Thursday, June 7, 2012

Bali- Tanah Lot (part 2)

salam

part 1


Masa untuk menerokai Bali.



Soalan : Berapa lamakah masa yang diberikan oleh Pak Gade untuk kami di Tanah Lot?

a) 30 minit
b) 45 minit
c) 1 jam
d) 2 jam

Tik tok tik tok.

Sila jawab sekarang. Jawapan di akhir entry.


Tempat pertama yang kami lawati ialah Tanah Lot Temple. Majoriti penduduk Bali menganut agama hindu, jadi memang pemandangan yang normal jika terdapat banyak kuil disini. Walaubagaimana pun, cara mereka menyembah dewa mereka berbeza dengan perayaan masyarakat hindu di Malaysia. Agama hindu mereka telah diasimilasikan dengan budaya tempatan.



Manusia 2 bersama sign board tertulis: price start from Rp.250. 000/ night. 
Pintu masuk  pun cantik dengan ukiran.


Tiket untuk masuk adalah sebanyak 30 000 rupiah seorang untuk pelancong asing dan 10 000 rupiah untuk rakyat Indonesia. Sewaktu kami membeli tiket, Pak Gade memberitahu penjaga kaunter bahawa kami adalah pelancong dari Batam, Indonesia memandangkan kalau sekali imbas tengok, tiada beza pun muka kami dengan rakyat Indonesia kan. Kata nya serumpum. Lain lah, sah sah kami ini matanya biru, rambut perang , badan tinggi mengalah.

 Masyarakat Batam agak fasih berbahasa melayu kerana kedudukan  pulau mereka yang lebih dekat dengan Malaysia. Jika anda rakyat Malaysia yang sekali pandang susah nak beza antara Indon dan Malay, cakap je dari Batam dengan slang Indonesia. Iya, gue dari Batam, bu, bapak. Melainkanlah depa nak tengok IC. Hang bayar la 30 000 rupiah. Tapikan perbuatan menipu itu berdosa.  Manusia tak tahu tapi tuhan tahu kan.




Menariknya  kuil di Tanah Lot terletak di hujung  tebing tinggi dan mengadap lautan. Di Tanah Lot sahaja terdapat 3 buah kuil.


Kuil di atas batu tunggul yang sangat besar



untuk naik ke kuil, pelancong di kehendaki terlibat dengan ritual ringkas  keagamaan dan meminum air suci. Ritual itu dijalan kan oleh masyarakat tempatan yang berkerja disana. Selepas itu, dahi mereka akan ditanda dengan beras. Kemudian, barulah mereka dibenarkan naik ke atas kuil. Kami tak buat, takut perbuatan tersebut adalah  syirik.



Nak tengok ular suci , bayar la seberapa suka hati mengikut kemurahan hati. Disebabkan kami ini tidak pemurah, kami tak masuk. 





syazwani ajar, kalau nampak pemandangan cantik kena sebut SubhanAllah.


Ruang di tengah-tengah itu ialah gerbang laut. Terhasil akibat hakisan ombak.


Tanjung ( batu yang menganjur) dan teluk ( yg mcm pantai tu)


para pekerja sedang menikmati makanan tengah hari yang dimasak oleh sekumpulan wanita. Mereka siap ada pondok memasak sekali.


Bersama pelancong dari Jepun


Kadang kala saya menjadi jurugambar tak bertauliah


 Sebab  saya melancong bersama 2 orang artis yang sangat diva tapi disayangi



errrr.....gheli gheli..Btw, angin di tepi pandai sangat kuat.







duduk di tepi jambatan melihat pemandangan alam ( tanjung dan teluk).
 di belakang kami itu, antara kuil yang ada di Tanah Lot.
Suasana sangat nyaman, angin sepoi sepoi bahasa.

manusia 1

Baiklah, rasanya anda sudah kemuntahan melihat gambar kami.

jawapan : b) 45 minit.

Gabungan antara jurugambar tidak berlesen, model tepi jalan dan guru yang dipaksa rela mengajar geografi ini menjadikan lawatan ke Tanah Lot mengambil masa 2 jam. Singgah tengok-tengok barang dan tawar-menawar sahaja dah 30 minit. Tangkap gambar dekat pintu masuk dah 15 minit. Tup tup tengok dah 2 jam. Elemen teruja berlebihan dalam diri menyebabkan kami tak sedar. Menarik ciptaan Tuhan.


Tapi mujurlah kami bukan dalam rombongan cik kiah, kalau tak sah-sah kena tinggal. Untungnya kami pergi sendiri dan pemandu kami sangat lah super cool serta pemaaf orangnya. Kami kan  melayu dan bukankah melayu itu suka lambat ( *cough cough* tak terasa pun :P). 








Best Blogger Tips

Tuesday, June 5, 2012

Bali- ketibaan (part 1)

Salam.

Cuti sekolah tiba lagi. Percutian bajet saya kali ini ialah: BALI.



Tahu kah anda: makanan apa kah yang terkenal di bali? 

a) Ayam golek
b) Kambing BBQ
c) Babi guling
d) Sapi goreng

Sila jawab sekarang secara spontan. Jawapan akan saya sertakan di akhir entry.

tik tok tik tok.


Ini adalah percutian yang dirancang secara sendirian berhad. Tiket 'flight' tempah sendiri setelah gigih menunggu bila la air asia nak buat sale.Matta fair dah la terlepas.  Hotel pula cari paling murah tapi dipercayai. Pemandu pelancong( pak supir) kami pun kami tempah sendiri. 

Homo sapien yang terlibat adalah : 

1) Ahli kira-kira 1 merangkap jurugambar 1
2) Tukang solek isteri-isteri menteri  dan penghibur seni / ahli kira-kira 2  merangkap jurugambar 2
3) Pembenci nombor merangkap tukang membeli belah yang  mencinta alam ( la sangat)





Penerbangan ke Bali dengan menaiki kapal terbang mengambil masa selama 3 jam.  Kalau naik bot mungkin 1 hari. Kalau berenang mungkin tidak akan sampai-sampai. Kalau berjalan kaki adalah sangat mustahil melainkan adalah adalah penuntut ilmu kebal berjalan atas air. Kalau terbang, anda mungkin spesis superman. 


Tiada apa yang kami lakukan dalam kapal terbang selain 

1) makan makanan yang diseludup masuk
2) membetulkan ISO camera
3) bergosip
4) mengira  nilai mata wang ringgit kepada rupiah


5) menjeling menjeling mata kita saling memandang dengan pelancong negara lain
6) isi kad keluar masuk 'immigration'
7) baca majalah gosip artis hollywood.
8) baca menu makanan tapi tak beli pun.  

Barang larangan: Indonesia tidak membenarkan sebarang jenis air seperti  air milo, kopi, teh, kopi, mineral dan segala  keturunan dengan air  dibawa masuk. Malah sebarang cecair yang lebih daripada 10 ml juga tidak dibenarkan. Jadi nak selamat masukkan lah pencuci muka, sabun mandi, SKII, Lancome, syampu dalam bagasi. 


Kami tiba di kepulauan Bali dalam pukul 11.25 malam waktu tempatan. Beza waktu Malaysia dengan  Bali adalah dalam 10 minit . Tiada beza waktu yang ketara cuma waktu solat disana lebih awal 1 jam. 7 pagi pun dah macam pukul 8-9 pagi. 

Alhamdullilah, sampai-sampai pak supir kami iaitu Pak Ga'de sudah setia menunggu. Sambil- sambil menunggu pak Ga'de ambil kereta yang letaknya nun jauh , sempat la  kami melihat gelagat pemandu teksi di lapangan terbang Denpasar mencari pelanggan. Meriah u'oll. Jika anda tiada pemandu pelancong yang mengambil, sila tetapkan harga anda serendah yang boleh dan mulakan sesi tawar menawar dengan baik. 

Kehidupan malam di Bali adalah tenang dan nyaman, tiada kesesakan lalu lintas dan peminta sedekah juga kurang disini berbanding di Jakarta. Macam keadaan di Shah Alam pada waktu malam pun ada la jugak. 


Kami tiba di Legian Tune hotel dalam pukul 12.00 tengah malam. Check in hotel dan berbincang aktiviti yang akan diadakan esok hari. 


Jawapan: C) babi guling. Eleh dah agak dah mesti ramai la yang pilih C. 




Yaqin:  Pak, apa ye makanan yang famous di sini?Bisa kami cuba nanti ya.

Pak Gade: oh ye, disini yang famous iya Babi guling.

KahKahkah. Cancel nak cuba. Tapi jangan risau, makanan halal juga senang didapati.


Best Blogger Tips