Saturday, September 28, 2013

Come back

Salam

Im just checking my previous entries

Oh....man....

Dunia ini semakin memamah tubuh dan jiwaku. Perg!

Hello!

Sense of humor. Where are you missing?

Come back. I miss u.

Live is hard but please it could not be to serious and tense.

Or im just freezing while in a writer block mood.

Best Blogger Tips

Saturday, September 21, 2013

Hari usahawan

Salam

Hari ini ada hari keusahawanan dekat sekolah.
Tiap tiap tahun pun memang macam ini,
Acara wajib koko

Ada nyanyian, ada tarian, ada break dance.

ada jualan - tahun nie entah apa ntah semangat. Berniaga lah buat ais krim malaysia. Modal kecil, jualan pun kecik, untung pun kecik. Jual pukul 8 pagi.10 pagi sold out. Alhamdullilah.

ada cabutan bertuah - as usual, im not the lucky one.

ada permainan,

ada makanan

ada rumah hantu - its was a long que. And sorry im not big fan of hantu.

Ada karoake.

Dan

Ada manusia. Yelah kan, tak kan ada gajah, harimau, musang dan ba....dak.... kot

Untuk budak budak ini riang gembira.

Here the summary of the day, people :

Budak budak ini ajar masa mula mula posting dulu. Masa mereka tingkatan 1. Sekarang dah besor masing masing. cepat sangat masa berlalu.

 Oh terasa diriku muda remaja gituwwwww...



Ini adalah kebab ciptaan Zasni. Sedap dan macam senang dibuat.

Letakkan 2 keping roti. Kemudian ambik bekas bulat. Letakkan atas roti dan berikan tekanan. Roti akan bercantum dua. Ambil roti dan taburkan dengan serbuk roti. Dan goreng. Dah siap angkat belah 2. 
Kemudian letakkan daging cincang ke, sardin ke, telur ke. Nyum nyum nyum

Siapa yang rajin buat la. 



Kak pojie minum air kopi. Ustaz Zul cilok dari kedai kopi dia. Haha. 
kopi ini jenis tall baru rm1.50. 
grande : rm2.50
venti : Rm 3.50
add on whipping cream 50 sen.

tudia i kasi sekali senarai harga okey! Huhun semata mata penjenamaan.

ustaz kata starbucks mahal sebab depa pilih the best coffea in the world. Depa jaga kualiti kopi mereka. Dan setiap hari akan ada kopi baru yang dibuat. depa beli 3%  dari pengeluaran kopid dunia tapi itulah yang terbanyak.oooooo...

Kalau korang pernah baca buku " how starbucks saved my life" By michael Gill? Korang akan faham secara ringkas bagaimana starbucks ruin their business in term of partner. Derang panggil pekerja mereka partner. Not worker. 
Jadi ada sesuatu yang kita boleh belajar di situ. How they manage their business. How they educate their partner. how to survive.
Tak kisah la pada yang boikot atau tidak. Tapi yang nak mula mula berniaga atau syarikat besar dalam pemakanan, boleh kaji dan selidik untuk kegunaan sendiri. Jual kopi je tapi sampai tahap antarabangsa. mahal pula tu tapi masih ada yang beli.



Ps: caffein is not good for preggy mummy.
pss: saya tak minum kopi. Tak kisah sama ada murah atau mahal.
kak Hairina meniaga air. Laku sampai licin. Kak Hairina bertuah gile, dah la menang cabutan bertuah. Anugerah kedai mesra pelanggan pun dia dapat. 
bertuah bertuah bertuah


Budak budak anak anak ikin nie meniaga waffle. Tadi tak sempat nak beli. :( dan sekarang kempuanan. Nak waffle!
Anak anak didik Miza. Kemain ballet atas pentas. Good job Miza.Tahun ini kelab kebudayaan sangat aktif. Tak da la tiap tahun buat zapin je. 
my form 5 students. Dengan baju kelas mereka

teringat masa saya zaman matrik dulu pun ada baju kelas juga. sekarang baju tu dah jadi sarung kerusi malas dekat rumah maklin. Hahaha.

Nazry and the geng buat projek jual barang bundle. Garage sale. 

tagline kdai depa " harga boleh runding, hutang pun boleh" 
kitaorang jual aiskrim cendol, kacang dan asam boi, promosi kat whatapp guru guru je.
belum buka kedai, dah ada yang reserved. Nak cepat habis, panggil pelajar suruh beli. 
budak peralihan pun bukan main beli juga. Untung semalam promosi suruh depa beli.

habis je jual, terus tutup kedai jalan jalan lepak gerai orang lain. Terima kasih la pada yang beli sama ada rela atau terpaksa. :) 

i do enjoy my day. 
Best Blogger Tips

Tuesday, September 17, 2013

Spagetti campak campak

Salam

Hari ini balik rumah pukul 7 petang. Terkejar kejar dari balik kampung kemudian terus masuk mengajar membuatkan hari ini extra penat. Balik rumah terus lapar ya ampun.

Lapar tapi malas. Malas masak. Masak juga makan dekat luar. Itu memang tabiat normal. Jadi konon konon diet terus makan oren 2 biji dan pelam cecah asam. Ha, jangan haraplah kenyang kan. Mungkin doa orang lapar tapi malas ini didengari tuhan. Sesungguhnya tuhan berkerja dalam rahsia.

Lalu Along turun dapur tengok apa yang ada dalam peti sejuk. Maka terhasil lah spagetti campak campak. Nama je spaggeti campak campak tapi sedap okey! Memang mengugat nafsu dan jiwa lalu ku isytiharkan hari ini ialah "cheat day".

Resipi ini bagus untuk mereka yang tak nak  guna prego atau mana mana bahan ringkas yang ada dalam tin. Atau nak cuba resepi baru sebab prego tiba tiba habis dekat kedai ke. Resepi ini telah diadaptasikan sedikit lebih kepada rasa asean atau lidah melayu macam kitaorang ini.

Bahan bahan nya adalah

1) bawang besar  3 biji
2)tomato dalam 4,5,6 biji-cuba cari yang warna dia betul betul merah. Tu lGi best.
3) bawang putih 4 biji
4) daging kisar. Kita org guna jenama ramlee sebab kandungan carb dia rendah.
5) sos tomato. Kalau tak suka guna sos tomato boleh guna tomato puree.
6) bunga kobis
7)daun bawang
8) daun limau purut
9) paste sambal spicy rice cake dkumbokki (korean food) .ini tak ada pun tak pe. Kitaorang saja letak sebab nak pekatkan kuah jadi merah dan saja nak tambah rasa. Alang alang ada dalam peti sejuk. Campak kan je la nak tahu apa rasa. * rujuk gambar*
10) serbuk lada hitam. Serbuk oregano.Kalau tak ada tak yah letak pun tak pe.
11) kiub pati ayam maggi.

Cara memasak.

1) bawang besar dan bawang putih di blender halus. Air letak sikit je masa blender tu untuk mengekalkan rasa manis pada bawang. Bawang memang pakai banyak sebab nak beri rasa manis dalam masakan tanpa penggunaan gula.

2) bawang yang telah diblender tadi di masukkan dalam kuali bersama sama sedikit minyak dan mentega. Naik bau sikit letakkan daging kisar. Gaul gaul. Biar sebati rasa bawang dengan daging, mentega tu kitaorang saja bubuh sebab nak kasi testure kuah berkilat sikit. Adalah lebih baik minyak itu tidak dipanaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan ia terdeoksida. Barulah unsur unsur didalamnya tidak terurai dan khasiatnya tidak hilang. Wah.....Sains lah sangat kan.

3) daging dah masak sikit letakkan tomato yang telah diblender halus. Gaul gaul. Letakkan daun limau purut sebab nak naikkan bau. Letak kiub pati ayam maggi.

4) dah ok sikit. Letak lah tomato sos, paste sambal dkumbokki tu tadi/ tomato puree. Tujuan nak menambahkan rasa masam dan memberikan warna merah yang cantik pada kuah. Kitaorang letak tomato sos tu hampir setengah botol sebab sause spaggeti kitaorang warna merah dia cair gilos. Terus kuah kitaorang dari zero to hero!

5) letak garam. Letak sayur bunga kobis tadi. Letak daun bawang. Letak serbuk lada hitam dan oregano. Gaul gaul.  Kalau nak rasa pedas hirislah cili padi dalam 1@2 biji ke masuk kan sekali.Tengok warna cantik. Daging dah masak. Rasa pun ok. Siap lah tu. Boleh dimakan dan letaklah suka hati korang apa nama masakan spaggeti ini. Spageetti campak campak sangat tak komersial kan.

Nak lebih sedap letak la keju cheddar ke. Parmessan ke. Kitaorang tak letak sebab muak.

Nampak macam leceh kan sebab kalau beli prego tuang je kacau kacau siap. Tapi sebenarnya tidak. Kitaorang masak dalam 20 minit siap. Jimat kos , lebih sedap dan lebih terkawal bahan perasanya.

Ps: Err sebenarnya Along saja yang masak . Diriku ini hanya tukang tengok, tukang makan dan tukang komen. Hahaha

Rasa: 4/5 bintang, tak leh kasi banyak kang tak da kemajuan nak buat lagi baik.
Bajet barang: lagi murah dari beli dalam tin. Pastu dapat banyak pula tu. Ekonomi tak stabil sekarang ini jadi kena berjimat.
Masa: sekejap je jika semua barang dah ada. Dan bergantung tahap kerajinan individu. Kalau malas, sampai esok lusa pun memang tak jadi spaggeti ini.

Best Blogger Tips

Tuesday, September 10, 2013

Kahwin paksa

Salam

Hari tu aku mimpi,
Alkisahnya,
Waktu siang hari di bawah pokok manggis,
Tak jauh hanya depan rumah nyai( nenek),
Tiba tiba secara magisnya,
Ular lalu di sebelah kaki ku,
Lalu je, bukan patuk,
Mungkin kulit ular tu kena pada kaki
Entah kenapa, dalam mimpi itu juga aku meraung raung macam nak mati.

Terjaga, terima kasih la pada bunyi alarm jam pada henfon,
Aku bangun, tekan 'dismiss'
Baring baring golek golek
Berfikir, cuba hadam apa kah yang berlaku,
Orang kata kalau kena patuk ular tanda ada orang nak masuk meminang
Terpinga pinga aku mencari antara perkaitan antara ular dan orang masuk meminang.
Entah, tiba tiba hati aku jadi sepi
Dan sedikit geli

Hari ini aku mimpi
Tiada lagi kelibat ular
Mimpi kali ini lagi " advance"
Ada orang masuk meminang,
Penuh dengan adat, sekali berombongan
Untuk lelaki yang entah langsung aku tak kenal,
Ajaibnya aku boleh tahu nama dia Raj,
Jangan tanya aku nama penuh dia,
Mungkin Raja Kapoor, Raja Gopal atau Raja Bunian.
Ah lantaklah eh tapi dia hensem. HAHAHA.
Hmmm,,,,,
Muka hensem tapi aku tak suka tak guna juga,
Perkahwinan bukan setakat nak takat tatap muka je, ye dok?
Dalam keriuhan itu,
Reaksi aku macam orang tiga suku,
Yang memang nak kena maki,
Sampai aku meraung raung cakap tak nak, tak nak,
Punyalah tak nak,
Setidak tidaknya tak nak,
TAK NAK

Aku kata
Cinta aku ekslusif,
Bukan untuk diberi pada entah siapa siapa
Sejauh mana aku menegakkan kerelevanan lamaran itu ditolak,
Entah bagaimana lamaran itu diterima,
Dan aku pandang Raj dengan pandangan " kau siap, jaga jaga, jangan sampai aku simbah asid dekat muka"

Bercampur baur
Aku rasa dikhianati,
Aku rasa di tolak ketepi,
Aku rasa dibenci,
Aku rasa sampai hati keluarga aku buat aku macam ini,
Semua perasaan itu bercampur aduk
Dengan perasaan geli

Mujur sebelum scene aku derhaka dengan mak bapak aku,
Mujur tuhan sayang lagi dekat aku, syukur
Aku terjaga,
Mimpi penangan lepas subuh,
Menyeramkan.

Aku baring, golek kanan kiri dan berfikir,
Andai perempuan yang berusia pertenggahan 20 an seperti aku ini
Boleh terobek hati dengan mimpi dengan perkahwinan paksa
Boleh terperosok jiwa dalam perkhianatan, kekecewaan dan kesedihan

Apatah lagi kanak kanak perempuan di pendalaman Afghanistan sana,
Apatah lagi kanak kanak yang lahir dalam keluarga kuno di Bangladesh sana,
Apatah lagi kanak kanal perempuan yang lahir di tanah India sana,
Apatah lagi kanak kanak perempuan yang lahir dimana jua pelusuk dunia,
Yang persamaannya hanya satu:

Mereka dipaksa kahwin muda dengan entah siapa siapa.
Sama ada pasangan mereka sebaya
Atau lebih tua.

Dan perasaan aku tiba tiba bertukar . GELI.

ps: Hentikan perkahwinan kanak kanak secara paksa. ( dan juga dikalangan orang dewasa yang tanpa rela). Bila semuanya dalam kepaksaan, tiada cinta yang mekar dalam hati. Hanya kebencian dan kegelian. Dan realiti kadang kala bukan macam cerita novel atau drama melayu. Yang kena paksa kahwin tanpa rela, benci benci lepas tu suka. Lebih elok kita semai awal perkahwinan dengan perasaan suka dan rela.

Best Blogger Tips

Sunday, September 1, 2013

nilai cinta yang tersembunyi

Salam


Sebelum tayangan Filem Tanda Putera bermula, kami penonton diminta untuk berdiri bagi menghormati dan menyanyi lagu ‘ Negaraku’. Entah bila perkara ini berkuat kuasa tapi melihat dari sudut positif,  diharap dapat menaikkan semangat patriotik dalam diri kita lebih lebih lagi pada mereka yang kali terakhir mendendangkan lagu kebangsaan ini adalah sewaktu di bangku sekolah. Mudah mudahan.


Cerita yang menarik ,garapan yang menarik, pengajaran yang banyak  dan lakonan para pelakon yang menarik. Tapi entah la, filem ini masih tidak dapat membuatkan nilai patriotik dalam diri saya begitu membuak buak seperti mana saya menonton filem bukit Kepong lakonan Datuk Jins Shamsudin dan Filem Leftenan Adnan.  Terasa betapa saya perlu menghargai jasa jasa wira-wira negara bila saya menonton filem filem ini. Terasa saya perlu berkorban mencurahkan bakti dan berjuang demi negara.

Lagu negaraku tidak asing pada saya. Bahkan,saya mendendangkan lagu ‘NegaraKu’ hampir setiap minggu . Almaklumlah cikgu. Biarpun setiap saban minggu menyanyi, nilai patriotik saya masih tidak terbuak buak. Ironiknya, seperti mana hambarnya nyanyian saya yang tidak  begitu bersemangat begitulah juga hambarnya nyanyian para pelajar saya yang seakan terpaksa membuka mulut menyanyikan lagu kebangsaan. Mungkin terlalu terbiasa sehingga nyanyian lagu Negaraku tidak terserap ke dalam jiwa. Mungkin nyanyian " Negaraku' adalah sebagai rutin sebagai pelengkap perhimpunan mingguan. Didendangkan tanpa menghayati bait bait lagu. Padahal nilai patriotik perlu diluahkan.


Mungkin nilai itu ada, cuma bila terlalu selesa, kita seakan lupa bahawa sikap cintakan negara itu harus diluahkan dalam apa jua cara sama ada perbuatan atau kata –kata. Macam orang bercinta.

Mungkin nilai itu ada, cuma disebabkan kita sendiri tidak merasa betapa jerih payahnya mengekalkan kedaulatan dan keamanan , kita jadi terlupa. Sedangkan kita sendiri maklum, nilai cinta itulah yang mendorong semangat kita mempertahankan segala apa yang kita kecapi sekarang.


Orang kata ‘ dekat bau taik, jauh baru minyak wangi’. Benar, setiap kali saya ke luar negara , barulah nilai cinta negara itu terkesan dalam jiwa. Biarpun indah cantik negara orang, negara sendiri tetapi tetap paling menarik dalam hati. Nilai itu hadir sewaktu saya jauh dari tanah air. Dengan bangganya saya memperkenalkan diri " I"m Malaysian" atau " I'm From Malaysia'.Hakikatnya walau dimana pun saya berada, saya adalah seorang rakyat Malaysia.


Seperti mana bait bait lagu ini

" Demi negara yang tercinta, 
dicurahkan bakti penuh setia''

" rela berkorban apa sahaja
amanat bangsa tetap dijaga
kami berikar untuk setia
untuk agama bangsa dan negara"



Cinta ini harus diluahkan.

Best Blogger Tips