Jangan takut untuk bermimpi besar , sebab orang yang tidak mempunyai mimpi bererti tidak mempunyai cita-cita.
Novel orang miskin dilarang sekolah - Wiwid Prasetyo
Novel karya penulis Indonesia ini agak mudah difahami dari segi jalan cerita dan bahasanya. Bagaimana nasib manusia ditentukan berdasarkan darjat. Kehidupan adalah takdir. Tiada siapa yang diminta lahir sebagai miskin, kaya, cacat, bijak ayau bodoh. Sometimes its come with genetic. Tapi kadang kala manusia berhak diberi peluang untuk mengubah nasib mereka dan diberi hak untuk berjuang.
Wah wah wah. Permulaan sangat skema. Cikgu kan. Ajar BAHASA MELAYU pula tu. Haruslah. Tsk Tsk.
Saya sudah memasuki tahun ke-dua berkerjaya sebagai cikgu. Rasa macam sangat awesome?? Na, rasa macam biasa cuma perasaan agak lebih teruja menjelang jumaat atau cuti panjang. Errr..Baiklah. Julung -julung kalinya blog ini dikemas kini untuk menyahut cabaran azam saya tahun ini ( selain kuruskan badan yang rasanya bertahun-tahun tidak tercapai) untuk tidak membiarkan blog ini lenyap agar anak cucu saya tahun 4040 masih mampu membaca nulisan nenek mereka yang sangat hebat ini lalu menganggap nenek mereka sangat cool. Well, reputasi harus dijaga yo. Wah wah wah..ingat zaman semakin canggih. Mana lah tahu kan tetiba blog ini diangkat sebagai manuskrip terulung pada zaman 4040. Mana lah tahu...Kuasa tuhan tiada siapa dapat menghalang. Blergh..Berangan memang indah.
Memasuki tahun ke2, saya sekali lagi diberi tugas sebagai guru bahasa melayu dan guru kelas Peralihan. Setiap hari jumpa mereka, setiap hari mengajar mereka. Total 12 waktu seminggu untuk kelas peralihan sahaja. Sebenarnya saya yang meminta agar tahun ini saya diberikan tanggungjawab yang sama.Padan muka saya.Berdasarkan prestasi tahun lalu, mengajar kelas peralihan kadang kala agak menyeronokkan. Tiada sekatan dan tidak perlu terkejar-kejar untuk menghabiskan silibus pada waktu yang ditetapkan. Pelajar peralihan rajin membuat kerja. Yuran selalunya dibayar. Kehadiran sentiasa penuh dan jarang terlibat dengan aktiviti disiplin. Kebiasaanya pelajar untuk kelas peralihan tidak akan ramai. Hati kita pun menjadi suka.
Kita merancang, Tuhan pun merancang. Pada awal tahun, saya agar gembira kerana kemasukkan pelajar yang dianggarkan oleh pejabat daerah pendidikan adalah tidak sampai 39 orang. Bermakna dalam satu kelas, mungkin hanya terdapat 17-18 orang pelajar sahaja. Tapi entah kenapa yang mendaftar tidak sampai 35 sahaja. Berdasarkan kapasiti kelas disekolah yang mampu memuatkan pelajar sebanyak 35 orang dalam satu masa maka hanya satu kelas sahaja diwujudkan.
Julung-julung kalinya kelas peralihan mencecah 35 orang. Nilai maksimum.I'm panic and stress. 2 minggu pertama saya menjadi mak tiri berkuasa sihir seperti sinetron indonesia yang paling dibenci penonton yang mengharapkan cepat-cepat la engkau mak tiri sihir mati. Tak boleh tak bawa buku teks. Tak boleh masuk kelas lambat. Tak boleh kacau kawan. Tak boleh itu . Tak boleh ini. Tak boleh bising. Tak boleh pergi tandas 2 orang. tak boleh tukat tempat. Bla bla bla. Not feel young anymore. T__T
Mesti anda merasakan saya cikgu yang jahat kan? hey hello. Tu semua yang marah- marah eh tegas , tetapkan peraturan tu suma antara teori/ strategi pendidikan tawwwwwww. Ingett senang kewww nak jadi cigu..Susah taww awakkkwww. 4 tahun kot golek golek tonggeng baring mengelupur beristifar nak mentelaah ilmu pendidikan.Lepas itu, ada orang claim jadi cikgu senang dan berkerjaya rendah. Amboi hang, memang statement nak kasi sentap rentap jantung para cikgu je. Masuk-masuk sekolah, terkejut mak jemah budak sekarang advance sampai cikgu- cikgi muda -mudi asyik nak sentap je masuk kelas. Apa apa pun in the end of the lesson, murid dapat ilmu, kita senang hati. Depa amalkan. Alhamdullilah. Bertambah bekalan kita nak bawa masa mati nanti. Kerja itu kan ibadah. Tuhan nilai setiap masa. cikgu tegas tu maksudnya cikgu sayang.
Engkau tak tahu rasanya bila punya mantap alat bantu mengajar, pung pang pung pang cikgu ajar, tapi pelajar satu pun tak faham. Bila tanya faham tak. Semua pakat jawab faham. Bila tanya balik, sorang-sorang terkebil-kebil. Cuba tambah lagi, bila ada yang buta huruf tak lancar membaca. Seorang pun cikgu rasa kecewa, bayangkan kelas peralihan tahun ini ada lebih 5 orang. Sob sob sob. Tu la antara penyebab kelas saya ini hari-hari ada bacaan sampai satu sekolah boleh dengar budak-budak ini membaca satu-satu huruf.
Ok murid ikut cikgu. MEMBACA..mem...ba..ca... Membaca dalam bahasa english adalah READING. ( sambil buat aksi sedang buka buku) dalam bahasa cina adalah KAN SHU..Ok, dalam bahasa tamil apa pulak??
I guess in the end of this year, i will be able to speak mandarin and tamil fluently.
No comments:
Post a Comment