Hai adik-adik. Yew, sekarang kita berada dalam sesi bersama siapa?? Bersama KAK YONG ( suara adik-adik). Yew pandai~
Adik-adik ku sayang, Dibelai dan dimanja,Apa khabar hari ini? Sihat Kak Yong ( suara adik-adik lagi).Ha, okey tanyalah balik apa khabar Kak Yong pulak.
Oh, Kak Yong sejak akhir-akhir ini tak berapa nak khabar balik la adik-adik.Pagi, petang, malam kak yong asyik tidur sahaja. Tak percaya???. Mari adik-adik kak yong tunjukkan pengiraan waktu tidur kak yong
2.00am-6.30am: Tidur = 4 jam 30 m
8.00am-12pm :Tidur = 4 Jam
3.30pm-5pm: Tidur = 2 jam 30 minit
ToTAl : 10 JAM 6O MINIT
Ingat: 60 minit = 1 Jam. Maka 10 jam 60 minit= 11 JAm.
Tak normal dah kak yong nie adik -adik sebab manusia normal tidur dalam 7 atau 8 jam sehari ini jew. Mesti ada sel- sel dalam badan kak yong ini bermutasi ini. Dah jadi alien dah kak yong ini.Huwaaaaaa.
Hai saya alien! nama glamor saya...................
( SAPE KATA KAK YONG SIAP DIA! MARAH NIE MARAH)
Disebabkan itu, perkara ini telah menyebabkan Kak Yong mengalami mimpi-mimpi yang tak wajar. Seterusnya (ayat penyata ini),membawa kita ke dalam dilemma ini.
Masa : Pagi
Waktu: Interval dalam pukul 8am-12pm.
Perkara: Mimpi ngeri.
Mimpi ngeri sangat dahsyat yang amat sampai kak yong berpeluh-peluh betina. Jantung berdegup kencang macam selisih dengan polis buat 'roadblock' ketika sedang bawa kereta tanpa lesen.
Dum dam dum dam dang dang dang ( bunyi drum)
Nak tahu mimpi kak yong?
Sila lah jawab NAK! NAK! NAK!
Sila buat muka suspen semua!
KAk yong mimpi baju kurung kak yong untuk majlis konvo kak yong tak siap.Terus kena pakai baju kurung
lama-lama punya. Ala, tak grand la macam nie. Tak glamer.TAk siok ar pakai baju lama.
DAhsyat kan mimpi tu, terus Kak YOng bangun, terus sms kak Liana. Eh chop, sebelum call, kak yong terus hantar sms kat 2888. Tengok baki kredit.
Hmmmm. Terus batal hasrat. Tak baik menganggu orang dengan panggilan lebih-lebih waktu tengah hari. Manalah tahu Kak Liana tengah memasak ke? Kang telefon karang terus hilang kefokusan memasak. Terus hangit masakan. Kan dah membazir itu. LAgipun membazir itu amalan syaitan. ISH ISH ISH.~Kita sebagai perempuan ini kena tahu nilai-nilai sensitiviti masakan hangus ini ha.
Jadi lebih baik kita hantar sms jew kan.
Lea,baju konvo ko dah siap? Send to 019-*******.
Kak liana balas macam ini: Belum, tengah jahit manik.
JAHIT MANIK jew ko! Kain pun kak yong belum hantar lagi ini. Terus tekanan perasaan Kak yong dibuatnya.. Nak 'cover' kak yong terus balas cepat-cepat:
Amboi, aku mimpi aku punya tak siap. padahal kain tak hantar. Ngat nak turun berat badan sikit, apa pendapat ko?
HA3x. Trylah diet ke, senam ke. Pagi-pagi jog keliling rumah. Yeah!!
GUESS WHO?
Kak Liana la!
Bernas idea tu tapi rumah kak yong ini sebelah ada kedai. Orang selalu beli barang.
so
WHAT! Im look like crazy women when i'm jog around my house!. Ewah terus Kak yong speaking bahasa inggeris u! Barulah rasa macam pandai sikit kan cakap omputeh ini. Well, im look stupid when im speak malay. HAHAHAHAHAKTUEH!
(klik untuk membesar)
Sebenarnya adik-adik, kak yong takut nanti kalau kak yong hantar baju lambat kat tukang jahit, tak sempat pulak nak siap. Kak Yong ini dah siap buat rekaan lagi untuk baju kurung kak yong itu. Kain nak ada bentuk kipas kat belakang. Lengan nak ada kelembung-kelembung. Leher nak ada kolar tingi-tinggi.Tangan nak letak manik-manik banyak-banyak. Banyak kerja itu. Barulah glamor u!
TApi kalau hantar sekarang , kang kak yong kurus nanti macam mana. Dah baju nampak gelebeh-gelebeh, longgar sana sini. Orang nak baju ketat lah wei! Tak glamor la baju kurung kak yong nanti.
Sayang pulak kalau dah buat nak oter-oter plak. Buruk la jahitan nanti. Mahal kain tu kak yong beli.
MAde In ITaly tu tulis kat hujung kain.
(ps: jangan bagitau orang kak yong beli kat Jakel masa itu tengah ada diskaun 50% taw)
Jadi adik-adik, susah betul dilema kak yong ini. Penin taw penin!Oklah nanti malam kak yong mimpi apa penyelesaiannya yew. Daa, dah pukul 6.30 ini, kak yong nak tengok cerita Cinta Kirana plak. Daa.
Muah muah. Tatatata.
Quesera sera, whatever will be will be. The future's not ours to see.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete