Saturday, September 22, 2012

pelangi Indah


Salam

Dulu, saya dan Syazwani Isa pernah berkerjasama menulis sebuah cerpen. Godeh-godeh , eh terjumpa pulak. Cerpen ini cerpen sedih. Sumber inspirasi bukan berlaku pada diri sendiri tapi tidak sesukar mana pun untuk mendapatkan bahan untuk dijadikan inspirasi penulisan. 

Dengaln lafaz bismillah saya persembahan sebuah cerpen pertama hasil aktiviti berangan kami. 
________________________________________


Hujan di luar seakan tidak mahu berhenti. Udara  dingin terasa hingga ke tulang. Suasana sunyi alam hanya ditemani bunyi tip tap tip tap air berlaga dengan atap rumah. 

Along termenung di luar tingkap. Dia rindu suasana begini. Bertahun di negara orang menyebabkan dia lebih bersyukur dengan keadaan sekarang.

 Rajuknya menyebabkan dia menyeksa diri membawa haluan jauh dari masalah. Diikutkan kata hatinya menerima tawaran berkerja jauh dari desa halaman. 

Disekat air matanya menjelang lebaran dan cuti untuk tidak pulang. Beribu alasan diutarakan pada  ibu setiap kali mereka berutus email atau berinterasi dalam talian. Disenyapkan diri pada rakan-rakan yang sentiasa setia disisi. Disisipkan amanah dan pesan selalu pada Angah dan Ucu yang faham benar dengan masalah kakak mereka itu. Jauh lamunannya dibawa bersama deraian titisan – titisan air hujan yang semakin mengila lebatnya.

Kedengaran hentakan kaki lembut menyentak lamunannya. Ibu datang membawa seteko teh panas dan sepinggan pisang goreng. Hidangan petang yang cukup padan dengan suasana sekarang. Along tersenyum. Wajah ibu manis seperti dulu biarpun kedutan diwajah ibu semakin bertambah dan rambut ibu sudah putih benar. Ibu tidak sekuat seperti dulu.  Hatinya mengeluh halus.

Jika tidak kerana  berita dari  Ucu yang menyuruhnya pulang ke desa. Sumpah sampai mati pun dia  tidak akan meninggalkan negara orang.  Jika tidak kerana kata-kata Angah yang berbisa itu, sampai sudah pun rajuknya itu tidak akan padam. Bukan dia tak sayang Ibu. Tapi dia tak sanggup lagi nak tinggal di desa. Banyak kenangan yang merobek hatinya.

“ Makan Long. Makan panas baru sedap” Ujur ibu sambil menghulurkan secawan teh panas. Along sambut dengan senyuman. Lapang hati ibu lalu membalas senyuman anak sulungnya itu. Suasana kembali sunyi. Ibu diam tidak tahu untuk memulakan bicara. Suka hatinya tidak kepalang apabila dia menerima email anaknya itu akan pulang cuti ke desa.  Selalu Ibu berdoa dalam –dalam agar tuhan melembutkan hati Along memaafkan peristiwa lalu. Rindu seorang ibu tiada taranya. Hatinya turut menangis bila hati Along menangis tapi Ibu sendiri tersepit. Dia sayang semua anak-anaknya. Tidak pernah dia membeza-bezakan kasihnya untuk Along, Angah, Achik dan Ucu. 

Hidupnya tidak menentu selepas suaminya meninggal secara tiba-tiba akibat langgar lari, anak-anaknya itu mencetus semangatnya untuk dia terus hidup dan berusaha. Selepas siangnya dihabiskan waktu mengajar di sekolah, malamnya masa ibu dihabiskan dengan upah menjahit. Anak-anaknya semakin membesar dan perlukan banyak perbelanjaan. Syukur semua anaknya menjadi dan menjejakkan kaki hingga ke menara gading.  Segala penat lelahnya terasa berbaloi. Dia terasa bahagia.


“ Hujan sepertinya semakin mahu reda, ibu. Along mahu ke Pekan sebentar la, Ibu. Nak tengok suasana Pekan.” Kata Along memecahkan suasana hening.

“ Biarlah teduh dulu Along, Tidak lari Pekan itu. Masih sama seperti dulu. Nanti petang Ibu temankan Along ke Pekan. Takut Along sesat jalan nanti, susah hati ibu “ Ibu melarang sambil berseloroh.

“ Ish, ibu ni. Nak perli Along la tu. Kalau Along sesat, Along telefon la Ibu. Tak pun, Along  mengurat sahaja mana-mana lelaki di tepi jalan jadi pemandu pelancong”  gurau Along.

Ibu menjengkilkan mata serentak Along ketawa berderai. Senang hati Ibu tengok Along ketawa. Sudah lama, Ibu tak mendengar Along ketawa. Ibu pun turut ketawa.

Tiba-tiba Arif datang berlari menerpa peluk ibu. Ketawa Along mati.
Ala, cucu Nek Mak dah bangun ye” Ibu balas pelukan Arif dan ciuman singgah di kedua-dua belah pipi Arif.
“Alif nak pisang goreng?”

Wajah comel Alif angguk laju-laju.
Along cepat-cepat bangkit dari tempat duduk.

Along..” Ibu menegur lemah.

“ Hati Along masih sakit Ibu. “ tutur Along lembut tanda hormat lalu bergegas masuk ke dalam bilik.

Air matanya sudah lama kering. Kenangan lalu sudah lama di usir jauh-jauh. Tapi luka lamanya masih lagi tidak mahu sembuh. Dia tidak pernah dibesarkan menjadi pendendam. Hidup mereka yang susah dahulu menjadikan dia tabah. Dia fikir dia cukup kuat dan matang. Sedaya upaya takdir itu cuba untuk ditelan tapi dia masih lagi gagal.

Laci meja solek dibuka. Sekeping gambar lama di ambil. Gambar raya 5 tahun yang lalu. Ucu yang baru berusia 18 tahun ketika itu kacak berbaju melayu bersongket ungu. Ibu ayu berselendang labuh duduk atas sofa empuk. Along dan Angah duduk sebelah menyebelah tersenyum simpul. Achik melentokkan kepala di bahu ibu.  Mata Along tatap potret wajah Achik dalam- dalam.

“Sampai hati Achik buat Along macam ini”. 

“Maafkan Achik . Achik cuba lawan perasaan itu tapi tak boleh. Semakin hari semakin kuat, Along. Achik cuba  melarikan diri tapi Abang  Aziz tetap mencari “ Achik berkata dengan deraian air mata yang mengalir laju.

Aziz. Lelaki itu pernah menjadi kekasihnya sejak di bangku sekolah. Hubungan mereka masih utuh walaupun jauh dipisahkan beribu kilometer dan lautan sewaktu di zaman universiti dulu.  Memasuki tahun-tahun awal mereka membina kerjaya juga, hubungan mereka dikiranya masih lagi kukuh biarpun kekerapan berjumpa kurang. Pernah beberapa kali Aziz menyatakan niat untuk menyunting dirinya dan acapkali juga lah dia menolak demi kerjayanya. Pelbagai cabaran mereka lalui tapi kenapa kini perpisahan pula terjadi disaat dia sendiri sudah bersedia menjadi suri.


Lebih pedih, Aziz memilih adiknya sendiri. Sudah tiada orang lain kah lagi? Tidak terfikirkah Aziz akan tentang yang akan timbul lagi. Jika difikirkan, dia sendiri yang membuka ruang untuk Achik dan Aziz menjadi rapat. Achik sering kali dibawa bersama jika dia keluar bersama Aziz. Jika dia sibuk, Achik juga yang disuruhnya  menemankan Aziz.

Apabila segalanya terbongkar, Achik bawa diri jauh meninggalkan mereka tapi sayang. Hati Aziz bukan lagi untuk dirinya. Seperti manusia gila, Aziz mencari Achik. Dia akur dan merestui perhubungan Achik dan Aziz.

Disebabkan peristiwa itu, Along menerima tawaran berkerja di London dan berdiam diri.
Pintu diketuk. Ibu menjengah lalu menuju kearah Along.

“ Sudah la Along. Kenangan lalu jangan dikenang. Tuhan itu akan sentiada menguji hambanya. DIA menguji tanda DIA sayang pada kita. Maafkan sahaja mereka. Doakan roh Aziz dan Achik ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Tak baik kita berdendam, sayang”. Ibu peluk erat Along sambil menyeka air matanya sendiri.
______________________________________________________

Lewat petang waktu London, Along menerima panggilan Ucu menyatakan kemalangan yang meragut nyawa Aziz dan Achik. Mujur pada waktu itu, Arif tidak ikut sama. Jiwanya masih juga keras tidak mahu pulang. Angah telefon malamnya, mengkhabarkan urusan pengebumian yang dijalankan dan majlis tahlil yang akan diadakan nanti.


“ Pulanglah Along. Jangan disebabkan Aziz dan Achik. Along lupa tanggungjawab Along pada Ibu. Ibu perlukan sokongan Along. Biar apa pun terjadi, syurga Along tetap pada kaki Ibu. Jangan biarkan hati Ibu terluka lagi” Masih terngiang-giang lagi nasihat Angah yang berbisa itu.
Along peluk ibu rapat- rapat.

Ibu, Along tak akan pulang lagi ke London. Along akan tinggal di Malaysia untuk jaga Ibu dan Arif. Along janji Ibu” Along menangis tersendu sedan.

Pelukan dua beranak itu semakin erat. Ibu mengucapkan syukur  dalam hati. Alam juga seakan mengerti. Hujan sudah berhenti menunggu pelangi indah untuk muncul.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment