Friday, April 29, 2011

Bukan di era yang sama.

salam



rancangan pembelajaran : DONE
Alat bantu mengajar: hmmm.. referring to text book ( again)
Soalan peperiksaan untuk peperiksaan pertengahan tahun: Speechless
Kertas kerja untuk lawatan sambil belajar: on progress
Nota geografi sempena tak habis ajar silibus: gagagagaga
Kertas kerja untuk pertandingan bercerita Peralihan : ........................
minit mesyuarat panitia geografi: lalalalalalala

Kerja memang berbukit, Tak pernah surut, Siap yang ini, tambah yang itu pulak. Tapi Alhamdullilah, rezeki tuhan beri ini halal. Tapi disebalik kesibukkan ini,Saya membaca entry seorang rakan. Bercerita mengenai kemarahan beliau kepada kelas 3 cempaka. Ternyata mengimbas kembali memori suka duka saya sebagai guru.


--------------------------------------------------------------
Saya memeriksa  jadual guru bertugas semasa peperiksaan. Masa seterusnya adalah kelas 2 Dinamik. Banyak kali saya mendengar kenakalan pelajar-pelajar kelas 2 Dinamik. Beberapa kali menjadi cikgu ganti kelas ini, sedikit sebanyak memberi gambaran awal para pelajar kelas ini. Bising dan suka cakap lepas.

Pernah sekali saya menjadi cikgu  ganti (ganti)relief dikelas ini, pergaduhan berlaku. Si N mengusik Si J, Si J marah lalu  disuruhnya Si L menyimpah air, Si K, Si M, Si A, Si S menjadi batu api. Keadaan jadi huru hara. Alhamdullilah, segalanya kemudian dalam kawalan. Pelajar ditempat masing-masing tapi masih bertekak. Saya lanjutkan hal ini pada unit disiplin. Esoknya mereka semua dipanggil lantas diberikan amaran serta rotan.

Semasa ujian 1 .Sebagai guru, saya cuba menjadi tegas tapi masih mudah mesra didekati. Tapi saya rasa percaturan saya tersilap. Bila saya menunjukkan sifat baik, mereka pijak kepala saya, kata-kata saya tiada harganya, arahan saya seperti bercakap pada dinding kosong. Mungkin pada mereka :Ah , cikgu ini senang sahaja. Tak perlu takut. marilah kita bercakap ramai-ramai, bising , meniru bersama-sama dalam peperiksaan.
Saya benci keadaan itu dimana saya gagal mengawal keadaan. Bila ditegur berkali-kali , mereka masih melakukan perkara yang sama. Bising dan tidak mendengar arahan. Bila masa tamat, saya tinggalkan kelas dengan perasaan terluka dan sakit hati.



Ujian 2 menyusul semula. Jadual guru bertugas disetiap peperiksaan saya lihat sekali imbas. Oh , 2 Dinamik. Masa pertama. Ujian Subjek Moral bermula pada pukul 1.20 pm. Jam di dinding menunjukkan pukul 1.15 dan para pelajar sesi petang masih di dewan menghadiri perhimpunan. Masa terus berjalan. Pukul 1.19 , baru pelajar masuk . Masih terhegeh-hegeh. Masih tidak mendengar arahan. Masih berlegar-legar meletakkan beg di koridor.

Emosi saya memuncak. Saya keluar kelas lalu menjerit, malah mengugut akan mencampakkan beg ke luar bangunan. 4,5 orang pelajar lelaki cepat-cepat masuk. Saya edarkan kertas dengan amarah. Saya campak kertas satu persatu diatas meja pelajar terbabit. Masih ada yang bercakap-cakap. Arahan biasa seperti :' Sila diam, peperiksaan sedang dijalankan berjalan' untuk mereka memang tak akan berkesan.

Seorang  guru pernah berkata: ala kalau pergi kelas itu, mulut kena celupar sikit. Baru nak diam. 

Jadi:

Ini kelas ke, kandang lembu! Semua dalam ini lembu ke atau manusia. Lembu pun kalau diberi arahan dia faham.

1 kelas diam sebentar . Wohooooo!! How amazing. Seperti satu kejayaan.

Selepas kertas habis diedar, saya menyuruh pelajar menjawab soalan. Tetiba ada seorang pelajar berkata: Kena jawab yew cikgu?


Pengalaman lalu mengajar saya .Hanya berkata 'ia, jawab' akan menimbulkan kebisingan. Para pelajar ini bukan boleh tengok cikgu bersifat baik, mula la pijak kepala. Jadi saya kata:


Pekak badak ke awak ini, Susah kalau bercakap dengan orang macam ini., Cakap banyak kali pun tak dengar. 

Senyap!jadi tahulah mereka bahawa emosi cikgu Rahika pada hari itu tidak stabil. Silap besarlah mereka sebab awal-awal lagi dah cari pasal.

2 orang pelajar dibelakang berinterasi sesama sendiri. Kalau mengikut peraturan peperiksaan, guru bertugas boleh menahan pelajar dari mengambil peperiksaan. Amaran diberi tapi seperti biasa kata-kata guru seperti saya yang tak berapa nak garang ini seperti daun-daun kering dibawa angin lalu. Tak berharga dan tak perlu ditakuti.

Jika dibiarkan keadaan ini tanpa tindakan akan menyebabkan pelajar lain terikut sama. Kemudian keadaan akan menjadi bising dan sukar untuk dikawal. Saya bawa pen merah dan pergi ke arah mereka. Lalu saya tulis dimuka hadapan : BISING, MENGANGGU KELAS  0%.

Seorang pelajar mencampak kan kertasnya. Seorang lagi terus mengoyakkan kertas peperiksaannya. Segera saya ke meja guru, mengeluarkan kertas aduan disiplin. Saya tulis satu persatu kejadian yang berlaku. Kejadian berlaku dalam keadaan senyap dan terkawal. Masing-masing menahan amarah. Pelajar yang lain melihat dengan senyap.

5 minit kemudian, masa saya tamat, terus menuju ke bilik guru, Menyerahkan borang aduan pada guru disiplin. Memaklumkan peristiwa tersebut pada guru pengubal soalan dan guru penanda jawapan.

Kadang kala pelajar ini kalau guru terlalu baik sangat mereka pijak. Kalau guru terlalu tegas sangat mereka benci. Sesungguhnya saya insan yang masih belajar. Biarlah saya tidak menjadi guru kegemaran mereka asalkan mereka semua berubah menjadi lebih baik dari hari ini.


Sebenarnya mengajar itu tidak susah, Segala dokumen boleh disiapkan tapi yang paling susah adalah mengawal para pelajar agar minat mengajar, agar tidak mendatangkan masalah. Sungguh itu adalah kerja yang tak akan pernah surut lelahnya . :) Best Blogger Tips

Thursday, April 28, 2011

Wednesday, April 27, 2011

untuk kau sahabat. ( anda tahu siapa dirimu)

salam

manusia ini sering diuji. Setiap masa, setiap ketika supaya menjadi lebih beriman kepadaNYA. Tuhan menguji sebab dia sayang. Supaya kita jadi lebih tabah. Supaya kita tahu untuk menilai. Supaya kita tahu erti sebenar sebuah kehidupan. Itu adalah cabaran. Kita dilatih dalam diam.

patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.

Al-Ankabut ayat 2-3.

Nyatalah janji tuhan. Sesungguhnya saya sedang diuji. Kami sedang diuji. Masih terasa segar dalam ingatan, lebih  4 tahun kami berkenalan. Gedung ilmu itu kami lewati bersama-sama. Banyak detik-detik indah kami lalui denga penuh gembira diselangi tawa dan tangis. Dalam persahabatan kadang kala tergigit lidah dan kata itu adalah biasa.Sebelum hadirnya dia, ada kami.

Sedih. Kerana sayang juga lah kami membenci. Dia tidak kami kenali. Hadirnya  sudah tentu menimbul tanda tanya. Tapi sebagai rakan kami gembira kerana kau rakan memang layak untuk menkecapi kebahagian selepas derita. Moga cinta lalu dijadikan panduan.


Harapan kami dia selayaknya untuk dirimu. Tapi mungkin juga, kami ini manusia yang terlalu berhati-hati. Sayang kami padamu kerana kau sahabat yang sungguh baik. Kau penasihat kami. Ingatkan bagaimana tips-tips Untuk Si A buat aku? Ingatkah kata-kata semangat kau untuk si rakan yang bekas kekasihnya sangat teruk. Ingatkan kau detik -detik kawan serumah kau menangis disebabkan hal-hal percintaan. Alhamudillah. Banyak jasamu pada kami.

Kini, masa mu. Sebagaimana dirimu dulu. Kami tidak ingin kau silap membuat pilihan. Takut hati baikmu tercalar lagi lalu derita melangkah. Kami sayang kamu. Tapi sedih kalau pekik lolong kami ini mungkin kau tak endah. Sedih hatimu rakan, begitu sedih juga hati kami.

Bukan kami cemburu , wahai sayang kami. Tidak. Dia bukan selayaknya untuk kamu. Ingat sayang. Mahligai indah itu dibina ada 4 perkara yang sangat perlu kau perhalusi. Hartanya, Rupanya, Keluarganya dan Paling penting AGAMANYA. Letakkan agamanya sebagai pilihan utama mu. Nescaya kau akan bahagia dunia dan akhirat. Itu kata Tuhan.


Demi rasa sayang dalam hati, kita mungkin selalu terpesong. Kau wanita baik, kami tahu kau akan dianugerahkan dengan lelaki yang baik cuma kata hati kami dia mungkin bukan takdir mu. Ingat sayangku, jangan kau tersalah langkah.

Maaf jika kami terlalu beremosi. Ada sebab utama kami tidak menyukai.Ada sebab kami tidak sependapat. Aku rindu kamu. Aku rindu cerita kamu. Aku rindu saat-saat kita bertemu. Sahabat, maaf kalau kami bukanlah manusia yang sepatutnya memberi sokongan.Maaf kalau kami bukan manusia yang meraikan kebahagianmu.  Maaf kalau kami tidak berpura-pura untuk meluahkan ketidak senangan kami. Maaf kalau kami terlebih kata dan terlalu beremosi. Kerana kau manusia yang kami sayang semoga Allah juga memberkati hidupmu. Semoga kau sentiasa mendapat yang terbaik dariNYA.

Kenapalah sekarang keadaan jadi begini? Tuhan sedang menguji kerana Dia sayang. Mungkin kelak, kita tidak akan seperti dahulu. Ujian tuhan ini moga kita lebih kuat dari dulu. Amin.





jangan pernah menyanjung cinta bila tak  mengerti maknanya cinta
-----------------------------------------

Untuk en boyfriend kawan saya:

Saya tak suka awak. Okey . Bye. 


oh, nie nak bagitau.
Dan kebiasaanya kalau saya tak suka orang tu, Memang tak kekal lama pun.BAHAHA. 
Serius tak tipu. :P


ps: orang selalu kata, kalau asyik cakap jew sesuatu perkara itu nanti jadi doa. Jadilah sila baca statement diatas 40 kali. Muahaha. daaa chin cau.


Best Blogger Tips

Tuesday, April 26, 2011

Justin Bieber

Today is Sunday. Unfortunately I’m too tired with Johor Bharu (JB). So I decided to take a break and visit my aunty at Batu Pahat. J.

Petangnya, saya membawa sepupu saya menonton wayang. It’s her first time.

“ Yah, tak pernah menonton wayang. Hari itu ada sekali, dah pilih-pilih nak tengok cerita apa, lepas itu cancel sebab waktu nya tak sesuai “. She said.

oh really? Tengok lah kalau kak yong bermurah hati, kak yong belanja”

Selepas tawaf satu pusat membeli belah dengan jayanya. Masuk kedai ini, keluar kedai ini, TERBELI kasut ini, TERBELI kasut itu, Hampir-hampir terbeli selendang, Tengok- tengok baju, belek-belek bag. OMG SALE KOT!! AND this little girl patiently escorted and officially  assistant –TO- THIS- PEREMPUAN -TAK –SEDAR- DIRI –WEI- GAJI -KO –BELUM- MASUK- LAGI -DAN -BANYAK -LAGI -PERKARA -YANG -KO KENA- BAYAR!

Ok lah. Since I’m so generous lagi baik hati dan tawaduk  dan segala lah sifat baik dekat muka bumi ini. Maka dengan rasminya saya membawa beliau menonton Justin Bieber movie’s: Never Say Never. Bought and pick the tickets 5 minutes before the show.

Masuk panggung . WALAWEI!! EMPTY. Only me, yah and Justin Bieber. Feeling like famous celebrities/ richer person and the cinema seem was booked for us.

kak yong, kenapa kena pakai cermin mata ini?”

“ kita tengok 3D la”

“ apa bezanya”

“The objects look more real and nanti rasalah macam ada benda-benda macam huruf ke yang keluar dari skrin” 

"ooo"

 A few minutes later :

I’m got bored and wondered how comes lah  million trillion zillion girls outside there soooo in love with him.
 ( btw Justin Bieber, u got the nice hair . Enough to made me jealous.)

But for Yah, she so impressed with the movie. Okey. The truth is she so impressed with the 3D technology.

" tu JB tunjuk jari dia kat yah"
" wah, rambut dia"

She even sang  his songs! Baby~ baby~ baby ~ uuuu..
Ok, The truth is WE sang his songs.

This autobiography was inspiring.Ada juga lah sedikit sebabak dalam hidup Justin Bieber ini yang boleh jadi kan panduan teladan.  Hidup ini memang penuh dengan halangan. Tapi apa pun cabaran, kata-kata orang yang berunsur puaka niang rapik, sindiran dan segala macam lah pandangan umat manusia dekat dunia ini. Yang paling penting adalah diri kita sendiri yang sentiasa yakin dengan kebolehan diri .
HEHEHE.


---------------------------------------------------------


Hari ini di Peralihan 1.

Saya memberi contoh ayat daripada perkataan terkenal.

Justin Bieber adalah seorang penyanyi yang terkenal di merata dunia.

Saya tulis dan baca dengan kuat.

Pelajar P1: cikgu siapa itu Justin Bieber?

Oh, ada jugak  orang yang tak kenal Justin Bieber yew. Sungguh suci .Bangga cikgu yang mengajar ini. HAHA
Best Blogger Tips

Monday, April 18, 2011

hok gini ko?



budak -budak sekolah aku, kalau tak ditengok-tengok, HA! macam gini la upanya..




Photo credit: Kak Liza rambut cantik. Best Blogger Tips

Sunday, April 17, 2011

larian perdana

salam

kali terakhir saya menyertai larian perdana adalah 10 tahun yang lepas. Sewaktu berusia 14 tahun,berat badan dalam 48 kg,  kulit licin tiada jerawat, admire pada seorang senior tingkatan 4,  poyo dan memakai cermin mata menambahkan lagi sifat 'nerd' dalam diri. Saya  pergi ke sekolah dengan keadaan terpaksa dalam rela kerana

1) Cikgu kata 'WAJIB' . Semua pelajar kena datang dan lari. Jika tidak datang, hukuman akan dikenakan. 
( iyoiyo jew)


2) Disebabkan faktor di perkara 1, semua kawan-kawan saya juga hadir. 

Kini, saya diposisi berbeza. Bukan lagi seorang pelajar tapi seorang guru. Masih lagi dalam keadaan terpaksa dalam rela kerana datang kerja hari sabtu. Malah, saya juga menggunakan perkataan 'WAJIB DATANG' kepada pelajar-pelajar saya terutamanya yang berada dalam rumah sukan yang sama dengan saya.

Hasilnya, Sebahagian besar pelajar peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2 yang hadir. HAHA. Biasalah. manusia naif dan suci senang sikit nak acah.

Tapi pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 dah tak terpedaya dah dengan acah acah 'wajib datang ' nie. Alah, sama lah seperti saya dahulu. Sebab itu lah semasa saya tingkatan 3,4,dan 5 tak ikut serta pun larian perdana ini.

Walaubagaimana pun, apabila berbicara mengenai rumah sukan, semua guru dan pelajar sama-sama akan bersifat kerumah sukan-an iaitu berusaha untuk memaju rumah sukan masing-masing.










ini cikgu. pewit pewittt. Cikgu yang baju merah itu maaf tak boleh ngorat.Manakala ustazah baju hitam kat sebelah itu 'mungkin' boleh dimengorat.








Teringat masa larian perdana masa lalu.Saya dan kawan-kawan bukan berlari sangat pun. Hanya berjalan-jalan seperti bersiar-siar sambil bercerita, singgah kedai sekejap beli air,cikgu nampak, kena marah sekejap,  Kemudian lari sekejap, jalan kaki sampai la ke garisan penamat. Muka buat-buat penat macam la berlari sepanjang perjalanan. Lalu berkata, 'dah la , tahun depan tak nak masuk dah larian perdana, bukannya menang, buat penat jew'. cet! langsung tak ada semangat kesukanan .


Ps: ini aktiviti bulan 2 yang lepas. Best Blogger Tips

Monday, April 11, 2011

Cantik

Salam
Asyikin had told us a story. Its quite funny.
Beliau masuk ke kelas  dot dot dot selepas cikgu matapelajaran moral keluar.

Pelajar A: cikgu tahu tak siapa nama pengetua n pk1 sekolah kita?

Belum sempat Asyikin jawab, pelajar B terus mencelah:

Pelajar B : eh, cikgu N pesan tanya cikgu yang cantik sahaja la. 
Pelajar A: eh, bukan cikgu ini cantik kew ?
Pelajar B: eh, tak la.

Kemudian, boleh pulak bergaduh depan Asyikin.

Al kisahnya, cikgu N memberikan soalan kepada pelajar kelas dot dot ini, lalu berkata, "nanti awak tanya dekat cikgu perempuan yang cantik".


HAHAHAHA. Well. they should know, beauty lies in the eyes of beholder :)
Sedangkan tuhan tak pernah membezakan-bezakan kecantikkan fizikal seseorang, ini kan kita manusia biasa, yew dak?
Best Blogger Tips

Saturday, April 9, 2011

the bday cake!

salam

Life is full with surprise . Expect the unexpected.

back then,It was Thursday. Mei Yin asked me : either she can bring cake to school in Friday. Its for Nicole's birthday.

After thinking for a while, i say yes. Tapi dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Tidak ada apa yang perlu digusarkan dengan membawa kek ke sekolah. Menyambut hari jadi bersama kawan-kawan adalah perkara yang menyeronokkan. Makan ,bercakap-cakap, makan, bercakap-cakap. laugh. makan.At least that what i do for my birthday.Sound boring? No its not boring at all if u celebrate it with the right persons.

Everything goes well. Those girls doing what i had told them. Bring the cake to my table in bilik guru and take it back during the recess. Eat it at canteen or nearby as long as in school environment. But things not go smooth as i'm think. Sigh. Masa kan sama fikiran remaja berusia 13 tahun dengan perempuan dewasa berusia   18 tahun macam i nie. BAHAHA.

WTH! depa gi main pulak baling-baling, calit-calit kek itu sesama sendiri. Habis kotor dan berbau 'manis' uniform sekolah. Pastu kena panggil dengan seorang cikgu, masuk dalam  bilik guru. Kena lah brainwash dengan guru disiplin. Pastu menangis. Saya balik bilik guru, mereka dah menangis. Oh, patutlah tak masuk kelas. Kena tahan rupanya.

Syikin call me three times! Three miss call. ( I just realize after the issue had settle down). Well, me the one who give permission to them and of course la kena sesi soal selidik sikit. I'm told the truth. Swear to god. I never know its 'illegal' to students to bring outside foods to school. Oh P1 oh P1. Mengucap panjang mak hampa nie.

pernah dengar peribahasa ini: Lembu sekandang boleh dijaga, tapi anak gadis seorang belum tentu terjaga.

Well, its quite truth. Ini kan pulak 4,5 anak gadis orang lain yang perlu cikgu jaga kan..

moral of the story: DONT GIVE PERMISSION TO YOUR students to celebrate the bday in school. Except they celebrate your. Hmmmm...how come lah my bday on January.

ps: pas nie dah tak yah dah nak bday parti parti nie suma. Mengarut jew. No, hang nak buat, gi sambut kat umah. Best Blogger Tips