Salam.
Hari ini, hari selasa. Setiap selasa ada kelas geografi di
kelas 1RK. Kelas pertama, haruslah guru berperanan sebagai pembimbing. Memenuhi ideology konstruktisime (
constructivism) iaitu aktiviti pembelajaran
dan pengajaran lebih menekankan pada penglibatan pelajar secara aktif.
Wahahaha, janganlah
terpedaya sangat dengan konsep itu, saya sebenarnya malas. Penat tahu asyik mengajar
je, kali ini kasi peluang pula anak murid merasa jadi guru. Saya duduk
belakang, tambah tolak fakta yang perlu je. Best, selama 7 minggu tak payah
susah payah nak sedia kan alat bantu mengajar.
Maka dengan gembiranya saya membahagikan 7 bab terakhir
secara adil lagi saksama kepada 7 kumpulan yang terpilih yang WAJIB memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Ahli kumpulan mestilah terdiri daripada 5 orang
pelajar.
2) Ahli kumpulan mestilah terdiri daripada 2
jantina.
3) Ahli kumpulan mestilah terdiri lebih daripada 1
kaum.
Perg, macam sangat rumit. Nak bina kumpulan je pun. Tapi
hidup ini bukan pasal dapat gred yang baik je, mestilah ada nilai moral yang
hendak ditekankan.
Meningkatkan atau
meluaskan tahap komunikasi serta interasi di kalangan pelajar. ( Wah ayat)
Objektif tersirat:
Saya menyampah mereka ini berpuak-puak. Kalau disuruh pilih
sendiri kumpulan ikut suka melayu geng dengan melayu, cina dengan cina, india
dengan india. Kata tinggal di Malaysia. Haruslah memenuhi konsep 1 Malaysia.
Bukankah perpaduan itu seharusnya dididik dari kecil lagi?
Hasilnya:
Agak memuaskan. Setiap kumpulan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.Bagi ahli kumpulan yang lelap dan langsung
tak menyumbang, saya gagalkan je. Kalau ditanya tergagap-gagap, bila disuruh buat pembentangan tergaru-garu sampai ahli lain kena amik alih. Nampak sangat tak buat apa apa.
Almaklumlah sekarang kan zaman PBS( penilaian berasaskan sekolah). Nak lulus? Ha,engkau fikirlah aktiviti lain yang sama taraf untuk dapat band 5. Perangai nak mengada-gada, alasan nak itu ini. Minta maaflah, anda memang tak akan dilayan. Malahan, sebagai bonus sebab 'berkelakuan baik', ayat berbisa di ucapkan oleh sang guru. Guru dan sifat bebelan itu memang sinonim. Contoh peristiwa:
Almaklumlah sekarang kan zaman PBS( penilaian berasaskan sekolah). Nak lulus? Ha,engkau fikirlah aktiviti lain yang sama taraf untuk dapat band 5. Perangai nak mengada-gada, alasan nak itu ini. Minta maaflah, anda memang tak akan dilayan. Malahan, sebagai bonus sebab 'berkelakuan baik', ayat berbisa di ucapkan oleh sang guru. Guru dan sifat bebelan itu memang sinonim. Contoh peristiwa:
"Ok,lukis rajah 12.1, rajah 12.2, rajah 12.3. Masa diberi seminggu. Sehari lukis satu rajah pun tak pe"
" Fotostat boleh tak cikgu?"
"Tak boleh".
"ala, penat la cikgu"
"lukis buruk la cikgu"
" Ala, lukis la, awak semua kan pandai. Kalau lukis nanti jadi lagi pandai lagi"
kemudian ramai la yang mula sok sek sok sek itu ini begitu begini. Malas nak melayan, ini yang mula nak membebel ini.
" Orang yang selalu beri alasan, adalah orang yang .."
Tak sempat saya nak habiskan ayat. Ramai-ramai menyampuk..
".. TAK AKAN BERJAYA"
" PANDAI" keh keh keh. Nampak sangat perli saya la tu.
No comments:
Post a Comment