Friday, September 21, 2012

seks dan maruah diri

salam

1) Adakah anda ada teman lelaki/ teman wanita?

2) Pada umur berapakah anda rasa boleh melakukan hubungan seks? Mengapa?

3) Adakah anda setuju melakukan seks sebelum berkahwin? Mengapa?

4) Pernahkan anda menonton CD lucah? Bagaimanakah anda mendapatkannya.


" Sila tulis jawapan adik-adik dalam kertas, kemudian pass pada saya. Tak payah tulis nama. Tulis jawapan sahaja"

saya melirik-lirik melihat pelajar perempuan sebelah saya. Tekun dia menulis.

Perasan diri sendiri di tenung saya, si gadis cepat-cepat menutup jawapan. " janganlah baca , cikgu" sambil menutup kertas dengan sebelah tapak tangan. Malu la tu.

saya bangun dan berjalan untuk melihat-lihat jawapan pelajar lain. Kedengaran suara gelakan dari belakang. Oh, datangnya dari 5 gadis cina tu. Ada saja la keleteh mereka itu. Kak Raziah datang ke arah saya dengan ketawa yang masih bersisa.

" Kenapa tu' kak? tanya saya.

" Aw cai en tanya aku, " itu cikgu soalan 2 macam mana". Aku tanya la balik, awak pernah buat seks ke?" Terus tiba-tiba gelak ramai-ramai. "

Saya tergelak apabila Kak Raziah bercerita dengan mimik-mimik muka sekali.Budak-budak ini macam-macam hal.

Jawapan yang diberi bermacam-macam bentuk.

Contoh jawapan untuk soalan 2  (Pada umur berapakah anda rasa boleh melakukan hubungan seks? Mengapa?):

23, sebab dah matang.

25, sebab dah boleh kahwin


18 tahun kot


Contoh jawapan untuk soalan 3( Adakah anda setuju melakukan seks sebelum berkahwin? Mengapa?) :

Tidak, takut nanti mengandung.

Tidak, berdosa.


Contoh jawapan untuk soalan 4 (Pernahkan anda menonton CD lucah? Bagaimanakah anda mendapatkannya.):

tidak pernah.

pernah, saya tertengok. tertekan iklan dekat youtube.



Saya tak lama berada di Bilik Ibu Faredah . Program hari ini ceramah mengenai modul " Seks dan maruah diri" oleh Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN). Program ini mensasarkan pelajar perempuan tingkatan 1 dan 2.

Relevankah program ini?? Saya tidak tahu jawapan anda( dan tak mahu tahu juga). Tapi untuk saya, Untuk sekolah saya. Untuk pelajar saya.Saya merasakan perkara ini perlu.

Seks selalu menjadi perkara yang terlalu sensitif dan malu untuk dikupaskan. Tapi kita sendiri tak sedar, kita hidup dalam zaman yang serba serbi nya canggih dan sumber maklumat itu tidak hanya berkisar sekitar buku.

Buka tv, tonton drama omputeh, latin, melayu dan sebagainya. Eh. Ada pasangan bercinta yang brutal. Kemudian cium dan make love.  Walaupun bab-bab yang make love tu memang akan dipotong tapi hello penonton sekarang bukan bodoh. Budak-budak sekarang main bijak. Mereka tahu apa berlaku. Bila dah selalu tengok, apa yang mereka faha, bahawa kalau sayang, kena korbankan jiwa raga dan badan.

Buka internet, lagi lah tak payah cerita. Banyak kot. Yang dedah-dedah sana sini.

Banyak juga kes-kes berlaku. Sumbang mahram, rogol, pergaulan lelaki perempuan tanpa batasan, bla bla bla.

Kesimpulannya, remaja sekarang memang dah banyak didedahkan dengan perkara-perkara sebegini. Normallah kot. Nama pun remaja. Masa ini berlaku perkembangan dari segi hormon dan juga perubahan fizikal sama ada perempuan dan lelaki. Sikap ingin tahu mereka adalah tinggi. Lagi kita halang, lagi nak tahu. Jadi sebagai seorang dewasa, kita seharusnya memberitahu apa yang mereka patut tahu, terangkan dengan berhikmah dan berkesan.

Bila mereka faham, mereka akan amal tanpa perlu kita selalu pantau.Kita beri maklumat agar mereka dapat berfikir dengan jelas apa yang betul, apa yang salah. Jom jadi manusia yang bermaruah.

Sekian bebelan tamat. Emosi sungguh.


Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment