Saturday, October 8, 2011

Al-hijab

salam.

Malam jumaat bersama mereka:




Adakah anda pernah menonton filem Jangan pandang belakang (JPB)? Anda kah anda meminatinya? Jika iya, mungkin anda juga akan memintai filem Al hijab. Naskah terbaru Pierre Andre

Malah untuk kali ini , beliau sendiri yang mengarahkannya. Seingat saya, filem pertama arahan beliau adalah 9 september.  Jangan tengok, filem itu memang tak best. Memberi peluang, al hijab saya tonton bersama rakan-rakan sekerja.

Ini adalah review dari sudut pandangan peribadi. Agak berbentuk spoiler ( Do I care? No.)

1) Babak pertama bermula apabila situasi di fokuskan kepada sepasang suami isteri yang sesat di sebuah jalan. Jalan itu jalan mati. Kemudian mereka bertemu sekumpulan   remaja bla bla bla bla..... ( pergi tengok sendirilah ). Elemen seram dan kejutan di awal cerita agak berjaya. Malahan hantu yang dieluarkan dari segi bayangan yang tiba-tiba menari tarian mak yong memang mencetuskan ketakutan dalam diri pengulas ( ehem...saya la tu). Ada ketika sedang si pengulas sedang syok  mengutuk si suami yang meninggalkan si isteri keseorangan sebab dok sibuk mengejar hantu , tanpa diduga, tiba-tiba  bayangan hantu yang turun secara tiba-tiba menyebabkan wayang agak terpekik dengan jeritan para penonton ( dan juga si pengulas).


2) Walaubagaimana pun, unsur suspen ini tidak berterusan. Sebelum nak menunggu unsur suspen seterusnya, Si pengulas dah berasa bosan. Nasib baik kawan si pengulas BBM. So layan BBM sekejap. HEHEHE. Pada waktu ini penonton hanya di sajikan dengan aksi-aksi kasih berkasihan antara hero dan heroin, kekerasan kepala si hero yang nak juga tengok hantu , pergi library dan .......................>( maaf, si pengulas lupa, sebab pada masa ini dok sibuk gosip dekat BBM). Natijahnya cerita ini dirasakan terlalu meleret-leret.

3) Aksi suspen seterusnya adalah ketika hijab hero dibuka. Penonton di persembahkan dengan rangkaian hantu. Bosan kot tengok hantu tu. Macam dah biasa sangat rupa hantu tu. Muka putih, darah sini sana, rambut serabai , compang camping. Alahai, asyik-asyik make up sama je.  Macam muka hantu dalam cerita jepun, korea atau indonesia. Dah tak macam menakutkan sangat. Hantu keluar tunjuk muka hodoh kemudian hilang. So tak la suspen sangat tapi agak menakutkan juga la.

4) TERBAIK. unsur komedi diselitkan. Tahniah pada Bell Ngasri, Munir dan pelakon mana entah yang nak buat suara indonesia tapi tak jadi je. Pecah panggung dengan gelagat mereka. Masa ini lah, anda rasa berbaloi menonton cerita ini.

5) Aksi seterusnya sangat menakutkan. Entah berapa kali si pengulas menjerit sambil kutuk diri sendiri kenapa lah tengok cerita hantu pada waktu malam. Lain kali tengok la pada waktu siang, baru tak takut sangat. Nur Fathia pandai buat mimik muka menakutkan. Ada bakat jadi hantu. Lain kali suruh lah dia berlakon jadi hantu. Ada unsur-unsur yang kurang logik. Tapi dimaafkan sebab nama pun cerita hantu, memang la tak logik pun. Ada imbasan slot yang agak baru contoh masa Hero ingat hari dah siang, rupa-rupanya mimpi sahaja. ( aha, ko pergi la tengok sendiri. Baru faham). Untuk menghilangkan rasa takut, Si pengulas melayari FB lalu TERKlik page yang tak sepatutnya. PERGH! nafsu shopping memanggil-manggil. Mengeletar nak tahan diri dari membeli- belah ini. Ada sale la pulak! Yang suka buat sale tengah-tengah bulan ini apasal pulak la.......! Marah betul. Buatlah masa awal -awal bulan.

6) Pengulas berpendapat cerita ini agak seram. Malah si pengulas agak takut untuk pulang ke rumah. Kalau sebelah panggung itu ada hotel, hostel ke. Dah lama dah check in. ( ok, memang aku penipu). tapi disebabkan pihak pengurusan JJ tu pergi kunci semua pintu kecuali satu, menyebabkan si pengulas terpaksa berjalan jauh. Nasib baik ada kawan seorang. Agak-agak la wei, lepas baru tengok cerita hantu pulak tu.
Dari mood seram terus jadi mood emo. Bila jumpa kereta, nikmatnya seperti baru sahaja selesai marathon.
( hiperbola sungguh). Masuk kereta pasang lagu Faizal Tahir. Pergh, mood bertukar sekali lagi. :)



 Tahap kebestan : 3.5 / 5
Tahap kebosanan: 1.5 / 5
Tahap kejutan : 3/5
kemahiran memilih pelakon ( perlu ke?) : 2.5/ 5

ulasan: Antara filem melayu yang agak berbaloi ditengok dipawagam. Kalau malas sangat, tunggu je lah kat youtube. Tak lama lagi ada lah orang upload tu. Kalau malas juga, tunggu la masa raya keluar.

Sekian. Terima kasih.




Best Blogger Tips

1 comment: