Wednesday, November 10, 2010

dan dia menetak ibunya dengan kapak

salam

Semalam, sebelum ia menjadi berita hangat di dada-dada akhbar

Seorang rakan dari sekolah rendah menyapa di FB. Kami terputus hubungan seketika sejak ayah diarahkan bertugas di daerah lain. Semasa itu saya tingkatan 2. Pertemuan semula kami adalah 4 tahun lalu semasa Minggu Orientasi Mahasiswa.Kami sama universiti tapi berbeza fakulti.

Kami berbual sebentar dengan bertanya khabar sebelum dia memberitahu berita yang mengemparkan


L: Masih ingat dengan *****?
Saya: Oh rasanya ingat tapi muka ingat-ingat lupa.Kenapa?
L: Dia kena tahan polis.
Saya: Kenapa?
L: Dia tetak mak dia dengan Kapak.
Saya: Kenapa?
L: entahlah. Ramai orang kata dia baik dan alim. Mungkin tekanan perasaan.
Saya:  Kenapa? ( yup, i know, im little bit annoying but im too shocked)
L; entahlah. S dan M pun berkata perkara yang sama jugak.

Interval 5 minit. Saya tidak membalas.Kemudian perbualan diteruskan dengan topik yang lain seperti kerja kat mana sekarang?  Bila nak kahwin ? Blablablablabla....


------------------------------------------------------------


Masa depan itu sesuatu yang penuh misteri. *****,saya, L,S dan M pernah sekelas untuk sekian lama. Kami hanya kanak-kanak biasa yang dunia kami penuh dengan riang gelak tawa. Masa berlalu, setelah sekian lama tidak berjumpa, sungguh saya tak menyangka begini kisahnya permulaan hidup dewasa kami. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment