Melayu Johor
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.
Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.
Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat
Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.
Berkelahilah cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.
Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.
Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah
ps: proud to be johorian.;)
Sunday, October 16, 2011
mutiara senibong
salam
Ini lagu mengenai tempat saya . Sangat retro, Emak saya mesti suka, Diakan peminat lagu-lagu klasik.
*klik la dulu*
Rasa tak boleh blah lagu ini? AHA!
Acara: Majlis perpisahan Pengetua lama dan sambutan pengetua baru
Tempat: Restoren Senibong. JB.
Puan Punitha, Puan Vimi. Miss Lim. Puan Tong. Puan Wong

Foods:
Ikan siakap masak kuning apa entah: Sangat sedap!
Ketam masak mentega: manis. tapi masih lagi boleh dimakan sampai licin.
Menjadi perhatian. Tidak sampai 5 minit. Habis.
TERLIUR?
{Percaya lah, di hujung acara. Semuanya hanya tinggal sisa.Tiada berbaki. Begitu juga dunia dan kehidupannya. Eceh.}
Peoples
Manusia-manusia comel
Puan Punitha, Puan Vimi. Miss Lim. Puan Tong. Puan Wong
Geng-geng diet ( Konon Lah)
heroin - heroin
Untuk tatapan si orang jauh. HEHE
poyo sejak azali. Genetik
Senior- seniorita
poyo sejak azali (2). Genetik. Tidak boleh diubah.
Paling nakal
Gambar berantai:
1) Mula-mula, hanya kami.
2). Tiba-tiba, Nadiah menyelit. Lihat pada tangan beliau. Siap ada uncang makanan lagi.
3) Pengetua lama lalu. Masuk didalam gambar. Kami sangat la pemalu. ( Berpura-pura)
4) Kemudian, 3 orang lagi manusia menyelit. Semakin meriah. Lihat tangan Nadiah! Beliau sedang memanggil seseorang.
5) Oh, orang itu adalah pengetua baru. Tanpa Yaqin.
6) Sekali lagi. Tanpa Yaqin lagi
7) Kemudian 3 orang ketua bidang datang. Lalu bergambar bersama-sama.Baru ada Yaqin, Tapi tiada Aishah.
8) mengusik Anuar yang kena angkat semua hadiah pengetua lama yang sangat berat. Kata-kata akhir kepada beliau ialah Padan Muka :P.
Pemandangan
{ Hujung nun disana adalah Singapura} Selat Tebrau.
Sebelum balik:
{SEKIAN}
"Work is the meat of life, pleasure the dessert." -Bertie Charles Forbes
Labels:
friends,
school's life
Wednesday, October 12, 2011
Saturday, October 8, 2011
Kesian Farah
salam
Petang itu hujan baru sahaja berhenti. Awan masih lagi berwarna kelabu. Alam sejuk tapi tidak pernah sepi. Para pelajar sesi petang terutamanya yang bukan islam sudah menuju ke kantin untuk membeli makanan. Manakala pelajar islam ke surau untuk solat. Saya menuju ke bilik guru. Beberapa orang pelajar memberi tanda hormat dan salam. Saya balas dengan senyuman.
Keadaan di bilik guru agak kecoh. Saya tertanya-tanya apakah puncanya. Cikgu Kak Nor sedang sibuk mendail nombor di telefon. Saya lihat mata Ustazah Farah merah, seperti tanda lepas menangis.
"Telefon farah hilang" Ujur seorang rakan sekerja memadamkan tanda tanya.
"Bila?"
" Baru sahaja"
" Dekat mana hilang?"
" tempat ustaz, masa itu Farah tumpang duduk dekat tempat ustaz sekejap tadi. "
Edisi temuramah saya terus berlalu. Beberapa orang guru menuju ke surau untuk memastikan pelajar dalam keadaan terkawal dan melakukan 'spot check'. Telefon bimbit Farah masih tidak dapat dijumpai. Saya pinjamkan telefon untuk Farah telefon pusat kawalan rangkaian telekomunikasi untuk 'block' nombor.
Tiba-tiba kak Nor menjerit kecil. " Farah, ada orang angkat telefon Farah tadi. Tapi sekejap je la, Lepas itu dia padamkan. Kali ke dua Kak Nor cuba telefon, dah tak ada".
Waktu rehat sudah mahu habis. Para pelajar mula menuju ke kelas masing-masing. Kesian Farah. Sudah esok dia ada temuduga dokumen , hari ini telefon hilang pula. Cikgu Amer keluar membawa ' healer' menyuruh semua pelajar turun ke dataran.

Semasa para pelajar diarahkan ke dataran, beberapa orang guru menuju ke kelas- kelas di bahagian blok B.
Aktiviti pemeriksaan dan pencarian bermula. Kak Sakdiah ( penyelia petang) juga turut serta dalam aktiviti pencarian ini.
Para pelajar diberikan taklimat dan amaran supaya pesalah tampil kehadapan. Tiada sesiapa yang berani keluar. Dah buat salah, siapa nak mengaku kan.
Para pelajar perempuan di bawah ke kelas tertutup untuk dilakukan pemeriksaan badan.
Kesian Farah. Telefon masih beliau masih tidak dijumpai. Sedih. Tapi disebalik kejadian ini, saya agar terharu dengan sikap keprihatin, usaha dan sikap tolong menolong yang diamalkan oleh para guru disini.
Iktibar juga pada guru-guru yang lain supaya berjaga-jaga. Jangan letak barang bersepah-sepah ( pandang pada Nadiah). Tidak semua orang itu baik. Tapi kadang kala, kalau benda dah nak jadi, Jadi juga kan biarpun barang tu simpan paling selamat pun.
Apa pun berlaku, pasti ada hikmah disebalik kejadian.
Labels:
friends,
random,
school's life
Al-hijab
salam.
Malam jumaat bersama mereka:
Adakah anda pernah menonton filem Jangan pandang belakang (JPB)? Anda kah anda meminatinya? Jika iya, mungkin anda juga akan memintai filem Al hijab. Naskah terbaru Pierre Andre
Malah untuk kali ini , beliau sendiri yang mengarahkannya. Seingat saya, filem pertama arahan beliau adalah 9 september. Jangan tengok, filem itu memang tak best. Memberi peluang, al hijab saya tonton bersama rakan-rakan sekerja.
Ini adalah review dari sudut pandangan peribadi. Agak berbentuk spoiler ( Do I care? No.)
1) Babak pertama bermula apabila situasi di fokuskan kepada sepasang suami isteri yang sesat di sebuah jalan. Jalan itu jalan mati. Kemudian mereka bertemu sekumpulan remaja bla bla bla bla..... ( pergi tengok sendirilah ). Elemen seram dan kejutan di awal cerita agak berjaya. Malahan hantu yang dieluarkan dari segi bayangan yang tiba-tiba menari tarian mak yong memang mencetuskan ketakutan dalam diri pengulas ( ehem...saya la tu). Ada ketika sedang si pengulas sedang syok mengutuk si suami yang meninggalkan si isteri keseorangan sebab dok sibuk mengejar hantu , tanpa diduga, tiba-tiba bayangan hantu yang turun secara tiba-tiba menyebabkan wayang agak terpekik dengan jeritan para penonton ( dan juga si pengulas).
2) Walaubagaimana pun, unsur suspen ini tidak berterusan. Sebelum nak menunggu unsur suspen seterusnya, Si pengulas dah berasa bosan. Nasib baik kawan si pengulas BBM. So layan BBM sekejap. HEHEHE. Pada waktu ini penonton hanya di sajikan dengan aksi-aksi kasih berkasihan antara hero dan heroin, kekerasan kepala si hero yang nak juga tengok hantu , pergi library dan .......................>( maaf, si pengulas lupa, sebab pada masa ini dok sibuk gosip dekat BBM). Natijahnya cerita ini dirasakan terlalu meleret-leret.
3) Aksi suspen seterusnya adalah ketika hijab hero dibuka. Penonton di persembahkan dengan rangkaian hantu. Bosan kot tengok hantu tu. Macam dah biasa sangat rupa hantu tu. Muka putih, darah sini sana, rambut serabai , compang camping. Alahai, asyik-asyik make up sama je. Macam muka hantu dalam cerita jepun, korea atau indonesia. Dah tak macam menakutkan sangat. Hantu keluar tunjuk muka hodoh kemudian hilang. So tak la suspen sangat tapi agak menakutkan juga la.
4) TERBAIK. unsur komedi diselitkan. Tahniah pada Bell Ngasri, Munir dan pelakon mana entah yang nak buat suara indonesia tapi tak jadi je. Pecah panggung dengan gelagat mereka. Masa ini lah, anda rasa berbaloi menonton cerita ini.
5) Aksi seterusnya sangat menakutkan. Entah berapa kali si pengulas menjerit sambil kutuk diri sendiri kenapa lah tengok cerita hantu pada waktu malam. Lain kali tengok la pada waktu siang, baru tak takut sangat. Nur Fathia pandai buat mimik muka menakutkan. Ada bakat jadi hantu. Lain kali suruh lah dia berlakon jadi hantu. Ada unsur-unsur yang kurang logik. Tapi dimaafkan sebab nama pun cerita hantu, memang la tak logik pun. Ada imbasan slot yang agak baru contoh masa Hero ingat hari dah siang, rupa-rupanya mimpi sahaja. ( aha, ko pergi la tengok sendiri. Baru faham). Untuk menghilangkan rasa takut, Si pengulas melayari FB lalu TERKlik page yang tak sepatutnya. PERGH! nafsu shopping memanggil-manggil. Mengeletar nak tahan diri dari membeli- belah ini. Ada sale la pulak! Yang suka buat sale tengah-tengah bulan ini apasal pulak la.......! Marah betul. Buatlah masa awal -awal bulan.
6) Pengulas berpendapat cerita ini agak seram. Malah si pengulas agak takut untuk pulang ke rumah. Kalau sebelah panggung itu ada hotel, hostel ke. Dah lama dah check in. ( ok, memang aku penipu). tapi disebabkan pihak pengurusan JJ tu pergi kunci semua pintu kecuali satu, menyebabkan si pengulas terpaksa berjalan jauh. Nasib baik ada kawan seorang. Agak-agak la wei, lepas baru tengok cerita hantu pulak tu.
Dari mood seram terus jadi mood emo. Bila jumpa kereta, nikmatnya seperti baru sahaja selesai marathon.
( hiperbola sungguh). Masuk kereta pasang lagu Faizal Tahir. Pergh, mood bertukar sekali lagi. :)
Tahap kebestan : 3.5 / 5
Tahap kebosanan: 1.5 / 5
Tahap kejutan : 3/5
kemahiran memilih pelakon ( perlu ke?) : 2.5/ 5
ulasan: Antara filem melayu yang agak berbaloi ditengok dipawagam. Kalau malas sangat, tunggu je lah kat youtube. Tak lama lagi ada lah orang upload tu. Kalau malas juga, tunggu la masa raya keluar.
Sekian. Terima kasih.

Tuesday, October 4, 2011
Monday, October 3, 2011
rajin dan malas
Salam.
Pertama: terima kasih pada kak tyne toon sebab share perkara dibawah:
1) Rajin bercakap, rajin bekerja -- Bagus sekali
2) Rajin bekerja , malas becakap-- Kena buli
3) Malas berkerja , rajin becakap---Wayang cina
4) Malas berkerja, malas becakap-- Tak guna
5) Malas bekerja, suka mengadu -- Nyanyuk
6) Malas bekerja, Selalu ponteng -- Baik berhenti
7) Malas bekerja, suka menyibuk--Baik Mati
- Profesor Ungku Aziz-
PS: in case la u don't know who is Ungku Aziz: Ingatlah dia lah yang mencadangkan penubuhan Tabung Haji, Andai tak tahu juga, Ingatlah dia ayah kepada Zeti Aziz,
Tak tahu siapa Zeti Aziz? Cuba tengok duit kertas. Ada tanda tangan dia di situ. Yang gambar lelaki pakai tengkolok itu Agung Malaysia yang pertama. Bukan Zeti Aziz. Sekian sahaja infomasi ilmiah.
Kalau tak tahu ,
sila la pergi mencari,
Kalau malas mencari,
asyik nak suruh orang memberi,
bila orang tak mahu bagi,
cari gaduh sampai lengsi,
kalau macam ini,
lu baik mati,
bila orang tak mahu bagi,
cari gaduh sampai lengsi,
kalau macam ini,
lu baik mati,
tada susah
sama orang lain
sama orang lain
- Rahika Halim , 3 Oktober 2011, 10.33 malam( ceh, nak juga)-
Subscribe to:
Posts (Atom)