Wednesday, August 28, 2013

Ketam bercili

Salam

Hari tu pergi pasar raya. Kononnnya nak beli sikit je la barang. Punyalah bersemangat menyenaraikan barang dapur. Tapi sudah namanya perempuan, sikap rambang mata itu adalah fitrah. Semua benda macam nampak penting dan semua benda nampak teringin nak makan. Beginilah kita perempuan, kalau kita membeli barang memang bukan untuk esok je. Kalau boleh sebulan terus. Tak pe, hal hal macam ini kita boleh salahkan hormon.

Lebih lebih lagi manusia yang jarang sekali masuk pasar macam saya ini. Jadi memang hormon tak stabil sikit bila masuk pasar raya. Sebab tu TERbeli banyak barang. Nampak penekanan TER tu. Maksudnya perbuatan tersebut tidak disengajakan.

Pergi bahagian barang basah. Nampak ketam terus teringin. Padahal tak ada dalam list. Ketam bukannya makanan kegemaran pun sebab nak makan dia susah. Dah la susah isi sikit je.Tak pe la, bab makan makan ini jangan berkira. Ini salah hormon lah ini.

Baiklah, ini nak kongsi resepi mudah masak ketam bercili. Tak lah hebat sangat rasanya makan sampai pengsan tidur malam termimpi mimpi terjerit jerit. Tapi boleh la tahan sedapnya bagi tekak saya ini sampai jilat jilat jari. Yelah, makan ketam kan susah. Habis semua tangan nak guna untuk makan korek isi.

Baiklah puan puan. Resepi ini khas untuk orang ya g tak terer  masak je. Yang dah tahu masak boleh duduk diam tengok tengok je ye.

Bahan bahan diperlukan.

Ketam,
Bawang putih,
Bawang merah,
Halia
Cili kering yang telah diblender
Sos cili,
Sos tomato,
Cili padi,
Tomato
Garam
Gula melaka.
Lada hitam

Ps: sukatan semua pakai agak agak je la. Kalau suka bawang banyak lebihkan, kalau suka pedas, lebihkan cili.

Cara masak

Ketam dibersihkan. Letak tepung jagung sikit, garam sikit, kunyit sikit. Gaul gaul. Kemudian Goreng deep fry maksudnya minyak tenggelam. Tepung jagung ini fungsi dia nak kasi ranggup. Kalau korang goreng ayam ke, ikan ke, try la bubuh tepung jagung dengan kunyit dan garam, memang sedap.

Kalau tak da tepung jagung, guna tepung berempah goreng ayam tu je pun boleh.

Kalau segala tepung tak da, lumur je ketam dengan kunyit dan garam dan goreng.

Kalau tak nak goreng sebab berminyak diet katanya, boleh bakar dalam oven.

Kalau tak nak takut ketam kering, kukus pun boleh. Tapi kalau kukus, tak payah letak apa apa. Letak je la daun kunyit nak kasi aroma naik.

Kalau nak kukus grill panggang, kukus grill panggang macam Chef MichaeL PUN BOLEH!

Tak kisah la nak masak macam mana, yang penting ketam tu masak dulu.Bila ketam dah siap, ketepikan.


Kemudian, ini baru buat kuah sos pulak.

Mula mula.Bawang putih, bawang merah dan halia tumbuk.
Panaskan minyak.
Masukkan semua benda yang ditumbuk tu tadi.
Naik bau.
Letak cili blender tadi.
Campak garam sikit.
Gaul gaul.

Letak gula melaka. Tak da gula melaka, gula pasir yang selalu guna buat air tu pun boleh. Tapi guna gula melaka lagi best, warna cantik dan manis dia lain sikit dari gula pasir. Lagi uhmmm!

Kalau pekat sangat, letak air sikit, lepas  lada hitam,sos cili dan sos tomato.
Gaul gaul lagi.

Dah nampak macam best je di mata anda, dan aroma dia macam best di hidung anda, baru ,masukkan tomato dan cili padi yang di cincang halus.

Dah masak. Barulah masukkan ketam . Gaul gaul biar meresap sos dalam ketam tu. Gaul sekejap je.

Siap!



Ps: hidangan persembahan makanan agak fail tapi rasa boleh tahan. Cuba la.

Best Blogger Tips

Makan gaji tapi kaya

Salam

Tajuk buku: makan gaji tetapi kaya

Penulis:Shamsuddin Abdul Kadir

Ingin menjadi pekerja jutawan tanpa perlu berhenti kerja?

Nak la! Gila tak nak.

Buku ini bagus. Bagus lah untuk saya yang kaki boros berbelanja. Ok nak kongsi tips yang ada dalam buku ini bagaimana kita boleh menikmati hidup dengan kewangan yang stabil iaitu ada simpanan yang banyak dan masih boleh menikmati hidup dengan baik.

1) simpan 10% gaji anda ke akaun simpanan. Pastikan akaun tersebut tiada kad atam. Paling mudah bagi mengalakkan kita menyimpan adalah potong terus 10% tu dari slip gaji siap-siap. Misalnya gaji anda rm3000. Bulan bulan simpan rm300. Setahun sudah Rm3600. Kalau sepuluh tahun dah berapa berapa kan? Tak kan selamanya gaji rm3000 ke? The main thing is keep 10% from your salary.

2)simpan lagi 20% gaji anda kedalam akaun kecemasan. Misalnya duit ini boleh digunakan msa sakit ke, waktu waktu terdesak ke. Jika bulan ini anda tiada terlibat dengan kes kes kecemasan. Jangan guna pulak. Simpan lagi.

3) 70% gaji anda itu guna kan untuk menikmati hidup ini. Bayar insuran, bayar bil, beli barang, bagi dekat mak bapak dan apa sahaja yang anda ingin lakukan.

4) melaburkan simpanan anda. Misalnya saham koperasi felda, ASB, Tabung Haji.

5) simpanan anda sekurang kurang adalah sama banyak dengan 6 bulan gaji anda. Misalnya klau gaji Rm3000. Simpanan anda paling asas pun mesti ada dalam lebih kurang Rm18000. Reason? Coz we cant predict what happen to us in the future. Entah esok lusa kena buang kerja ke? Kemalangan hingga tak boleh kerja ke? Syarikat bangkrap ke.

6) jangan berhutang keterlaluan. Semata mata kerana gaya, habis semua benda nak hutang. Ok, paling paling pun hanya ada 2 benda untuk berhutang iaitu rumah dan kereta. Buat apa nampak mewah tapi kaya hutang.

7)  melabur dalam sesuatu dalam bentuk harta. Harta ini anda melabur dan kalau dan kalau anda jual balik. Anda dapat untung. Contoh rumah dan pelajaran (ilmu).

8) elakkan mengumpul liabiliti.liabiliti ini bebanan. Anda bayar tiap tiap bulan mahal tapi kemudian bila jual merugikan anda. Contoh adalah kereta.

9) elakkan berhutang secara panjang dan penuh. Misalnya anda nak beli rumah. Harga rumah itu Rm250 000. Duit tak ada kan, pinjam bank Rm250 000 bayar balik dalam tempoh 20 tahun. Cuba check, sebenarnya anda membayar lebih banyak. Rm250 000 untuk rumah dan Rm250 000 pada pihak bank. Semakin panjang tempoh bayar balik, makin tinggi interest kena bayar.

10) life live your life. But keep its simple. Spend within your means. Gaji naik tak bermakna kena belanja macam orang gila.

11) do part time job. Tapi pastikan kerja tu berbaloi untuk dilakukan.

Dah. Banyak lagi sebenarnya tapi cukup la 11 dulu ye. Yang ini kira macam asas je dulu.

Best Blogger Tips

Monday, August 26, 2013

Ayah dan ibu

Salam

Semalam saya membaca blog seorang rakan. Sayu hati apatah lagi beliau bercerita mengenai betapa kosongnya hati dan suasana raya tahun ini lantaran kembalinya abah beliau bertemu pencipta maha esa.

Abah,ayah, papa dan apa juga gelaran kita. Itulah lelaki pertama yang mula mula menapak dalam hati kita. Hakikat yang hakiki.

Jesteru setelah dibesar penuh dengan kasih sayang, ditemani dengan doa yang berpanjang agar anak anaknya sentiasa diberkati tuhan, diusahakan seboleh mungkin kemahuan kita, dan sentiasa ada setiap ketika susah dan senang. Tiba tiba segala nikmat itu ditarik secara kita pun tidak bersedia.

Seorang rakan pernah menulis 'hargailah ibu bapa kita sebelum mereka tiada'.

Seorang rakan lain juga pernah menulis "kau akan tahu apa perasaan nya menjadi ibu bapa setelah kau melahirkan anak. Tiba tiba kau akan lebih menyayangi kedua ibu bapa kau lebih dari biasa"

Hati tiba tiba jadi rindu. Moga tuhan sentiasa memberkati mereka.

Semoga saya lebih berjaga mengenai kehadiran mereka. Lebih lama berada dalam dakapan mereka. Lebih lama berada dibawah kaki mereka memeluk untuk mengejar syurga. Lebih banyak berbakti. Lebih banyak membuat mereka bangga.

Ini ada hikmah paling besar bila lambat berumah tangga. Tak perlu kongsi terbelah dua dan tiba tiba keluarga kau berkembang dua.

Best Blogger Tips

Friday, August 23, 2013

Kepuasan hati

Salam

Jam di tangan menunjukkan pukul 8.10 sewaktu para pelajar 4MPV masuk ke makmal.

" hari ini belajar ke cikgu?"

" belajar la", balas saya

" ala, jom la pergi library" seorang pelajar yang lain pula menambah.

Lantas, ada pula yang menyahut tanda setuju cadangan rakannya dan menidakkan keputusan saya,

"Malas la, sekejap je kan waktu cikgu hari ini"

" ala, hari ini belajar la ye. Sekejap je.cikgu ajar sikit je yang mudah-mudah".  Ujur saya dalam keadaan lembut tanda memujuk.

Pengalaman mengajar mereka selama 8 bulan ini saya dapati mereka ini  lebih mudah mengikut kata dan mendengar arahan serta memberi kerjasama yang baik jika saya berkomunikasi dalam keadaan santai dan berhemah. Bukan secara marah marah dan meninggikan suara.

Takkan sama cara mengajar budak budak besar kelas hujung dengan budak budak kecik kelas yang hujung. Sepertimana tidak akan sama mengajar budak budak besar kelas pandai dengan budak budak kecik kelas hadapan.

Hmmm

Jika difikirkan balik tiada siapa pun yang suka dengan cikgu yang memanjang marah marah dan serius sepanjang masa. Macam kita semasa sekolah dulu, suka ke dekat cikgu disiplin kita?

"Tu amik buku atas meja, duduk tempat masing masing"  arah saya kepada pelajar yang masuk agar mengambil buku mereka diatas meja guru. Memang selama ini segala buku latihan, buku amali mereka saya simpan. Nak harapkan mereka simpan,alamatnya sepanjang tahun lah buku akan hilang tanpa jejak.

Kelas dimulakan dan saya mengajar dihadapan satu persatu. Mengajar mereka mencari garisan imej dan mengesan ciri ciri imej kanta cembung.

Ada yang bercakap cakap , ada juga yang mengikut pengajaran saya. Ada yang mula bermain main menganggu rakan, ada yang duduk diam di atas meja kerusi masing masing tidak pula melakukan sebarang pekerjaan.... berangan mungkin. 20 orang pelajar lelaki berusia 16 tahun saya ini mempunyai kerenah dan pemikiran yang sudah tentu tidak sama.

"Syafiq, kau duduk tempat kau, buat kerja ini.jangan sampai kang aku sumpah......."jerit saya kadang kala sambil mengajar.

Malas sungguh pelajar ini. Kerja berjalan jalan dalam kelas ganggu rakan. Buat kerja tak nak. Dulu saya pernah berseloroh agar bila besar biarlah takdir menentukan Syafiq berkerja sebagai attendan mayat. Usai saya berseleroh disahut dengan bacaan ameen oleh rakan rakannya tanda mendoakan agar selorohan saya itu termakbul tuhan. Attendan mayat kerja yang halal dan hanya mereka yang berjiwa berani mampu melakukannya bukan? Memikirkan mengenai kematiaan sahaja kadang kala boleh menginsafkan. Semoga dengan melihat kematian setiap hari, jiwanya berfikir untuk sebuah kehidupan yang bukan sekadar pemainanan.

Syafiq diam sebentar tapi masih tidak membuat kerja. Dia bukanlah pelajar saya yang paling nakal tapi kerenahnya yang suka bermain kadang kala menggangu saya untuk mengajar pada rakan rakannya yang mahu hendak belajar dihadapan. Biarpun sedikit nakal, dia masih seorang yang menghormati orang lain dan sangat menyenangkan bila berbual. Tanda masih ada harapan.

Kelas berjalan seperti biasa. Riak riak muka pelajar menandakan mereka faham. Saya memberikan peluang untuk memberi cuba menyelesaikan latihan dalam buku latihan mereka. Latihan yang mudah sahaja agar mereka dapat buat. Bila mereka dapat buat mereka jadi gembira dan minat belajar pun bertambah.

Usai memberi arahan latihan mana yang perlu dilakukan. Saya berjalan jalan sambil memegang pembaris kayu. Kalau ada pelajar yang tidak menyalin nota dan membuat latihan, senang saya rotan saja disitu juga. Para pelajar ini memang sedia maklum mengenai hal pembaris kayu itu.  Lantas ada beberapa pelajar seperti Syafiq dan Muiz cepat cepat melarikan diri. Takut dipukul lah tu. Terjadilah aksi kejar mengejar sebentar antara saya dan mereka. Ternyata saya lebih pantas.
Mereka akur lalu cuba membuat latihan. Saya duduk bersama mereka melihat hasil kerja dan mengajar kembali pada mereka.

Yang dah siap, mula berjalan jalan. Ada yang bermain pembaris kayu dan memukul rakan yang lain kemudian kejar mengejar, ada yang menconteng conteng papan putih, ada yang dududk bersembang. Kelas semakin meriah. Mujur masa semakin hampir tamat. Yang sudah siap saya arahkan mereka pulang ke kelas.

Sedikit demi sedikit pelajar siap dan menghantar buku diatas meja lalu keluar. Makmal semakin sunyi. Sehingga lah Muiz siap latihan yang diberi, baru saya ke meja saya semula. Saya mengemas meja, menyusun semula buku -buku bertaburan di meja, menulis rekod kehadiran makmal dan kemudian bersedia untuk memadam papan putih.

" terima kasih cikgu kerana mengajar kami" tulisan marker merah di papan putih. Saya tersenyum dan serta merta rasa puas menjelma dalam hati. Kepuasan hati.

Lalu tulisan tersebut saya padam dengan pemadam papan putih. Hilang tanpa kesan.

Best Blogger Tips

Saturday, August 17, 2013

The truman show

Salam

(Draft lalu)

Malam raya ke 7.

Sebelum terlewat, saya minta maaf atas sebarang kesalahan yang saya lakukan. Mohon didoakan agar dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan dalam kehidupan, selamat hari raya.

Le kazen kazen ku sekalian sedang seronok menggunakan internet secara pukal entah buat apa. Melayari laman laman sosial apa entah. Suhada sedang seronok melayan cerita korea bersiri di talian. Zaman sekarang malam malam raya, televisyen bukanlah peneman setia.

Jadi saya menonton The Truman Show bersama Bihah, cerita kegemaran sejak kali pertama disiarkan. Sampai sekarang tengok pun tak jemu. Untung tak payah berebut tengok tv.

The Truman Show cerita lawak yang sakrasis. Menunjukkan sisi lain lakonan Jin Carey.

Sebabkan mood baik. Meh nak kasi sinopsis.Truman Brubank adalah lelaki biasa dengan perkerjaan biasa tinggal dengan kehidupan yang biasa. Apa yang luar biasa, kehidupan Truman dikelilingi oleh pelakon pelakon yang menjadikan kehidupan biasanya adalah luar biasa.  Ha, membantu tak sinopsis gua?

Macam cerita keeping up with kardiasian. Macam siri realiti tv. Bezanya Truman ini dari kecil lagi kehidupan dia dah dirakamkan. Segala mengenai  dirinya, kekasihnya, isterinya,kawan baiknya, pekerjaannya , kawasan perumahannya adalah penipuan.

Tak tahu lah nak cerita macam mana, pergi lah tengok sekrang. Google lah mana mana,

Sejujurnya kita mahukan kehidupan penuh kebenaran tapi kadang kala realiti juga adalah kadang kala dibayangi penipuan. Kita terlalu mudah menerima realiti yang ditawarkan.

Begitulah dunia, kalau tengok kiri kanan, dekat berita, dekat surat khabar, macam macam benda yang berlaku. Dunia sedang bergolakkan. Rohani manusia pun makin ketandusan.

Dekat Malaysia kejadian tembak menembak semakin meningkat. Dekat Mesir, pembunuh dan pergolakakan antara sesama islam semata mata kuasa.

Dunia ini semakin tua, semakin penat. Akhir zaman mungkin.

Berfikir lah manusia!

Akhir kata: lets keep praying for our brothers and sisters at Egypt. World peace.=)

Best Blogger Tips