Monday, December 13, 2010

Kereta yang sakit

Salam

part(i), (ii)

Ada kereta memang menyeronokkan. Life’s are easy breezy beautiful  (Covergirl?) Tapi yang tak 'easy breezy beautiful '-nya bila nak maintain segala peralatan dalaman kereta itu. Nak kena tengok-tengok selalu, nak kena peka (bukan pekak) selalu. Nak kena servis selalu dan paling penting duit kena ada selalu. Sebab kadang kala ia buat hal pada waktu-waktu yang tak dijangka. Contohnya di waktu kita tengah memandu menuju ke pusat membeli belah sebab nak hilangkan tekanan dan perasaan sedih selepas kena marah dengan bos, masa itu lah ada masalah pada kereta .

Kekasih Aishah (oh I cant remember his name)  kata mungkin timing bell dah nak haus. Harus ganti cepat.  Kereta Aishah hari itu putus timing bell masa dekat highway. Bila putus timing bell, effect jugak komponen2x  yang lain. Lagi banyak nak kena ganti. 1 enjin kena ganti. Dari Rm200 terus kena Rm1000 .Timing bell seharusnya diganti selepas 3 tahun atau pun selepas diguna dalam jarak perjalanan 80 ribu km. Poor Aishah.  

*nota kaki: aishah ialah cikgu baru sama seperti saya jugak*

26 Nov:  Shopping and mingle around with new friends are amazing. Terus mood baik untuk beberapa hari. Hari ini jumpa pengetua pun dah tak ingat peristiwa menangis semalam.  Lets bygone be bygone. We should keep moving forward. Ecececeh. 

Saya terus tak malu lalu tanya pengetua dimanakah bengkel yang boleh dipercayai. Kebetulan pengetua kata jiran dia adalah seorang mekanik dan ada bengkel. Kemudian topik  kereta ini berterus dengan pengetua memberikan nasihat mengenai pembelian kereta pada semua guru baru di bilik mesyuarat itu. Selepas selesai memberi segala nasihat, pengetua suruh balik rumah ambil kereta. Wee Huuuuu~~ dapat keluar sekolah awal.

Bertemankan Masyitah ( cikgu baru jugak), saya pandu kereta sendiri ikut belakang kereta pengetua.Perjalanan ke bengkel tidak lah begitu menyeronokkan sebab kepala asyik fikir berapa banyak lah duit yang melayang kali ini. However, my mood totally change 360 degree bila nampak signboard dan bangunan Pelangi Leisure Mall.( oh perempuan!) Wah, port wayang murah. Hehehe. Malah, saya juga jumpa jalan alternative untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. HEHEHEHE

Masuk bengkel, mekanik periksa sana sini. Kena tukar itu ini, sana sini. Anggaran harga Rm5++. Rasa miskin tiba-tiba. Selepas berbincang dengan ayah( dalam talian), pengetua dan Masyitah , saya mengambil keputusan untuk tidak menukar apa-apa komponen lagi. Keputusan dibuat berdasarkan jaminan mekanik bahawa kereta masih lagi boleh jalan hingga ke Segamat walaupun tidak diselenggara dengan segera. Biar balik segamat dahulu supaya ayah boleh tengok-tengok dulu seterusnya rasa kesian lalu bermurah hati untuk tolong keluarkan duitnya sekali…HEHEHE..Tapi paling penting, kita boleh jumpa mekanik yang kita sudah biasa dengan selok belok kereta kita dan mengelakkan kena tipu.

Tapi dalam dok kelam kabut itu, saya masih tak perasan bahawa kereta saya sudah terlebih Km. MInyak hitam layak untuk ditukar. Esoknya, saya dan Asyikin ( cikgu baru jugak) memandu secara rambang di kawasan terdekat dengan kawasan perumahan kami mencari bengkel.

 Oh cerita pasal kereta ini sungguh membosankan. Langsung ilham hilang nak menulis…..

*TO be continue..*
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment