Thursday, December 23, 2010

I'm now official graduate.

Salam
30 nov 2010. masa 2.45 ptg.

Jazihan smsed me either I’m nervous or not. Jawapan saya biasa-biasa sahaja. Tiada perasaan. Tapi saya tahu saya gembira hari itu.Seperti air kosong. Jernih, tiada rasa tapi bila minum rasa bagus untuk kesihatan. Perasaan seperti air kosong ini berubah selepas 5 minit kemudian apabila barisan saya disuruh bangun untuk naik keatas pentas. Sudah jadi air sirap bandung campur cincau sejuk. Risau, rentak jantung turun naik macam baru lepas nyanyi lagu rock, teruja,oh fokus fokus.

Sejak cuti ini, sejak aktiviti bermutasi menjadi alien. Saya telah menambah beberapa kilo lemak pada isi badan. Inilah kesan sampingan yang tak boleh dielakkan bila bertukar menjadi alien. Lain kali kalau cuti, elok bermutasi jadi sailormoon. Comel, kaki panjang, blonde...mana tak comel kalau dah serap kuasa bulan, dengan kuasa bulan, akan menewaskan mu...okey merepek kerepek ubi! *slap slap slap*. 

Bila sudah ada penambahan lemak-lemak dalam badan, mengambil gambar dari sisi tepi adalah pantang larang terbesar. BIG NO. Dari tepi kalau senyum lebar boleh nampak dagu berlapis. OMG OMG OMG OMG OMG. ( berapa banyak hang nak OMG ha!,* adek manis*). I keep reminded myself :

Jalan,angguk,hulur tangan,angguk, cakap terima kasih. senyum sikit sahaja jangan nampak gigi 
,jalan.

tapi yang saya lakukan bila nama dipanggil untuk naik atas pentas ialah:

jalan. angguk. hulur tangan. Tnc kata: nurul yea, tahniah. Saya senyum lebar giler, cakap terima kasih, jalan

Tengok macam simple jew kan tapi effect die, macam ini ha!!


ini gambar yang akan ditunjuk untuk anak cucu 20 tahun dari sekarang.
Sedangkan hakikatnya kalau boleh ada mahu sorok jauh-jauh.
Idaknya ler koi nak memframe gombor nie endaknyeerrr.
Nama pun gambar konvo kan, bukannya photoshoot yang amik 7,8 ratus sekaligus.
( lawa atau buruk, is still love myself)



err lea, what are u doing? oo Tap dance?..


 We should sue our Uni. Then ask them to take our picture again ( with extra snap).But don't worry UiTM still in our heart. menarik tak cadangan ini? kehkehkeh...eh vavavavavavava *diva laugh*

Bila lepas giliran sendiri, sesi konvo serta merta tak jadi best dan menarik sudah. Tak rasa teruja sangat lebih -lebih lagi kena tunggu lebih kurang 700 orang graduan lagi nak naik atas pentas.Perasaan bosan sampai kita ada begitu banyak masa untuk




camwhoring sampai rasa nak muntah. Asyik-asyik posing yang sama sahaja.Kat sini, memang tak dapat nak praktiskan posing ala-ala ANTM biarpun anda satu episod pun tak pernah miss.

lagi bual pasal keadaan sendiri, bf-bf sesiapa sahaja,perancangan masa depan,gosipppppppppp,kenangan zaman dahulu-dahulu.Kemudian sambung balik bual pasal keadaan diri sendiri, bf-bf sesiapa sahaja,.....................

sambil sekali sekala pandanglah skrin kat depan, tepuk tangan pada mana-mana graduan yang cemerlang yang pakai selembang seperti dia ini:



Kemudian..jeng jeng jeng jeng...



Guess who?
A: A friend
B: An enemy
C: Nobody ( i want nobody nobody but you)
D: Orang yang meniru blog orang lain lalu menimbulkan kemarahan.An imitator

pesanan khidmat masyarakat sat:

dik, nie akak nak pesan. Dunia blog ini kecil jew dik, pusing-pusing, Taip kat google, dah jumpa. Normal la tu kalau kita minat dengan cara penulisan seseorang. Tapi kalau asyik meniru setiap cara tulisan sebiji-biji siap tajuk, fort ,warna fort sekali, itu dah macam boleh kasi hati sesiapa sahaja jadi bengkek. Tak ada sesiapa pun suka peniru biarpun masa periksa, dialah jaguh meniru (dulu masa sekolah la). Boleh jadi gaduh. Pastu mendatangkan amarah lalu taip kat belog. Pastu kawan-kawan yang menyibuk akan tanya wei apahal wei apahal..pastu TERgosip pulak..letak TER sebab memang tak sengaja tiba-tiba tergosip. see, this is showing we care with each other very much,

Yea, akak faham, kadang kala kita kalau dah terlampau suka atau setuju sangat sampai boleh TERmeniru pulak. Bukan sengaja kan nak meniru. Kadang kala macam Tersama pulak kejadian yang menimpa antara kita dan blogger yang cara penulisan dia itu kita minat itu.So apa lagi, minta maaf lah. Pastu lain kali kalau ambil kredit la. Penat taw taip kat keyboard nie. Banyak tenaga digunakan..

marilah kita berbaik-baik yew dan sayang menyayangi..bye sayang bucuk bucuk cak!! no hurt hurt feeling lah..

sekian terima kasih.



Best Blogger Tips

Tuesday, December 21, 2010

Oh baju kurung yang terlampau

Salam,

( thanks for reading, this is the last part. Part i,ii,iii,iv

A few month ago, I was texted my lovely friends. Thus, suggesting a black and white theme for our coming soon convocation ceremony on November. Their‘s reaction are:

‘ eeuuuu,apa nie. Lain-lain warna please’
‘ hmmm, black and white?? Ala macam taik cicak jew. Hitam putih nie’
‘entah la rahik, aku rasa aku mungkin tak beli baju untuk konvo kot’
‘ I will thinking about it deeply’
‘ okey, sound cool. Dah gemuk dah nie, lagi pun warna hitam sesuai untuk nampak kurus kan’
‘ala lambat lah, dah hantar kain dah pun’

Its does not take me long before I am realized how stupid idea it is. Hello, we are not in primary school or join nasyid group anymore. Semua baju kena ‘ sefesen’ sahaja. Malah bukan mahu bukak kelab boria.  Finally, they choose they own theme and I’m still stick with black and white. Only ALLAH knows what the best.

29 nov: Spending up to 3 and half hour in a car leave me tense and exhausted. Its was heavy raining and I’m drive alone. Sampai Segamat dalam pukul 3.30 petang. Bravoooooooolovolo.Ini adalah percapaian sepanjang hayat memandu seorang diri untuk jarak jauh. Yeah!!*breakdance*

Beramah mesra dengan warga rumah. Oh, seminggu tidak berjumpa. Rindu. Terus menuju ke dalam bilik. Sepasang baju kurung tersangkut di belakang pintu. Itu baju kurung berwarna hitam putih. Ya, baju untuk majlis konvo esok . Kehidupan yang sibuk sejak seminggu yang lalu menyebabkan saya tidak sempat mengambil baju dari tukang jahit. Terpaksa minta tolong dari emak. Terima kasih emak.

Saya cuba pakai. OMG. THIS IS THE UGLIEST BAJU KURUNG I EVER WORE!Baju senteng, tiada span dibahu, tiada cangkuk dibelakang baju, leher terlalu besar, ukuran tidak betul dan terlalu besar, kain terlalu longgar, bukan rekaan lengan baju ini yang saya hendak. INI BUKANLAH REKAAN YANG SAYA MAHUKAN!!!!!!! (oh im sooo diva in making)


I am mumble, whine and whimper. Sob sob sob. Ini bukan semata-mata mengenai sepasang baju kurung. Tapi berkenaan masa , usaha dan harapan. Betapa berusahanya saya mencari fabric yang sesuai, betapa lamanya saya mengambil masa untuk mencari rekaan yang sesuai dan melakarkan rekaan. Browsing internet and goggling to get the fresh idea about the baju kurung design especially bahagian lengan. (Ah, I even was dreaming to be fashion designer . HAHA).

Semua ini dilakukan dengan harapan, I will get the perfect baju kurung for my convocation day. But na nahi kabi nahi~~~ its turn to the nightmare.Nampaknya mimpi dulu betul lah kan. Saya menangis (lagi). Sungguh, inilah kali pertama saya begitu bersungguh-sungguh demi sepasang baju kurung. Dari pemilihan fabrik hinggalah rekaan, saya lakukan semuanya sendiri. Dan kesalahan saya yang paling nyata ialah saya tidak pandai menjahit. 

Sedih melihat secara usaha menjadi sia-sia dan lebih sedih lagi bukan saya menyebabkan kegagalan itu( oh, at least I can point my finger and have AN INDIVIDUAL to blame with, kehkehkehk..*evil laugh*)…

Masa sudah suntuk. Esok ialah tarikh konvo. Tangisan saya makin lebat. Nyai ( nenek) peluk lalu berkata itu hanya dugaan kecil. Bersabarlah. Mak bising: 
itulahlainkalibuatlagikerjalambat-lambathantarkattukangjahititulagidahtahutaksesuaihantarlagilainkalicakapbetulbetul.(Tsk Tsk Tsk).

 Look, how supportive she is. Later on, she realized I do not need her lecture at that moment and back up me.Saya menangis banyak. Am I trying to hard to get sympathy? Lalu ayah kata:

Dah la, jangan menangis, Beli sahajalah baju baru.- (Ayah,29 Nov 2010)

YES YES YES!! Dalam hati wujud taman mekar sejambak.

Terus berhenti menangis. Vavavava *diva laugh* .Bersiap-siap. Kami ke pergi ke beberapa buah butik dan kedai baju di Segamat Baru. Dari sebuah kedai kesebuah kedai, kami pergi. Langsung tiada yang menarik perhatian saya.Mak yang tadi sabar riang ria menemani sudah jelling-jeling ku bertentang, mata kita saling memandang. *tenaga elektrik memancar* Ye mak, I got your signal energy. AMARAN BAHAYA. Kedai ke 6. Last word, this is the last boutique. Like or not, please choice one or we will be late. Hari makin malam, pukul berapa lagi nak sampai Putrajaya. I hate last minute shopping. Eh bukan, saya tak suka membeli belah dalam keadaan tergesa-gesa.

Selepas begitu banyak sesi rambang mata dan semua orang malas mahu melayan kerenah saya. Mereka hanya berkata: oh ini cantik,cepat lah. Nah, cepatlah. Ini macam sesuai, cepatlah. Setiap perenggan ayat hanya akan keluar cepatlah cepatlah cepatlah.@-@

Akhirnya sepasang baju kurung warna merah jambu berlatar coklat dipilih. Bukanlah baju yang sempurna yang saya mahukan tapi bolehlah dari tiada. Kena bersyukur.Jangan kufur nikmat, tuhan tak redha.Kemudian terus bertolak ke Putrajaya. Niat musafir.

I got my lesson for today. Paling saya terharu betapa banyak kasih sayang disekeliling saya. Mak dan ayah saya begitu berusaha memastikan bahawa kehendak saya sedaya upaya dipenuhi.Betapa memberi sokongannya adik beradik, mak cik, nenek saya supaya ini hanya ujian kecil. Tidak perlu gusar. I’M bless with this love. Thanks because making me more alive, happy and grateful. Enough to make me feel we should not take good friends and family for granted.

Ops, lupa pulak. Kena jugak terima kasih sebab idea untuk tema hitam putih ditolak awal-awal.Tengok hikmah dia besar kan..




Best Blogger Tips

Thursday, December 16, 2010

A microteaching

Salam.
Hai , me again. Welcome to my lame blog. Previously on the last episode(s):plural:
Part i: A big surprise, send to JB. Blabla, Jb tak best, memandu macam emo
Part ii: kena marah, menangis. Waaaaaa…blablabla. Babak air mata..sob sob sob
Part iii: kereta bosan. Ah, episod ini bosan, tak payah baca pun tak pe.

So here we are, reading another boring episode.Bosan bosan pun kena cerita juga  sebab kronologi cerita..

Microteaching= mock teaching. Dalam maksud yang lebih difahami, kami berlakon jadi cikgu mengajar dan kawan-kawan kita berlakon menjadi pelajar. Kemudian, bila ‘cikgu’ kasi soalan, semua berebut-rebut nak jawap. Wah, semua orang sangat pandai. Memang rasa  boleh masuk syurga terus kalau dapat pelajar pandai begini.

Biarpun secara realitinya, indah panggang dari api.Cikgu yang mengajar pun  kadang-kala rasa sakit hati. Perasaan bengang itu sama seperti kita diwar-warkan cerita 2 alam adalah cerita paling best dekad ini, tapi bila tengok, cerita drama dekat tv lagi best. Pastu gebang lagi nak kata jumlah kutipan 40 juta Malaysia. Punyalah nak suruh orang percaya, inilah filem paling best lagi berjaya di abad ini. Eh, Hai Dr Romzey, ini hanya kritikan social bukan mengumpat anda yew. Jadi jangan lah terasa….hehehe.

Baiklah, marilah kita kembali ke pangkal jalan eh cerita.


29 nov: Ada microteaching depan pengetua. Semua orang risau, risau,risau. Tapi sebelum pengetua datang, sempat juga kami ngap pizza. Nyum nyum nyum..Thanks kak Latipah yang berjawatan ketua kerani sekolah. Pizza sedap, lain kali kasilah lagi.. Lepas habis makan, semua orang risau risau risau balik.




 ikin rasa pengetua akan pilih seorang dari kita buat microteaching, lepas itu dia akan komen secara general pada semua’ ( Asyikin Ghani, 29 nov 2010)

Wah tepat sekali, Bila pengetua datang, Hanya masyitah sahaja yang sempat microteaching kemudian pengetua komen sana sini dekat semua orang. Ini membuktikan bahawa cikgu ini……….mulut depa masin,penuh kap ba ro kaf ta nun. KEBERKATAN. Wallah!!!...Dek non, sekarang mulut akak nie masin..ngehngehngeh..

OH, Kemudian, kami telah diajar oleh pengetua bagaimana untuk menjadi garang  tegas seperti beliau. Sekarang pengetua pula buat microteaching depan kami. COOL!Penegtua berlakon jadi cikgu, kami berlakon jadi murid-murid. Aishah dilantik sebagai ketua kelas. HAHA. Kami diajar bagaimana menjadi cikgu yang kompem pelajar nak pandang muka pun tak berani tapi dalam hati mereka sumpah seranah cikgu.  Muka tak boleh senyum, suara kena kuat, kerja asyik nak cari salah murid sahaja, peraturan tulis kat papan hitam berjela-jela,be serious all the time.I cant wait to be witch, Beware students..


Believe or not, those are good strategy for the beginning school year. Supaya bebudak ini tahu who is the boss, who in charge , jadi jangan lah nak buat perangai tak tentu hala seperti tak hormat cikgu pastu toreh toreh kereta cikgu.Jangan risau, segala penderitaan ini hanya sementara,kemudian kebahagian mula menjelma. Garang dipermulaan tahun tidak semestinya garang selama-lamanya. ( eceheceheceh). Therefore, slowly, we gain their respect and love.*wink*. Dalam hati cikgu-cikgu ini memang setiap masa ada taman.Sentiasa mahu pelajar mereka berjaya.Tak kuasa nak jadi ahli sihir yang direjam sepanjang tahun.~

Oh, pada kawan-kawan yang ada buku educational psychology by John W. Santrock , please turn to page 493. Bacalah sendiri.

Habis sahaja cakap-cakap dan sesi microteaching. Terus minta izin nak balik awal. Mahu balik ke segamat,seterusnya ke Putrajaya sebab esok I konvo u~~~~ auwwwww…

*To be continue..*

Best Blogger Tips

Monday, December 13, 2010

Majlis perkahwinan bukanlah seperti permainan pondok-pondok,sayang~

salam

Bersembang dengan seorang kawan lama di muka buku. Lama sudah tidak ketemu. Lawak rasanya bila dia bertanya bahawa saya akan berkahwin dalam waktu terdekat ini. OMG. ITU MEMANG LAWAK DAN TIDAK BENAR.Me? Married? With who? *ahem*..God, not now. Saya baru nak mengenal erti hidup, baru mahu mengapai impian.Relax-relax lah kan...yo!

Kemudian saya godek-godek draft.(ciet, ini pun nak bagitau kew?..Eh kena, baru kena kronologi cerita).. Guess what? Tadaa... I'm found this entry..Meh, kita ambik mood kahwin berdasarkan realiti jom.Biasalah bulan 12 kan, musim orang kahwin.

---------------------------------------------
( draft)

12.57 tengah malam waktu Malaysia. Malam yang sepi pi pi, pak mat jual topi. Topi nya buruk ruk ruk, Pak mat sumpah jadi berukk ruk rukk....

Lagu siulan kanak-kanak semasa usia saya dalam lingkungan 7,8,9 tahun. Diwaktu kecil saya, kehidupan anak kecil yang dibesarkan di kawasan perkampungan menuntut kami menjadi lebih kreatif mencipta permainan kami sendiri. Apalah sangat jenis permainan diwaktu itu. Selain bermain getah zero point, konda kondi, polis sentri, batu seremban dan pondok pondok.

Pondok-pondok adalah permainan paling disukai. Kami bina dunia kami sendiri. Kami dirikan tiang cerita kami sendiri. Kami tentukan peranan kami sendiri. Cukup indah. Ada mak, ada ayah, ada kakak, abang dan adik. Sebuah keluarga bahagia. Terasa lawak bila memikirkan permainan pondok-pondok dikala kecil.

'Mak' akan duduk didapur memasak bersama 'kakak'.'Ayah' akan duduk sambil membaca surat khabar selepas balik berkerja. 'Abang' akan ke 'kedai'. maksudnya itu mencari sumber alam disekeliling untuk dimasak oleh 'mak'. 'Adik', ah si comel yang sering bermain.

Minda suci kami diwaktu itu hanya melihat itulah peranan sebuah keluarga. Kadang kala kami main kahwin-kahwin. Terasa kanak-kanak dahulu macam gatal miang kan, kecil-kecil dah terasa nak kahwin. Peliknya diwaktu kami kecil dahulu, tak pernah pun kedengaran masalah rogol liwat kanak-kanak atau kelakuan seks dikalangan kanak-kanak. Lucunya bila diwaktu ini, kes ini macam menjadi-jadi pulak kan.Ah, benda ini lain hari kita boleh cerita~

Dunia kecil kami berpendapat kahwin pada masa itu hanya lah majlis indah,penuh dengan budaya, adab susila dan kemeriahan. Tidak terfikir mengenai tanggungjawab si suami atau isteri ataupun seks. Gatainya~~kihkihkih.

Melangkah ke alam remaja, selangkah demi selangkah dunia indah riang si kanak-kanak kami tinggalkan. Huh! mana mungkin kami budak belasan tahun mahu bermain begitu lagi.  Melihat perubahan pada tubuh, kematangan akal mengajar kami erti tanggungjawab dan malu.

Melangkah ke alam dewasa menuntut kami lebih bertanggungjawab. Menerima fitrah kehidupan bahawa hidup perlukan cinta. Cinta itu tanggungjawab. Menjadi seorang islam dan berketurunan melayu, kita harus faham bahawa yang haram perlu dihalalkan dengan akad.Akad janji dengan tuhan bahawa amanah itu akan ditunaikan dengan sebaiknya.


*sorry fida, curi gambar tanpa izin*
Caption: thanks Auburn sebab susah-susah jew buat lagu Perfect two untuk mereka berdua ini. 
* hope this make ur day fida, Luv u.*


Hidup dizaman ini, majlis bukan sahaja sebuah majlis yang memenuhi rukun nikah.  Perlu ada sebuah majlis meriah. Kenalan rapat atau renggang, saudara mara, orang kampung perlu dijemput dan diwar-warkan. Jangan ada yang kurang, takut terasa hati empunya tuan sementelaah hidup kita dibawah rumpun masyarakat yang sama untuk sekian lama.Hmm... Orang melayu penuh dengan adat, penuh dengan susila katanya. Majlis perlu dirai dengan himpunan budaya agar rumpun melayu itu kekal dari generasi ke generasi.

Tapi meraikan sebuah adat budaya bukannya murah. Lebih-lebih lagi sekarang  segalanya mahu cepat dan mudah. Ada matawang perlu dipungah. Dalam bahasa cukup mudah, jika banyak wang segala-galanya akan dilihat indah. Malah sedihnya dunia, bila hantaran seperti sebuah pertunjukkan untuk dimegah-megah.Pastinya impian si gadis yang sejak kecil disogok untuk sebuah perkahwinan idaman penuh gemerlapan perlu dicapai. Tak kisah la lepas majlis perkahwinan itu jadi macam mana pun, itu lain cerita.



Nyummy.Cupcake sangat comel dan menarik. Tapi rasa, kena makan juga baru taw sedap atau tidak. Begitu juga perkahwinan, nampak indah. Tapi kena lalui sendiri, baru boleh cakap seronok atau tidak.

Jarang-jarang orang zaman sekarang mahu majlis hanya sekadar memenuhi rukun nikah takut nanti tertimbul fitnah oh itu mesti tangkap basah :P.Sekurang-kurang perlu jua sebuah majlis makan-makan.

Kita sudah dewasa. Bukan lagi bermain pondok-pondok atau kahwin-kahwin. Katering, baju pengantin, pelamin, hantaran, photograph, dewan, goodies bags, make up, wedding planner,hiburan lagi ntah zapin cak lempong atau orang nyanyi-nyanyi  jew.Itu semua pakai duit. Alangkah indahnya jika duit itu seperti daun-daun dipokok. Hanya perlu petik sahaja lalu bayar.

 Dan lebih parah lagi, minda saya juga sudah terjajah untuk mendapatkan majlis bukan hanya sekadar memenuhi rukun nikah sahaja ( blame to media and Hollywood?). Yew,sederhana tapi indah dan meriah. Tapi sayang majlis sederhana tapi indah dan meriah  bagi definisi saya itu bukannya berharga sekupang dua. Oh maybe i'm talking about reality.KIta perlukan duit juga untuk meraikan cinta kan?

Oh ini maksudnya lama lah lagi nak kahwin. Kumpul duit dulu. kejar cita-cita dulu. kemudian baru boleh bincang pasal ini. Ah kalau jodoh, tak kemana kan.

this only my 2 cent. How about u? Best Blogger Tips

Kereta yang sakit

Salam

part(i), (ii)

Ada kereta memang menyeronokkan. Life’s are easy breezy beautiful  (Covergirl?) Tapi yang tak 'easy breezy beautiful '-nya bila nak maintain segala peralatan dalaman kereta itu. Nak kena tengok-tengok selalu, nak kena peka (bukan pekak) selalu. Nak kena servis selalu dan paling penting duit kena ada selalu. Sebab kadang kala ia buat hal pada waktu-waktu yang tak dijangka. Contohnya di waktu kita tengah memandu menuju ke pusat membeli belah sebab nak hilangkan tekanan dan perasaan sedih selepas kena marah dengan bos, masa itu lah ada masalah pada kereta .

Kekasih Aishah (oh I cant remember his name)  kata mungkin timing bell dah nak haus. Harus ganti cepat.  Kereta Aishah hari itu putus timing bell masa dekat highway. Bila putus timing bell, effect jugak komponen2x  yang lain. Lagi banyak nak kena ganti. 1 enjin kena ganti. Dari Rm200 terus kena Rm1000 .Timing bell seharusnya diganti selepas 3 tahun atau pun selepas diguna dalam jarak perjalanan 80 ribu km. Poor Aishah.  

*nota kaki: aishah ialah cikgu baru sama seperti saya jugak*

26 Nov:  Shopping and mingle around with new friends are amazing. Terus mood baik untuk beberapa hari. Hari ini jumpa pengetua pun dah tak ingat peristiwa menangis semalam.  Lets bygone be bygone. We should keep moving forward. Ecececeh. 

Saya terus tak malu lalu tanya pengetua dimanakah bengkel yang boleh dipercayai. Kebetulan pengetua kata jiran dia adalah seorang mekanik dan ada bengkel. Kemudian topik  kereta ini berterus dengan pengetua memberikan nasihat mengenai pembelian kereta pada semua guru baru di bilik mesyuarat itu. Selepas selesai memberi segala nasihat, pengetua suruh balik rumah ambil kereta. Wee Huuuuu~~ dapat keluar sekolah awal.

Bertemankan Masyitah ( cikgu baru jugak), saya pandu kereta sendiri ikut belakang kereta pengetua.Perjalanan ke bengkel tidak lah begitu menyeronokkan sebab kepala asyik fikir berapa banyak lah duit yang melayang kali ini. However, my mood totally change 360 degree bila nampak signboard dan bangunan Pelangi Leisure Mall.( oh perempuan!) Wah, port wayang murah. Hehehe. Malah, saya juga jumpa jalan alternative untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. HEHEHEHE

Masuk bengkel, mekanik periksa sana sini. Kena tukar itu ini, sana sini. Anggaran harga Rm5++. Rasa miskin tiba-tiba. Selepas berbincang dengan ayah( dalam talian), pengetua dan Masyitah , saya mengambil keputusan untuk tidak menukar apa-apa komponen lagi. Keputusan dibuat berdasarkan jaminan mekanik bahawa kereta masih lagi boleh jalan hingga ke Segamat walaupun tidak diselenggara dengan segera. Biar balik segamat dahulu supaya ayah boleh tengok-tengok dulu seterusnya rasa kesian lalu bermurah hati untuk tolong keluarkan duitnya sekali…HEHEHE..Tapi paling penting, kita boleh jumpa mekanik yang kita sudah biasa dengan selok belok kereta kita dan mengelakkan kena tipu.

Tapi dalam dok kelam kabut itu, saya masih tak perasan bahawa kereta saya sudah terlebih Km. MInyak hitam layak untuk ditukar. Esoknya, saya dan Asyikin ( cikgu baru jugak) memandu secara rambang di kawasan terdekat dengan kawasan perumahan kami mencari bengkel.

 Oh cerita pasal kereta ini sungguh membosankan. Langsung ilham hilang nak menulis…..

*TO be continue..*
Best Blogger Tips

Saturday, December 11, 2010

His first birthday party,

 salam,

 Tuesday, my cousin had invited me to attend her son's first birthday party~.
 Ah, budak-budak, pejam celik-pejam celik sekejap sahaja dah besar panjang.
pejam celik pejam celik sekejap sahaja dah sekolah menengah
pejam celik pejam celik sekejap sahaja dah masuk U
pejam celik pejam celik sekejap celik sahaja dah kerja
pejam celik pejam celik sekejap sahaja dah kahwin
pejam celik pejam celik sekejap sahaja diri sendiri macam dah tua....



co-cake??




makanan-makanan sampingan, sajian makanan untuk bday budak-budak tak perlu berat-berat macam buat jamuan rumah terbuka pulak. Yang ringkas-ringkas sudah.



Kek pun bentuk kartun-kartun sahaja. Mak bapak tiba-tiba terer hafal semua jenis kartun dekat tv.Viola~


Datuk dan cucu.Happy bday Naim and Pak Nan.May Allah bless u always.

Thanks mak lin. Nenek yang vogue.Kita orang kenyang, hati pun senang.

Perut kenyang. Lalu balik. Bye. Jom rempit~


parents always have their own way to show their love to their children even though their own children cant not understand it yet. 
Best Blogger Tips

Big girls don't cry?

Salam

Remember this song:
 ' To be myself and center, clarity, peace and serenity'

ok, lagu tak ada kena mengena dengan entry ini.

Part (i),

25 Nov: Pagi, pengetua masuk dalam bilik mesyuarat lalu arahkan saya masuk pejabat beliau. Guru baru kena lah jumpa pengetua dahulu untuk sesi melapor diri.

Dengan nada tegas dan garang, pengetua Tanya kenapa tak dapat melaporkan diri pada 23 itu. Errrr, clearly his do not accept my action even though I had call school and send him a sms .  Eh chop, I do explain but spontaneously he does not accept it. Therefore, no point for me to explain and elaborated much in verbal.

Dalam surat perlantikkan ada beritahu bahawa gaji dan elaun hanya akan bermula dari tarikh saya melapor diri ke sekolah. Maka dengan itu, saya tidak melihat salahnya melapor lewat sehari untuk menyelesaikan segala urusan yang tertunggak dan kejutan emosi yang dialami. Yew lah, kalau Jb dan segamat itu sekangkang kera, idoklah kome kisah sangatnyew. NIe 3 jam perjalanan pergi, kenalah uruskan apa yang perlu dulu supaya nanti tidaklah saya kelam kabut nak urus itu ini, tertinggal itu ini seterusnya menyusahkan banyak orang lagi. Wah! Tetiba entry ini begitu emo. Terus mood swing secara tiba-tiba.---à perenggan bela diri so nampak la mcm I nie innocent suci murni sikit nyah~ auwwww.Vavavavava. *Diva laugh*

Suddenly, my heart feel so empty, feel guilty seem I had do the major criminal in the universe. Well, I am alone, far away from home, knowing no body in here and try hard to adapt with new environment. Haruslah saya rasa sungguh menyedihkan. Metafora sungguh. Mata dah bergenang. Hold on, please don’t cry!!!! NOOOOOOOOOOOOO…….tak dapat tahan punya, terus air mata menitik. SAYA BARU MASUK PEJABAT 5 minit dah menangis. So pathetic.

For those know me well, I am not crying person .Tengok cerita Hindustan (kecuali Mann) pun saya tak menangis okey. The notebook yang orang tengok sampai berkotak-kotak tisu habis pun, saya siap tengok gelak-gelak lagi. Fail banyak kuiz masa zaman U dulu pun saya tak menangis okey.( ceit), punya lah gebang nak bagitau bahawa saya ini konon-konon nya tabah lagi kuat tak suka menangis kan. Vavavavavava * Diva laugh*.  Oh soooo annoying! * slap myself*

 Sambil menangis itu, rasa macam buat dosa besar! Oh habis la aku, rosak lah reputasi aku. Im not bring the good image at the first impression. Dan pengetua masih lagi meneruskan ucapan penuh diplomatik dan segala hal yang berkaitan mengenai penjawat awam, menjadi  professional dan bersyukur. Lagi lah bertambah sedih.
 
Hipothesis: semakin banyak dan lama pengetua bercakap, semakin banyak dan lebat saya menangis. Hypothesis was accepted.
Sangat selekeh sampai hingus warna jernih keluar dari hidung. Yucks. Tengok meja pengetua kot-kot lah ada kotak tisu. Ha?? Apa nie, tak ada pulak tisu. Tak ada pilihan, lencun hujung baju dan tudung I okey. Sampailah pengetua kata, bahawa saya tak bersalah pun, bawa-bawalah bertenang. Baru reda sikit. Then, Oh malunya menangis depan pengetua. Terus menangis balik sebab terasa malu dengan perbuatan sendiri menangis depan pengetua. Bijak sungguh..

Motif tangisan pertama sebab sentap tiba-tiba kena marah. Jiwa I yang tulus suci bersih murni bahagia ini tak mampu menahan air mata jatuh di pipi..( hak tueh!). I got my wonderful lesson.

Motip tangisan kali kedua sebab malu kenapalah cengeng sangat menangis. Alah! Macam lah tak pernah kena marah, mengada-ngada sungguh. Oh perempuan~

Okey, positif! Eh HELLO! Sekurang-kurangnya berapa ramai yang boleh mengaku dan berkata bahawa mereka menangis depan bos pada hari pertama mereka melapor diri atau berjumpa bos mereka. Ada? Ada? Kalau ada, Yeah , kita geng lah!. High five! Jom kita buat fanpage ‘ saya menangis depan bos saya pada hari pertama saya jumpa beliau’ kat Fb. HAHAHAHA. Piang punya idea…

Oh God, Now im feel like drag drama queen. Errr. Am I?

Balik sekolah terus keluar tengok wayang and have rewarded myself with a black gladiator  gorgeous wedge. Shopping always is a good therapy.


ala-ala macam ini, tapi design lain sikit.

Moral of the story:  if your boss calls u in his/ her office, please bring together at least a pack of tissue. U never knows either they will praise or scold u. Be prepared. Nobody know the exactly time they will cry. Tapi jangan risau, bila mood swing tak tentu pasal tetiba jadi cenggeng, kita boleh salahkan hormon. ~> literary .Hehehehe

Ps: pengetua saya adalah bekas nazir~

*To be continue…*
Best Blogger Tips

Friday, December 10, 2010

A big surprise

Salam

Sorry for not keeping up with updates. How life’s? Well, its quite busy and sort of interesting.  No enough time for updates. (ceit). Saya gebang jew kata tak ada masa konon-konon nampak macam sibuk sangat padahal  top of the reason I don’t bring my laptop and internet device with me. Jadi celah mana nak mengupadate kan..:P . Oh alasan..kehkehkeh..Baiklah, maka saya akan 'qada' cerita- cerita itu untuk beberapa entry yang panjang belaka bajet orang nak baca kan.Never mind, saya nak cerita jugak.

November was awesome month for this year. I’m now officially graduate and have a permanent job for living. What the great news!! Frankly, it’s been a crazy month.

November 22 : tarikh untuk mendaftarkan diri dan menghadiri taklimat penempatan untuk para guru baru. Pengecualian pada mereka yang dihantar bertugas ke negeri Johor sebab 22 itu cuti awam sebab meraikan hari jadi sultan Johor. Maka kami hanya mendaftar pada 23 hb Nov.BTW, happy birthday Sultan Johor. May Allah bless u (and us, your rakyat) always.

SURPRISE! SURPRISE! SURPRISE! I had call JPN Johor for 4 times but they never pickup my call. Fine, kalau orang tak nak angkat call buat apa kita nak terhegeh-hegeh telefon kan? Jadi saya pasrah. Biarlah penempatan sekolah saya menjadi kejutan dan hanya mengetahuinya pada 23 hb itu. Ecececeh, dalam hati itu rasa panas sejuk jea lebih-lebih lagi ada berapa rakan yang bernasib baik JPN angkat panggilan mereka lalu memberitahu bahawa penempatan sekolah mereka hanyalah sekangkang kera jew  dari rumah mereka.

23 haribulan 11, pagi-pagi mendaftarkan diri lalu tengok nama saya dalam senarai paling atas dihantar bertugas di PASIR GUDANG, JOHOR BHARU. Seriously, im not happy. Biar pun pengarah JPN negeri begitu semangat memberi ucapan betapa betuahnya mereka yang dihantar  bertugas di negeri johor terutamanya kawasan Bandar. Siap tunjuk video para guru yang terpaksa naik bot, jalan kaki jauh dikawasan perdalaman  Sabah dan Sarawak. Malah diakhir ucapan,beliau juga mengingatkan supaya jangan lah mengada-gada minta ditukarkan kawasan penempatan sebab jauh dari keluarga. HAHAHA. Makan dalam sungguh ucapan itu, sikit terasa jiwa ragaku. Taklimat tamat pukul 1 dan para guru diarahkan untuk melaporkan diri ke sekolah masing-masing pada hari itu juga. Tapi sempat juga lah saya makan nasi tomato yang disediakan. NYUMMMY~> nasib baik nak cepat, kalau tak dah lama dah ngendeng-ngendeng dengan orang katering nak minta resipi, oh sungguh tak malu kan.

Nak dijadikan cerita, saya melaporkan diri lewat sehari dari orang lain. Adalah sebabnya, janganlah tanya mengapa, kenapa. Please put your curiosity in the bag.Zip ketat-ketat jangan bagi lepas okey. HEHEHE. Tapi saya sempat telefon sekolah beritahu saya lambat melaporkan diri. Ketua kerani suruh tanya pengetua. Saya cuba telefon pengetua tapi tak diangkat. I sent a sms .No replying from him.

Nov 24: Selepas menguruskan beberapa urusan seperti KWSP, saya terus ke JB. Sampai sekolah pukul 12 tengah hari. Terus ke bilik mesyuarat. Bertemu dengan GPK 1 dan kaunselor serta 5 orang guru baru yang lain. Kemudian masuk pejabat dan menguruskan segala dokumen-dokumen berkaitan. Sampai pukul 2 petang lalu balik nak tengok rumah. Ronda-ronda sekitar JB lalu sesat seterusnya emo. 

Memandu di JB sama seperti memandu di KL dan Shah Alam. Begitu banyak jalan yang bersimpang siur, papan tanda yang mengelirukan dan juga cara pemanduan pemandu lain yang tidak bertimbang rasa. Oh extra bonus: JAM. 

* to be continue..
Best Blogger Tips