Sunday, June 9, 2013

Statistik

Salam

Masa menjawab telah tamat
3 jam sudah berlalu dirasakan sekejap sahaja
Sekian 4 soalan statistik berjaya dijawab

Ewah ,ewah, ewah

Kertas jawapan di tengok sekali imbas
Mata tertumpu pada soalan nombor 3
Ditatap kertas, ditimbang timbang secara logik
4 markah, banyak tu

Ewah,ewah,ewah

Berfikir, rasa tak puas hati
Ambil pen hitam
Garis panjang pada jawapan
Tulis jawapan baru
Puas hati. Senyum

Ewah,ewah,ewah

Kertas dihantar pada pensyarah
Balik.

Berfikir semula jawapan tadi.

" bodoh!, dah betul dah jawapan tadi. Yang pergi betulkan apahal" marah pada diri sendiri.

Bye bye 4 markah.

Alahai, alahai, alahai,

Life must go on. Bak kata omputeh.

Manalah tahu ada hikmah. Sekali sedebuk 96 markah betul.
Kuasa tuhan, siapa yang tahu yak dak...

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment