Saturday, January 15, 2011

huwaaa huwaaa

salam

aku nak marah nie bukan sebab kerja banyak dekat sekolah. Tu memang nasib, dah nama cari rezeki. Aku redha jew. Alah, takat budak bergaduh bertumbuk, masuk bilik guru kena hambur marah rotan dengan cikgu disiplin tu apa lah sangat kan. Permandangan biasa. Kena psycho gertak, esok-esok masuk bilik guru, eh budak ini lagi. Dan masih aku ini manusia kedekut nak kasi kasih sayang, biarlah cikgu lain kasi kasih sayang. Biar la aku jadi cikgu garang yang  annoying kasi kerja bertimbun, asyik nak kasi kerja rumah, asyik nak membebel, asyik nak kasi pandangan maut, asyik nak pusing kelas sahaja....

Sampai ada murid tanya: cikgu ini garang kew, atau baik?..Aku diam jea. Sebab kalau aku baik sangat, karang ko pijak. Aku suruh buat kerja hantar pada masanya, mungkin akhir tahun kau hantar, aku kata duduk tempat masing-masing kau keluar kelas melompat-lompat. Jangan risau, aku tak marah.Sebab aku memang dah imun. Sorry lah pelajar, cikgu memang tak baik pun..

Tengok punya la banyak nak perkara nak terang mengenai tempat kerja aku. Aku nak marah ini sebab banyak sangat hal berlaku. Kereta rosak, masalah kesihatan. malah kepala tong gas tak muat dengan gas pun aku rasa macam nak marah jew mamak yang jual kat aku tadi. BTW, punya lah besar bandar JB ini, tak ada kedai pun yang buat penghantaran gas..

dan lagi aku rasa nak buat blog baru lagi....ohhh,.dah datang dah penyakit nak tukar2x blog nie. Suka hati aku lah kan...:P

Sekian. Best Blogger Tips

Saturday, January 8, 2011

Kepada Tuhan.

salam


Oh tuhan

Alhamdullilah. Im still alive. Thanks Allah.

Orang selalu berkata bahawa apabila usia kian meningkat, serta merta kita rasa ada tanggujawab dalam dada. Dalam peredaran masa kita jadi matang dalam perbualan dan perbuatan. Tiba-tiba kita mahu jadi sesuatu.

Terima kasih Tuhan. Nikmat engkau beri sangat tidak terhingga biarpun kadang kala aku adalah manusia leka. Manusia pelupa dan juga haloba. Mahu lebih dari apa yang ada. Sedangkan hakikatnya, Kau menilai manusia dengan imannya. Tak pernah jemu aku meminta itu dan ini dari Mu, sedang kadang kala aku mungkin alpa pada MU.

Tuhan,
Jauh aku tinggalkan keluarga dan kawan-kawan rapat yang tercinta.Bukan merajuk tapi ini takdir ku. Aku redha dengan segala isi tersirat dan tersuratmu. Qada' dan qadarku.  Tercampak jauh untuk memulakan hidup. Supaya Aku ini jadi dewasa. Itu fitrah. Destinasi kami kini sudah berbeza.Dahulu kami bersama-sama menuju jalan yang sama, dihujung jalan, terpaksa memilih persimpangan yang berbeza. Aku kian rindu mereka semua. Tawa kami, sedih kami, rajuk kami, sewel kami. Itu adalah memori. Indah.

Tuhan,
Mengajar generasi yang bezanya hanya lingkungan 9-10 tahun dari umur ku , kadang kala buat aku kaget. Mereka hanya kanak-kanak.Mereka hanya remaja. Melayan jiwa remaja mereka buat aku jadi penat. Ah! mengajar ilmu apakah aku ini. Semuanya baru. 4 tahun aku menuntut, di sekolah,aku hanya mengajar ilmu baru. Itu cabaran. Tapi seminggu aku disini, jiwa suci mereka hampir menyerlah. Aku harus gagah. PerancanganMu tuhan memang sentiasa indah.


Tuhan,
Bodoh ke mereka jika mereka hanya mendapat gred C, D dalam peperiksaan? Kurang ajar kah mereka jika mereka endah tak endah dengan arahan guru? miskinkah mereka jika mereka berdikit-dikit membayar yuran? Tapi aku amat jelas, bahawa manusia ini unik. Sudah Kau tentukan rezeki dalam haluan yang berbeza. Aku mohon kau berkatilah jalan mereka semua.

Tuhan
Berada jauh dari medan keselesaan aku sendiri,aku kian pandai menjaga diri. Tidak mengharapkan sangat pada emak dan ayah. Malah membuatkan aku memahami perilaku sang manusia.

Tuhan,
Andai masa ku panjang. Ku mohon, kau berkatilah umur panjang ku itu. Andai kata ingatan ku kuat. Ku mohon, kau berkatilah diriku dengan ilmu yang berguna. Andai aku layak untuk dikasihi dan disayangi. Ku mohon kau berikanlah insan yang cemerlang untuk ku. Andai aku layak mempunyai teman sejati. Ku mohon, kau kuatkan ikatan persahabatan yang kami bina ini dengan rapi. Ku mohon tuhan. Janganlah kau biarkan aku lupa bahawa KAU sentiasa ada disisi ku setiap masa.

Tuhan,
Terima kasih kerana memberikan aku tahun-tahun yang indah dalam hidupku. Terima kasih untuk insan-insan yang hebat dalm hidupku. Terima kasih untuk nikmat islam ini biarpun aku bukan hambaMu yang baik. Terima kasih untuk nyawa dan nafas ini. Terima kasih oh Tuhan ku.




                                                                                                            Hambamu.


------------------------------------------------------------------

sowilah geng , guwa lama x hupdate coz guwa lupa mahu bawak laptop guwa. Pinjam orang punya tarak kaw lah nak menghupdate belog.Mood tarak datang. Tunggu lah nanti cuti, guwa hupdate ye. Rindu guwa, call atau sms ler.

-----------------------------------------------------------------
for my gossip girls: WEI APA NIE WEI..!! GOSIP CERITA TERBARU TAK BAGITAU AKU PUN!!
vavavavavvavavava * diva laugh*..Yew lah, aku tahu lah siapa aku ni, dah la jauh,. Tak bawa perkakas-perkakas IT nie pulak. huwaaaaaaaaaaaa... Best Blogger Tips