Friday, January 25, 2013

Malam

Salam

Teman

Langit ini gelap
Tiada bintang
Tiada bulan
Cahaya kusam
Neon  seakan suram
Andai kehidupan manusia diibaratkan hitam,
Apa dinilai indahnya malam

Teman,

Bandar ini megah
Terlalu ramai pahlawan gagah
Yang tak mudah tewas
Para pendita berjiwa bebas
Andai kehidupan ini tiada sesal
Apa dihitung banyaknya amal

Teman,

Sesak nafas mu
Sesat  hidupnya
Sakit roh ku
Semput lelahnya dia
Sempurna noktah mereka
Andai kehidupan ini sekadar direka
Apa dilakon semakin terleka

Teman

Langit ini masih gelap
Masih tiada bintang
Cahaya neon masih suram
Masih indah
Andai kau faham

25/1/2013
Rahika halim

Best Blogger Tips

Saturday, January 12, 2013

Markah penuh

Salam

Just checking email from my lecture. OMG.. tak percayanya .Assigment pertama dapat markah penuh. Dalam sejarah tu.

Walaubagaimana pun, saya harus sedar diri bahawa paper final hari tu susah nak buat dan saya banyak hentam. Moga moga banyak la yang betul hendaknya sebab fokus adalah lulus tak payah repeat paper .

Jadi motip utama entry ini ditulis
1) rasa nak bangga pada diri sendiri sebab setelah sekian lamanya, (mungkin kali pertama dalam hidup, dapat markah penuh). Biarlah nak kata riak ke apa, tapi saya harap la. Benda alah yang nampak macam remeh ini menambahkan keyakinan pada kebolehan diri sendiri. Dan membakar semangat saya untuk terus buat yang terbaik. Wah gitu, motivasi lah sangat.

This is not biggie dan ramai yang berpuluh puluh kali dpat markah penuh. Hehehe, i jakun uolll, haruslah cerita kat blog. Orang jakun memang macam ini. * pang , kutuk diri sendiri*

2) semoga saya lulus. Sebab hari tu final susah sangat. 3 jam jawab soalan periksa hari itu memang tak tahu nak jawab apa. Hampir 70% saya hentam dan tawakal supaya lecture baik hati sangat sangat beri markah.Markah untuk final mewakili 40% dan tugasan adalah 60%. Moga tugasan tu dapat tampung markah final yang susah tu. Janganlah dapat C.

So tolong baca doa ini banyak banyak kali, ini arahan. HAHAHA

ya tuhan, berikan nurul rahika lulus dan dapat keputusan yang baik dalam peperiksaannya. Amin.

3) jadi kenangan kenangan , mana lah tahu. Ini mungkin kali pertama dan terakhir dapat markah penuh. Atleast bila orang tanya. Ko pernah dapat markah penuh dalam exam? Saya boleh la tunjuk terror depan students dengan kata pernah biarpun markah penuh tu zaman tok kaduk dulu dan lepas tu x pernah dapat markah penuh dah.HAHAHAHA.

4) pada masa depan, bila dah jadi tua, memori pun asyik asyik tak ingat. Sel sel otak pun bamyak dah mati. sekurang kurangnya bila mengimbas balik memori dengan anak cucu ada juga benda nak cerita kan.

Pada masa itu, terasa pada masa muda engkau telah digunakan dengan baik. Kan? Ala, feeling macam dapat UPSR
5A lepas tu hidup mula merosot. Markah periksa asik jatuh ke. E tu biasa lah terutamanya subjek add math. Ibarat E dan add math itu seperti aur dan tebing, isi dan kuku. Sinonim berdua bersatu bersama sama, then bila tengok selak selak file lama, terjumpa slip periksa zaman tok kaduk yang cemerlang. Terus tersedar. " eh , pandai juga aku masa muda muda dulu ea".

Errrr, hopefully u get what i means.

Kbye.

Best Blogger Tips

Tuesday, January 8, 2013

1 masa di MPV

Salam

Julung julung kalinya, Saya mengajar kelas 4 mpv tahun ini. Menariknya kelas ini pelajarnya semuanya lelaki dan terkenal dengan telatah nakalnya.

Masuk ke kelas hari pertama, saya lihat wajah wajah yang biasa saya lihat untuk sekian lamanya. Wajah yang saya kenal tetapi tidak ingat namanya. Sewaktu saya mula mula bertugas dahulu, mereka masih kelihatan masih kanak kanak lagi. Kini, nah! Sekumpulan lelaki muda dihadapan saya. Cepatnya masa berlalu.

Beginilah cikgu, masih ditempat yang sama. Sedangkan pelajarnya semakin berganjak usia dan semakin hampir meniti tahun tahun akhir persekolahan mereka.

Wah, nastolgia gitu.. sambung cerita semula.

Di kelas saya itu, ada seorang pelajar namanya Najmi. Nama glemernya Meme.

Meme masih lagi tidak berubah seperti yang saya lihat 2 tahun lepas. Size badan yang sama, raut wajahnya masih dalam bayangan awal remaja 12.

"Eh awak ini, tak besar  besar pun"  .kata saya pada Meme yang tersipu sipu malu. Eceh.

"Dia ketot, pendek cikgu" . sampuk yang lain.

Untuk kelas ini, situasi ini adalah normal. Lain orang yang ditanya, lain orang yang menjawab.

"Eh tak baik macam tu. Dulu cikgu ada kawan. Masa zaman sekolah dia pendek je, tapi lepAS  habis belajar.Pergh hensem."  ( bukan cerita benar, saya sengaja mereka reka cerita.niatnya baik supaya mereka tak mengejek kekurangan orang lain).

"La, Kenapa cikgu tak usha dia" Soalan tiba-tiba yang entah dari dari mana.

Tak sempat saya menjawab, ada pulak yang menyampuk

" EH, ko ini, cikgu terlepas la tu"

T_______T

Damn la, sengaja nak buat saya feel like loser. HAHAHAHA. Korang tunggu la nanti.



Best Blogger Tips

saya sangat tidak gembira kerana

 Salam


Semalam, saya menyapa Kak Pojie yang sedang mengemas mejanya. Tiba-tiba beliau mencari sesuatu dan menyerahkan sebuah buku kepada saya.

" Baca ini"

Buku milik Paisley diserahkan pada saya. Paisley pernah menjadi pelajar peralihan saya pada tahun lepas.



Rabu                                                                           2/1/12 ( dah tahun 2013 lah)

Hari ini saya bersekolah mendengar ( menengah sebenarnya). Saya dapat Kenalan baru. Saya sangat gembira kerana ada cikgu baru mengajar saya. Tapi saya tak tahu cikgu cakap apa, tak tahu macammana tulis. Pergi tandas nak tandas kat ( kad tandas ). Saya tak suka belajar kerana sangat malas, cikgu cakap saya nak tidur. Guru Kelas ialah cikgu Yaqin. Ajar saya English ialah cikgu Dainesoh ( cikgu ini tak wujud pun kat sekolah saya, nama siapa entah dia petik). Kelas saya ialah 1 Dinamik. Di dalam kelas sangat orang melayu. ( Maksudnya dekat sini, dalam kelas dia ramai pelajar melayu)


Saya sangat tak gembira kerana Cikgu Aishah dan Cikgu Rahika tak ada ajar saya. Saya sangat suka mereka kerana mereka sangat baik. Saya tak suka ini sekolah kerana perempuan tali leher nak masuk dalam kerana sangat panas. Cikgu Fauzili ajar saya pendidikan Sivik.




Pecah ketawa saya di bilik guru. Biarpun susunan ayat tunggang langgang dan susunan tatabahasa tidak tepat saya agak berbangga dengan Paisley kerana mencuba menulis dalam bahasa melayu. Semoga beliau berjaya.

Saya serahkan kembali buku pada Kak pojie.

' tulis la, kata-kata semangat sikit Rahika,.kasi motivasi sikit'

HEHEHE. Kata-kata semangat kitaorang sangat macam budak-budak tapi tak pe la, Asal dia faham.

Thanks Paisley kerana buat cikgu gembira dan rasa dihargai. Atleast tak la saya rasa sia-sia mengajar peralihan untuk tiga  tahun berturut-turut.

Ini adalah antara journal untuk diri saya sendiri di masa depan. Best Blogger Tips