Saturday, October 8, 2011

Kesian Farah

salam

Petang itu hujan baru sahaja berhenti. Awan masih lagi berwarna kelabu. Alam sejuk tapi tidak pernah sepi.  Para pelajar sesi petang terutamanya yang bukan islam sudah menuju ke kantin untuk membeli makanan. Manakala pelajar islam ke surau untuk solat. Saya menuju ke bilik guru. Beberapa orang pelajar memberi tanda hormat dan salam. Saya balas dengan senyuman.

 Keadaan di bilik guru agak kecoh. Saya tertanya-tanya apakah puncanya. Cikgu Kak Nor sedang sibuk mendail nombor di telefon. Saya lihat mata Ustazah Farah merah, seperti tanda lepas menangis.

 "Telefon farah hilang" Ujur seorang rakan sekerja memadamkan tanda tanya.

 "Bila?" 

" Baru sahaja"


" Dekat mana hilang?"


" tempat ustaz, masa itu Farah tumpang duduk dekat tempat ustaz sekejap tadi. "

Edisi temuramah saya terus berlalu. Beberapa orang guru menuju ke surau untuk memastikan pelajar dalam keadaan terkawal dan melakukan 'spot check'. Telefon bimbit Farah masih tidak dapat dijumpai. Saya pinjamkan telefon untuk Farah telefon pusat kawalan rangkaian telekomunikasi untuk 'block' nombor.

Tiba-tiba kak Nor menjerit kecil. " Farah, ada orang angkat telefon Farah tadi. Tapi sekejap je la, Lepas itu dia padamkan. Kali ke dua Kak Nor cuba telefon, dah tak ada".

Waktu rehat sudah mahu habis. Para pelajar mula menuju ke kelas masing-masing. Kesian Farah. Sudah esok dia ada temuduga dokumen , hari ini telefon hilang pula. Cikgu Amer keluar membawa ' healer'  menyuruh semua pelajar turun ke dataran.



Semasa para pelajar diarahkan ke dataran, beberapa orang guru menuju ke kelas- kelas di bahagian blok B.



Aktiviti pemeriksaan dan pencarian bermula.  Kak Sakdiah ( penyelia petang) juga turut serta dalam aktiviti pencarian ini. 



Para pelajar diberikan taklimat dan amaran supaya pesalah tampil kehadapan. Tiada sesiapa yang berani keluar. Dah buat salah, siapa nak mengaku kan.


Para pelajar perempuan di bawah ke kelas tertutup untuk dilakukan pemeriksaan badan. 


Kesian Farah. Telefon masih beliau masih tidak dijumpai. Sedih. Tapi disebalik kejadian ini, saya agar terharu dengan sikap keprihatin, usaha dan sikap tolong menolong yang diamalkan oleh para guru disini. 

Iktibar juga pada guru-guru yang lain supaya berjaga-jaga. Jangan letak barang bersepah-sepah ( pandang pada Nadiah). Tidak semua orang itu baik. Tapi kadang kala, kalau benda dah nak jadi, Jadi juga kan biarpun barang tu simpan paling selamat pun. 

Apa pun berlaku, pasti ada hikmah disebalik kejadian.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment