Tuesday, September 28, 2010

untukmu teman

salam

Orang kata rindu itu ada 
kerana wujudnya cinta dan sayang
pertalian antara hati dan perasaan
Yang terjalin bersama masa
Yang tanpa sedar
Tergengam kuat dalam jiwa

Ewah, pagi-pagi sudah bermadah.

 Pagi-pagi dah dimulakan dengan suasana macam sedikit tertekan bila mak bising sedikit nak kejutkan Hakim ke sekolah. Punyalah liat nak bangun.Kadang-kadang stress dia rasa macam nak menjerit-jerit dekat Hakim lalu kata: "wei , bangun jewlah..pok pet pok pet pok pet."

Tapi suasana aman kembali bila dia dah pergi sekolah. Tinggallah diri sendiri, mak dan ayah. Sejak aku ada kat rumah ini, pagi-pagi ini dah macam ganggu mak ayah aku berdating. Tapi diaorang bermanja-manja dengan sopan jew depan aku nie. Ti oh ti, yang oh yang, meh sini sat. 


(Eh sat, tetiba mak aku datang dari belakang, Cover entry ini cepat. Malu oh malu. Mak baca nantilah bila orang dah publish post yea..?)

Kemudian masuk Facebook. Kemudian tengok Fb maidah. Lepas itu rasa macam pelik. Oh Anas dah remove aku dari senarai kawan fB dia. HAHA. Not hurt feeling. Tulah siapa suruh wat perangai annoying lagi. Kan dah kena delete.Wakakaka. Tengok Fb maidah lagi. Lama.Tiba-tiba rasa rindu pulak. (Bukan pada Anas lah yew, marah maid nanti)!.HAHA. tapi pada sekumpulan manusia yang aku kenal.


Wajah-wajah yang sering menjadi peneman. 4 tahun kami berkenalan berkongsi saat suka duka kehidupan. Pada memori yang kami cipta bersama. Kenangan indah rasanya bila mula-mula bersua dan bersusah payah turun naik bas untuk ke falkulti. Merasai perit maungnya berkejar-kejaran, bertolak-tolakan malah ada tikanya bertangis-tangisan.Malah pernah bermaki-makian. Itu semua keranamu bas.Kami belajar kadang kala manusia ini tak kira berpelajaran tinggi atau tidak, kadang kala batas laku tidak menunjukkan kematangan akal.


Kita belajar. Dalam gigihnya menerokai ilmu. Kadang kala ada hati yang terluka. Ada yang terasa. Bila kadang kala kita sendiri terkeluar dari batasan sempadan akal seorang yang teman.Perlu sedar ada tutur kata dan akhlak yang perlu dijaga.  Almaklumlah,mulut aku ini pun bukannya ada insuran sangat. Tiba-tiba dush dapat sebiji. Terasa kawan. Pastu mula lah rasa bersalah. Minta maaf tapi buat lagi lepas itu. huhuhu.Ada masa kita menjauh, ada masa kita menjadi rapat.

pejam celik, pejam celik.*bling bling* Terasa cepat sangat masa berlalu. Masih terasa hangatnya lagi memori menanti bas itu. Seksanya bila kuliah pada waktu malam, dah lah kita tinggal berjauhan. Oh memori. Banyak ragamnya. Tapi rasanya kita semua ada keunikan tersendiri dan disitu wujud beberapa persamaan. Yup, selain suka mengambil gambar. Kita jugak yang paling bising dalam kuliah bila pelajar dari kursus lain digabungkan. Tahu diaorang rasa kita ini annoying But who's care!Purata gred masing-masingkan.

Terima kasih teman, untuk mimpi indah yang kita rakamkan bersama. Terima kasih untuk secebis pertolongan yang datang menyapa. Terima kasih untuk nasihat yang panjang berjela. Terima kasih untuk kemurahan ilmu dan masa. Terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih kerana menjadikan hidup ku lebih bermakna.Terima kasih kerana memberi ruang dalam hatimu untuk menerima diriku.

Keakuran kita pada masa.Kita kian terpisah kerana destinasi yang kian berbeza. Mengalami titik tolak keadaan lumrah alam yang menapa. Ketahuilah, doa ku terselit nama kalian semua. Kerana kasih dan sayang yang ada ini menwujudkan rindu yang tiada taranya.



ps: Rindu sangat kat korang nie, moga-moga adalah yang berwalimatulurus secepatnya. Bila dah menjauh ini, majlis perkahwinan lah tempat bertemu yang paling sesuai. :P Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment