Thursday, November 11, 2010

25 random things about me

salam

I'm feel like loser. Seriously. 1.48 in the morning. Open Fb, nah nothing interesting.My gossip girls not online, my beloved cousin and sis SOOOO busy with exam and assignments. Good luck people! What the boring night eh morning. So here 25 random things about me:

1) My name is Nurul Rahika Wahidah binti Muhammad Halim. I hate my name when i'm little cute adorable girl because its to long and weird eh unique. Kawan-kawan zaman tadika suka tanya eh nama awak panjang lah tapi cantik( vavavava diva laugh).

2) Merujuk kepada perkara no 1,apabila tulis nama dekat buku latihan atau buku teks sekolah, Mesti akan tulis melebihi ruang yang disediakan. Out of space that provided.

3) Merujuk kepada perkara 1 juga, ramai manusia termasuk guru-guru, rakan-rakan dari zaman sekolah rendah hingga universiti mesti ada tersilap tulis nama ayah saya iaitu Abdul Halim instead Muhammad Halim.

4) According to no 1(again), my parent should name me Nurul Wahidah since I'm the eldest one.Which is bring the meaning the only light ( cahaya yang satu). Oh thanks God, my parent are too creative .They used chunking process involved all my grandparents name and theirs before decided to put Rahika in the middle of 'Nurul' and 'Wahidah'.

5) Merujuk kepada perkara 1 lagi lalalallalalalaa, saya jugak benci nama saya semasa kecil sebab saya tak tahu apakah maksud Rahika dan budak-budak ini ada yang mulut macam puaka niang rapik  kata eh, nama awak tak ada maksud lah! apa ntah nama macam orang K****g. ah they are too naive, not sensitive and less creativity.Cemburulah tu nama sendiri tak best.Lalalalalala

6) Merujuk perkara 1 LAGI, akhirnya saya mengetahui maksud nama rahika iaitu RosmawatiAsraniHalimIsmailKafsiahAsiah. Nama mak, ayah , nenek2x dan atuk2x saya. Jadi maksud sebenar nama saya ialah: Cahaya rosmawatiasranihalimismailkafsiahasiah yang satu. Tu belum lagi saya tulis maksud sebenar nama mak ayah datuk nenek saya tu. Kalau tak lagi panjang meleret-leret.

7) I do Google my name. Rahika juga adalah sebuah tempat di Bihar Madhubani India. Saya jugak sungguh berbesar hati nama saya diguna kan di sekolah-sekolah, hospital dan pejabat-pejabat kerajaan seperti Rahika middle school, Rahika Hospital.

8)Merujuk kepada no 7, saya jugak suka menonton filem-filem tamil dan hindustan.Kadang kala jika saya bosan , saya jugak akan menyibukkan diri dengan mendengar lagu-lagu hindustan di Youtube sambil berangan.:P

9) Merujuk kepada perkara 8, kawan dari bangsa india saya yang pertama ialah Uma Mageswaran anak lelaki Perumbai. Sekarang saya tak tahu dia dimana.Dengar cerita sekarang ini dia dah HOT dan tinggi. Sigh, dulu masa sekolah tak nak ngorat..

11)Dulu semasa saya umur dalam 11-12 tahun kot, mak cik dan sepupu saya panggil saya Kajol sebab stail rambut saya  masa itu macam Anjali masa dia jadi tomboy dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

12)Dulu semasa kecil, saya dan sepupu-sepupu saya gaduh dengan cucu atuk long sebelah rumah. Disebabkan kulit dia agak hitam (tapi manis ala ala hitam si tampuk manggis tapi masih manis seperti kek coklat yang warna hitam tapi manis), kita orang ejek dia India India. Sekarang dia dah besar. Hensem duh! Belajar seni bina dekat London lagi duh! Sigh~ kalaulah dulu saya dan sepupu tak gaduh dengan dia, mesti sekarang kami dah jadi kawan baik kan.HAHAHA.. (gedix!)

13)Semasa kecil, saya dan sepupu-sepupu saya yang beza umur  setahun dua muda/tua dari saya Wajib balik kampung setiap cuti sekolah dan akan tinggal di kampung sehinggalah cuti habis. Yup, without our parent.Pantang sorang ada kat kampung, semua merengek nak balik kampung jugak.

14)Semasa kecil, saya sangat suka makan ikan kembung masak sambal.Maka  hari-hari emak masak lauk yang sama untuk saya sebab kalau lauk lain saya tak makan. Lepas itu bosan. Maka tukar menu lain iaitu ikan cencaru masak sambal. :P. Perbuatan ini bertahan selama setahun.

15)Dulu semasa kecil, kalau saya tak dapat apa yang dihajati. Saya akan menangis berguling-guling mengamuk-gamuk sambil mulut pot pet pot pet carut carut kata mak bapak saya bodoh tak sayang anak. Kalau mengamuk dekat dalam kereta, habis kereta itu saya tarik kusyen kereta sampai koyak rabak. Tabiat buruk ini diturunkan pada Suhada jugak, adik saya no 2. Kakak borek, adik rintik.

16) Merujuk perkara 15, saya sangat bersyukur ibu bapa saya seorang yang penyabar dan penyayang. Akhirnya saya kembali ke pangkal jalan. BAHAHAHA. Kalau tak saya mesti dah lama mati sebab kena penyek penyek sebab perangai buruk sangat.

17) Merujuk perkara 15 jugak, ayah saya suka guna bangkit kisah lalu zaman kanak-kanak yang hodoh itu bila saya marah Hakim dan Ezzah jangan nak macam-macam dan buat perangai bila pergi pasar raya. Sekurang-kurangnya mereka ini masa kecil kalau tak dapat barang yang dihajati hanya menangis sahaja, tak mengamuk tendang tarik koyak rabak kereta. Sigh~

18) I do believe in karma. Merujuk kepada perkara 15. Saya yakin nanti anak saya juga akan berperangai yang sama juga. Waaaaaaa~ Habis lah aku!!

19)Saya rasa saya sangat comel semasa menjadi bayi.Ecececececeh..Tapi saya bukanlah bayi idaman sebab saya suka menangis tak berhenti-henti. Masuk rumah menangis, masuk kereta menangis, pergi jalan-jalan menangis.Im not easy going and friendly baby. Pening kepala semua orang.Risau mak bapak saya.Sila rujuk juga perkara 16.



20) Merujuk kepada perkara 19, mak cik- mak cik saya suka betul kenang-kenang zaman saya masa bayi yang suka menangis itu sampai sekarang. Setiap kali ada bayi baru lahir dalam keluarga jew mesti sejarah bayi saya diulang-ulang.Psss...Oh i learn/ heard a lot about  my baby stage from them... Oh bila di kenang-kenang masa zaman bayi dulu, terasa kelakar pulak. Eceh , macam lah ingat!

21) Semasa saya kecil dahulu, dalam umur budak-budak sekolah rendah la. Saya dan sepupu saya, Ain kot curi-curi baca diari mak cik saya. Bila dia tahu kami baca diari dia, bermula dari saat itu sampai sekarang dia tak menulis diari lagi. Kalaulah rahsia itu tidak pecah, agaknya sampai sekarang kami boleh baca diari-diari beliau agaknya. HAHAHA

22) Semasa saya berumur 6 tahun, saya pernah ditahan diwad selama seminggu kerana malaria. Sakit tapi demand nak mampus. Tak mahu makan makanan hospital. Tapi mahu makan Nasi Briyani sahaja. Hari-hari mak atau ayah saya beli nasi briyani untuk saya.Kebetulan, kedai jual nasi briyani itu terletak dihadapan hospital sahaja.Sekarang kedai itu tak ada dah lagi.

23)Semasa saya darjah 4, saya pernah wakil rumah sukan acara lumba lari 50m perseorangan. Semasa darjah 5, saya pernah wakil rumah sukan lumba lari 4 x 50m. Semasa darjah 6, saya terus jadi wakil lontar peluru untuk rumah sukan. Semenjak itu jugak,saya tak pernah wakil rumah sukan untuk acara lumba lari lagi.

24)Semasa saya tingkatan 5, saya pernah menjadi bendahari kelas, bendahari persatuan kaunseling sekolah dan bendahari untuk rumah sukan. Saya tak tahulah kenapa orang asyik nak kasi saya jawatan bendahari jew berbanding presiden atau naib presiden.Padahal saya dah siap bagitau kawan saya awal-awal , sila cadangkan nama saya untuk jawatan presiden atau naib presiden. LOL.

25) Saya adalah pemonteng yang hebat semasa zaman tadika saya. Asyik ponteng sahaja. Sampai mak saya risau. Takut anak dia jadi manusia tak berguna bila besar sebab tak mahu pergi sekolah. Jenuh saya minum air yassin nak kasi lembut hati nak pergi sekolah. Kalau diimbas kambali tabiat saya yang suka memonteng itu, tak sangka sekarang saya dah habis belajar peringkat universiti, ambik kursus pendidikan lagi malah tak lama lagi nak jadi cikgu. BAHAHAHA.


TAHNIAH KERANA MEMBACA SAMPAI HABIS.TQVM

*update: gosh, i miss my number 10.
10) Semasa saya berumur 6 tahun, saya telah menyorok di belakang pintu lalu mengunting rambut saya sendiri. Konon-konon takut mak saya nampak lah. Padahal dia memang dah boleh agak.Kemudian  saya rasa rambut saya sangat hodoh lalu menangis nak rambut panjang balik. Malas mak dan ayah saya nak melayan. 
Best Blogger Tips

4 comments:

  1. name Rahika 2 nampak unik sbnrnya.. cuma org jarang dgr 2 yg pelik.for me, rahika is nice..

    ReplyDelete
  2. OMG, 1 of the top 10 famous malaysia blogger commented here!. HAHAHA. thanks darkbatman

    ReplyDelete
  3. OMG (AGAIN)..Miss lolly yang top dtg belog i lah...HAHAHA. thanks miss lolly

    ReplyDelete