Sunday, March 25, 2012

Antara wayang, pasar karat,pelacur dan mamak.

salam

tajuk entry macam bacaan serius. Maaf pada sesiapa yang mahukan bacaan serius, Anda boleh klik pangkah di bahagian atas kanan screen


Manusia yang terlibat: Yaqin, Kak Nana, Kak Azma, Along dan siapa lagi la kan ( Me).
Pemandu berhemah: Yaqin. Bukankah berkongsi kereta itu amalan yang mulia lagi berpahala terutamanya untuk umat manusia yang malas memandu seperti saya.

teori: semakin lama pengalaman anda memandu, semakin malas anda untuk memandu. Patut lah orang-orang  kaya ada pemandu snd bhd. Padahal memandu tu bukan la susah sangat pun kan.


Malam tadi perancangannya adalah untuk menonton filem melayu. Samaada 7 petala cinta atau seefood. Almaklumlah, siapa lagi yang nak sokong filem tempatan jika bukan orang tempatan  kan (?).





Saya dengan mengunakan kuasa' autocratic' dengan kadar 'annoying' yang agak tinggi bertegas kita mesti tengok seefood sebab cerita cinta alahai sangat lah euwwwwwwwww. Semua setuju. Tu lah siapa suruh cakap :" alahai, tak kisah la. Akak ikut je. Tapi 7 petala cinta pun best jugak. Tak kisah la"

Kembara kami berlima bermula dengan penerokaan jalan ke pusat bandar. Cita-cita asal mahu ke Pelangi Leassure Mall tapi terus tukar ke City Square. Parking di Pasar Karat. ( macam OutTown  aka pasar malam tapi jual barang-barang macam beg, baju, pekakas2x rumah, kasut, bundle, barang-barang lama)


antara barang lama yang anda boleh jumpa di pasar karat.


Tanpa segan silu, semua bersetuju bahawa aktiviti menonton wayang dibatalkan tapi ditukar dengan aktiviti meningkatkan ekonomi negara. Ah, produser filem tu semua dah kaya. Kita mesti tolong peniaga-peniaga kecil ini mencari sumber yang halal.

Saya juga tanpa segan silu terus mengatakan bahawa oh i need a new bag sebab beg lama macam nak rosak. MACAM. belum rosak lagi. Jadi sangat afdal la membeli beg baru kan. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.

Tapi kami jalan-jalan sekejap ke City Square (CS) sebab ada orang tu teringin nak makan aiskrim McD. Lama tahan nafsu sebab sudah beberapa hari orang tu batuk. Yang teringinnya sorang. Yang ikut beli dan terbeli sekali -Ramai. Oh Tuhan, Pejalanan menuju ke CS itu sangat mengelikan. Bukan sebab kawasan jalan yang kotor dengan sampah. Tapi kotor dengan kedatangan para pelacur. Atau lebih tepat lagi bukan pelacur sebalik nya pondan atau bapok.

Pondan Cina, melayu dan India semua ada. Paling ramai pondan india. Pakai seksi terseksa jiwa raga ku memandang. Tak faham la, kebanyakkan manusia yang nak jadi perempuan  sangat ini selalu guna alasan ' nak buat macam mana, dah naluri nak jadi perempuan dah ada sejak kecil. Tu suma kuasa Tuhan. Dah cuba nak tahan tapi tak boleh. bla bla bla'  Iye la, saya faham la naluri keperempuannan mereka itu tebal tapi kenapa pula terpaksa kerja MENJUAL SEKS. Banyak kot pekerjaan halal dekat dunia ini. Tapi jika tiada pemintaan tidak akan ada pengeluaran kan. Secara terus terang, jika tiada yang sanggup melanggan seks murah  maka tidak akan wujud juga pekerja seks.

Oh Akhir zaman. Tapi apabila difikir balik, saya juga pun salah juga kan, lemah sangat iman sebab mampu kutuk dalam hati sahaja. Patut berdakwah ajak ke arah kebaikan.Jika orang asyik nak label mereka itu ini tapi tak cuba nak dekat, nak berkawan dengan mereka. Memang la sampai bila-bila sistem masyarakat akan tetap macam itu sahaja la.

Baiklah. Dengan lafas bismillah, saya menutup bebelan saya diatas. Sambung cerita:

Hasil tangkapan saya:

1) Sebuah beg coach bukan original berharga RM25.
2) Sehelai blaus labuh kain chifon lembut berharga RM20.
3) Sehelai tudung sarung bercorak floral printed RM 18.
4) Sebuah komik detektif Conan volume 73. RM4.90

total: RM 67.90

Pengetua saya dulu pernah berpesan sewaktu mesyuarat buka sekolah akhir bulan 12 tahun lalu. :

" Cikgu-cikgu cuba hadiahkan diri sendiri setiap bulan . Tak banyak. RM100 pun dah cukup. Sebagai penghargaan pada diri sendiri'

Jadi baki untuk dibelanjakan lagi: Rm32.10.

Julung-julung kali la kan mengikut pesanan sebab saya selalunya 'reward myself" lebih dari anggaran cadangan tu. :P


Akhir sekali, minum teh tarik dan makan roti canai di Mamak. Sangat mengimbas kembali kenangan masa zaman belajar dahulu. Malam-malam, kalau tak lepak kat fast food mesti lepak kat Mamak. Bercerita suara kuat sangat dengan penuh semangat.  Hilang tata susila gadis melayu yang lemah lembut, sopan santun, manis .

Terima kasih kak Azma sebab belanja. Tapi lain kali, bagitau la awal-awal nak belanja, boleh i order makanan mahal sikit. BAHAHA. Tak perlu la nak buat suprise suprise suprise.

Semoga Kak Azma lagi murah rezeki. En Syed , sila la up kan duit hantaran.






Alhamdullilah.Terima kasih tuhan kerana menambahkan lagi senarai kesyukuran saya. Kehidupan yang gembira adalah satu nikmat.






Best Blogger Tips

Friday, March 23, 2012

Ha, ini lah lelaki..

salam

Apa yang saya lakukan pada malam jumaat ini?

Well, watching old movies  always be one part 'must do' activity for me and Along. So hari ini, julung-julung kalinya kami menonton Ali Setan.

So ada la babak ini dimana Asmidar dan Ali berbaju putih diatas batu di tepi pantai berbincang bahawa mereka tidak boleh meneruskan perhubungan  mereka. So here the dialog:

Asmidar: Ali ,Aku fikir perhubungan kita berhenti setakat ini sahaja.

Ali:  ( muka blur mcm terpinga-pinga sambil toleh belakang) Jadi itu maksud engkau ajak aku bertemu?

Asmidar: iye, pertemuan ini adalah yang terakhir buat kita.Antara kau dan aku hanya kawan biasa sahaja.

Ali: Apa salahnya aku.( muka menoleh sangat tak puas hati mahukan perjelasan)

Asmidar: ( sambil paling muka) Salahnya engkau sudah punya isteri dan anak satu. Aku tidak mahu merebut hak orang lain Ali.

Ali: Mana engkau tahu semua ini?  ( Buat-buat terperanjat konon)

Asmidar: Jangan kau tanya mana aku tahu? ( Perg, ayat perempuan ini sangat dramatik)

Ali: engkau jangan mendengar fitnah orang. ( bajet orang banyak peminat memang banyak pendengki kan)

Asmidar: tidak, aku tidak mendengar fitnah orang.Aku dengar dari mulut isteri kau sendiri, Latipah namanya bukan. Sekarang engkau mengaku atau tidak?

Ali: Betul As, Aku sudah kahwin. tapi sampai sekarang aku belum mempunyai isteri. ( ayat cover la tu sebab dah kantoi)

Asmidar:Apa! Engkau sudah kahwin tapi tidak mempunyai isteri?. Aku tidak pernah dengar. Cakap apa ni! Cakap orang gila. Jadi itu anak siapa! (oh perempuan, haruslah bersikap penuh emosi)

Ali: Anak orang lain.

Asmidar: Kalau itu anak orang lain. kau jadi apa? Pak sanggup.

Ali: Assssss.. Aku boleh jadi apa sahaja.Tapi percaya lah As, Aku tidak pernah mencintai Tipah.

Asmidar: BOHONG! Kalau engkau tidak mencintai dia, kenapa engkau kahwin dengan dia.

Ali: Sumpah As, percaya lah  aku. As, *jangan engkau tanya mengapa aku mengahwini tipah*. Percaya lah aku As. Dalam hidupku, aku belum pernah mengenal cinta.................

( kami ketawa banyak sebab bahasa yang digunakan drama sangat menepati standart. Sesuatu yang jarang2x ada pada filem2x zaman sekarang. Yang selalu ada pada bahasa zaman sekarang ialah der, bai, bro, lex lu, sial, bodoh, anak biadap,siot je.........)


Sila tonton, jika untuk mendapatkan kesan yang lebih mantap.





* Tetiba Along memberi ulasan secara spontan dan bingit apabila Ali menuturkan:


*jangan engkau tanya mengapa aku mengahwini tipah*

Ha, ini lah lelaki. Benda macam ini tak nak bagitau, tak nak explain betul-betul.Ingat nak suruh perempuan percaya je. Perempuan ini jenis, kena bagitau suma baru nak percaya.  kalau gitu gitu je mana nak percaya. Apa, ingat nak senang je......bla bla bla bla bla..( she was mumbling to long. Sorry i can't remember the details butt o guess u'all get the point, right?)

Seriously babe, Along mengulas kes ini daripada sepotong ayat yang bertnda * diatas dengan panjang lebar. And of course, she ruin my mood to watch the movie. TQ. Sob sob sob.

Back to the topic, based from my observation and experience.

Lelaki ini, kalau sibuk macam mana pun kena tunjuk bukti dengan jelas dan sahih sebab syaitan memang suka hasut wanita supaya suka berprasangka. Walaupun lelaki ini cakap mereka sangat sibuk dengan kerja, kekadang perempuan akan ingat lelaki ini ada perempuan lain. Remember , sibuk macam mana pun , luangkan sedikit masa untuk orang tersayang anda ( ibu bapa, gf,isteri, suami, bf, cikgu sekolah, tukang kebun, orang gaji atau sesiapa sahaja yang anda sayang)

Sebab memang lumrah kebiasaannya, lelaki memang suka mengatal dengan banyak orang even mereka dikala itu dah memang ada teristimewa. Cuma tahap mengatal itu berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi.

sangat macam berat sebelah ulasan diatas kan. Mestilah, siapa lagi nak sokong wanita, kalau bukan wanita itu sendiri. Yeah hidup wanita! hidup wanita*

Apa pun  mesti ingat bahawa:


"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)













Best Blogger Tips

Saturday, March 10, 2012

temu dan hilang

3/3/2012.


salam

Tup tap tup tap.

Time goes fly.

Now, she was belong to someone else. Milik seorang lelaki lalu bertukarlah syurga dari tapak kaki ibu kepada seorang suami. wah ayat novel romantik gitu. zzzzz





Ini Lea. Dia sekarang sudah menjadi Puan. Tahniah kerana berjaya melengkapkan separuh iman anda. :)





ini Fida. Bride to be

Congratulation dear, My gossip girls. Finally both of u just found your prince charming.

 me?

Mine just took a wrong turn, got lost and is too stubborn to ask for directions. Even GPS can't help.

TQ for asking. 



Dan cerita nya bermula begini:

Last Sunday was hectic day for me and Fida. Permulaan hari yang indah but turn into plain at the end of the day.

kereta Fida telah dipecahkan(padahal kitaorang parking rumah jiran sebelah je kot)Dan kehilangan adalah seperti berikut:

Fida:

1)Her Laptop                        
2) Her bag
3) Pengecas bateri  cinta hati dia yang nun jauh dekat sabah tu. Hai ijad!
4) Her external hard disk

dan lain -lain...


Saya:

1) Beg yang berwarna coklat petak-petak yang dibeli samasa keluar bersama Yana sewaktu 5 tahun yang lalu. Sewaktu diri tengah sengket sebab baru habis matrik tapi tak sedar diri sebab Shopaholic never walk out from shop without things in her hand.

2) MY GUESS sunglasses yang 50% diskaun selepas pulang dari jadi pegawai kejohanan balapan dan padang Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD). Rasa macam kaya sangat sebab gaji baru masuk. Bukan kah meningkatkan ekonomi negara adalah amalan mulia lagi berpahala.

3) MY FAVORITE GREEN BUTTON BELT yang dibeli dengan harga kurang daripada RM10 sewaktu keluar sampai pagi-pagi buta dengan Ecah pergi The Curve. Masa itu sem 3 zaman U. Masuk kedai pakaian terus cari benda yang paling murah. Kesian salegirl malam-malam terpaksa kerja, lalu beli konon-kononnya nak kasi sokongan moral sebab berusaha cari perkerjaan yang halal. Kini, kedai itu pun tak wujud lagi di The Curve.

4) Selendang Pashmina corak warna-warni yang dibeli oleh Yaqin sewaktu beliau pergi bercuti bersama-sama mak beliau, ayah beliau, bekas kekasih beliau dan emak bekas kekasih beliau ke Sabah. Ah, sekarang itu sudah tinggal memori. ( Yaqin was so HAPPY when i told her about this). Sigh.  



No dear, her and her ex will always become friend. Dan menurut kata Yaqin lagi, sangat mustahil for them to be back as item.( for now, i cant tell what future can turn to be for them). So basically, yes, i will never get a new shawl from them. 


5) Pencuci muka yang baru 3 hari dibeli, Nasib baik la murah. Kalau muka ku ini pakai SKII,, Lancome ke. Mahu menangis gugugugu sambil buat laporan polis: Didalam beg saya juga mengandungi SK II yang berharga RM2++, Mac Powder yang berharga RM 1++, 


Barang make up je dah beratus-ratus, ribu riban.

6)MY PLANNER pemberian Kelab Guru. Habis la semua senarai nama pelajar yang suka tidak membawa buku geografi kelas 1RK, Senarai nama pelajar yang tidak lagi membayar duit kelas Peralihan, Senarai nama  pelajar yang telah membayar buku kerja sains. Details of  up coming events.

7) MY BB CHARGER. Sesiapa yang guna smartphone tahu la, bahawanya smartphone ini memang suka makan bateri ke apa. My bb always ruining out of battery. Dan masa bateri hidup sengan mati tak mahu itulah , ada je la urusan penting, panggilan bertubi-tubi.


Anggaran kehilangan: TIDAK TERNILAI sebab memori setiap barangan sangat berharga, I can't turn back time to be on past but i will always have something to remind me how awesome the good old days are.

 TETAPI:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.



( ayat 100 dinar- ayat 2, 3- al talaq)



Tak pe la, tak da rezeki,. Ada hikmah la tu. 

Best Blogger Tips

Saturday, March 3, 2012

Di kala petang jumaat


Jumaat, 17 Feb., 12

6.15 minit petang.

 Hujan yang tadinya lebat sudah kembali renyai-renyai. Awan masih lagi mendung. Saya menuju ke surau sambil memegang rotan yang diambil diatas meja cikgu Amir. Masih ada sekumpulan besar pelajar perempuan yang menunggu giliran untuk mengambil wuduk. “ pelajar perempuan cepat sikit ambil air sembahyang” tegur saya lantas masuk ke dalam surau. 

Keadaan surau hari ini tidak seperti biasa. Bahagian lelaki agak bising. Saya menjengah ke bahagian ruang solat lelaki lalu terlihat kelibat cikgu Aishah, guru bertugas hari ini.  “Patutlah bising” ujur saya didalam hati kerana kebiasaannya bahagian lelaki dijaga oleh Cikgu Zasni. Cikgu Zasni antara cikgu yang diisukai oleh pelajar tapi jika tidak kena gaya pelajar dimatanya, garangnya boleh mengatasi sesiapa sahaja.


Kesian Aishah. Sesekali terdengar bunyi rotan dilibas pada papan pengadang antara ruang solat perempuan dan ruang solat lelaki . Isyarat supaya pelajar dalam keadaan senyap. “ Pelajar lelaki sila senyap”. Jerit suara Aishah yang tenggelam dengan riuh  pelajar lelaki. Sungguh mereka tidak menghormati guru dan kedudukan surau sebagai tempat beribadah.

Masa hampir menunjukkan 6.25 minit petang. Aishah menyuruh pelajar yang menjadi bilal supaya memberikan iqamat. Tapi sayang. Iqamat itu diselang selikan dengan bunyi riuh rendah pelajar lelaki. Tenggelam terus takbir suci mengajak manusia menunaikan solat dalam nada bising suara pelajar lelaki.

dah start ke sembahyang cikgu” Tanya seorang pelajar perempuan kepada saya. Saya tiada jawapan kerana saya sendiri tidak mendengar  dengan jelas bilakah imam mengangkat takbiratuliqram yang pertama.
Aishah menjerit memarahi para pelajar lelaki kerana  jelas mereka tidak menghormati iqamat. Tidak malukah mereka sebagai seorang  islam? Kelihatan ada yang bertolak-tolak, bercakap-cakap, bermain-main.

“ Jika kamu masih bising, hari ini semua orang akan balik lambat!!” jerit saya tanda amaran telah diberi. Bagaimana solat secara  Jemaah ini akan berlangsung dengan baik dan tertib jika suasana masih bising. Bagaimana bacaan imam boleh didengari oleh pelajar perempuan misalnya jika suasana dalam keadaan bising. Akan ada yang akan keliru dengan bilangan rakaat antara imam dan Jemaah. Respon yang saya terima lagi mengecewakan saya.

Suasana menjadi semakin bising. Mereka bersorak sorai. “ yeah yeah hari ini balik lambat” seolah-olah meraikan kemenangan pasukan pilihan bola sepak mereka menjaringkan gol. Saya dan Aishah saling memandang. Jelas kami kecewa. Sudah lunturkah tanda hormat mereka pada cikgu. Sukarkah untuk faham arahan mudah supaya segalanya berjalan lancar. Jika berkata- kata dalam keadaan lembut dan kemudian kasar juga mereka tidak endah. Pilihan apa entah lagi yang kami ada?


aku pergi bilik guru sekejap, nak panggil cikgu disiplin. Nak minta tolong” kata saya pada Aishah yang dibalas dengan anggukan. Setibanya saya dimuka pintu, saya lihat kelibat Cikgu Fazli, cikgu disiplin sesi petang ke arah surau. Rupa-rupanya sorak sorai pelajar lelaki itu hingga boleh didengari hingga ke luar.
Suasana terus senyap. 100% sunyi. “ Siapa tadi yang gembira sangat sorak sorai sampai ke luar boleh dengar!” jerit Fazli. Tiada siapa yang berani mengaku. Jika lah saya dapat mengecam siapa gerangannya, mahu saja saya tunjukkan pada Fazli. Keadaan senyap dan solat pun bermula.

Usai solat dan berdoa. Saya arahkan pelajar membaca surah Al-Fatihah, Al-ikhlas, Al-falaq dan Al-Kafirun. Alhamdullilah mereka membaca penuh semangat. Semoga mereka mendalami maksud ayat-ayat tersebut.


Al –fatihah Ayat 6 dan 7:

Tunjukkilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan-jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan juga jalan-jalan orang yang sesat.

Al-Ikhlas  ayat 2;

Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon hajat

Al-falaq ayat 1 hingga 5

Katakan wahai Muhammad, “ aku berlindung kepada Allah yang mencipta sekelian makhluk. “ dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. “ dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. “ dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus –hembus  pada simpulan- simpulan ( dan ikatan-ikatan) .” dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

surah al-kafirun ayat 5 dan 6:
dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “ Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku.

Semoga mereka mengerti dan menjadi modal insan yang diharap-harapkan. Doa saya sentiasa untuk mereka. Wahai anak-anak didikku, semoga kalian menjadi penegak AgamaMu. 
Best Blogger Tips