Wednesday, March 20, 2013

Setiap kesukaran ada kemudahan

Salam.

Banyak kerja tapi masa sedikit. Ditambah pula kemalasan diri yang bermaharajalela.

Dulu, pernah berazam, kalau boleh sehari 1 surah. Supaya jiwa dekat dengan tuhan. Supaya bacaan semakin lancar. Supaya tajwid semakin elok dan kena pada bentuknya.

Tapi tu la, masa selalu sahaja dilihat sedikit dan terlalu banyak kerja hingga kadangkala mendalami al quran pun dianggap remeh. Susah kan nak istiqomah. Muat turun dah perisian bacaan yang siap ada tajwid, bacaan secara langsung lagi. Yang ada makna setiap baris lagi

Tapi tu la, jari jemari ku ini lebih suka melayari di laman laman sosial, blog blog, laman laman web yang tidak berfaedah. Tuo tup... eh dah berjam habis kan waktu di situ. Tersia sia masa yang tuhan beri percuma ini.

Yang hilangnya tidak akan kembali. Tapi dicatat segala amalan berdasarkan waktu yang mana diguna sebaiknya.tu pun ,masih tak sedar diri dah la bacaan tunggang langgang. Nak menghafal maksud surah pendek boleh la ingat tu pun lupa sikit sikit.T_____T


Demi waktu,
Manusia ini dalam kerugian
Kecuali mereka yang beriman dan berpesan pesan pada kebaikan


#Surah insyhirah. Sedap nama tu. Seenak maksud pengertian. Oh hati! Cintalah kau pada al quran. Sungguh ku impikan peri laku terpuji. Mencintai akhirat dan tidak takut pada kematian.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment