Tuesday, November 9, 2010

Bercerita mengenai keikhlasan

salam

hai

Saya baru sahaja menonton sebuah filem pendek karya sekumpulan pelajar UUM yang bertajuk ikhlas. 
 By watching this short film, reminded me with these two short stories.Two real stories in real life about real people. By the way, those not stories of mine or my closed ones. Hanyalah dua kisah yang saya dengar dalam segmen pagi di HOT fm 2 tahun yang lepas. Less than 2 minutes stories but enough to educate me what  life should be.

Cerita 1


Seorang pemanggil perempuan bercerita mengenai seorang rakan. Seorang rakan perempuan yang tidaklah cantik menarik. Rakan beliau itu seorang yang gemuk tapi memiliki hati yang sungguh baik. Pemanggil bercerita lagi mengenai seorang lelaki yang sangat kacak di kelas beliau. Si kacak yang menjadi igauan dan dambaan ramai gadis dalam kelas. Walaupun begitu, si jejaka kacak tidak memperdulikan segala godaan dan perhatian yang diberi.

Si pemanggil dan rakan-rakan perempuan beliau sering berangan-angan dan bercerita betapa betuahnya diri jika dapat memilki cinta dan hati si jejaka kacak. Pernah suatu hari si pemanggil bercerita mengenai si jejaka kacak dengan si perempuan gemuk tidak menarik itu. Si perempuan gemuk tidak menarik itu hanya berkata:
"ah, tidak mungkin si jejaka  kacak suka kan aku, lihatlah fizikal ku ini".

Di tempat mereka belajar ini terdapat seorang mak cik tukang bersih ( cleaner) yang hidupnya susah. Rumahnya jauh dan sering beliau menahan perut tidak makan tengahhari. Si perempuan gemuk tidak menarik merasa kesian lalu setiap hari dia akan membelikan sebungkus makanan untuk mak cik berkenaan. Tidak disangka-sangka perbuatan beliau itu diperhatikan oleh jejaka kacak itu.

Kecantikan peribadi si perempuan gemuk dipandang tinggi dari kecantikan fizikal. Lalu cinta diluahkan dan mereka bersama. Riuh cerita mengenai perhubungan si jejaka kacak dan si perempuan gemuk. Habis belajar lalu mereka berkahwin.

Sebelum mengakhiri perbualan si pemanggil mengatakan beliau mendapat pengajaran mengenai kehidupan kadang kala kita menilai manusia terlalu pada wajah lebih dari hati.


(source: deviantart)
Cerita 2

Seorang pemanggil bercerita mengenai pengalaman sendiri. Si pemanggil diwaktu itu baru sahaja lepasan universiti yang baru menganggur dan menghadiri sesi temuduga. Ada 3 kali sesi temuduga sebelum beliau di terima kerja.

Semasa sesi pertama. Kebetulan di waktu itu si pemanggil adalah calon terakhir dan masih ada lagi beberapa orang calon yang masih belum ditemuduga.  Ketika sedang menunggu itu, terdapat seorang lelaki yang seakan-akan mirip orang bangla datang meminta RM5 dari calon yang hadir. Calon yang lain enggan memberikan wang, lalu si pemanggil kesian lalu diberikan wang bernilai sedemikian pada si peminta. Masih lagi panjang masa untuk ditemuduga, si pemanggil mengajak si peminta berbual-bual. Lalu dihulurkan sebatang rokok dan mereka berborak. Tiba masa si pemanggil untuk ditemuduga. Dia layak untuk sesi ke2

Semasa sesi kedua pada keesokan harinya. Semasa si pemanggil sedang menunggu, si peminta datang. Dia masih lagi datang dan meminta RM5 dari calon yang datang. Si pemanggil memanggil si peminta lalu diberikannya lagi duit bernilai RM5. Sedekah. Tidak sempat berbual lama kerana si pemanggil dipanggil untuk masuk ke bilik penemuduga. Dia layak ke sesi ke 3 pada petangnya.

(source: deviantart)

Sesi ke 3 . Si pemanggil melihat-lihat jika si peminta mirip raut wajah si bangla ada disekitar. Malang, si peminta tiada. Masuk ke bilik temuduga. Alangkan terkejutnya si pemanggil bila mengetahui si peminta berwajah bangla ada di meja si penemuduga. Rupa-rupanya si peminta berwajah bangla itu adalah pengurus besar syarikat terbabit. Akhir cerita , si pemanggil di terima kerja dan kini menyandang posisi selesa.

-----------------------------------------------------------------------

Bersifat ikhlaslah dalam setiap perbuatan. InsyaAllah tuhan akan membalas dalam bentuk yang tidak disangka-sangka.


Each time you are honest and conduct yourself with honesty, a success force will drive you toward greater success. Each time you lie, even with a little white lie, there are strong forces pushing you toward failure.




and yet, people love to make a quite judgement based what they eyes can see on the first impression. :)
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment