Monday, March 25, 2013

Korea, kami datang ( day 1)

Salam

Penerbangan kami selamat mendarat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan di lapangan terbangan Antarabangsa Incheon, Seoul.


Alhamdullilah. Penerbangan 6 jam itu terasa sangat panjang terutamanya sekali bila saya sendiri tak dapat tidur .*sigh*

Apa apa pun,

Hello Korea!
 Here we're.
 Dari Incheon. Uncle Bob , pemandu pelancong kami dah sedia menanti. Terus kami menuju ke destinasi pertama. NAMI Island! Tak menyempat.

Dengan muka bangun pagi paling selekeh kami naik bas demi berjalan jalan melihat alam, haiwan dan juga tumbuhan. Hahaha. Ilmiah tak entry ini?

Pernah tengok cerita Winter Sonata yang gile la menjadi fenomena dekat Malaysia dahulu? Asal maghrib je bukan anak anak je melekat depan tv tu. Mak orang pun join sama. Punyalah feeling menghayati kisah cinta. Ha, dekat Nami island ini lah, tempat shooting mereka. Jadi bila drama itu jadi hit dekat luar negara. 

Ramailah pula yang datang ke Nami island itu.

Tempat dia memang menarik dan sesuai untuk riadah dengan kaum keluarga. Ramai rakyat korea berkelah, main basikal ,main guling guling mengabiskan masa dekat sini.

Oh,suhu dekat sini adalah 2 darjah celcius. Mengelatar beb gua. Mulut dah keluar keluar asap dah.Depa kat sini ada pula yang pakai skirt pendek and short. Hebat.

Btw, layan gambar ye. Sekarang kitaorang dekat Mt Sorak sambil tengok running man tanpa subtitle. 

Esok nak main salji!!
Best Blogger Tips

Wednesday, March 20, 2013

Setiap kesukaran ada kemudahan

Salam.

Banyak kerja tapi masa sedikit. Ditambah pula kemalasan diri yang bermaharajalela.

Dulu, pernah berazam, kalau boleh sehari 1 surah. Supaya jiwa dekat dengan tuhan. Supaya bacaan semakin lancar. Supaya tajwid semakin elok dan kena pada bentuknya.

Tapi tu la, masa selalu sahaja dilihat sedikit dan terlalu banyak kerja hingga kadangkala mendalami al quran pun dianggap remeh. Susah kan nak istiqomah. Muat turun dah perisian bacaan yang siap ada tajwid, bacaan secara langsung lagi. Yang ada makna setiap baris lagi

Tapi tu la, jari jemari ku ini lebih suka melayari di laman laman sosial, blog blog, laman laman web yang tidak berfaedah. Tuo tup... eh dah berjam habis kan waktu di situ. Tersia sia masa yang tuhan beri percuma ini.

Yang hilangnya tidak akan kembali. Tapi dicatat segala amalan berdasarkan waktu yang mana diguna sebaiknya.tu pun ,masih tak sedar diri dah la bacaan tunggang langgang. Nak menghafal maksud surah pendek boleh la ingat tu pun lupa sikit sikit.T_____T


Demi waktu,
Manusia ini dalam kerugian
Kecuali mereka yang beriman dan berpesan pesan pada kebaikan


#Surah insyhirah. Sedap nama tu. Seenak maksud pengertian. Oh hati! Cintalah kau pada al quran. Sungguh ku impikan peri laku terpuji. Mencintai akhirat dan tidak takut pada kematian.

Best Blogger Tips

Sunday, March 17, 2013

Cat kelas

Salam

Hari ini hari sabtu dan sesi persekolah ganti.

Masuk kelas 4MPV. Masuk masuk tengok kelas dah  kedudukan kerusi meja di tengah tengah.

" eh, nak buat apa ni"

" Kitaorang nak tampal simen dekat dinding kelas la cikgu"

" tak cat?"

"simen dulu. Baru cat"

" cikgu nak main sepak takraw." 

Kemudian, saya ke bilik guru. Pergi meja guru pjk. Pinjam bola takraw. Kasi mereka main.
Sebahagian pelajar terus menuju ke luar dataran.

Begitulah, bertukarlah kelas sains menjadi kelas pjk.

Saya memerhatikan di dalam kelas bersama 2 orang pelajar lain yang tak suka main sepak takraw. Yang sibuk mengemas fail personalia kelas.

' cikgu nak tengok x gambar budak2 ini masa kecik?"

Ketawa pecah
Naif sangat rupa mereka waktu kecil.
Dah besar, sorang sorang macam ayah orang dah.







saya memerhatikan semula ke dataran. La, apa kejadahnya. Kelas lain pun ikut main sama.
suka hati hangpa la budak. asal hangpa bahagia.



Best Blogger Tips

Friday, March 15, 2013

Sila buka muka surat 21 dan salin

*Kata saya.*

Haiiihhhhhh.* Tanda protes pelajar peralihan

Hantar hari ini juga*

Haiiiihhhhhh.*

Tak siap, tak boleh balik*

Haihhhhhhh*. Beramai ramai mereka membunyikan suara. Tanda protes.


Saya malas nak melayan. Tiada kata dua dan dwi pilihan untuk mereka.

Saya duduk di kerusi guru melepaskan penat . Jam pukul 5.50. Lagi 1 jam untuk balik.

Cepatlah masa.
Hari ini hari yang terlalu panjang.


Dari 8.30 pagi saya ke sekolah melatih pasukan bahas sekolah. Kemudian sambung mesyuarat ahli koperasi sampai tengah hari. Kemudian mohon izin nak balik rumah nak tukar baju kerja .Petang masuk mengajar 6 waktu kelas 1G, 1E dan peralihan. Siapa kata cikgu tak da kerja, meh sini ku lempang. Eh emo sungguh. * memang sengaja tulis aktiviti konon nampak macam busy gilos walaupun sebenarnya tettttttttt. Tak pe la. Blog sendiri, haruslah ingin rasa diri macam nampak hebat walaupun sebenarnya tetttttttt*

Kepenatan menyebabkan kemalasan.

Memang kalau tiba tiba mood malas datang. Habis satu buku saya suruh budak salin. Nak keji sikit. Suruh budak lukis gambar. Lebih lebih lagi pelajar peralihan.Depa ikut je lagi lagi cikgu garang. Ada berani nak lawan? Naif sungguh la.

Nak nampak ilmiah sikit tulis la objektifnya  meningkatkan kemahiran melukis dan menulis pelajar. Bukankah ilmu itu lebih mudah diingati jika dilukis atau ditulis/ dibaca secara berulang ulang. Tengok! Suci rupanya kaedah mengajar cara gini.Hahaho

 please dont give me those wrong look. Kita dan mengajar ikut lesson hari ini. Tapi. something some of them just too advance and faster than other students. budak peralihan ini kalau tak ada kerja ( sebab kerja yang siap ), dia bising, berjalan la, kacau kawan la. The most easier way to keep them in the track dan kasi dia behave well sikit dengan continues engage them with simple activities. Macam salin nota dari buku.salin karangan dari buku. Lukis gambar dari buku.


What?
Cikgu pun manusia juga.
Manusia mana sempurna.
Oleh itu cikgu tak sempurna.

Kepenatan menyebabkan kemalasan. Memang tak berkat la gaji macam ini.
Tapi atleast! Malas malas pun saya masuk kelas. Tengok pelajar depan mata, kasi kerja walaupun pelajar merunggut depa buat jugak. Daripada malas terus mengular, ponteng kerja, tipu mc, lepak tempat tempat tersorok. Itu bangang namanya. Walaupun tahun ini tahun ular ikut kelender cina, tahun ini bukan tahun mengular ok! Tahun ular. Bukan tahun mengular.

Eh teremo sungguh. * omg, nie aku kutuk kutuk, jangan la nanti aku buat.sebab melalui pengalaman hidup, selalunya apa yang kita kutuk bagai nak rak itu, itulah kita buat. Macam kau benci gilos kat seorang lelaki tu alih alih lelaki itu jadi laki kau. Macam kau benci gilo kena kahwin paksa pilihan keluarga. Lepas tu jatuh cinta. Lepas tu tiba tiba ada pihak ke3 masuk campur. Lepas tu konflik. Tapi jangan risau sebab Ending dia kompem bahagia. Oh drama melayu! Tak ke macam meludah lepas tu hirup ludah sendiri. Ha, harap faham la analogi nya disini.*( omai...ayat macam kasar sngt)

Sambung cerita. Kembali semula ke pangkal jalan yang lurus. Dimana kita tadi?

Oh ya.
Saya malas nak melayan. Tiada kata dua atau dwi pilihan untuk mereka.
Tiada lagi bunyi. Mereka akur. Senyap kelas. Alhamdullilah. Indahnya alam.
Melalui pengalaman lampau, masa yang diambil untuk melukis gambar adalah 1 jam. Cukuplah satu aktiviti. Jadi saya hanya boleh lalu lalang depan mereka check apa yang patut. Tak yah la nak mengeluarkan tenaga secara berlebihan.

Tapi kuharapkan panas hinga ke petang, hujan rupanya ditengah hari. Ada pulak yang cerdik bestari, tekap guna kertas karbon. 20 minit dah siap. Ada yang tak pakai kertas karbon 30 minit dah siap. Paling lama 50 minit. Hebat sungguh melukis. Ye la, macam omputeh kata. Practices makes perfect.


Meh kita tinjau lukisan lukisan insan terpilih.



macam macam bentuk. 
Masa masih ada lagi. Kemudian saya susun buku pelajar yang buat cantik dan kemas. 
yang kemas dan cantik, balik dulu.
yang lukis macam .................( JUST NO IDEA HOW THE DRAW LOOK LIKE)
balik lambat. 5 minit.
supaya belajar. Mengenai moral. Mengenai nilai
buat kerja jangan macam melepaskan batuk di tangga.
supaya jangan terbiasa.
supaya jangan jadi amalan.

well, kata nak menyahut cabaran wawasan 2020. Hahaha. Daa. Merepek dah entry ini.

Ps: kejadian ini lama dah berlaku. Lama terperab dalam draft. 
Best Blogger Tips