Thursday, August 25, 2011

macam-macam

salam.


My beloved biological sister had shared this, Take from anonymous. Enjoy.Its so hilarious. I


do agree that we should  not believe 100 percent with reality nowadays.  Sometimes its too


plastic to be real. Manipulative? Hidden agenda? Hmmm.. 






Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di 


                         tempat kejadian.





Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."





Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."





Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"





Harakah - "Kami tiada beca."





Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."



Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."





Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia   


                                 berkualiti dan digemari rakyat!"







Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."





Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat


                       ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"





Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca 


                    Gangster."



Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."



Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! Best Blogger Tips

Wednesday, August 17, 2011

taare zameen par



salam

had watched this awesome movie and be inspired to be good teacher.InsyaAllah

ps: the movie was sub-dubbing with english la. Best Blogger Tips

Monday, August 15, 2011

Pelajarku sayang

salam

Ada 2 perkara yang akan dibincangkan oleh guru mengenai pelajar mereka

Pertama:
kecemerlangan pelajar mereka dalam pelajaran, kokorikulum, sahsiah dan apa sahaja perkara yang sama waktu dengan nya.

Kedua:
Kedegilan pelajar yang memeningkan kepala, selalu mendatangkan masalah, tidak menyiapkan kerja, nakal dan apa sahaja yang sama waktu dengannya.


-----------------------------------
Walaubagaimana pun, perkara kedua adalah yang sering menjadi bualan sang guru.

Nyew Bing Xiong adalah pelajar kelas pertama. Kacak, bertubuh tinggi, berkulit agar sawa matang, mata yang redup , agak bijak tapi sering mendatangkan masalah.


Hari ini mungkin hari bertuah. Nyew Bing Xiong masuk ke dalam bilik guru menghantar buku sains.
" Ha, Nyew Bing Xiong, kelas saya nanti jangan ponteng lagi taw" Saya mengingatkan. Dia hanya diam dan berlalu keluar.

Tamat waktu mengajar kelas 1B , saya bergerak ke kelas 1RK. Perkara pertama yang saya lakukan adalah memandang sebuah meja kosong di belakang kelas di sebelah Ng Kang Wei. " Ponteng lagi " rungut saya dalam hati. Sudah masuk 2 bulan, Nyew Bing Xiong ponteng kelas saya. Makin risau dibuatkan. Dia pelajar yang berpotensi tapi kalau selalu buat perangai macam mana nak berjaya.

Selasai mengajar , memberi latihan kepada baki  pelajar yang ada dan  membuat laporan disiplin. Saya bertanya kepada pelajar yang lain.

" Nyew Biong ini pergi mana ye?
" entah  cikgu, Selalunya lepas rehat terus tak ada"
" Selain kelas saya, kelas cikgu mana lagi dia ponteng ye?'
 " hmm, entah la cikgu, Tapi rasanya kelas geografi je"

Haiz, nampak sangat la aku yang paling dibencinya. HAHAHA.

Tak apa la, bencilah cikgu. Tapi cikgu tetap sayang kamu. Ececeheceh.Cikgu tegur, marah kadang kala cubit manja tanda cikgu sayang. Adakah disebabkan saya suruh dia duduk dihadapan sewaktu  saya mengajar menyebabkan dia sering ponteng kelas saya. Sungguh kebudak-budakkan. Eh, dia memang budak pun.


 Saya rasa pendekatan saya juga perlu berubah.

Siapa yang rasa pekerjaan cikgu ini mudah, meh sini sebat dengan  saya pembaris kayu. HEHEHE.

Tapi ini serius, bantu lah saya, Saya buntu menangani pelajar begini.




Best Blogger Tips

Wednesday, August 10, 2011

kembara cinta mu teman

salam

teman yang baru ku kenali jiwanya

dalam kembara kau mencari cinta manusia
Agar ketemui cinta Tuhanmu

______________________

Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman ( moon over my obscure little town)

orang asing ( stranger)
orang asing ( stranger)
Seseorang yang asing ( Someone stranger)
Berdiri di dalam cermin ( standing in a mirror)
Tidak ku percaya aku pada pandanganan ku ( I can't believe what i see)
Begitu banyak cinta telah diambil dariku ( How much love has been taken away from me)


Aku kesepian ( my heart cries out loud)
aku kesepian dalam keramaian ( Everytime i feel lonely in the crowd)
mengeluarkanmu dari ingatan ( Getting you out of my mind)
Bak menceraikan angin dari awan ( Like separating the wind from the cloud)


Takut ( afraid)


Takut ( afraid)


Aku sangat takut ( I'm so afraid)
Kehilangan seseorang yang tidak pernah ku miliki ( Of losing someone i never have)


Gila, gila rasanya ( Crazy, oh crazy)
Gila kerana cemburu buta ( finding reasons for my jealousy)
yang tersisa hanya kenangan ( all i can remember)
 saat kau meninggalkanku sendirian ( When you left me alone)
Dibawah rembulan yang menyinari kota kecilku yang ditinggalkan zaman ( under the moon over my obscure little town )


sejauh yang dapat kukenang ( as long as i can remember)
cinta tidak pernah lagi datang ( love has turned to be as cold as December)


Bulan diatas kota kecilku yang ditinggalkan zaman  (the moon over my obscure little town )
Bulan diatas kota kecilku yang ditinggalkan zaman   (the moon over my obscure little town ) 

 Andrea Hirata-  karya Padang bulan



luluh hati, terhiba duka
Lara hati, termakan jiwa

Jenuh kau titipkan doa
Mungkin sudah tiba masa
 Tuhan jua punya segala kuasa
Agar kau ketemui bahagia

DIA kata kan Kun faya kun
hati sayang boleh jadi benci
Hanti benci boleh jadi sayang
Adakah kau dapat menduga?

Aku, dia dan DIA diatas sana
Setia menjadi saksimu yang setia

agar kau ketemui bahagia
Cinta dia yang membawa kamu ke syurga
Cinta dia yang membawa kamu lebih mencinta DIA

amin. Ibarat doamu di depan kiblatmu sudah ditunjukkan sinarnya. Mungkin

ps: chop jadi pengapit. tak kira!hehe







Best Blogger Tips

Saturday, August 6, 2011

mungkin kah ini ramadhan terakhir?

salam

Syukur Alhamdullilah. Hari ini hari ke 6 ramadhan. Waktu petang, kami bertiga ke Pasar Raya berdekatan  untuk membeli barangan berkaitan dengan hal -hal wanita ( la sangat).  Masuk satu kedai ke satu kedai. Bergema lagu raya. Eh bukan ke hari ini baru hari ke 6 berpuasa? Dah semangat nak beraya ke?  Ramadhan ini bulan berkat. Sedangkan para sahabat menangis apabila bulan ramadhan menghampiri syawal. Tapi kita sebaliknya pula (kan).

___________________________________________________

Saya membelek-belek majalah solusi keluaran terbaru, Tertarik pada satu artikel. Saya kongsikan sebahagian yang ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi disini.

Sesiapa yang tidak berpuasa dalam erti kata sebenar, hakikatnya tidak layak berhari raya, Apakah ukuran kejayaan amalan puasa seseorang?  Kejayaan puasa akan melahirkan sifat takwa dalam diri orang yang berpuasa. Allah berfirman yang bermaksud : " wahai orang yang beriman, puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa. " ( surah al-Baqarah 2: 183). Takwa ialah matlamat utama berpuasa. Jika takwa tidak terhasil, bermakna puasa itu gagal. Orang yang gagal tidak layak bergembira.

Bulan Ramadhan boleh diumpamakan sebagai sebuah madrasah. Selama sebulan umat islam perlu menjalani latihan mengawal hawa nafsu untuk mencapai takwa. Hanya mereka yang lulus dalam tempoh pengajian akan dikurniakan ijazah takwa, manakala yang gagal puasanya hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja.


------(perenggan yang berlainan)

Bagaimanakah keadaannya mereka yang tidak berjaya mencapai takwa? Mereka sebenarnya tidak layak berhari raya. Bagaimana mahu bergembira jika fikiran dibelenggu nafsu, hati masih kotor dengan dosa, fikiran masih dijajah oleh isme-isme ciptaan manusia dan pancaindera masih banyak melakukan kemungkaran?

Kalimah 'fitri' bermaksud fitrah atau tabiat semulajadi. Maksudnya orang islam yang telah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai pakej yang lain seperti solah Terawih, bertadarus al-Quran, qiamullail, zikrullah, berdoa, bersedekah dan sebagainya sewajarnya kembali kepada fitrahnya yakni seperti bayi yang baru lahir. Namun, bolehkah orang yang masih bergelumbang dengan dosa dan dibelenggu hawa nafsunya dianggap telah kembali kepada fitrahny?

tentu tidak. Aidilfitri sebenarnya tidak layak disambut oleh mereka yang belum kembali kepada fitrah. Malah mereka sepatutnya bersedih kerana kehilangan peluang membersihkan diri dalam bulan ramadhan kerana bulan ramadhan bulan penuh keberkataan, keampunan, dan kelebihan sudah berlalu. Belum ada jaminan mereka akan bertemu ramadhan akan datang.


------ (perenggan seterusnya)

apa yang membuat kita sedih , belum pun bulan ramadhan menjelma, kadangkala promosi program-program menyambut hari raya dengan cara yang salah dan mungkar ini telah pun diuar-uar.Suasana ibadah pada bulan ramadhan cuba dibunuh dengan agenda makan minum, beli -belah dan hiburan yang keterlaluan. Pesta ibadah bertukar menjadi pesta juadah. Hari membesarkan Allah telah diganti dengan hari membesarkan nafsu amarah.

Secara terang-terangan kita saksikan bagaimana Aidilfitri telah dirayakan dengan dosa. Majlis-majlis atau acara -acara penuh dengan pendedahan aurat, pergaulan bebas, pembaziran, ketawa leka dan berbagai-bagai jenis kemungkaran dilaksanakan kononnya untuk menyambut hari raya. Unsur- unsur ibadah dalam hari raya telah dileburkan dan diganti dengan unsur hedonisme yang pekat dengan dosa yang melalaikan.

" sesiapa yang ketawa ketika melakukan dosa, akan masuk ke dalam neraka dalam keadaan menangis" ( riwayat Abu Naim)


Andai ini ramadhan terhari, layakkah kita berhari raya? Best Blogger Tips

Wednesday, August 3, 2011

too random and im bored

salam


Warning:

 If you stranger or my family members  atau kawan yang bukan rapat sangat atau kawan Fb yang saya add tapi berzaman tak pernah tegur atau rakan sekerja yang bukan geng atau Perdana Menteri mana-mana negara pun atau anak raja/ sultan. Please don't read this entry. Memang tak penting pun.

A few of my great friends have tag me something on Facebook. Of course. Unfortunately, i can't open my facebook. My account is currently unavailable due to a site issue. SITE ISSUE???  No idea. Please don't ask me what i have been do. Don't worries. Its not a big crime.


 For those who knows and behind the stories, i'm fine and okey! Allah macam dah beri jawapan paling jelas. Alhamdullilah. Anggaplah berita gembira. Yang tak tahu tapi pura-pura macam tahu, tolong lah jangan menyibuk. Pleasssssssssssssee. * oh so annoying of me, apa ko bajet ko artis, Rahik*










BY THE WAY



3 0f my gossip of  girls will getting married. Well, maybe not so soon. But they are now in line. Wohooooo!~ I'm so happy for them. HA,Tolong jangan tanya saya bila pula? Rasa sakit hati sahaja nak jawab. Grrrr.

Hmmm, boleh tak aku nak minta permintaan jadi pengapit?  yes 3 of you! eyo eyo jea kan. I miss my gossip girls, my ex housemate ( yup, its include you , Intan) and my bestiee.

ps: my thinking to further my study. May be next year. InsyaAllah. Untung juga  duduk dekat  paling selatan ini. Best Blogger Tips