Tuesday, August 21, 2012

posto raya!!

salam

ini adalah kisah sebelum cuti sekolah panjang bermula:


Sebagai guru yang teruja nak balik kampung dan bercuti panjang, mood malas memang menguasai diri.Lagi beberapa minit jam di tangan menghampiri  pukul 5.30 petang. Bulan ramadhan waktu balik adalah awal daripada biasa. Ye memang best, kerja berapa jam je setiap hari.

Jadi bagi membuang masa yang tinggal haruslah dihabiskan dengan membuat beberapa aktiviti kurang berfaedah seperti lepak-lepak secara berjemaah sambil main game dalam hp diselang seli dengan perbualan memang lah intipatinya kurang fakta ilmiah tapi bukan gosip.


Bunyi derap derap tapak kaki orang berlari kedengaran. Budak-budak ni kalau balik, kompem riuh rendah sekolah.Mujurlah sekolah ini dibuat dengan batu batan konkrit, kalaulah sekolah ini diperbuat daripada papan, memang tak lama runtuhlah sekolah.

 Tiba-tiba dua orang pelajar menghampiri saya lalu menghulurkan sesuatu pada saya:

" Nah cikgu, selamat hari raya"
" Nah cikgu"

Kemudian cepat-cepat pergi. Macam kurang beradab tapi saya tafsirkan bahawa mereka malu sebenarnya nak jumpa saya lama-lama atau mungkin nak cepat kerja bas.

Saya terkejut tapi memandangkan saya cikgu yang cool lagi hebat, maka perasaan marah itu tiba-tiba lenyap apabila saya perasan  mereka menghulurkan kad raya pada saya.


Fuyooo. Perasaan teruja dan gembira membuak-buak.Untuk rekod, itulah kad raya 1dan 2 yang saya dapat untuk tahun ini. Kesian sungguh kan. Nampaknya amalan berbalas dan menghantar kad raya semakin kurang diamalkan.


Saya tunjuk kad yang diberi pada beberapa orang cikgu lain. Matlamat utama memang sengaja tunjuk nak kasi cemburu tapi rasanya mereka tak heran pun. Jadi objektif tak tercapai.


Tu dia, siap lukis lagi gambar depan sampul kada raya. Pertama kali dalam hidup, dapat kad raya, ada lukisan dekat sampul. 


Alolololo comelnya lagi suci. Pelukis mengambarkan saya seorang yang comel, sopan santun lagi lemah lembut . Oh sila la percaya.



kad raya dari Mugilishwaran. Thanks Mugilish

kad raya dari Ooi Chuah Jau. Terima kasih Ooi




TERIMA KASIH DAUN KELADI, TAHUN DEPAN BERILAH LAGI. 

they just made my day.

Dikesempatan ini juga, saya dan keluarga ini mengucapkan selamat hari raya. Maaf disebarang kesalahan dilakukan sama ada secara sedar, separa sedar atau pun tanpa sedar. Saya seorang manusia yang selalu melakukan kesilapan. 
Best Blogger Tips

Tuesday, August 14, 2012

Jangan disentap diri daku masuk ke neraka kerana auratmu.


salam



 Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. 
Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya.
 Jika sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman

                                                                                                                        HR Muslim




Pada masa lapang atau sebenarnya istilah lebih tepat lagi ialah sewaktu  malas melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah, saya suka melihat status teman-teman di muka buku. Kehidupan ini banyak ragam dan indah pada mereka yang suka memerhati dan mengerti. ( dengan kata lain: stalking, poking poking, taging-taging) Eceh.

Tapi pernah dengar pepatah arab yang menyebut bahawa kata-kata itu lebih tajan daripada mata pedang. Ha, adapatasi dari peribahasa itu maka peribahasa kita hari ini ialah: kerana status facebook mu, sentap hati kudus ku yang suci lagi comel ini. 

Seorang teman yang tak berapa rapat di dalam dunia sebenar menyatakan kebencian pada para wanita yang tidak memakai tudung, disumpah seranahnya . Amboi bang emo semacam. Yang menulis beremosi, yang membaca pun menjadi teremosi secara mendadak dalam kadar segera.

Baiklah, kita kena bersangka baik. Alhamdulillah, masih ada juga lelaki begini yang memandang aurat wanita sebagai kudis penyakit disebalik jutaan lelaki diluar sana yang beria-ria mengagungkan aurat wanita.

Biarpun mungkin cara nasihat itu tak kena atau pun kurang berhikmah, saya faham,cara manusia mengawal emosi adalah berlainan berdasarkan situasi. Contohnya

Ada orang marah banyak apabila wangnya dicuri.
Ada orang marah sedikit apabila wangnya dicuri.
Ada orang tak marah langsung apabila wangnya dicuri.
Malah ada orang yang suka apabila wangnya dicuri.

Tahukah anda bahawa:

1)Sehelai rambut wanita yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja balasannya 70 000 tahun dalam neraka. Ha, kalau rambut tebal berpintal-pintal kalau buat sanggul boleh  buat 2 bonggol unta, cuba banyakkan lama nya dekat neraka nanti kan. Kalau sempat insaf sebelum mati, alhamdullilah, Tapi kalaulah kita dimatikan dalam keadaan kufur dan jahil, alangkah ruginya hidup.

psss: jangan lepas ini ada pula yang nak botakkan kepala sudah la.

2) tahukah anda bahawa:

1 Hari diakhirat = 1000 di dunia.
70 000 di akhirat = ................................... sila lah kira sendiri. Jangan malas. Kalau hangpa malas (mcm daku yang tak hebat mengira ini), sekali tengok pun dah tahu lama kan.

Berbalik pada lelaki yang kasi status marah  tu tadi .

Ya, dia berhak untuk marah( tapi tak seharusnya sumpah seranah kan) . 

Apasal apa plak dia berhak marah? Aurat wanita, wanitalah yang tanggung kan. Nak bogel ke, nak tayang rambut warna warni ke, nak pakai baju seksi meksi ke. So what..dosa masing-masing kan?? Engkau Sape??

tiba-tiba ada suara lain yang menjawab: AKU SIAPA? Akulah James Boon anak pak Mat Dollah JinBom. Err 

Err..

Berbalik kita pada tajuk utama.

Ya , dia si kudus bin kudas berhak marah Kerana biarpun wanita yang buat dosa dedah -dedah aurat ini, Kesannya terpalit sama pada sang lelaki:


Tahukah anda:

3) Setiap wanita yang memilih masuk neraka akan menarik masuk 2 orang lelaki iaitu

a) Ayah kandung
b) Adik beradik lelaki
c) Suami
d) Anak lelaki kandung.

Sebab??

Sebab mereka gagal mendidik anak perempuan/ adik beradik perempuan/isteri/ibu mereka menutup aurat dengan baik.

Dan segara lojiknya, paling kuranglah lelaki yang ada dalam hidup kita adalah ayah ( kecuali nabi Isa).


Moral dari bebelan  diatas ialah;

Yang sedia menutup aurat: alhamdullialh, tingkatkan usaha. Jangan ingat perasan bagus sebab iman manusia ini turun naik. Istiqomah penting dan tolonglah jangan padang serong pada mereka yang belum menutup aurat sepenuh. Hidayah itu milik Allah. Mana tahu, esok lusa yang dikeji itu lebih bagus dari kita. Bimbing dan berilah nasihat dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Itu yang Nabi Muhammad SAW anjurkan. islam itu sendiri tersebar melalui kesabaran dan kasih sayang. Amboi, membebel lagi.


Yang belum menutup aurat: Moga-moga diberikan hidayah sebelum ajal menyapa. Berdoalah dan berusahalah.


Ingat, kita semua ini ditemani oleh 2 Malaikat. Pilihan keatas diri kita untuk menjadikan yang mana satu lebih sibuk.


sekian bebelan tamat. jom jadi insan yang lebih baik dari hari ini, Best Blogger Tips

Friday, August 10, 2012

Untung


Salam.

Kadang kala bukan kita tidak bersyukur, tetapi mungkin kita lupa untuk seketika  betapa untungnya nikmat yang tuhan beri  .

sob sob sob.






Ps: Dah masuk 10 malam ramadhan yang terakhir. Di dalamnya ada 1 malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatuqadar.

Pada zaman dahulu, para sahabat akan menangis sebab ramadhan hampir habis. Jom cari malam lailatuqadar


Best Blogger Tips

Wednesday, August 8, 2012

jauh-jauh

salam.


Mak dan abah ( err, ayah)

Kak Yong rindu sangat dekat kampung ( padahal sejak akhir2x ini tiap2x minggu  balik kot). Tapi sejak masuk bulan ramadhan, kak yong rasa ada hikmahnya berada di negara( daerah)lain.

Suasana disini lain daripada kebiasaan kita( kena masak sendiri, kena bangun sahur sendiri, terutamanya). Banyak perkara yang telah menyedarkan Kak Yong, Abah ( err, ayah). Sekarang baru kak yong faham mengenai jasa dan pengorbanan yang mak selalu kata. Itulah bila jauh baru kak yong sedar erti sebenar kehidupan. ( contoh: seperti kena bayar bil sendiri pakai duit sendiri sob sob sob. Inilah tanda kedewasaan)

Mak abah ( err ayah).

Selamat hari raya. Maaf zahir batin. ( Jumpa nanti, lagi seminggu je puasa. YEAH Yeah. Untung jadi cikgu ini, cuti memang selalu on time. HEHE)

iklan tamat.


Di inspirasi kan oleh: strangers.

moral cerita:

"Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan batu di negeri sendiri". Saya tak pasti kes kita sama tapi  selalunya saat nilai patriotik paling tinggi dalam diri sendiri adalah sewaktu berada jauh dari kampung halaman/ negara sendiri. Mungkin kita lebih menghargai bila kejauhan dan kerinduan mula melanda. Best Blogger Tips