Saturday, September 29, 2012

Berita terkini

salam

Tidak banyak aktiviti yang saya lakukan di kelas 1RK hari itu. Memang kebiasaannya jumaat adalah hari saya mengadakan ujian PBS geografi. Alhamdullilah ,  ramai yang lulus. Almaklumlah pelajar kelas pertama.

Saya sedang mengemas meja dan memasukkan instrumen ke dalam fail ketika sekumpulan pelajar perempuan datang ke arah saya. Mengadu sesuatu:

" cikgu, tengok nie". Lalu menunjukkan saya sehelai lukisan. iye, Lukisan seperti ini:






 Wanted: 4N  : Jika jumpa kami akan memberi ganjaran sebanyak 50 sen. Tiba-tiba teringat cerita Esah 50 sen. 50 sen.


" eh, apa ini"  saya mengambil kertas tersebut.Lalu membaca. Terkekeh-kekeh saya membacanya sambil membelek-belek kertas tersebut.





ok, jom tengok m/s 2


suka-suka hati je. Ingat Salleh Yaakob ke apa. HAHA. 

"Kata mereka lagi, mereka takkan bergaduh kerana jadual dah diatur (malu)..."Amboi




(ps: tak boleh nak rotate). Tapi disebabkan saya rajin lagi baik hati dan comel, maka saya tulis balik berita diatas.

En. Shafi jadi duta safi Balqis. 

Perkara ini telah dinafikan oleh Najwa (anak kepada En Shafi). Beliau berkata ini hanya satu khabar angin. hal ini dapat dibuktikan dengankulitnya yang berjerawat. Krim Safi Balqis sangat bagus. Takkan bapa jadi duta kulit anak berjerawat. 


Sooo, mak cik -mak cik berita diatas kan.... Tidakkan beliau(penulis berita) mengetahui bahawa kulit yang cantik itu kadang kala tidak dapat diwarisi. Macam iman manusia juga T____________T

( En Shafi adalah pengerusi PIBG sekolah saya dan Najwa adalah anak beliau merangkap rakan sekelas penulis berita)




Afiq memakai eye shadow?

Afiq tidak menafikan lagi bahawa dia telah memakai eyeshadow maknya kerana tidak sempat dia hanya pakai sebelah sahaja.

(al kisahnya, hari itu Afiq terlanggar pintu, Natijahnya mata beliau lebam sebelah)



Ruangan iklan:

Nissan GTR naik 44 sen.

dari

Rm400,00.00

kepada 

Rm400,00.44 









macam-macam hal
Best Blogger Tips

Wednesday, September 26, 2012

diet?


salam



                                                                    long sigh Best Blogger Tips

Saturday, September 22, 2012

pelangi Indah


Salam

Dulu, saya dan Syazwani Isa pernah berkerjasama menulis sebuah cerpen. Godeh-godeh , eh terjumpa pulak. Cerpen ini cerpen sedih. Sumber inspirasi bukan berlaku pada diri sendiri tapi tidak sesukar mana pun untuk mendapatkan bahan untuk dijadikan inspirasi penulisan. 

Dengaln lafaz bismillah saya persembahan sebuah cerpen pertama hasil aktiviti berangan kami. 
________________________________________


Hujan di luar seakan tidak mahu berhenti. Udara  dingin terasa hingga ke tulang. Suasana sunyi alam hanya ditemani bunyi tip tap tip tap air berlaga dengan atap rumah. 

Along termenung di luar tingkap. Dia rindu suasana begini. Bertahun di negara orang menyebabkan dia lebih bersyukur dengan keadaan sekarang.

 Rajuknya menyebabkan dia menyeksa diri membawa haluan jauh dari masalah. Diikutkan kata hatinya menerima tawaran berkerja jauh dari desa halaman. 

Disekat air matanya menjelang lebaran dan cuti untuk tidak pulang. Beribu alasan diutarakan pada  ibu setiap kali mereka berutus email atau berinterasi dalam talian. Disenyapkan diri pada rakan-rakan yang sentiasa setia disisi. Disisipkan amanah dan pesan selalu pada Angah dan Ucu yang faham benar dengan masalah kakak mereka itu. Jauh lamunannya dibawa bersama deraian titisan – titisan air hujan yang semakin mengila lebatnya.

Kedengaran hentakan kaki lembut menyentak lamunannya. Ibu datang membawa seteko teh panas dan sepinggan pisang goreng. Hidangan petang yang cukup padan dengan suasana sekarang. Along tersenyum. Wajah ibu manis seperti dulu biarpun kedutan diwajah ibu semakin bertambah dan rambut ibu sudah putih benar. Ibu tidak sekuat seperti dulu.  Hatinya mengeluh halus.

Jika tidak kerana  berita dari  Ucu yang menyuruhnya pulang ke desa. Sumpah sampai mati pun dia  tidak akan meninggalkan negara orang.  Jika tidak kerana kata-kata Angah yang berbisa itu, sampai sudah pun rajuknya itu tidak akan padam. Bukan dia tak sayang Ibu. Tapi dia tak sanggup lagi nak tinggal di desa. Banyak kenangan yang merobek hatinya.

“ Makan Long. Makan panas baru sedap” Ujur ibu sambil menghulurkan secawan teh panas. Along sambut dengan senyuman. Lapang hati ibu lalu membalas senyuman anak sulungnya itu. Suasana kembali sunyi. Ibu diam tidak tahu untuk memulakan bicara. Suka hatinya tidak kepalang apabila dia menerima email anaknya itu akan pulang cuti ke desa.  Selalu Ibu berdoa dalam –dalam agar tuhan melembutkan hati Along memaafkan peristiwa lalu. Rindu seorang ibu tiada taranya. Hatinya turut menangis bila hati Along menangis tapi Ibu sendiri tersepit. Dia sayang semua anak-anaknya. Tidak pernah dia membeza-bezakan kasihnya untuk Along, Angah, Achik dan Ucu. 

Hidupnya tidak menentu selepas suaminya meninggal secara tiba-tiba akibat langgar lari, anak-anaknya itu mencetus semangatnya untuk dia terus hidup dan berusaha. Selepas siangnya dihabiskan waktu mengajar di sekolah, malamnya masa ibu dihabiskan dengan upah menjahit. Anak-anaknya semakin membesar dan perlukan banyak perbelanjaan. Syukur semua anaknya menjadi dan menjejakkan kaki hingga ke menara gading.  Segala penat lelahnya terasa berbaloi. Dia terasa bahagia.


“ Hujan sepertinya semakin mahu reda, ibu. Along mahu ke Pekan sebentar la, Ibu. Nak tengok suasana Pekan.” Kata Along memecahkan suasana hening.

“ Biarlah teduh dulu Along, Tidak lari Pekan itu. Masih sama seperti dulu. Nanti petang Ibu temankan Along ke Pekan. Takut Along sesat jalan nanti, susah hati ibu “ Ibu melarang sambil berseloroh.

“ Ish, ibu ni. Nak perli Along la tu. Kalau Along sesat, Along telefon la Ibu. Tak pun, Along  mengurat sahaja mana-mana lelaki di tepi jalan jadi pemandu pelancong”  gurau Along.

Ibu menjengkilkan mata serentak Along ketawa berderai. Senang hati Ibu tengok Along ketawa. Sudah lama, Ibu tak mendengar Along ketawa. Ibu pun turut ketawa.

Tiba-tiba Arif datang berlari menerpa peluk ibu. Ketawa Along mati.
Ala, cucu Nek Mak dah bangun ye” Ibu balas pelukan Arif dan ciuman singgah di kedua-dua belah pipi Arif.
“Alif nak pisang goreng?”

Wajah comel Alif angguk laju-laju.
Along cepat-cepat bangkit dari tempat duduk.

Along..” Ibu menegur lemah.

“ Hati Along masih sakit Ibu. “ tutur Along lembut tanda hormat lalu bergegas masuk ke dalam bilik.

Air matanya sudah lama kering. Kenangan lalu sudah lama di usir jauh-jauh. Tapi luka lamanya masih lagi tidak mahu sembuh. Dia tidak pernah dibesarkan menjadi pendendam. Hidup mereka yang susah dahulu menjadikan dia tabah. Dia fikir dia cukup kuat dan matang. Sedaya upaya takdir itu cuba untuk ditelan tapi dia masih lagi gagal.

Laci meja solek dibuka. Sekeping gambar lama di ambil. Gambar raya 5 tahun yang lalu. Ucu yang baru berusia 18 tahun ketika itu kacak berbaju melayu bersongket ungu. Ibu ayu berselendang labuh duduk atas sofa empuk. Along dan Angah duduk sebelah menyebelah tersenyum simpul. Achik melentokkan kepala di bahu ibu.  Mata Along tatap potret wajah Achik dalam- dalam.

“Sampai hati Achik buat Along macam ini”. 

“Maafkan Achik . Achik cuba lawan perasaan itu tapi tak boleh. Semakin hari semakin kuat, Along. Achik cuba  melarikan diri tapi Abang  Aziz tetap mencari “ Achik berkata dengan deraian air mata yang mengalir laju.

Aziz. Lelaki itu pernah menjadi kekasihnya sejak di bangku sekolah. Hubungan mereka masih utuh walaupun jauh dipisahkan beribu kilometer dan lautan sewaktu di zaman universiti dulu.  Memasuki tahun-tahun awal mereka membina kerjaya juga, hubungan mereka dikiranya masih lagi kukuh biarpun kekerapan berjumpa kurang. Pernah beberapa kali Aziz menyatakan niat untuk menyunting dirinya dan acapkali juga lah dia menolak demi kerjayanya. Pelbagai cabaran mereka lalui tapi kenapa kini perpisahan pula terjadi disaat dia sendiri sudah bersedia menjadi suri.


Lebih pedih, Aziz memilih adiknya sendiri. Sudah tiada orang lain kah lagi? Tidak terfikirkah Aziz akan tentang yang akan timbul lagi. Jika difikirkan, dia sendiri yang membuka ruang untuk Achik dan Aziz menjadi rapat. Achik sering kali dibawa bersama jika dia keluar bersama Aziz. Jika dia sibuk, Achik juga yang disuruhnya  menemankan Aziz.

Apabila segalanya terbongkar, Achik bawa diri jauh meninggalkan mereka tapi sayang. Hati Aziz bukan lagi untuk dirinya. Seperti manusia gila, Aziz mencari Achik. Dia akur dan merestui perhubungan Achik dan Aziz.

Disebabkan peristiwa itu, Along menerima tawaran berkerja di London dan berdiam diri.
Pintu diketuk. Ibu menjengah lalu menuju kearah Along.

“ Sudah la Along. Kenangan lalu jangan dikenang. Tuhan itu akan sentiada menguji hambanya. DIA menguji tanda DIA sayang pada kita. Maafkan sahaja mereka. Doakan roh Aziz dan Achik ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Tak baik kita berdendam, sayang”. Ibu peluk erat Along sambil menyeka air matanya sendiri.
______________________________________________________

Lewat petang waktu London, Along menerima panggilan Ucu menyatakan kemalangan yang meragut nyawa Aziz dan Achik. Mujur pada waktu itu, Arif tidak ikut sama. Jiwanya masih juga keras tidak mahu pulang. Angah telefon malamnya, mengkhabarkan urusan pengebumian yang dijalankan dan majlis tahlil yang akan diadakan nanti.


“ Pulanglah Along. Jangan disebabkan Aziz dan Achik. Along lupa tanggungjawab Along pada Ibu. Ibu perlukan sokongan Along. Biar apa pun terjadi, syurga Along tetap pada kaki Ibu. Jangan biarkan hati Ibu terluka lagi” Masih terngiang-giang lagi nasihat Angah yang berbisa itu.
Along peluk ibu rapat- rapat.

Ibu, Along tak akan pulang lagi ke London. Along akan tinggal di Malaysia untuk jaga Ibu dan Arif. Along janji Ibu” Along menangis tersendu sedan.

Pelukan dua beranak itu semakin erat. Ibu mengucapkan syukur  dalam hati. Alam juga seakan mengerti. Hujan sudah berhenti menunggu pelangi indah untuk muncul.

Best Blogger Tips

Friday, September 21, 2012

seks dan maruah diri

salam

1) Adakah anda ada teman lelaki/ teman wanita?

2) Pada umur berapakah anda rasa boleh melakukan hubungan seks? Mengapa?

3) Adakah anda setuju melakukan seks sebelum berkahwin? Mengapa?

4) Pernahkan anda menonton CD lucah? Bagaimanakah anda mendapatkannya.


" Sila tulis jawapan adik-adik dalam kertas, kemudian pass pada saya. Tak payah tulis nama. Tulis jawapan sahaja"

saya melirik-lirik melihat pelajar perempuan sebelah saya. Tekun dia menulis.

Perasan diri sendiri di tenung saya, si gadis cepat-cepat menutup jawapan. " janganlah baca , cikgu" sambil menutup kertas dengan sebelah tapak tangan. Malu la tu.

saya bangun dan berjalan untuk melihat-lihat jawapan pelajar lain. Kedengaran suara gelakan dari belakang. Oh, datangnya dari 5 gadis cina tu. Ada saja la keleteh mereka itu. Kak Raziah datang ke arah saya dengan ketawa yang masih bersisa.

" Kenapa tu' kak? tanya saya.

" Aw cai en tanya aku, " itu cikgu soalan 2 macam mana". Aku tanya la balik, awak pernah buat seks ke?" Terus tiba-tiba gelak ramai-ramai. "

Saya tergelak apabila Kak Raziah bercerita dengan mimik-mimik muka sekali.Budak-budak ini macam-macam hal.

Jawapan yang diberi bermacam-macam bentuk.

Contoh jawapan untuk soalan 2  (Pada umur berapakah anda rasa boleh melakukan hubungan seks? Mengapa?):

23, sebab dah matang.

25, sebab dah boleh kahwin


18 tahun kot


Contoh jawapan untuk soalan 3( Adakah anda setuju melakukan seks sebelum berkahwin? Mengapa?) :

Tidak, takut nanti mengandung.

Tidak, berdosa.


Contoh jawapan untuk soalan 4 (Pernahkan anda menonton CD lucah? Bagaimanakah anda mendapatkannya.):

tidak pernah.

pernah, saya tertengok. tertekan iklan dekat youtube.



Saya tak lama berada di Bilik Ibu Faredah . Program hari ini ceramah mengenai modul " Seks dan maruah diri" oleh Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN). Program ini mensasarkan pelajar perempuan tingkatan 1 dan 2.

Relevankah program ini?? Saya tidak tahu jawapan anda( dan tak mahu tahu juga). Tapi untuk saya, Untuk sekolah saya. Untuk pelajar saya.Saya merasakan perkara ini perlu.

Seks selalu menjadi perkara yang terlalu sensitif dan malu untuk dikupaskan. Tapi kita sendiri tak sedar, kita hidup dalam zaman yang serba serbi nya canggih dan sumber maklumat itu tidak hanya berkisar sekitar buku.

Buka tv, tonton drama omputeh, latin, melayu dan sebagainya. Eh. Ada pasangan bercinta yang brutal. Kemudian cium dan make love.  Walaupun bab-bab yang make love tu memang akan dipotong tapi hello penonton sekarang bukan bodoh. Budak-budak sekarang main bijak. Mereka tahu apa berlaku. Bila dah selalu tengok, apa yang mereka faha, bahawa kalau sayang, kena korbankan jiwa raga dan badan.

Buka internet, lagi lah tak payah cerita. Banyak kot. Yang dedah-dedah sana sini.

Banyak juga kes-kes berlaku. Sumbang mahram, rogol, pergaulan lelaki perempuan tanpa batasan, bla bla bla.

Kesimpulannya, remaja sekarang memang dah banyak didedahkan dengan perkara-perkara sebegini. Normallah kot. Nama pun remaja. Masa ini berlaku perkembangan dari segi hormon dan juga perubahan fizikal sama ada perempuan dan lelaki. Sikap ingin tahu mereka adalah tinggi. Lagi kita halang, lagi nak tahu. Jadi sebagai seorang dewasa, kita seharusnya memberitahu apa yang mereka patut tahu, terangkan dengan berhikmah dan berkesan.

Bila mereka faham, mereka akan amal tanpa perlu kita selalu pantau.Kita beri maklumat agar mereka dapat berfikir dengan jelas apa yang betul, apa yang salah. Jom jadi manusia yang bermaruah.

Sekian bebelan tamat. Emosi sungguh.


Best Blogger Tips

ramai pengajar , sedikit pendidik

salam

Saya terdetik untuk berkongsi sebuah cerita


Buku: Beduk Diketuk
Penulis: Pahrol Mohd Juoi.
Muka surat: 1-5.
Bacaan penuh: klik sini

_____________________________________________________________________
" apa bezanya mendidik dan mengajar"

" mengajar dengan memberitahu, memahamkan, dan menyampaikan.."

" Mendidik pula?" Dia menyampuk seakan tidak sabar.

"Mendidik ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau..."

"Jadi sekarang kita banyak mengajar daripada mendidik?"

"Begitulah..."

"Boleh berikan contoh?"

"Mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya. Tentang sah, batal, rukun dan syarat. Hasilnya, pelajar kita tahu sembahyang."

"Mendidik sembahyang?"

"Mendidik lebih pula pada mengajak. Kita ajak pelajar sama-sama bersembahyang dengan kita. Kita jadi role-modelnya. Jika mereka malas, kita dorong. Jika salah, kita membetulkannya. Hasilnya, pelajar akan mahu bersembahyang."

___________________________________________________________________

Pang ! Tamparan wanita disitu. Memang sejak akhir-akhir ini motivasi mengajar sangat kurang. Lebih-lebih lagi sekarang ini masih lagi cuba nak sesuai diri jadi pelajar semula. Pagi kelas, kemudian bergegas ke sekolah. Masuk mengajar, ada pula yang buat hal. Rasa nak lempang setiap seorang pun ada kadang -kadang.YA Rabb, sila tingkan bar kesabaran hambamu ini. AMIN :(

Bila dalam keadaan lemah, penat dan tekanan, memang syaitan itu suka hasut. Tapi hidup ini adalah berdasarkan pilihan. Nak jadi positif atau negatif, bergantung pada diri sendiri. Kalau dah selalu set dalam otak nak jadi lemah, itu ini tak betul, nak salahkan orang lain .Memang tak kemanalah.

sedikit petikan daripada cerita yang terus boom up semangat saya.


"Ilmu adalah amal jariah. Pahalanya berterusan selepas kematian. Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para rasul. Kerana dia mendidik modal yang paling berharga - modul insan. Jurutera hanya berdepan dengan mesin dan alat-alat teknologi tetapi pendidik berdepan dengan dengan sikap dan peribadi teknorat itu sendiri. Doktor menangani penyakit lahiriah, pendidik menangani masalah rohani."



pssssssss:

Saya dalam usaha mengimarahkan dan memeriahkan blog saya ini. Kalau boleh dan rajin, setiap hari satu entry. Supaya terbiasa menulis dan membaca. Hope not warm warm shit chicken lah. Best Blogger Tips

Wednesday, September 19, 2012

sebuah drama swasta di hadapan sekolah

salam

Hari ini hari rabu. Jadi mengikut sistem giliran, saya telah ditakdirkan menjadi guru bertugas untuk hari ini.
Di sekolah kami, guru bertugas harian akan direhatkan daripada mengajar.

Nampak macam best, tapi sebenarnya jadi guru bertugas lagi banyak kerja.Antara tugas guru bertugas ialah menunggu di depan pintu pagar untuk memerhatikan keselamatan para pelajar dalam keadaan terkawal sehinggalah bas mereka sampai. Dengan kepulangan mereka, maka tamatlah tugasan sebagai guru bertugas hari ini.

Maka cerita nya bermula begini:

Saya sedang seronok berbual kosong bersama Xue Ying, Gian Ying, Poh Keong dan Hui Wen. Bas mereka memang selalu datang lambat.Tak jauh dari tempat kami berbual ada pak cik bangla jual ais krim atas motor.

Tiba-tiba, 



sebuah kereta berhenti secara mengejut di  hadapan kami. 3 Orang lelaki meluru ke arah pak cik bangla. Serentak dengan itu beberapa orang lelaki berlari dari kereta mereka yang terletak dari sudut 45 darjah dan 90 darjah mengikut ukuran sisi kiri saya. Mereka mengepung pak cik bangla tersebut.

Xue Ying, Gian Ying dan Hui Wen memegang bahu kiri, bahu kanan dan belakang saya.
Semua yang ada disitu memang akan memusatkan pemerhatian mereka ke arah pak cik bangla dan  lelaki-lelaki pelbagai saiz itu. Malah jika ada lalat terbang pun, lalat akan berhenti terbang seketika untuk memerhatikan kejadian tersebut. Wah, ada unsur hiperbola disitu.

" Aiyoo cikgu.. takut.. takut"

reaksi pertama saya: Eh, samseng mana la pulak ini. Nak bergaduh ke? jangan-jangan Along kot. Hati mula rasa cemas dan kecut. Saya bawa pelajar bertiga menjarakkan kedudukan kami jauh dari Pak cik bangla dan lelaki-lelaki pelbagai saiz.

Lelaki-lelaki pelbagai saiz mengeluarkan kad pengenalan mereka lalu meminta pak cik bangla mengeluarkan pasport/ permit perkerjaan beliau. Mungkin permit tersebut sudah tamat tempoh sebab itulah pak cik bangla tersebut digari dan dibawa ke sebuah van di sisi jalan yang tertulis Imegresen Malaysia.

Drama swasta tersebut berlangsung selama 5 minit. Adakah saya  terhibur?? Langsung tak.

Nah rumusan dari kejadian tersebut.( pergh, sangat menjiwa watak sebagai guru bm)

1) Kesian pada pak cik bangla. Tertutup pintu rezeki dia untuk hari ini. Tak pe pak cik, kan tuhan dah kata, bila Dia tutup satu pintu, Dia akan buka pintu yang lain. Semoga berjaya. Mungkin pak cik akan jadi penjual ais krim yang berjaya di Bangladesh satu hari nanti. Tiada apa yang mustahil didunia ini.Amin.

2) Pihak berkuasa tak patut buat drama aksi gerak khas, gari-garian tangan mu oleh tangan ku  di depan pelajar sekolah. Mungkin akan membuat pelajar lelaki rasa kagum tapi boleh mendatangkan trauma di kalangan pelajar perempuan. Kalau jadi apa-apa yang tidak diingini lepas itu kena pulak pelajar. SIAPA NAK JAWAB. Ha,lepas itu mula la pihak ini keluar statement itu, keluar statement ini. Pastu keluar la perkeliling itu, pekeliling ini. Ok, moral cerita. Kalau boleh la dan jika dapat dielakkan tolong lah jangan tangkap orang jahat/bersalah di hadapan kanak-kanak/ remaja sekolah yang memakai uniform di kawasan sekolah.

3) Walaubagaimana pun, terima kasih  kerana memastikan Malaysia ini selamat. Pelajaran secara langsung macam ini memang kadang kala memberi pengalaman berguna pada pelajar-pelajar yang ada. Biar mereka tahu erti tanggungjawab dan berani. Tak mudah nak jaga keamanan negara kan.

4) Sob sob sob. Bersyukur jadi rakyat Malaysia, Ada pekerjaan tetap walaupun kadang kala mulut asyik merungut kerja banyak itu ini. Orang malas memang banyak merungut pun.Tak perlu pergi negara orang lain untuk jadi kuli/buruh bawahan.

Sekian , cerita tamat.








Best Blogger Tips

Tuesday, September 18, 2012

sila simpan rahsia ini

salam

Bila Yaqin membuka cerita bahawa Zopak mengajak beliau bertunang. Ahli-ahli rumah nombor  47 menjerit keterujaan dan bersyukur. Akhirnya, gadis rebutan jejaka malaya sudah membuat keputusan. Ada juga orang nak kahwin dengan beliau .Kehkehkeh.

Sebagai manusia dalam kategori kepoh,saya seperti mahu memberitahu dunia mengenai berita semasa ini.

" Oh MY GOD!! I'm so happy for you.AAAAAAAAAAAAAAAA( screaming). Ok. bla bla bla bla. Nak bagitu yan......"


Warning from Yaqin: "Don't spill the beans!!"

Ok kalaoke oklah per FINE. Warning was accepted
.
It's never been so easy . T____T. Most of time i feel i'm going to blab it, i will stop talking for a while and start a new topic for conversation. Amanah raya mestilah dijaga.Kadang kala, bila saya mula nak bercerita je, yaqin dah berjaga-jaga. Mata dia dah melirik-lirik, takut ada je yang tersasul nak bagitau. Huh!


Senario dibawah adalah perkara yang selalu terjadi sejak akhir-akhir ini:

" eh. korang nak tahu tak..( berhenti seketika)..err. Sebenarnya, pada pendapat aku, tindakan sesetengah golongan.....( isu-isu semasa).

Terus melencong cerita pasal isu-isu semasa . Padahal kalau di ikutkan, isu-isu semasa tu  adalah perkara yang paling tak menarik perhatian saya selama ini.

At the end of the day, i'm just realized keeping the is secret more fun than telling a secret. Why spoil things when you can get a lot of benefit from your friend by keep the secret under wraps.

Hipotesis: semakin anda pandai menyimpan rahsia milik orang lain, the more you'll be entrusted with yet more secrets.

Pheww... Finally, i can unzipped my mouth.

some says:

There 's no need to rush. If something is meant to be it will happen. In the right time with the right person, for the best reason.




Alhamdullilah. 8 month to go.




ps: Masa untuk membeli-belah diaktifkan sebab mestilah ada orang tu yang akan ajak survey barang kahwin kan. Best Blogger Tips

Tuesday, September 11, 2012

" Dah tanggungjawab saya, cikgu"

salam


Afiq dan Farhan datang berjumpa saya selepas perhimpunan berakhir.

" Cikgu, boleh tak kalau hari ini Afiq buat perbentangan bersama saya?" ujur Farhan sopan. Farhan memang budaknya sopan. Alhamdullilah, bagus didikan mak ayah dia.

"Kenapa?"

" Kesian dia cikgu, kumpulan dia hanya ada 2 orang sahaja. 3 orang tak datang ,cikgu" tambah Afiq.

" Ala, boleh la cikgu. Kumpulan saya kumpulan 5. Kami dah siap semua dah cikgu. Tunggu giliran je" Afiq ini kalau bercakap macam bertih jagung. Panjang lebar.

Saya angguk tanda memberi keizinan. Sebagai ketua, mesti Farhan tak senang duduk. Ramai sangat ahlinya tak datang.

Saya masuk kelas, dan perbentangan pun bermula. Afiq yang jadi bidan terjun memberikan persembahan yang bagus. Suaranya lantang dan perjelasannya jelas.Besar potensi budak ini. Kalau digilap dengan baik, boleh jadi ahli debat sekolah.

" saya lulus tak cikgu?" tanya Afiq selepas perbentangan tamat.

" Lulus" Jawab saya pendek. " Kenapa awak tolong kumpulan 3 ye , Afiq?"

" Saya kesian dekat Farhan dan Naim la cikgu. Mereka dah buat penat-penat.Nanti gagal pulak" Jawab Afiq ringkas. " Tapi jangan risau, cikgu.Nanti sampai giliran kumpulan saya. Saya akan bentang lagi sama dia orang. Kan itu tanggungjawab"

Saya senyum dan kagum dengan Afiq. Sebagai  seorang dewasa, saya menilai diri sendiri. Menilai tahap keikhlasan saya, menilai tahap tanggungjawab saya, menilai tahap moral saya.

Terima kasih Afiq. Cikgu banyak belajar untuk hari ini dari awak.

Best Blogger Tips

Pandainya


Salam.

Hari ini, hari selasa. Setiap selasa ada kelas geografi di kelas 1RK. Kelas pertama, haruslah guru berperanan sebagai pembimbing.  Memenuhi ideology konstruktisime ( constructivism)  iaitu aktiviti pembelajaran dan pengajaran lebih menekankan pada penglibatan pelajar secara aktif.

 Wahahaha, janganlah terpedaya sangat dengan konsep itu, saya sebenarnya malas. Penat tahu asyik mengajar je, kali ini kasi peluang pula anak murid merasa jadi guru. Saya duduk belakang, tambah tolak fakta yang perlu je. Best, selama 7 minggu tak payah susah payah nak sedia kan alat bantu mengajar.

Maka dengan gembiranya saya membahagikan 7 bab terakhir secara adil lagi saksama kepada 7 kumpulan yang terpilih yang  WAJIB memenuhi syarat-syarat berikut:

 1) Ahli kumpulan mestilah terdiri daripada 5 orang pelajar.
 2)  Ahli kumpulan mestilah terdiri daripada 2 jantina.
3) Ahli kumpulan mestilah terdiri lebih daripada 1 kaum.

Perg, macam sangat rumit. Nak bina kumpulan je pun. Tapi hidup ini bukan pasal dapat gred yang baik je, mestilah ada nilai moral yang hendak ditekankan.  

Objektif tersurat:
 Meningkatkan atau meluaskan tahap komunikasi serta interasi di kalangan pelajar. ( Wah ayat)

Objektif tersirat:

Saya menyampah mereka ini berpuak-puak. Kalau disuruh pilih sendiri kumpulan ikut suka melayu geng dengan melayu, cina dengan cina, india dengan india. Kata tinggal di Malaysia. Haruslah memenuhi konsep 1 Malaysia. Bukankah perpaduan itu seharusnya dididik dari kecil lagi?

Hasilnya:
Agak memuaskan. Setiap kumpulan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.Bagi ahli kumpulan yang lelap dan langsung tak menyumbang, saya gagalkan je. Kalau ditanya tergagap-gagap, bila disuruh buat pembentangan tergaru-garu sampai ahli lain kena amik alih.  Nampak sangat tak buat apa apa.

  Almaklumlah sekarang kan zaman PBS( penilaian berasaskan sekolah).  Nak lulus? Ha,engkau fikirlah aktiviti lain yang sama taraf untuk dapat band 5. Perangai nak mengada-gada, alasan nak itu ini. Minta maaflah, anda memang tak akan dilayan. Malahan, sebagai bonus sebab 'berkelakuan baik', ayat berbisa di ucapkan oleh sang guru. Guru dan sifat bebelan itu memang sinonim. Contoh peristiwa:

"Ok,lukis rajah 12.1, rajah 12.2, rajah 12.3. Masa diberi seminggu. Sehari lukis satu rajah pun tak pe"

" Fotostat boleh tak cikgu?"

"Tak boleh". 

"ala, penat la cikgu"
"lukis buruk la cikgu"

" Ala, lukis la, awak semua kan pandai. Kalau lukis nanti jadi lagi pandai lagi" 

kemudian ramai la yang mula sok sek sok sek itu ini begitu begini. Malas nak melayan, ini yang mula nak membebel ini.

" Orang yang selalu beri alasan, adalah orang yang .."

Tak sempat saya nak habiskan ayat. Ramai-ramai menyampuk..

".. TAK AKAN BERJAYA"

" PANDAI" keh keh keh. Nampak sangat perli saya la tu. 



Best Blogger Tips

Saturday, September 1, 2012

malam raya 1

salam..

Syawal tahun ini di Segamat seperti tahun- tahun yang sudah. Meriah dan gamat. Bayangkan lah, cucu Nyai sahaja sudah cecah 49 orang campur anak menantu adalah lebih kurang 20 orang. Manalah tak meriah .

Malam raya amboi kemain bunyi mercun dari rumah jiran. Berdentum dentum pom pom pom. Berwarna warni langit nan hitam.Yang kami ini memang dilarang main mercun hanya kagum dok ramai-ramai luar rumah tengok langit je la sambil mulut berwah.. wah.. wah...

Bagi mak cik mak cik dan sesiapa sahaja yang dianggap telah cukup besar panjang termasuklah saya sendiri terpaksa rela kan hati dan ringan-ringankan tulang ke dapur. Almaklumlah isi rumah ramai, kena lah masak banyak. Boleh pengsan 7 hari 6 malam kalau hanya sorang sahaja yang masak. Mujurlah chef puan ramai di
rumah Nyai.

Ibarat kata Wonderpet :" apa yang penting? Kerjasama!"



 lauk berbuka malam raya.  Memang meningkatkan kolestrol dalam badan. Sup tulang gearbox, puyuh goreng tepung, sayur tak ingat, nasi, lemang pak man bawa dari seremban, rendang kerbau, rendang ayam dan lauk-lauk raya pemberian jiran sebelah. Orang lain dah siap berehat-rehat masak lauk wajib raya. Kami di dapur masih pulun nak memasak lagi.


Pagi raya, seperti biasa lah. Mandi , pergi makan, gi sembahyang, makan lagi, bergambar syok sendiri,bergambar famili potret,bergambar ikut suka, ziarah kubur saudara yang telah tiada di bumi yang fana ini, pergi beraya rumah jiran sampai rasa penat dan perut bertambah saiz, 



maklumat lanjut boleh baca blog dira.

will update more. Soon. Best Blogger Tips