Saturday, June 22, 2013

Jerebu

Salam

Jerebu sekarang melanda Johor. Udara semakin tidak menyegarkan dan meyesakkan.

Barangkali disana ada jawapan,
Mengapa ditanahkan terjadi bencana
Mungkin tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangsa
Dengan dosa dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita

Ebiet g ade.

Best Blogger Tips

Monday, June 17, 2013

Kebosanan

Salam

Duhai hati yang sering kebosanan
Mengadu di setiap kesempatan

Apa yang kau mahukan
Wahai hatiku yang kian
Membicarakan kekosongan

Apa yang kau rancangkan
Wahai organ pencetus fikiran
Yang sering rajin
Melagukan istilah kebobrokan

Cemerlang Neon di kota metropolitan
Memancar sinar cahaya hiburan
Yang menzikirkan lagu lagu kemanusian
Membuai jiwa jiwa kerohanian
Terapung hingga tak kelihatan

Garis pemisah untuk keseimbangan
Sayang terlalu halus membahagi garisan
Terumbang ambing mencari kestabilan
Semoga pejuang memperoleh kemenangan


Best Blogger Tips

Sunday, June 9, 2013

Statistik

Salam

Masa menjawab telah tamat
3 jam sudah berlalu dirasakan sekejap sahaja
Sekian 4 soalan statistik berjaya dijawab

Ewah ,ewah, ewah

Kertas jawapan di tengok sekali imbas
Mata tertumpu pada soalan nombor 3
Ditatap kertas, ditimbang timbang secara logik
4 markah, banyak tu

Ewah,ewah,ewah

Berfikir, rasa tak puas hati
Ambil pen hitam
Garis panjang pada jawapan
Tulis jawapan baru
Puas hati. Senyum

Ewah,ewah,ewah

Kertas dihantar pada pensyarah
Balik.

Berfikir semula jawapan tadi.

" bodoh!, dah betul dah jawapan tadi. Yang pergi betulkan apahal" marah pada diri sendiri.

Bye bye 4 markah.

Alahai, alahai, alahai,

Life must go on. Bak kata omputeh.

Manalah tahu ada hikmah. Sekali sedebuk 96 markah betul.
Kuasa tuhan, siapa yang tahu yak dak...

Best Blogger Tips