Sunday, May 13, 2012

mohon cuti

salam

hari itu hari Jumaat. 
Dalam jadual tertera masa mengajar =2 masa. 
Campur dengan relief jaga kelas cikgu lain yang mc/ pergi kursus= 2 masa
Campur jaga surau lelaki yang kadang kala menuntut emosi itu= 1 masa

Maka: setiap jumaat waktu saya mengajar  mesti 5 masa. 1 masa bersamaan + -30 minit.

Kalau namanya berurusan  dengan manusia ini. Memang macam -macam kerenah. 
Tapi setiap manusia ini tuhan dah kasi bakat/ minat ke arah tertentu.

Pesan saya pada siapa-siapa yang mahu jadi cikgu, pastikan ada minat untuk mengajar dan sikap sabar yang berpanjang. Jika tiada minat, tak payah la jadi cikgu. Nanti bertambah ramai pula manusia yang sakit jiwa di Malaysia ini. 

Baiklah. Tamat bebelan.

Budak-budak ini kadang kala buat kita sakit hati, Kadang kala buat kita geli hati. 

Antaranya:


                                                                 Oleh Lim Him Peng, 2 F.


Suka- suka hati buat surat ' formal' sendiri minta cuti. 
ikut hang la budak. 

1 surat cukup buat saya riang ria sebelum masuk ke kelas peralihan. 
Mood baik hanya sementara bila masuk kelas 8 orang pelajar tiada dalam kelas.
Mahu tak jadi mak tiri saya cekak pinggang sambil pegang rotan panjang depan pintu tunggu depa masuk.
Alasan mereka:  cari kerusi.
Cari kerusi sampai 20 minit!!

Lebih-lebih lagi bila tengok banyak je kerusi meja dalam kelas.
Yang tiada kerusinya 2 orang je. Keluarnya sampai 8.
Terus jadi singa jadian cikgu bm mereka ini



huh! drama drama drama


ehem. marah itu tandanya sayang.


Best Blogger Tips

Tuesday, May 1, 2012

cinta sang kera

salam
-----------------------------------------------------------------------------
masak kari bubuh santan,
enak dimakan bersama roti,
Hati ini rasa berkenan,
orang di sana haraplah sudi

kertas digumpal dan dibaling menuju ke sang gadis

Sang gadis yang tekun membaca buku terkejut apabila tiba-tiba segumpal kertas jatuh dihadapannya.

Sang gadis menoleh ke kiri dan kanan lalu terpandang wajah sang jejaka yang tersenyum sipu

Gumpalan kertas dibalas dengan serangkap pantun

Masak lemak ikan selar
tapi sayang sudah basi
orang disini ingin belajar 
janganlah kacau hilang konsentrasi


Kertas digumpal kembali dan dibaling ke arah sang jejaka

Ala, sombong nya. balas sang jejaka dalam hati. Lantas tangannya meluncur laju diatas kertas membalas pantun

Terbang rendah burung nuri
mencari makan di sawah padi
Manis wajah terbawa ke hati
Janganlah sombong, nanti rugi

Kertas digumpal dan dibaling kembali ke arah sang gadis

sang gadis membalas

Indah mawar dipagi hari,
Jadi hiasan sang puteri
Bukan sombong berbangga diri
Cuma kita masih muda lagi,

kertas digumpal dan dibaling ke arah sang jejaka. Tapi sayang, balingan sang gadis terlalu kuat hingga terkena pada kasut Sang guru yang baru tiba di muka pintu.

Curiga. Sang guru membuka gumpalan kertas lantas terbaca oleh beliau madah-madah pantun orang berkasih-kasihan.

Nada di tinggi kan, muka seraya merah menahan marah. Natijahnya sang jejaka dan sang gadis diarahkan berdiri atas kerusi. Sambil menahan malu, mereka mendengar sang guru memberi nasihat

Mahu ke kedai membeli cuka,
marilah pergi bersama-sama
masa muda janganlah leka
Jadikan belajar fokus utama


Layar kemudian berfokus pada satu suara. Menuturkan kata-kata penuh dengan rangkap dan makna:

Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidah
Entahkan di makan pipit melayang
Apa di harap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak
Entahkan makin bertambah sayang

----------------------------------------------------------------------------------------

Pelakon: Azizah, Sureth, Ihsan, Ooi chuah Jau


Alhamdullilah

Minggu lepas adalah minggu bahasa. Antara tugas  tidak rasmi seorang guru adalah menjadi seorang sutradara/ pengarah teater/ penulis skrip/ penerbit. Multitasking gitu!!Alhamdullilah. At the end of the day, Its was successful opening. Terima kasih pada cikgu Nadiah dan cikgu Ikin juga. =)



 " posto bawah meja " milik  seorang pelajar yang dijumpai oleh Kak Linda.

Menahan rasa suka pada seseorang sewaktu zaman remaja sangat indah bukan? Sewaktu saya tingkatan 2, saya pernah minat dengan seorang abang senior. Oh tuhan, setiap kali rehat mesti lalu depan kelas dia. Zaman gatal mengatal itu mestilah ada. HORMON kan.

Zaman balas membalas surat lalu tinggalkan dibawah meja sangat lah mengamit jiwa.  Sangat zaman 90-An.

Pada zaman saya menuju remaja, cinta monyet adalah secara ringkas. Masa itu, telefon bimbit belum digunakan secara meluas, facebook masih tiada, penggunaan internet masih lagi tidak menyeluruh. :)

Tapi kadang kala bila teknologi semakin luas, pergaulan kita semakin terdedah, rasa malu juga semakin terhakis. Kadang kala tiada indahnya cinta moneyt itu lagi. ( Psss.. . patutlah masalah sosial/ zina dikalangan remaja semakin meningkat saban tahun. Itu belum kira berapa banyak yang mengandung tanpa nikah)


( kanak-kanak zaman sekarang tak sabar-sabar nak jadi dewasa, tak faham aku. -- Along , 2012).


Best Blogger Tips