Tuesday, September 11, 2012

" Dah tanggungjawab saya, cikgu"

salam


Afiq dan Farhan datang berjumpa saya selepas perhimpunan berakhir.

" Cikgu, boleh tak kalau hari ini Afiq buat perbentangan bersama saya?" ujur Farhan sopan. Farhan memang budaknya sopan. Alhamdullilah, bagus didikan mak ayah dia.

"Kenapa?"

" Kesian dia cikgu, kumpulan dia hanya ada 2 orang sahaja. 3 orang tak datang ,cikgu" tambah Afiq.

" Ala, boleh la cikgu. Kumpulan saya kumpulan 5. Kami dah siap semua dah cikgu. Tunggu giliran je" Afiq ini kalau bercakap macam bertih jagung. Panjang lebar.

Saya angguk tanda memberi keizinan. Sebagai ketua, mesti Farhan tak senang duduk. Ramai sangat ahlinya tak datang.

Saya masuk kelas, dan perbentangan pun bermula. Afiq yang jadi bidan terjun memberikan persembahan yang bagus. Suaranya lantang dan perjelasannya jelas.Besar potensi budak ini. Kalau digilap dengan baik, boleh jadi ahli debat sekolah.

" saya lulus tak cikgu?" tanya Afiq selepas perbentangan tamat.

" Lulus" Jawab saya pendek. " Kenapa awak tolong kumpulan 3 ye , Afiq?"

" Saya kesian dekat Farhan dan Naim la cikgu. Mereka dah buat penat-penat.Nanti gagal pulak" Jawab Afiq ringkas. " Tapi jangan risau, cikgu.Nanti sampai giliran kumpulan saya. Saya akan bentang lagi sama dia orang. Kan itu tanggungjawab"

Saya senyum dan kagum dengan Afiq. Sebagai  seorang dewasa, saya menilai diri sendiri. Menilai tahap keikhlasan saya, menilai tahap tanggungjawab saya, menilai tahap moral saya.

Terima kasih Afiq. Cikgu banyak belajar untuk hari ini dari awak.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment