Isnin. Hari pertama minggu ke tiga.
Kelas: Peralihan 1.
Waktu: 5.10-6.15 petang.
Tinggal 20 minit lagi sebelum perhimpunan pada pukul 6.15 petang, saya memandang sekilas buku tebal berwarna kuning itu. Alhamdullilah, aktiviti hari ini sudah tamat dijalankan. Otak saya ligat memikirkan aktiviti baru secara spontas agar pelajar tidak bising dan mampu dikawal.
Malas mula menguasai diri. Jadi, saya ambil kapur berwarna putih ,seraya menuju ke papan hitam dan tulis :
KARANGAN, ( m/s 140).
Baiklah semua, keluarkan buku karangan, Salin karangan di muka surat 140. SEKARANG!!.
Kedengaran sayup-sayup bunyi-bunyi tanda protes. Banyak oo cikgu.. Sakit tangan oo..
Tak pew la sakit tangan , asal awak jadi pandai kan. Budak pandai. Saya memujuk agar mereka lebih bersemangat.
Hng Wei Hoe cepat keluarkan buku. Ini salin ini. Ujar saya sambil menyelak buku teks mencari muka surat 140.
Jing Hui yang duduk di belakang sekali mengeluarkan buku. Begitu juga Teo Jing Ming. Saya tersenyum senang. Saya pergi ke tempat pelajar perempuan.
Tan Mei Yin, Nicole, Xue Ying. CEPAT keluarkan buku. Salin cepat.
Siapa yang tak siap kan dan tidak menyalin karangan , nama akan masuk rekod!!!. Sengaja saya tekan dan kuatkan suara agar seisi kelas mendengar. Beberapa orang pelajar cepat-cepat menyelak buku teks dan mengeluarkan buku karangan dari beg masing-masing. Saya mengungut agar mereka tahu kehidupan tanpa mengikut undang-undang akan mendatangkan musibah.! (eceh!)
Saya meronda-ronda sekitar kelas untuk memastikan tiada pelajar yang lega dan menyalin karangan. Aktiviti yang sangat memudahkan saya tapi mampu mengelakkan pelajar daripada bising dan bergerak dari tempat duduk masing-masing.
Saya lalu dihadap Kien Wei dan Poh Keong. Tiba-tiba Fon Keong menyapa sambil menyengih:
cikgu, Kien Wei hensem tak?
Hensem. Saya jawab sepatah sambil memandang Kiew Wei. Kenapa tanya? Ada mak we ke?
Cikgu, dia suda ada ma.
Siapa? Saya mula menunjuk kan sikap pemyibuk dan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.
Aya, saya tak boleh cakap la. . Saya mula mengecilkan mata dan memandang Poh Keong dengan pandangan yang tajam.
Oh ok cikgu! saya tak boleh bagitau. Cikgu, u tanya itu Ooi Chuah Jau la.
Saya paling ke belakang. Kedudukan Ooi Chuah Jau dengan saya hanya 2 langkah sahaja. Saya menyapa Ooi Chuah Jau yang sedang bersembang-sembang Phoon Gian Ying dan Lee Hui Wen.
Ha, Ooi Chuah JAu, siapa mak we Kien Wei nie?
Ayak, cikgu. saya tak da boleh bagitau ma. Saya lihat muka Phoon Gian Ying merah dan tersipu-sipu malu.
Oh, tunggu sebentar! Muka merah, mata tunduk-tunduk ke bawah. Otak saya lantas membuat konklusi tersendiri.
Phoon Gian Ying ke? Saya meneka.
Poh Keong yang memerhatikan kami terus berkata: Aiyak cikgu, mana u tahu ma.. cikgu tengok mereka suda pakai cincin oo.
Saya perhatikan jari Phoon Gian Ying dan Kien Wei. Cincin perak berukiran ringkas di jari manis masing-masing.
Saya ketawa kecil. Kien Wei malu-malu lalu menyiku Poh Keong yang rancak bercerita: u diam la!
HAHAHA.comel sangat budak-budak ini.
______________________________________________________
Saya memberi tugas. Bina Ayat daripada kata adjektif . Antaranya ialah membina ayat daripada perkataan sayang.
Jawapan Kien Wei: Saya sayang Phoon Gian Ying
Jawapan Phoon Gian Ying: Saya sayang Kien Wei
Jawapan Poh Keong: Kien Wei Sayang Phoon Gian Ying.------------> penyibuk!
HAHAHA.
adoi tergelak2 aku bce..aku poh keong tu.. si penyibuk..comel..haha
ReplyDeletewahahahahahaha
ReplyDeletelawak btul!
gilakkk!!
amy: ko poh keong??haha
ReplyDeleteeein: nie la yg aku nk cerita kat ko dulu. tapi ak kata suruh ko baca kat belog aku jew. hah
hehhe... cinta dibangku sekolah. comel :)
ReplyDeleteteringat pulak cinta monyet kat sekolah2 dolu. wakaka
Ijan
cikgu nye biler lagi.... :P
ReplyDelete