Dream by priscilla Ahn |
-----------------------------------------------------
Semasa itu saya tingkatan 5. Waktu hampir pukul 4 petang. Cikgu buat kelas tambahan. Saya dongak ke Awan hitam sarat dengan muatan. Bila-bila masa sahaja , titisan air akan turun.
Emak datang tepat pada masanya. Menunggang motosikal. Satu-satunya jenis kenderaan yang emak tahu bawa. Emak senyum tapi muka saya sedikit masam. Emak datang lambat. Kenapa tidak suruh sahaja ayah yang jemput dengan kereta, rungut saya dalam hati. Kita akan basah kehujanan sebentar lagi. Emak seakan mengerti rungutan saya dalam hati. Ayah ada mesyuarat. Tidak sempat saya bertanya, emak sudah memberitahu.
Saya letak beg di raga. Duduk dibelakang emak menjadi penumpang. Titis-titis air mula turun dari langit. Hujan selalunya menjadi rahmat buat manusia yang selalu bersyukur. saya mengeluh. Habislah buku-buku saya. Habislah nanti saya dan emak akan kebasahan. Baru suku jalan, hujan mula lebat. Emak berhenti lalu pangkir kan motosikal di tepi kedai.
Saya peluk erat beg. Takut buku-buku sekolah basah. Emak saya lihat sudah mula mengigil kesejukan. Tiada tanda bahawa hujan akan reda. Hujan semakin mengila lebat. Muka emak risau. Hakim yang berusia 8 tahun pada waktu itu bukan lah boleh diharap sangat untuk menjaga Ezzah yang berusia setahun. Kena lekas pulang.
Emak tekad, Hujan ini akan diredah demi anak-anak. Saya tiada pilihan. Emak sarungkan baju hujan . Hujan lebat itu kami redah. Saya peluk emak erat dibelakang. Saya tidak mahu kebasahan dan kesejukkan.Pelukan saya eratkan lagi. Kepala saya rapatkan pada belakang emak. Saya dengar jantung emak berdegup laju.
Emak boleh membuat pilihan. Dia tak perlu kebasahan dan mengigil kesejukkan jika tidak menjemput saya. Boleh sahaja disuruh jiran yang tahu memandu mengambil saya. Tapi itulah emak, sewaktu dia masih ada daya dan kudrat. Tidak mahu dia susahkan orang lain.
Dalam hujan lebat itu saya jadi terharu amat. Dia adalah ibu. Saya pernah tinggal di rahim nya seketika suatu ketika dahulu. Dalam rahim emak,bunyi degup jantung itu mungkin muzik saya. Dalam lebatnya hujan, saya jadi terkesima.
Semasa kecil, saya anak yang kuat membantah. Malah semasa berusia 6 tahun, saya sering ponteng sekolah. Semasa remaja pula, saya anak yang begitu banyak kerenah,. Sering berselisah faham dengan emak dalam banyak perkara. Minda emak kadang kala memang sukar untuk diterokai.Itu tak boleh, ini tak boleh. Kadang kala kerana perkara kecil kami bergaduh. Kenapa saya perlu patuhi banyak syarat.
Dalam hujan lebat, saya terkesima. Sewaktu berusia 7 tahun diawal persekolah. Pagi-pagi emak bangun jerang air panas sebab takut saya kesejukan. Semakin saya membesar saya semakin nakal. Tidak mahu mengaji, malah kadang kala malas ke sekolah agama. Mak marah, mak pukul tapi tiada kesan. Hati saya keras.
Kemudian saya menjadi sedikit rajin.Semasa saya kecewa mendapat 4A 1B sewaktu UPSR, mak juga yang tenteram kan saya. Usaha lagi katanya. Dalam hujan lebat itu air mata saya dan air hujan seakan senada. Mak gembira tak terkata bila saya mendapat 8A dalam PMR.
Saya jadi terpanah dengan pengorbanannya. Dia hanya mahukan saya berjaya kerana itu dia bersusah payah. Dalam hujan lebat itu, seolah-olah tersingkap segala memori.
Emak ada impian besar untuk saya dan adik-adik. Dia berdoa tidak henti-henti agak kami anak-anaknya jadi manusia berguna. Dalam hujan lebat, tiba-tiba tuhan suntikkan satu semangat dan membuka mata saya akan pengorbanan seorang ibu.Kemudian saya menjadi sedikit rajin.Semasa saya kecewa mendapat 4A 1B sewaktu UPSR, mak juga yang tenteram kan saya. Usaha lagi katanya. Dalam hujan lebat itu air mata saya dan air hujan seakan senada. Mak gembira tak terkata bila saya mendapat 8A dalam PMR.
Saya jadi terpanah dengan pengorbanannya. Dia hanya mahukan saya berjaya kerana itu dia bersusah payah. Dalam hujan lebat itu, seolah-olah tersingkap segala memori.
Dalam hujan lebat, saya seakan-akan mendapat jawapan mengapa Rasullah saw berfirman:
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
seorang lelaki datang menemui Rasullullah SAW dan bertanya
" siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan sebaik-baiknya?
Baginda menjawab; " ibu kamu"
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?'
Baginda menjawab: " ibu kamu"
Dia bertanya lagi" kemudian siapa?
Baginda menjawab"ibu kamu'
Dia bertanya lagi"kemudian siapa?"
baginda menjawab: 'ayah kamu'
----------------------------------------------
My mom:
She is the eldest from 5 siblings. Fair skin, tall, thin and have big waving hair.
Fierce but hardworking.She come from the small village in sabak Bernam where most of the villagers work as farmers.
Not well educated. She left school when her age 15. Failed her 'Sijil Rendah Pelajaran' ( now its known as PMR) and refused to continues her study.Plus my grandparent not have a lot of money.Education become the expensive things to handle. If you're fail, its much better to work rather than study.
Back then, she accidentally met my ayah when she is 19 years old. Get married. and got me at twenties. :).
You maybe thing she is the simple narrow minded person ( fortunately she not lah) . Why leave school too early if u got the opportunity to mobile your status. I never had a courage to ask her why until the opportunity comes one day. She reply with the deep breath and soft voice:
Tak pe lah emak tak belajar tinggi. Tak pandai asal kan anak-anak emak pandai, belajar tinggi.
Silent . she totally not answering my question. At least she should give some accuses, or blame somebody. From that moment i never ask her again. Biarlah itu menjadi rahsianya. She had her own reasons. Dia yang saya kenal tak mudah untuk membuat keputusan secara melulu.
However, despite from her lower academy achievement. She is the one with the big heart. She is the one with full of inspiration. She is the one who tries her best to fulfill our need. She is the one who never fail to pray to God for our success.
" kalau belajar rajin, usaha sendiri. InsyaAllah tuhan buka peluang untuk berjaya. Nanti esok lusa, kamu juga yang senang. Emak dan ayah ini tak rugi apa. Nanti orang lain pakai mewah, makan mahal-mahal, pakai baju cantik-cantik.Beli itu ini. Ko apa ada kalau malas. Melopong la tengok orang. Kalau susah, orang sekali dua boleh la tolong, tapi kalau selalu je nak minta ditolong, orang pun malas. Jangan sampai kena halau sudah la. Masa muda ini lah kena beringat, supaya tua nanti tak menyesal. "---------------> Kata-kata emak pada Hakim
well, Its took of many year to me to realize how BIG her dream to us. Her untold dream. Alhamdullilah. Selagi doa emak ada. InsyaAllah.
Buat syurgaku: Saya sayang kamu.Emak.
-----------------------------------------------------------------------------------
sedih lak baca
ReplyDeleteselamat hari ibu ibu.. hehe
ReplyDelete