Wednesday, May 18, 2011

Her charm

salam,



  One of Jazihan's favorite singer

Long time ago, when we're still young. We have fans club named Jazihan 's fan club.  A fan club for Jazihan Mahat, a very great friend from high school.  Anoi spontaneously came into a fan club name since we're totally out of clue why she had  lots of secret admirer (more than us, of course).  Our Juniors loved her. Even our male classmate had crush with her. Tu belum lagi peminat-peminat group cyber dia. Banyak doh!..

-----------------------------------------
Back then. A few years ago. Current era. One day:

Jazihan pm-ed me. Whining how stress she is, how busy she is, how loneliness she is.

She try to keep focus doing the assignment but ironically  she can't. Pukul 10 malam  masih di perpustakaan. This young ladies was super duper hardworking for lifting a finger.

Dia mahu kan kawan yang boleh bercakap dengan nya, makan dengan nya, hangout dengan nya, Sangat mengada-ngada. Her childish tantrums prove that she has yet to grow up.  -_ -

well, i'm her best friend. Some says: A best friend shares the good times and help you out by listening during the bad times.  


ehem ehem : 

' go and be friend with librarian'


" Call Yana and hangout with her!"


"Pergi la jalan-jalan mana sahaja"


" Please get out from the library. They will killing u!"

Finally I'm parted with my advices to her ( via Fb chat). Clearly she don't listen. Dush!~

TIBA- TIBA ( nada dramatik!)

" eh, Rahik. Sorry. Sat na"

A few minute later:

" Maaf, tadi ada seorang lelaki minta tolong G tolong tengok-tengok kan laptop dia. Dia nak pergi solat sat"

" Oh, ha, apa kata pas nie G pergi kawan dengan dia. Kata bosan"

Bla bla bla..We even  made  jokes about that. In addition, i also give her tips HOW- TO - ASK-MAN -LIKE -(FARID KAMIL)- OUT- FOR -THE -FIRST- TIME- IF- U- SUPER- DUPER -DESPERATE- NEED- A - COMPANY. .such as: Oh saya nak pergi kafe la, sila tengok laptop saya balik, btw awak nak pesan apa-apa??

 Super lawak.

15 minutes later.

" oh, Rahika! dia dah balik dah and said thanks to me". 

3 minutes later.

" oh , Rahika he stared at me'

2 minutes and 30 seconds later

" oh, dia datang nak pinjam stapler la"

1 minutes later

" Mungkin G perasaan kot tapi dia asyik dok pandang G jew dari tadi"

Kami masih berbincang perkara yang sama dan merepek-repek. Ketawa. Jazihan was tried  hard not to laugh to loud. She in the library, remember?

Jam hampir pukul 10 malam. Jazihan minta izin nak offline dan berkemas-kemas nak balik.Perpustakaan pun dah nak tutup. See ya Jazihan. Drive carefully. Im sign off. Closed the tab and watched television.

5 Minutes later, my phone was ringing. From Jazihan.

' Hel.....'

" Rahika!! THAt GUY ASK ME FOR DInner! OMG~~ kiranya betul la tdi. G tak perasan okey! Dia memang asyik pandang pandang G jew tadi' * She laugh and screaming* ( this girl so overexcited)

' so , terima tak?'

" TAK!, HAHAHAHA' She replied back.

Forehead slap. ' Ok!'..

" HAHAHA, lawak gile, never taught our jokes will come true'

" HAHAHA..told you. Alasan jew suma kaedah nak pinjam2 barang tu".

Kami berborak-borak sekejap dan kemudian Jazihan berkata dia nak memandu pulang. Malam yang sangat indah untuk dikenang-kenang , kan?.


 * Jazihan send this picture after she tried new make up look and asked me to critic. Unfortunately i'm not the good judge. @_@ *

ps:  oh, this is not the original one. Her eyes not blue but brown, her lip not too red. Saya edit pakai xiuxiu software tg faisol bagi tapi tak paham satu apa pun sebab dalam bahasa mandarin. ( Jazihan x edit pun dah memang lawa-Pengesahan sirim).





Best Blogger Tips

Tuesday, May 10, 2011

cinta monyet mereka

salam




Isnin. Hari pertama minggu ke tiga.

Kelas: Peralihan 1.
Waktu: 5.10-6.15 petang.


Tinggal 20 minit lagi sebelum perhimpunan pada pukul 6.15 petang, saya memandang sekilas buku tebal berwarna kuning itu. Alhamdullilah, aktiviti hari ini sudah tamat dijalankan. Otak saya ligat memikirkan aktiviti baru secara spontas agar pelajar tidak bising dan mampu dikawal.

Malas mula menguasai diri. Jadi, saya ambil kapur berwarna putih ,seraya menuju ke papan hitam dan tulis :

KARANGAN, ( m/s 140).

Baiklah semua, keluarkan buku karangan, Salin karangan di muka surat 140. SEKARANG!!.

Kedengaran sayup-sayup bunyi-bunyi tanda protes. Banyak oo cikgu.. Sakit tangan oo..

Tak pew la sakit tangan , asal awak jadi pandai kan. Budak pandai.   Saya memujuk agar mereka lebih bersemangat.


Hng Wei Hoe cepat keluarkan buku. Ini salin ini. Ujar saya sambil menyelak buku teks mencari muka surat 140.

Jing Hui yang duduk di belakang sekali mengeluarkan buku. Begitu juga Teo Jing Ming. Saya tersenyum senang. Saya pergi ke tempat pelajar perempuan.

Tan Mei Yin, Nicole, Xue Ying. CEPAT keluarkan buku. Salin cepat.

Siapa yang tak siap kan dan tidak menyalin karangan , nama akan masuk rekod!!!. Sengaja saya tekan dan kuatkan suara agar seisi kelas mendengar. Beberapa orang pelajar cepat-cepat menyelak buku teks dan mengeluarkan buku karangan dari beg masing-masing. Saya mengungut agar mereka tahu kehidupan tanpa mengikut undang-undang akan mendatangkan musibah.! (eceh!)

Saya meronda-ronda sekitar kelas untuk memastikan tiada pelajar yang lega dan menyalin karangan. Aktiviti yang sangat  memudahkan saya tapi mampu mengelakkan pelajar daripada bising dan bergerak dari tempat duduk masing-masing.

Saya lalu dihadap Kien Wei dan Poh Keong. Tiba-tiba Fon Keong menyapa sambil menyengih:

cikgu, Kien Wei hensem tak?

Hensem. Saya jawab sepatah sambil memandang Kiew Wei. Kenapa tanya? Ada mak we ke?

Cikgu, dia suda ada ma.

Siapa? Saya  mula menunjuk kan sikap pemyibuk dan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Aya, saya tak boleh cakap la. . Saya mula mengecilkan mata dan memandang Poh Keong dengan pandangan yang tajam.

Oh ok cikgu! saya tak boleh bagitau. Cikgu, u tanya itu Ooi Chuah Jau la.

Saya paling ke belakang. Kedudukan Ooi Chuah Jau dengan saya hanya 2 langkah sahaja. Saya menyapa Ooi Chuah Jau yang sedang bersembang-sembang Phoon Gian Ying dan Lee Hui Wen.

Ha, Ooi Chuah JAu, siapa mak we Kien Wei nie?

Ayak, cikgu. saya tak da boleh bagitau ma. Saya lihat muka Phoon Gian Ying merah dan tersipu-sipu malu.

Oh, tunggu sebentar! Muka merah, mata tunduk-tunduk ke bawah. Otak saya lantas membuat konklusi tersendiri.

Phoon Gian Ying ke? Saya meneka.

Poh Keong yang memerhatikan kami terus berkata: Aiyak cikgu, mana u tahu ma.. cikgu tengok mereka suda pakai cincin oo.  

Saya perhatikan jari Phoon Gian Ying dan Kien Wei. Cincin perak  berukiran ringkas di jari manis masing-masing.

Saya ketawa kecil. Kien Wei malu-malu  lalu menyiku Poh Keong yang rancak bercerita: u diam la! 

HAHAHA.comel sangat budak-budak ini.

______________________________________________________

Saya memberi tugas. Bina Ayat daripada kata adjektif . Antaranya ialah membina ayat daripada perkataan sayang.

Jawapan Kien Wei: Saya sayang Phoon Gian Ying

Jawapan Phoon Gian Ying: Saya sayang Kien Wei

Jawapan Poh Keong: Kien Wei Sayang Phoon Gian Ying.------------> penyibuk!

HAHAHA. Best Blogger Tips

Monday, May 9, 2011

Emak saya yang satu itu.

salam


Dream by priscilla Ahn

Today is mother's day. To all mothers out there, happy mother day!


-----------------------------------------------------

Semasa itu saya tingkatan 5. Waktu hampir pukul 4 petang. Cikgu buat kelas tambahan.  Saya dongak ke Awan hitam sarat dengan muatan. Bila-bila masa sahaja , titisan air akan turun. 

Emak datang tepat pada masanya. Menunggang motosikal. Satu-satunya jenis kenderaan yang emak tahu bawa. Emak senyum tapi muka saya sedikit masam. Emak datang lambat. Kenapa tidak suruh sahaja ayah yang jemput dengan kereta, rungut saya dalam hati. Kita akan basah kehujanan sebentar lagi. Emak seakan mengerti rungutan saya dalam hati. Ayah ada mesyuarat. Tidak sempat saya bertanya, emak sudah memberitahu.

Saya letak beg di raga. Duduk dibelakang emak menjadi penumpang. Titis-titis air mula turun dari langit. Hujan selalunya menjadi rahmat buat manusia yang selalu bersyukur. saya mengeluh. Habislah buku-buku saya. Habislah nanti saya dan emak akan kebasahan.  Baru suku jalan, hujan mula lebat. Emak berhenti lalu pangkir kan motosikal di tepi kedai. 

Saya peluk erat beg. Takut buku-buku sekolah basah. Emak saya lihat sudah mula mengigil kesejukan. Tiada tanda bahawa hujan akan reda. Hujan semakin mengila lebat. Muka emak risau. Hakim yang berusia 8 tahun pada waktu itu bukan lah boleh diharap sangat untuk menjaga Ezzah yang berusia setahun. Kena lekas pulang.

Emak tekad, Hujan ini akan diredah demi anak-anak. Saya tiada pilihan. Emak sarungkan baju hujan . Hujan lebat itu kami redah. Saya peluk emak erat dibelakang. Saya tidak mahu kebasahan dan kesejukkan.Pelukan saya eratkan lagi. Kepala saya rapatkan pada belakang emak. Saya dengar jantung emak berdegup laju.

Emak boleh membuat pilihan. Dia tak perlu kebasahan dan mengigil kesejukkan jika tidak menjemput saya. Boleh sahaja disuruh jiran yang tahu memandu mengambil saya. Tapi itulah emak, sewaktu dia masih ada daya dan kudrat. Tidak mahu dia susahkan orang lain.

Dalam hujan  lebat itu saya jadi terharu amat. Dia adalah ibu. Saya pernah tinggal di rahim nya seketika suatu ketika dahulu. Dalam rahim emak,bunyi degup jantung itu mungkin muzik saya. Dalam lebatnya hujan, saya jadi terkesima.

Semasa kecil, saya anak yang kuat membantah. Malah semasa berusia 6 tahun, saya sering ponteng sekolah. Semasa remaja pula, saya anak yang begitu banyak kerenah,. Sering berselisah faham dengan emak dalam banyak perkara. Minda emak kadang kala memang sukar untuk diterokai.Itu tak boleh, ini tak boleh. Kadang kala kerana perkara kecil kami bergaduh. Kenapa saya perlu patuhi banyak syarat. 

Dalam hujan lebat, saya terkesima. Sewaktu berusia 7 tahun diawal persekolah. Pagi-pagi emak bangun jerang air panas sebab takut saya kesejukan. Semakin saya membesar saya semakin nakal. Tidak mahu mengaji, malah kadang kala malas ke sekolah agama. Mak marah, mak pukul tapi tiada kesan. Hati saya keras.

Kemudian saya menjadi sedikit rajin.Semasa saya kecewa mendapat 4A 1B sewaktu UPSR, mak juga yang tenteram kan saya. Usaha lagi katanya.  Dalam hujan lebat itu air mata saya dan air hujan seakan senada. Mak gembira tak terkata bila saya mendapat 8A dalam PMR.

Saya jadi terpanah dengan pengorbanannya. Dia hanya mahukan saya berjaya kerana itu dia bersusah payah. Dalam hujan lebat itu, seolah-olah tersingkap segala memori.  
Emak ada impian besar untuk saya dan adik-adik. Dia berdoa tidak henti-henti agak kami anak-anaknya jadi manusia berguna. Dalam hujan lebat, tiba-tiba tuhan suntikkan satu semangat dan membuka mata saya akan pengorbanan seorang ibu.

Dalam hujan lebat, saya seakan-akan mendapat jawapan mengapa Rasullah saw berfirman:

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
seorang lelaki datang menemui Rasullullah SAW dan bertanya

" siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan sebaik-baiknya?
 Baginda menjawab; " ibu kamu"
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?'
Baginda menjawab: " ibu kamu"
Dia bertanya lagi" kemudian siapa?
Baginda menjawab"ibu kamu'
Dia bertanya lagi"kemudian siapa?"
baginda menjawab: 'ayah kamu'









----------------------------------------------

My mom:

She is the eldest from 5 siblings. Fair skin, tall, thin and have  big waving  hair.
Fierce but hardworking.She come from the small village in sabak Bernam where most of the villagers work as farmers.

Not well educated. She left school when her age 15. Failed her 'Sijil Rendah Pelajaran' ( now its known as PMR) and refused to continues her study.Plus my grandparent not have a lot of money.Education become the expensive things to handle. If you're fail, its much better to work rather than study.


Back then, she accidentally met my ayah when she is 19 years old. Get married. and got me at twenties. :).

You  maybe thing she is the simple narrow minded person ( fortunately she not lah) . Why  leave school too early if u got the opportunity to mobile your status. I never had a courage to ask her why until the opportunity comes one day.  She reply with the deep breath and soft voice:

Tak pe lah emak tak belajar tinggi. Tak pandai asal kan anak-anak emak pandai, belajar tinggi.

Silent . she totally not answering my question. At least she should give some accuses, or blame somebody. From that moment i never ask her again. Biarlah itu menjadi rahsianya. She had her own reasons. Dia yang saya kenal tak mudah untuk membuat keputusan secara melulu.

However, despite from her lower academy achievement. She is the one with the big heart. She is the one with full of inspiration. She is the one who tries her best to fulfill our need. She is the one who  never fail  to pray to God for our success.

" kalau belajar rajin, usaha sendiri. InsyaAllah tuhan buka peluang untuk berjaya. Nanti esok lusa, kamu juga yang senang. Emak dan ayah ini tak rugi apa. Nanti orang lain pakai mewah, makan mahal-mahal, pakai baju cantik-cantik.Beli itu ini. Ko apa ada kalau malas. Melopong la tengok orang. Kalau susah, orang sekali dua boleh la tolong, tapi kalau selalu je nak minta ditolong, orang pun malas. Jangan sampai kena halau sudah la. Masa muda ini lah kena beringat, supaya tua nanti tak menyesal. "--------------->  Kata-kata emak pada Hakim yang pemalas pada suatu masa dahulu.

well, Its took of many year to me to realize how BIG her dream to us. Her untold dream. Alhamdullilah. Selagi doa emak ada. InsyaAllah.

Buat syurgaku: Saya sayang kamu.Emak.
-----------------------------------------------------------------------------------


Best Blogger Tips

Sunday, May 8, 2011

Exam



taken from John.

Works for him.

Not for me. well, cikgu ahli sihir memang macam ini, No sympathy. By the way, i'm glad subject geographic based on  formative questions.

ALL the best students .
These two weeks could be heaven for teachers but otherwise for students. Best Blogger Tips