Tiada rotan, akar pun berguna.
Cerita saya mungkin bukan bernilai sejuta dua, hanya sekupang dua sahaja. Tapi masih memerlukan insan untuk mendengarinya. Rindu dengan rakan-rakan gossip saya. Tak akan sama bercerita didepan mata dengan di alam maya.
Bergosip dengan Hakim pun boleh la juga. Biar pun bukannya best sangat pun. Tak kan sama bergosip dengan rakan sejantina dan sebaya dengan adik lelaki berusia belasan tahun. Ada batasan.Tapi dengan Hakim bukan banyak bergosip, banyak membebel. Kui kui kui :P.
Susah nya nak besarkan anak lelaki usia belasan tahun yang berperangai pelik ini. Semoga kami semua menjadi anak-anak yang soleh berjaya didunia dan akhirat.AMIN. Standing ovation emak ayah!. Wah terus bercerita luahan hati padahal bukan apa sangat pun.Vavavavava.~
Baiklah, semalam mereka yang dapat mengajar sabah dan sarawak dah dapat surat posting. Pos laju gitu. Tapi yang dihantar disemenanjung akan tahu sama ada 8 Nov ini kot.Oh TUhan, berilah aku mengajar di Melaka. Cuak selagi tak dengar tak tahu keputusan. Masa-masa gini lah selalunya ingat Tuhan lebih dari biasa.:(
inshaAllah dapat Melaka tu..
ReplyDeletekenapa tak nak Johor?..bkn ko org johor ke?..hehe