Monday, October 22, 2012

catur dan kaligrafi

Salam

Saya seorang yang suka berangan dan penuh dengan impian. Banyak benda di dunia saya nak buat. Contoh nak pergi Afrika, nak cuba menyelam dilaut dalam, nak buat buggy jumping dekat NZ, nak terer menjahit, nak kurus, nak itu , nak ini. Malah, sejak akhir-akhir ini, saya juga telah mencipta satu falsafah hidup: Cepat atau lambat, aku mesti buat.

Alhamdullilah. Ada impian yang tercapai.
Bagi yang tak tahu, saya kini bergelar pelajar separuh masa dan cikgu sepenuh masa.

Memang sengaja nak luaskan pengalaman dan mencabar diri katanya. Ewah, sebenarnya nak pindah tak dapat. Orang yang berkahwin bertahun siap dapat anak lagi  pun susah nak dapat pindah hatta sekangkang kera je tempat yang dipohon. Inikan pula saya yang kampung halaman tak jauh sangat dan tak merancang pun nak berumah tangga dalam tempoh terdekat ini. Plus tak ada alasan kukuh sangat pun nak reka dekat borang pemohonan pindah. Memang la, 7 juta kali mohon pun kena reject je la. 

Bukankan bersikap redha itu penting. Alang-alang tak dapat pindah. Saya sambung belajar terus. Macam kerja dekat sekolah itu bersenang lenang sangat kan. Tapi apa salahnya kita memajukan diri membaiki diri menjadi lebih baik. Belajar memang seronok tapi peperiksaan dan tugasan itu alahai semput nak menyiapkan. 

Nak tambah lagi keseronokan, saya dan Yaqin mendaftarkan diri untuk Kelas Mandarin. Its just for fun. 

Bukan dulu tak pernah belajar bahasa mandarin di UiTM. 3 semester kot. Tapi ada beza yang sangat besar belajar untuk lulus exam sahaja dan juga belajar untuk minat. 

Kelas mandarin kami adalah setiap selasa. Ada exam tapi tak masuk pun jam kredit . Hanya dapat sijil sahaja.Datang ke bengkel main catur cina dan tulis kaligrafi ini pun antara aktiviti wajib. 

We're the late comer. HUHUHU. Memang, muka lambat memang tak ada orang lain. Kitaorang je la. Masa daftar itu, baru sedar. Kitaorang paling tua yang belajar kat situ. Majoriti pelajar lahir tahun 93.First year students. Eh, kitaorang pun pelajar tahun pertama apa.





Bengkel main catur dah bermula. Mula-mula ingat eleh main catur je kot. Bukan susah sangat pun. Sekali amik kau, terkial-kial nak menyusun. Catur cina memang berbeza sangat-sangat dengan catur yang kita biasa main itu. Catur cina terdiri daripada sebulat kayu kecil yang ditengah-tengahnya ada tulisan cina. Cara main pun jauh beza. Nasib baik la ada tutor yang baik hati tunjukkan.


Contoh catur cina: 



Sumpah, saya tak faham satu apa pun yang ditulis. Mujur ada tutor yang terangkan. Nak senang, saya tulis pakai pen huruf roman pada setiap biji catur. Ada gajah, ada kuda, ada askar, ada penyelia.

Main catur cina agak menyeronokkan cuma pergerakkan saya agak lambat. 1 minit, 1 langkah kot.


Sesi satu siap, belajar tulis kaligrafi pulak. Tekanan sungguh belajar kaligrafi. Lebih-lebih kongsi kertas mahjung dengan Yaqin. Kitaorang suka-suka hati bertabur conteng-conteng ikut suka. Kemudian, bila tak cukup ruang, bergaduh berdua nak cari ruang kosong. Kecoh dengan gelak. Kitaorang perhatikan orang lain, Relek je mereka. Tak ada gaduh-gaduh pun. Malah mereka tulis dengan cukup berhemah dan penuh sistematik. Rasa macam nak je tumpang conteng kertas mahjung mereka sekali.

" eh, tak pe. orang yang rajin, memang kuat berusaha" kata tutor kami. Merujuk kepada keadaan kertas mahjung kami yang penuh dengan contengan yang bersimpang siur.





Itu tudung biru tu , tutor mandarin juga. Yang hijau itu pelajar baru.




Hasil kaligrafi saya. 

hasil kaligrafi Niza. Kawan sebelah kerusi. 


Malas dah nak tulis. Ok Bye. 
Best Blogger Tips

Wednesday, October 17, 2012

oh pbs

salam

entry ini khas untuk segelintir para pelajar saya yang berjuang menyiapkan PBS geografi mereka bagi mencapai band band 5 (B5D3E1) dan Band 6. Chaiyo!

Hari itu, sebahagian pelajar saya telah menyertai lawatan sambil belajar ke Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Alang-alang buat sekali la PBS. Bukankah konsep PBS itu membimbing pelajar.

Disebabkan kenkangan masa, memang saya tak sempat nak jumpa mereka selalu. Seminggu ada 3 masa je. Tak sempat juga nak terangkan secara lebih lanjut apa yang mereka perlu lakukan.

________________________________
Baiklah kelas bermula.

Salam dan selamat sejahtera..


B5D3E1.

Menyertai aktiviti/program tentang penjagaan alam sekitar.

Maka,

untuk band ini, awak tak perlu tulis panjang-panjang penuh berfakta. TAK PERLU. No no no nahi kabi nahi. jimat masa, tenaga, kos dan dakwat pen,

Jadi apa yang perlu saya lakukan cikgu?( ceh, soalan buat sendiri, skema pulak tu.)

Ha, tahu dah mesti awak semua tertanya-tanya bukan.

Hanya sekeping gambar awak sedang melakukan aktiviti dengan penuh kasih sayang kepada alam sekitar. SEKEPING SAHAJA.Dan iya, sedikit kata-kata penambah rasa.  Tak perlu banyak-banyak baris. Bazir dakwat pen. Cikgu pun malas nak baca sebenarnya.

Contoh 1:

Nama: Yoona
Tingkatan: 1 Malaysia

Tempat: Pulau Kukup.
Tarikh: 13 Oktober 2012.

Aktiviti: Lawatan sambil belajar ke Tanjung Piai dan Tanjung Piai, Pontian. Johor.


Saya sedang menikmati keindahan alam semula jadi dan kesegaran udara yang sungguh nyaman di Pulau Kukup. 



Contoh 2

Nama:  Siti Nurhalijah
Tingkatan: 1 Angkasaraya

Tempat: Tanjung Piai.
Tarikh: 13 Oktober 2012.

Aktiviti: Lawatan sambil belajar di Tanjung Piai dan Pulau Kukup.


Saya sedang berada di kawasan yang terdapatnya Ketam Rebab. Ketam Rebab sering didapati di kawasan yang berlumpur.


Contoh 3

Nama:  Nik Nur Natasha Alia Mahsuri binti Ali
Tingkatan: 1 Karisma

Tempat: : Sangkar ikan peliharaan.
Tarikh: 13 Oktober 2012.

Aktiviti: Lawatan sambil belajar di Tanjung Piai dan Pulau Kukup.



Saya dan rakan sedang memegang belangkas. Belangkas adalah binatang yang hidup di dalam laut masin.




( TIPS: ayat mesti skema dan mengunakan bahasa melayu yang betul. Kesalahan ejaan harap dapat dielakkan. Semakin skema ayat anda, semakin cikgu sayang. Eceh. Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa. eleh, awak semua kan dah biasa tulis status power2x dekat Fb, tulis ayat mcm kat atas tu, apa lah sangat kan. :P  )




TETAPI

Saya dan rakan di Pulau Kukup.



Ha., ini minta maaf lah . Memang akan dipangkah besar oleh cikgu. Terpaksalah buat semula.

(ps: sorry Alya dan Farhana. Jadi model contoh sekejap. )


Peraturan yang perlu dipatuhi:

1) Cikgu nak sekeping gambar yang berwarna. Jadi pergi lah cuci sekeping gambar awak yang terbaik.
2) Tampal di sekeping kertas A4 .
3) Mesti ada nama, tingkatan, tarikh, tempat dan aktiviti. Kemudian tampal gambar dan tulis kata-kata skema anda.
4) Tarikh tutup : Minggu depan. Paling awal 22/10/2012. Paling lambat 25/10/2012.
5) Boleh hantar terus pada cikgu jika jumpa cikgu dimana-mana sahaja atau tinggalkan diatas meja cikgu.
6) sebarang masalah bolehlah terus berhubung dengan cikgu.

7) DILARANG MENIRU AYAT SERTA CONTOH CIKGU DIATAS. AYAT DAN GAMBAR MESTI LAIN. TIRU KERJA KAWAN AWAK PUN TAK BOLEH. SETIAP ORANG KENA ADA GAMABR DAN AYAT YANG BERBEZA. Caplock ditekan untuk menunjukkan bahawa aktiviti meniru  sangat tidak bagus.Korang semua tak mahu cikgu jadi raksasa yang sungguh menakutkan (tapi comel) kan.

Sekian, terima kasih. Nanti cikgu bagitau pulak macam mana nak buat laporan lagi satu tu. Best Blogger Tips

Sunday, October 14, 2012

Peristiwa hari ini.

salam

Malam.
Langit gelap.
Lampu jalan menemani.
Di samping pengawal keselamatan yang berkidmat di pondoknya.

Saya dan Kak Linda menunggu para ibu bapa mengambil anak-anak mereka.  See Wee yang dan Shareen Azni dari kelas 2RK dan 2W2 setia menemani. PK koko saya sudah pesan, biar tunggu ibu bapa ambil anak mereka dahulu baru balik ke rumah.

Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di hadapan kami , tingkap kereta dibuka

"eh, lambat balik?" tanya Faizal. Rakan sekerja saya yang lalu di hadapan sekolah dan mungkin terkejut kami lewat pulang dari Tanjung Piai dan Pulau Kukup.


" ah, malas aku nak cerita. Baca dekat blog" balas saya.

Maka, begini cerita perjalanan kami hari ini

________________________________________________________________

Hari yang indah. Semua orang dalam keadaan semangat. Jam pukul 7.35 pagi. Dah janji pukul 8.00 pagi, kami akan bertolak. Tapi hidup ini kena ada cabaran, barulah bermakna ,

Peristiwa pertama:

7.40 pagi. Pintu bilik guru tak boleh buka. Habis dah segala teknik digunakan, tak boleh buka jugak. Akhirnya, telefon Zasni sebab dia juga ada kunci bilik guru. Pagi-pagi dah melawat rumah orang. Terkedek-kedek anak Zasni keluar rumah pakai lampin pakai buang ikut bapak dia keluar rumah serah kunci pada kami. T_T.

Peristiwa dua:

YA AMPUN! Bas lambat. Sebuah sahaja yang menjelma. Selepas menunggu hampir 1 jam, Baru tahu bas kedua rosak. Kesian sebahagian budak-budak ini, duduk menunggu. Muka yang mula-mula semangat, mula masam mencuka. " bila bas nak sampai cikgu?". Soalan yang entah berapa kali diutarakan pada saya dan kak Linda. Lama sangat menunggu, ada yang berkelah di tepi longkang dan kaki lima.

Peristiwa ketiga:

PK KOKO saya marah betul bila diberitahu bahawa bas rosak dan program tidak lancar. Bertambah marah lagi beliau bila dikhabarkan bas ganti kami bukan seperti yang dijanjikan. Kami mahukan sebuah lagi bas panjang tapi yang dapatnya bas pendek. Mana cukup. Sungguh ini bukan salah sekolah tapi salah pihak bas. Tapi pilihan apa yang saya ada. Sama ada naik atau terpaksa melukakan hati 20 orang pelajar yang lain dengan membatalkan lawatan mereka.

Peristiwa keempat:

Ya Allah, kesian para pelajar sekolah saya. Ada yang terpaksa berhimpit-himpit duduk. Ye la, sepatutnya 2 bas panjang dengan muatan 80 orang. Bila bas pendek datang, jadi muatan maksimum hanya lah menjadi 65 orang. Saya jaga bas pendek, Kak linda naik bas panjang. Kak Hairina, Nor dan Salmi tiada pilihan terpaksa naik kereta. Tiba-tiba lawatan ini sudah jadi haram pulak sebab dah terlebih muatan. Tak sampai hati saya nak batalkan lawatan sebahagian pelajar saya sedangkan itu yang dicadangkan oleh PK KOKO saya. Takkan nak hantar 20 orang balik kan. " disebabkan kita dapat ganti bas pendek, so sila la 20 orang pelajar tampil ke depan. Maaf, awak terpaksa balik. " Alahai tak sampai hati. Hanya doa sahaja mengiringi agar tiada apa-apa yang berlaku.

Peristiwa kelima:

Sakit belakang!!! sepanjang perjalanan pergi, saya dan Liana Diana duduk bersila dilantai bas. Banyak yang kami sembangkan. Tapi masa balik, kami bertukar 'shift' dengan pelajar lain. HEHE.

Peristiwa keenam:

 Hujan turun lebat setibanya kami di Tanjung Piai. Tak pe la hujan rahmat.

Peristiwa ketujuh:
Seluar saya koyak selepas solat zuhur. Tak dapat diselamatkan. Beria hari tu siap pesan dekat pelajar, silalah bawa pakaian tambahan. Sedangkan saya sendiri tak bawah. Huhuhu. iktibar iktibar.Nasib baik kak Hairina bawa kereta. Semangat cari kedai jual seluar. Akhirnya jumpa la juga kedai serbaneka tersebut. Dah namanya kaki shopping. Konon nak beli  sepasang seluar je. Ambil kau, sebuah beg dan 2 pasang seluar saya beli. Murah kot. HAHAHA

Peristiwa kelapan:
kami bertolak balik selepas maghrib. Sepatutnya, pada waktu maghrib tu dah sampai sekolah dah. Terima kasih la pada teknologi. Saya bagitahu para pelajar supaya maklumkan pada ibu bapa mereka yang kami akan lambat . Ye la, tak ke risau ibu bapa kalau tunggu anak tak sampai-sampai.

Peristiwa kesembilan:

 Bas satu rosak pulak. Kesian la pelajar saya lagi. Mula-mula enjin bas tak hidup, bila berjaya dihidupan. Penghawa dingin pula rosak. Maka, bermandi peluh la mereka.  Nasib baik bas satu dinaiki pelajar lelaki. Haruslah kena gagah. Saya maklumkan pada PK KOKO saya yang situasi yang berlaku. Almaklumlah, PK KOKO saya sms setiap jam kot sebab risau kami ini dah la lebih muatan, lewat berjam pula dari jadual asal. " Rosak lagi" Balas beliau.

__________________________________________________________________________

Pukul 10 malam. Akhirnya semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masih. Lega rasanya bila bapa pelajar terakhir saya sampai mengambil anaknya.

Hati lega. tapi perut berding dong.Lapar sangat. See Wee Yang, yang ikut sama lawatan kali ini belanja makan. Sepatutnya cikgu yang belanja pelajar. Ini pelajar yang belanja cikgu pulak.

Alhamdullilah. Satu kerja dah selesai. Lawatan sambil belajar ke Pulau Kukup dan Tanjung Piai berjalan dengan agar baik walaupun tak beberapa lancar. Sepanjang menjadi Ketua program, inilah program yang banyak sangat 'songeh'nya. Mungkin tuhan mahu saya belajar menjadi lebih tabah. Alah, nak jadi pandai mestilah ada cabarannya.

Alhamdullilah, lega rasanya bila melihat muka-muka gembira para pelajar.  Biarpun hakikatnya hari ini hari yang panjang dan memenatkan. Seronok rasanya bila balik-balik terus 0n9, wah cepat betul budak-budak ini update status kata seronok.






Best Blogger Tips