Aktiviti: Pertandingan lalu lintas negeri Johor.
Tarikh: 28/10/2012------30/10/2102
Guru yang bertanggungjawab : Saya, Yaqin, Kak Zaharah.
Antara tugas hakiki seorang guru adalah menjadi guru pembimbing/penasihat/pengiring kepada para pelajar yang terpilih untuk menyertai pertandingan anjuran daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa.
Tak kira la kalau pertandingan itu berlangsung pada musim perayaan raya haji ke, deepavali ke, natal ke. Tugas tetap tugas tak kira lah dalam jiwa tu nilai ikhlas dparas kosong. Bukankah kerja itu ibadah. Saya yang menurut perintah.
Nasib baik kampung halaman sekangkang kera je dengan tempat bertugas. Haruslah pagi-pagi buta ( tak la pagi sangat, pukul 7 je pun) meredah lebuh raya dengan kelajuan 110 km/j. Nak lebih-laju takut nanti dapat surat saman pula. Tepat jam 9 pagi sampai rumah. Letak barang dekat rumah, terus pergi sekolah. Rancak budak-budak yang seramai 17 orang itu menunggu. Bus lambat sampai la pula tapi sempat pula mereka main cop cop tiang lagi. Memang masa tu tak tahu nak buat apa nak buang masa.
Para peserta diberikan taklimat mengenai pertandingan/ peraturan/cara bermain.
Hari kedua:
Hari pertandingan bermula.
9.00 pagi: ujian bertulis. ( 10 orang pelajat terlibat.. Peserta dipilih secara rawak mengikut tahap pembacaan mereka)
Ujian habis pukul 10 pagi. Habis ujian terus tengok pertandingan lalu lintas sekolah rendah. Sakan gelak kan orang kena saman dengan JPJ ( jpj jadi juri pertandingan, kalau peserta buat kesalahan lalu lintas akan disaman ) sambil memerhatikan keadaan dataran. Kena rancang strategi elok-elok. Alang-alang hantar peserta kalau boleh menang la. Btw hadiah pertama sangat lumayan. Mountain bike wooo.
3 petang: pertandingan lalu lintas.
Jaket warna oren: wakil sekolah saya.
Jaket warna kuning: pihak lawan ( sekolah sebelah je)
Memperkenalkan Nazrul. Penolong pengurus pasukan saya. Pengurus pasukan ialah cikgu Yaqin. Dia ini memang menjalankan tugas dengan baik lagi cemerlang dan gemilang. Tahun depan kalau sekolah terpilih lagi, cikgu lantik awak lagi.
3 orang peserta bawa kereta pedal, 6 orang menunggang basikal dan 6 orang pejalan kaki.
2 orang lagi peserta ambil ujian komputer.
tengok Nazrul. Risau kemain kawan-kawan nak lawan.
Hasilnya:
Padah ketawakan orang lain, 22 saman dapat. Aduhai.
Hari Ketiga
Saya tak hadir sebab ada kelas di UTM. Yaqin pulang sekolah dengan wajah gembira. Kami mendapat nombor ke 4 keseluruhan. Wohooo....
Lebih best ooooooo:
Ujian Bertulis: No 1- Amirrudin
No 3- Izzati
No 5- Nadiah
tak sangka!! Kalah semua peserta dari sekolah berprestasi tinggi ( as state on their Koku shirt).
pelajan kaki: No 5 - Dana
Penunggang basikal; No 3- Amirrudin
No 5- Nabil Shah.
Syukur Alhamdullilah. Sejujurnya program seperti ini sangat bagus. Pelajar didedahkan mengenai keselamatan jalan raya, simbol-simbol jalanraya dan seharusnya mendidik generasi muda menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan bertamadun tinggi. Lebih-lebih lagi kalau tengok cara pemanduan masyakat sekarang ( terutamanya di Jb ini, memang boleh mengundang makian).
Pada yang tak tahu, bermula tahun depan.Pelajar akan diperkenalkan dengan silibus keselamatan jalan raya melalui mata pelajaran bahasa melayu.
----------------------------------------------------------------------
Cerita lain yang tak berkaitan:
Ketika itu mereka berada di kawasan rehat, Tiba-tiba 2 orang pelajar perempuan dari sekolah perempuan berprestasi tinggi di Jb menghampiri mereka.
Salah seorang daripada mereka berkata -kata kepada Anuar Zain ( bukan nama sebenar). Kita namakan je lah nama pelajar perempuan itu Nora Danish kan. Oh rupanya si Nora Danish meminta no telefon si Anuar Zain. Meriah lah kawasan rehat itu dengan sorakan kawan-kawan Anuar Zain yang lain.
Aduhai, budak-budak zaman sekarang. T_T