Friday, December 10, 2010

A big surprise

Salam

Sorry for not keeping up with updates. How life’s? Well, its quite busy and sort of interesting.  No enough time for updates. (ceit). Saya gebang jew kata tak ada masa konon-konon nampak macam sibuk sangat padahal  top of the reason I don’t bring my laptop and internet device with me. Jadi celah mana nak mengupadate kan..:P . Oh alasan..kehkehkeh..Baiklah, maka saya akan 'qada' cerita- cerita itu untuk beberapa entry yang panjang belaka bajet orang nak baca kan.Never mind, saya nak cerita jugak.

November was awesome month for this year. I’m now officially graduate and have a permanent job for living. What the great news!! Frankly, it’s been a crazy month.

November 22 : tarikh untuk mendaftarkan diri dan menghadiri taklimat penempatan untuk para guru baru. Pengecualian pada mereka yang dihantar bertugas ke negeri Johor sebab 22 itu cuti awam sebab meraikan hari jadi sultan Johor. Maka kami hanya mendaftar pada 23 hb Nov.BTW, happy birthday Sultan Johor. May Allah bless u (and us, your rakyat) always.

SURPRISE! SURPRISE! SURPRISE! I had call JPN Johor for 4 times but they never pickup my call. Fine, kalau orang tak nak angkat call buat apa kita nak terhegeh-hegeh telefon kan? Jadi saya pasrah. Biarlah penempatan sekolah saya menjadi kejutan dan hanya mengetahuinya pada 23 hb itu. Ecececeh, dalam hati itu rasa panas sejuk jea lebih-lebih lagi ada berapa rakan yang bernasib baik JPN angkat panggilan mereka lalu memberitahu bahawa penempatan sekolah mereka hanyalah sekangkang kera jew  dari rumah mereka.

23 haribulan 11, pagi-pagi mendaftarkan diri lalu tengok nama saya dalam senarai paling atas dihantar bertugas di PASIR GUDANG, JOHOR BHARU. Seriously, im not happy. Biar pun pengarah JPN negeri begitu semangat memberi ucapan betapa betuahnya mereka yang dihantar  bertugas di negeri johor terutamanya kawasan Bandar. Siap tunjuk video para guru yang terpaksa naik bot, jalan kaki jauh dikawasan perdalaman  Sabah dan Sarawak. Malah diakhir ucapan,beliau juga mengingatkan supaya jangan lah mengada-gada minta ditukarkan kawasan penempatan sebab jauh dari keluarga. HAHAHA. Makan dalam sungguh ucapan itu, sikit terasa jiwa ragaku. Taklimat tamat pukul 1 dan para guru diarahkan untuk melaporkan diri ke sekolah masing-masing pada hari itu juga. Tapi sempat juga lah saya makan nasi tomato yang disediakan. NYUMMMY~> nasib baik nak cepat, kalau tak dah lama dah ngendeng-ngendeng dengan orang katering nak minta resipi, oh sungguh tak malu kan.

Nak dijadikan cerita, saya melaporkan diri lewat sehari dari orang lain. Adalah sebabnya, janganlah tanya mengapa, kenapa. Please put your curiosity in the bag.Zip ketat-ketat jangan bagi lepas okey. HEHEHE. Tapi saya sempat telefon sekolah beritahu saya lambat melaporkan diri. Ketua kerani suruh tanya pengetua. Saya cuba telefon pengetua tapi tak diangkat. I sent a sms .No replying from him.

Nov 24: Selepas menguruskan beberapa urusan seperti KWSP, saya terus ke JB. Sampai sekolah pukul 12 tengah hari. Terus ke bilik mesyuarat. Bertemu dengan GPK 1 dan kaunselor serta 5 orang guru baru yang lain. Kemudian masuk pejabat dan menguruskan segala dokumen-dokumen berkaitan. Sampai pukul 2 petang lalu balik nak tengok rumah. Ronda-ronda sekitar JB lalu sesat seterusnya emo. 

Memandu di JB sama seperti memandu di KL dan Shah Alam. Begitu banyak jalan yang bersimpang siur, papan tanda yang mengelirukan dan juga cara pemanduan pemandu lain yang tidak bertimbang rasa. Oh extra bonus: JAM. 

* to be continue..
Best Blogger Tips

2 comments: