Wednesday, September 19, 2012

sebuah drama swasta di hadapan sekolah

salam

Hari ini hari rabu. Jadi mengikut sistem giliran, saya telah ditakdirkan menjadi guru bertugas untuk hari ini.
Di sekolah kami, guru bertugas harian akan direhatkan daripada mengajar.

Nampak macam best, tapi sebenarnya jadi guru bertugas lagi banyak kerja.Antara tugas guru bertugas ialah menunggu di depan pintu pagar untuk memerhatikan keselamatan para pelajar dalam keadaan terkawal sehinggalah bas mereka sampai. Dengan kepulangan mereka, maka tamatlah tugasan sebagai guru bertugas hari ini.

Maka cerita nya bermula begini:

Saya sedang seronok berbual kosong bersama Xue Ying, Gian Ying, Poh Keong dan Hui Wen. Bas mereka memang selalu datang lambat.Tak jauh dari tempat kami berbual ada pak cik bangla jual ais krim atas motor.

Tiba-tiba, 



sebuah kereta berhenti secara mengejut di  hadapan kami. 3 Orang lelaki meluru ke arah pak cik bangla. Serentak dengan itu beberapa orang lelaki berlari dari kereta mereka yang terletak dari sudut 45 darjah dan 90 darjah mengikut ukuran sisi kiri saya. Mereka mengepung pak cik bangla tersebut.

Xue Ying, Gian Ying dan Hui Wen memegang bahu kiri, bahu kanan dan belakang saya.
Semua yang ada disitu memang akan memusatkan pemerhatian mereka ke arah pak cik bangla dan  lelaki-lelaki pelbagai saiz itu. Malah jika ada lalat terbang pun, lalat akan berhenti terbang seketika untuk memerhatikan kejadian tersebut. Wah, ada unsur hiperbola disitu.

" Aiyoo cikgu.. takut.. takut"

reaksi pertama saya: Eh, samseng mana la pulak ini. Nak bergaduh ke? jangan-jangan Along kot. Hati mula rasa cemas dan kecut. Saya bawa pelajar bertiga menjarakkan kedudukan kami jauh dari Pak cik bangla dan lelaki-lelaki pelbagai saiz.

Lelaki-lelaki pelbagai saiz mengeluarkan kad pengenalan mereka lalu meminta pak cik bangla mengeluarkan pasport/ permit perkerjaan beliau. Mungkin permit tersebut sudah tamat tempoh sebab itulah pak cik bangla tersebut digari dan dibawa ke sebuah van di sisi jalan yang tertulis Imegresen Malaysia.

Drama swasta tersebut berlangsung selama 5 minit. Adakah saya  terhibur?? Langsung tak.

Nah rumusan dari kejadian tersebut.( pergh, sangat menjiwa watak sebagai guru bm)

1) Kesian pada pak cik bangla. Tertutup pintu rezeki dia untuk hari ini. Tak pe pak cik, kan tuhan dah kata, bila Dia tutup satu pintu, Dia akan buka pintu yang lain. Semoga berjaya. Mungkin pak cik akan jadi penjual ais krim yang berjaya di Bangladesh satu hari nanti. Tiada apa yang mustahil didunia ini.Amin.

2) Pihak berkuasa tak patut buat drama aksi gerak khas, gari-garian tangan mu oleh tangan ku  di depan pelajar sekolah. Mungkin akan membuat pelajar lelaki rasa kagum tapi boleh mendatangkan trauma di kalangan pelajar perempuan. Kalau jadi apa-apa yang tidak diingini lepas itu kena pulak pelajar. SIAPA NAK JAWAB. Ha,lepas itu mula la pihak ini keluar statement itu, keluar statement ini. Pastu keluar la perkeliling itu, pekeliling ini. Ok, moral cerita. Kalau boleh la dan jika dapat dielakkan tolong lah jangan tangkap orang jahat/bersalah di hadapan kanak-kanak/ remaja sekolah yang memakai uniform di kawasan sekolah.

3) Walaubagaimana pun, terima kasih  kerana memastikan Malaysia ini selamat. Pelajaran secara langsung macam ini memang kadang kala memberi pengalaman berguna pada pelajar-pelajar yang ada. Biar mereka tahu erti tanggungjawab dan berani. Tak mudah nak jaga keamanan negara kan.

4) Sob sob sob. Bersyukur jadi rakyat Malaysia, Ada pekerjaan tetap walaupun kadang kala mulut asyik merungut kerja banyak itu ini. Orang malas memang banyak merungut pun.Tak perlu pergi negara orang lain untuk jadi kuli/buruh bawahan.

Sekian , cerita tamat.








Best Blogger Tips

1 comment:

  1. ohh. hihi . bagus2. ada pengajaran di situ ;)

    ReplyDelete