Saturday, June 16, 2012

Jinbaran-Bali (part4)

salam..

previously: part 1 , part 2 , part 3


* Mood bercuti sudah habis. Sekolah seminggu telah dibuka. RASA SERONOK SANGAT! err. nampak sangat macam menipukan. *

Travelog masih berbaki lagi beberapa bahagian. Terima kasih kepada yang membaca sama ada saya kenal anda atau tidak. Terima kasih juga pada para famili dan rakan-rakan yang membaca sama ada anda dipaksa membaca atau tidak. Terima kasih jugalah kepada para stalker Manusia 1 dan manusia 2 yang melawat secara sukarela. HAHA.Wah,sila lah terharu dengan kata-kata penghargaan ini.

------------------------------------------------------

Kami tiba di Jinbaran dalam keadaan kelaparan. Sebagai antara anggota tetap kantin sewaktu rehat, saya agak kagum dengan diri sendiri ( dan juga Yaqin) yang tidak makan secara betul dari pagi hingga petang ini mampu mengawal diri daripada  membuat tarian mengelupur kelaparan.

Sampai di Jinbaran, Memang perfect timing. Langit jingga, matahari berputar dan mahu terbenam di bahagian barat. Maha suci tuhan, pemandangan di tepi laut melihat matahari terbenam memang cantik. Sangat sesuai untuk mereka yang berbulan madu. Kami yang tak berbulan madu ini pun, macam terpana dan rasa meroyan nak kahwin kalau boleh masa itu juga sebab tiba-tiba perasan gatal datang. Apatah lagi mereka yang berbulan madu kan. Terus fantasia bulan madu . Sangat 'Search' laaaa.













Matahari pun tenggelam. Perut masih lapar mahu diisi. 





Depan meja kami, kiri meja kami, kanan meja kami, = semuanya pasangan berbulan madu.

     Dekat belakang itu adalah kumpulan pemuzik yang akan pergi setiap meja sambil menyanyikan lagu-lagu cinta. Kemudian kita kasi lah duit berapa-berapa je mengikut tahap kemurahan hati.

Semua meja mereka pergi KECUALI meja kami. Emo sungguh la. Siap sediakan duit dah ini. 

Mungkin sebab mereka lihat 3 orang perempuan muda bersama-sama bercuti di tepi pandai dikelilingi sekumpulan manusia yang berbulan madu adalah LOSER/ heartbroken . Eh, hello! kitaorang honeymoon in advance okey. Survey tempat dulu. Nanti kemudian hari bawa husband datang.

Eleh bukan best pun mereka nyanyi, nada dan tone semua lagu sama je. *tetiba*

Apa apa pun kami enjoy je dengar muzik free sambil makan dengan rakusnya. :P




Hiburan tambahan yang disediakan oleh pihak restoran.



Makanan yang dihidangkan disini lebih kepada makanan laut yang dipanggang.Sedap

.
Makan sampai licin itu adalah wajib.



Sedap hingga ke tulang.

SEDAP tapi agak mahal. Kami order set. dan bayaran adalah sebanyak 690, 000 rupiah. Dalam +- Rm190 la. Agak berbaloi sebab makanan sedap , tempat pun cantik, layanan pun bagus. 



Penyambut tetamu dengan pakaian tradisional tempatan. Gadis ini baru berusia 14 tahun. Yang pakai baju biru itu pula usia suku abad dah.
 Kalu nak pergi, nah alamatnya, BBC ( beach bali cafe)




Destinasi seterusnya adalah:

Objektif: Membeli- belah sebab ada seorang homo sapien itu pengumpul baju Hard Rock Cafe yang tidak beberapa sejati. 


Best Blogger Tips

Saturday, June 9, 2012

bali- Ubud dan sukawati ( part 3)

salam

Previously : part 1 , part 2


Biarpun majoriti penduduk Bali beragama hindu tetapi ada juga yang beragama islam. Masjid memang la tak banyak tapi ada lah dua tiga buah disesetengah tempat. Kami singgah sekejap di masjid berdekatan untuk solat Jamak dan qasar. Sila jangan terkejut, jika disesetengah masjid/ surau, tempat solat perempuan dan lelaki bercampur. Maksudnya tiada kain penghadang atau bilik yang berbeza untuk memisahkan tempat lelaki dan perempuan untuk solat.


Perjalanan ke Tanah Lot ke Ubud mengambil masa dalam 45 minit kot. Pertanian adalah sumber ekonomi kedua penduduk Bali selepas pelancongan. Jadi sepanjang perjalanan kami ke Ubud, memang ditemani dengan pemandangan sawah padi. Tetiba feeling macam dekat Kedah pulak padahal hello i kat oversea ini. ( la sangat, mata hitam tak nampak).Perkataan  ubud berasal daripada perkataann Ubad (ubat) sebabnya dahulu kawasan Ubud ini adalah kawasan pertanian dan penanaman herba.

Ubud adalah kota kesenian untuk Bali. Destinasi pertama kami  di Ubud adalah Istana Lama : Istana Puri saren Agung  yang dahulunya tempat tinggal golongan diraja kasta Satria ( bukan sejenis proton ok).  Sistem kasta dalam agama hindu.

1) Brahman ( ketua agama)
2) Satria ( pahlawan)
3) wesya ( pekerja istana dan tukang besi)
4) Sudra ( hamba)

Layan gambar lah ye. Banyak dah bebel.




 Seni Bina:













model







waduh waduh....budak berdua ni, kalau dibiarkan berdua memang ini lah kerjanya.
Berangan dan Posing. Berangan dan Posing. 





tolonglah jangan kata mereka comel....( haha, jeles)


memang tak banyak  atau tiada langsung gambar  saya di Istana Lama .Mood untuk bergambar tiada sebabnya diseberang jalan Istana Lama ini ialah kawasan pasar membeli- belah. Kalau sekali tengok macam Pasar Payang , Kuala Terengganu.  Sejak mula masuk, hati tak tenteram , asyik mengajak homo sapien di atas ini ke sebarang jalan.  


Memandangkan mood bergambar tiada, saya tawarkan diri jadi jurugambar. Ha, amik korang, posing la macam mana gaya. Dah kasi puas hati mereka berposing sakan, saya heret mereka ke Pasar Ubud. 


kraftangan;


 Album  gambar yang diperbuat dari kertas kitar semula. 




Tips membeli belah: Bargain is key of the happiness for shopaholic
Barangan disini agak mahal tapi boleh minta kurang.

Mintalah kurang dari 50% hingga 80% dari harga asal.

Contoh: harga baju 60,000 rupiah.
minta la kurang hingga 15,000 atau 20,000 rupiah.

Nampak macam gile kan, minta turun banyak sangat. TAK PE! sebab selalunya  mesti dapat punya. 
Bila dah minta kurang, tetapkan pendirian dengan harga itu. Kalau peniaga tak mahu, x pe, cuba dekat kedai lain. Sebab banyak barang yang dijual agak serupa.

tapi jangan lah dah selongkar habis baju yang disusun, pastu tak jadi beli pula. Memang la menimbulkan kemarahan penjual. ( pengalaman sendiri).

kitaorang tak sempat nak keliling pasar ubud sebab kesuntukkan masa, tak banyak pilihan dan harga agak mahal sebab tempat ini memang tumpuan pelancong. 

tapi dalam tak cukup masa tu, adalah 10 helai baju kami borong. 


Pasar Sukawati





Pasar Sukawati tempat penduduk tempatan membeli belah. Harga agak murah. Dah la agak murah , boleh kasi murah lagi. Tak ke kami macam orang gila. Borong jangan tak borong.




tengok beli baju i love Bali je dah satu katil.

Almaklumlah, adik beradik ramai. tak termasuk ipar duai, anak sedara,datuk nenek lagi.




Best Blogger Tips

Thursday, June 7, 2012

Hari guru sekolah saya.

salam

Ini adalah entry hari guru yang terperam lama dalam dashboard.

Awas, entry panjang dengan huruf dan gambar.
--------------------------------

 Selamat hari guru.

Secara jujurnya hari guru yang paling menyeronokkan yang pernah saya alami ialah semasa saya bersekolah rendah. Beberapa hari sebelum menjelang hari guru, saya akan bersungguh-sungguh mencari apa yang patut untuk dihadiahkan pada guru kesayangan.

Selalunya saya akan hadiahkan mug, gelas 1 set. Begitulah hadiah saya setiap tahun untuk insan yang sama: Cikgu Zarina Hamid. Bukan tak sayang pada cikgu lain, tapi cikgu Zarina  lebih rapat dengan kami. Dulu, setiap malam , saya, Amirah Ain dan Hanisa Lasiman akan pergi belajar matematik di rumah cikgu zarina memandangkan rumah kami sangat dekat dengan rumah beliau. Hmm, belajar je mate, tapi result matematik teruk juga.HEHE

Meningkatnya usia saya, pengalaman menyambut hari guru bagi saya tidak lah begitu meninggalkan kenangan yang abadi. Kadang kala sebagai pelajar yang kurang skema, saya ponteng sekolah pada hari guru.

Sebabnya mudah: saya malas sebab  sekolah tiada aktiviti. Hanya duduk melihat guru, acara bagi hadiah, tengok cikgu bermain, sampai hadiah dan terus balik.

tapi

How people treat you is their karma; how you react is yours.
Wayne Dyer


Ha. ambil, memang waktu hari guru , tak ramai pun pelajar yang datang. Hanya 8 orang dari 35 orang pelajar peralihan hadir. Tapi saya cool sahaja sebab senang nak urus bila pelajar sikit. HEHE.

For friends and family - thanks for the wishes. Rasa sangat-sangat dihargai. Baiklah. Pendahuluan tamat. Terima kasih kerana membaca. Entry ini akan menjadi lagi panjang .

2012. 2 tahun sudah hari guru saya raikan. Saya seronok tahun ini sebab hari guru dikendalikan sepenuhnya oleh 'Student Leader Board'(SLB). Cikgu goyang kaki. Barulah rasa di raikan.

Pagi 16 Mei. Hujan renyai-renyai turun. Awan kelabu menyebabkan suasana agak mendung. Perhimpunan di adakan di dewan.

Tema pakaian: UNGU.



Kak Dina paling vogue. Siap pakai sari. Kalah cikgu-cikgu India yang lain.
Pagi-pagi saya tengok Michelline tolong Kak Dina pakai sari di bilik guru.



Orang-orang kuat. 




Guru diarak masuk ke dalam dewan diiringi dengan bunyi gamelan.

ketua rombongan


Acara seterusnya ialah bacaan ikrar,nyanyian lagu ' Kami guru Malaysia' dan biarku menjadi lilin.











                               

Kak Pojie menangis bila menyanyi lagu Biarku menjadi Lilin. Comel sangat. Saya pandang kak Pojie, spontan kak Pojie bagitau

" akak sedih bila nyanyi lagu itu. Tetiba akak teringat pelajar 2F ( F=falsafah, kelas paling akhir) . Macam mana la masa depan diaorang. Rasa memang tak boleh nak jadi lilin"

Tengok! itu jawapan guru sejati. Siap menghayati. Saya masa nyanyi tak teringat pun dekat pelajar peralihan saya itu sebaliknya bila lah nak rehat. Lapar, nak makan.


Bacaan watikah. Biarlah gambar berkata-kata ye.




Kemudian persembahan ringkas pelajar dan penyampaian kad 





Masa rehat tiba. Semua orang serbu ke kantin.



Dalam pukul 10.30; Ada game. Setiap guru telah diberikan kumpulan masing-masing.

   Acara teka rempah.




                     Acara masukkan bola hoki dalam Kon oleh tauke apam polkadot yang comel.



Iye, ada 11 stesen dan setiap permainan di kendalikan oleh pelajar.






11.30 pagi. Kembali ke dewan untuk persembahan pelajar dan penyampaian anugerah cikgu.



Bacaan sajak oleh Liyana Diana. 



   
K-pop


sooooo Najwa Latip



Tarian Bollywood. Lagu" Chammak challo"

Kumpulan anak lembu mati tersepit. 





Cikgu Paling Vogue: Nazreen. Ehem, dia single. Siapa nak berkenalan. 


Cikgu paling melatop. Dia pun single. Tapi tak payah la berkenalan dengan dia. Ramai dah peminat dia ini. Banyak-banyak orang minat pun susah juga kan. Serabut. Eh... *ok lari. Ampun Yaqin. i love u. *



Cikgu paling happening. Kak Raziah. Bujang but taken.

cikgu paling kacak: Nazry. Happily married with two kids.


cikgu paling macho:  si pengantin baru :Faizal. pang pang pang  kopak kopak *bunyi kompang.* 

  cikgu paling happening sesi pagi; Prof ustaz Zul. 


Acara tamat pukul 1.30 petang. Tapi majlis belum tamat lagi. Kemudian, semua guru bergerak ke hotel takingatnama untuk makan-makan.


Tiada gambar makanan sebab semua orang sibuk melantak, lepak -lepak, bergosip, bersembang, dan tambah makanan.


                                                                              
Antara hari guru yang best dalam hidup. :)

Sekian. terima kasih kerana membaca.

Kredit: gambar di ambil dari sidang redaksi crew. 
Best Blogger Tips