Terniang niang ditelinga saya kata kata seseorang dulu bahawa cikgu kalau mengajar anak orang ajar la macama anak sendiri. InsyaAllah orang lain pun buat begitu juga pada anak kita nanti. Saya nampak besarnya kesan ikhlas dalam kehidupan disebalik penceritaan Kak Zai.
Friday, October 25, 2013
cikgu lama
Terniang niang ditelinga saya kata kata seseorang dulu bahawa cikgu kalau mengajar anak orang ajar la macama anak sendiri. InsyaAllah orang lain pun buat begitu juga pada anak kita nanti. Saya nampak besarnya kesan ikhlas dalam kehidupan disebalik penceritaan Kak Zai.
Tuesday, October 15, 2013
Eksperimen
Malas dan suci
Salam
Hari ini hari raya haji. Dan saya berada di dalam bilik menyembunyikan diri. Tidak bersendiri sebab suhada ada malas bangun dari tidur.Dan saya juga begitu malas untuk berkomunikasi. Amboi kau anak dara...haha..Biarlah...
Antara kebaikan besar rumah ibu bapa belakang rumah nenek sendiri adalah kunjungan saudara yang tidak putus dan selesa bergerak sendiri. Lapar? Pergi buka tudung periuk ambil sendiri. Haus? Pergi bancuh air sendiri.Mengantuk? Tidurlah mana mana ruang dengan kadar keselesaan sendiri. Bagus. Memudahkan urusan saya yang malas ini. Hahaha. Tiada siapa disini yang sanggup duduk di dapur sehari suntuk demi melayan tetamu. Kecuali mak teh. Dia obses pada kebersihan dan bencikan keserabutan.hahaha. comel tapi kesian sebab mak teh dah tua.
Dan iya untuk mendapatkan keselesaan sebegitu tanpa sebarang anggapan serong memerlukan keakrapan yang sangat tinggi dan pertemuan yang berulang ulang kali sejak azali.Itulah famili.
Budak budak begitu asyik menguasai tv dengan cerita kartun, berlawan cakap mengenai pengalaman sendiri. Ketawa dan bermain. Bermain jual jual. Sungguh kanak kanak adalah insan yang begitu mudah untuk dimanipulasi. Dan suci.dan comel.
Tunggulah mereka sedikit besar kau akan lihat refleksi acuan didikan nya bagaimana menolong mereka mengadaptasi dengan kehidupan dunia.
Moga faham. Selamat dunia akhirat.
Selamat hari raya haji.
Friday, October 4, 2013
Camne nak bawa kereta pergi singapore?
Salam
Belek belek galery, terlihat gambar lama. Oh mai berzaman.
Hari itu sekitar bulan 3 sengaja jalan jalan sekitar tempat hot spot singapore.kitaorang pergi juga ke Arab street di Jalan Sultan untuk makan dan solat.
Sengaja hujung hujung minggu nak bertukar angin .
Syukur trafik Singapura lancar sebab ramai rakyat dia datang Malaysia, kitaorang pula terbalik.
Ok ini nak beritahu sikit pada sesiapa yang ingin membawa kenderaan persendirian ke singapura.
Selain pasport and white card, korang tahu mengenai:
A) autopass
Like touch n go. Tapi tak boleh pindah milik. Satu kereta satu autopass sebab segala data kereta disimpan pada autopass tu. Pada yang tada, boleh beli dekat Red line imgerisin singapore tu ye. nak beli autopass ini kena daftar dulu.
Untuk top up boleh la singgah mana mana 7eleven. Autopass ini banyak kegunaannya, pergi shoping cari parking, bayar tol, bayar bil,suma pakai autopass. Tak mainlah pakai duit hulur dekat tingkap/ kaunter.
B) vehicle entry permit, VEP
10 hari pertama masuk adalah free tak termasuk cuti awam dan hujung minggu. Tapi kalau dah habis 10 hari sekali masuk kena bayar 20 dolar singapura. Kalau tukar dengan mata wang malaysia memang nak dekat rm50-60 kot.
Jalan penyelesaian terbaik, pergilah hari ahad. Free. Kalau terpaksa pergi hari berkerja , tukar la bawa kereta lain yang tak pernah masuk singapura dan belilah autopass baru.
C) ERP -electronic road pricing.
Ha inilah sistem tol dekat singapore. Macam smart tag kat malaysia. Yang dipasang ditengah tengah kota. So tak jam la jalan raya.hang syok syok bawa kereta ingat tak ada tol, bila balik omaigod berjela kena bayar.
Dont worry babes, nak selamat amiklah flat ERP. Bayaran 10 dolar kot. Entah tak tahu. Tanyalah pihak kat immgesin singapore tu.
Boleh dibayar guna autopass di kaunter imgerisin sana tu b4 masuk malaysia ku tercinta ini. Tapi kalau pergi hari ahad, free of cas wei. Untung untung
Motip pi la hari ahad. Hati senang, jimat duit n jalan lancar, sila pastikan autopass anda banyak duit dan bawalah dolar singapore secukupnya. Kalau bawa duit lebih tak pe, kurang jangan.
Banyak ke tempat menarik kat Singapore ini?
Banyak. Banyak berjalan luas pemandangan. Kita kalau berjalan bukan nak tengok tempat cantik ,menarik je. Tengok juga mengenai budaya, perkembangan ilmu, cara hidup masyarakat sana. Ambik yang baik dan timbang timbangkan apa yang tak elok pada mata kita. Kalau ada duit lebih sikit, berjalan la. Mengembara lah, tengok dunia luar sikit.
Tapi kalau banyak berjalan ke shopping kompleks tu, tempat tempat membeli belah, tu meluaskan pemndangan untuk membeli dan menyempitkan dompet. Hehehe
Le random sekitar di jalan sultan, arab street.