bila saya tak buat, atuk marah, orang lain buat, saya rasa amat berkuasa, seolah2 kemenangan dipihak saya...atuk hanya mengeleng dan berkata." oh anak halim, oh anak halim'

Kini, bila saya sudah dewasa, saya tahu kegarangan atuk ada wajarnya...12 orang anak musti dididik jadi manusia sempurna iman, ilmu dan akal...Saya patut bersyukur, semua anak atuk yg 11 org ( pak su saya meninggal waktu kecil) menjadi manusia...saya belajar, seorang perempuan biarpun sebagai mana die berkuasa dan berkerjaya, syurganya dibawah tapak kaki suaminya.Yang tua harus dihormati dan yang muda disayangi..selagi tidak menentang syarak agama, redha dan patuh itu satu kemestiaan.

Atuk mungkin sudah terbiasa, garang dan mukanya sukar untuk senyum, tapi saya kira atuk adalah seorang lelaki tradisional dan konservative yg tidak tahu meluahkan rasa sayangnya...

Atuk saya seorang yang kedekut...Dahulu nyai bercerita, kalau beli ikan hanya sedikit sahaja, kemudian kongsi beramai3x, jadi untuk mengurangkan kos, nyai tanam sayur-sayuran dibelakang rumah ( kini pun masih juga tanam). Yang sedikit itu, makan secubit sorang ...Semasa saya membesar, saya kira kehidupan kami tidak susah tapi tidak lah terlalu kaya berada harta berjuta2 lemon.

Tapi jika membeli makanan, mak cik2 atau pak cik2 saya membeli hanya beberapa bungkus sahaja mee bandung misalnya, dan dikongsi antara kami..1 keluarga nuclear yang besar.Jadi seorang hanya akan dapat semangkuk kecil sahaja...kalu amik makanan, hanya sedikit sahaja, kalu habis, baru boleh tambah lagi ( tapi nk tunggu ko habis,lauk dah habis dlu..cis...)..anak kecik seperti saya selalu menganggap itu kedekut kerana dirumah, mak dan ayah tidak melayan saya begitu ( memang arr.., dah ko ngan suhada jew anak mereka masa tu , 4 org jew..leh la makan banyak2x,...er...skrang pun sama jew..makan banyak2 sebab tu gemuk..).... 

Semasa saya membesar itu jugak. atuk memang suka beli majalah, dewan siswa,keluarga, mastika, remaja, massa dan segala macam majalah berbentuk ilmiah yang kompem saya tak baca.Itu x dikira lagi dengan buku yang memang saya tengok tajuk pun x mahu.. Nasib baik mak cik saya ada beli remaja, ujang. gila-gila..keh3x....

Bila saya dewasa, saya sedar, kedekut atuk ada tempatnya..atuk tak suka pembaziran. Makan itu kalu terlalu kenyang itu melalaikan, memalaskan..atuk beli bnyak buku/ majalah ilmiah( biarpun hanya atuk yang baca sorang), untuk atuk tunjukkan ilmu itu lagi penting. Biar berlapar, kerana lapar itu akan hilang tapi ilmu itu tetap tidak akan hilang.

Malah,kini saya tahu kenapa hubungan kekeluarga kami teramat rapat.Antara kami sepupu3x, adik beradik, mak cik2x dan pak cik2x..kerana kami berkongsi makanan....orang kata, bila kita berkongsi , sayang dan kasih itu tetap ada.

.Saya syukur, atuk mendidik anak2 dan cucu2nya erti kasih dan sayang, sifat bermurah, jangan kedekut...harta yang ada kongsi bersama....Sebagai anak org kaya, saya rasa atuk tidaklah begitu sukar membesarkan anak2nya dengan kemewahan atau kesenangan..Tapi atuk membesarkan anak2nya dengan jalan agak susah...saya anggap itu ego dahulu ( lelaki memang kuat egonya kan).Sekarang, saya kira suma anak2nya boleh berdikari dikaki mereka sendiri tidak mengharapkan ibu bapa biarpun tidaklah seberada mana pun..cukuplah untuk kehidupan yang selesa...

kadang kala, saya membentak kenapa mesti dilakukan begitu, begini..Tapi bila saya boleh berfikir tanpa emosi, saya lihat hikmah disebaliknya...Dulu, sewaktu atuk masih hidup, atuk selalu bercerita pada kami, berjam2 masa itu dihabiskan. Jika berjalan, orang akan bertanya, anak siapakan ini pak haji? atuk dengan bangga menjawab: anaknya halim, anaknya lina, anaknya kecik......Bila atuk sakit, atuk tidak garang, kedekut lagi.

kerana atuk selalu terlantar dikatil, atuk hanya panggil nyai bila mahu membuang air atau solat, @ membantunya mengambil barang tapi atuk masih lagi membeli majalah3x..kadang2 atuk gagahkan diri makan bersama kami bila cucu dan anak2nya pulang ke kampung...

atuk saya mungkin bukan lelaki idaman saya, tapi ketidakhadirannya betul2x menyingkap kenangan masa lalu saya...saya sayang atuk saya....

Seperti mana hadis Rasullah SAW.Bilamana anak adam itu meninggalkan dunia, hanya tiga amalan dibawa,
1) doa anak yang soleh
2) ilmu yang bermanfaat
3) amal jariah.

Saya kira, atuk menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dan atuk dengan baik...dan sesungguhnya saya merasakan atuk meninggalkan dunia dengan membawa ketiga2 amalan itu dengan jayanya..( semoga Allah membenarkan apa yang saya rasai ini)...semoga Allah memberkati Roh Atuk bersama2 orang2 yang beriman...:)..

manusia itu memang tidak sempurna..tapi ketidaksempurnaanya itu adalah keistemewaannya...






* tiada pics, kerana arwah atuk saya bukan seperti saya, manusia yg photogedix mahu amik pics setiap masa..arwah atuk saya meninggal sewaktu saya darjah 5*AL-fatihah atuk!


ps: ini adalah sebuah entry lama, yang tiap kali saya baca akan menimbulkan rasa hiba dihati.
Best Blogger Tips