Salam
Sila ceritakan pengalaman anda bercuti pada cuti sekolah yang lepas?
Aha, setiap kali naik sekolah, masuk sahaja kelas bahasa mesti kena buat karangan "ceritakan pengalaman anda bercuti". Gigih la buat karangan 1 pendahuluan, 4 isi utama dan 1 penutup. Semenjak jadi cikgu ini, akhirnya terungkai juga misteri kenapa para guru suka sangat suruh buat karangan macam ini.
Sebab bila naik sekolah sahaja, mood semua lari dibawa angin lalu. Saya tak tahu lah guru-guru yang lain. Tapi bagi jenis umat manusia macam saya ini yang selalunya balik hari isnin, sampai tengah hari, petang pukul 12 terus masuk mengajar ini. Mood berlibur itu masih kental dan kuat .Cara mudah dan senang adalah berikan latihan kepada pelajar.
Capai buku, terus pot pet pot pet suruh pelajar buat latihan kemudian bincang sama-sama Kecuali untuk kelas peralihan.Buat cikgu peralihan seperti saya ini yang suruh pelajar buat karangan :' ceritakan pengalaman anda bercuti'. Jawapan yang selalu saya dapat ialah
" cikgu, saya tada cuti lah"
" cikgu, itu saya duduk umah saja. Macam mana mahu buat"
" cikgu saya tak tahu mau buat macam mana"
" aiyoo. cikgu susah ma"
" Cikgu ini buat macam mana'
T________________T
Kalau tidak dibimbing secara 80% , memang la sampai dunia ini kiamat, belum tentu jawapan terisi. kemudian buat diriku sakit hati lagi. Tapi bila difikir-fikir memang salah sendiri. Pelajar lemah memang kena bimbing lebih.
Bukan susah sangat pun kalau hanya isi kan tempat kosong. Contoh.
"Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pergi bercuti ke ________________. Kami bertolak dari rumah pada pukul _________________. Ibu saya sibuk menyuruh kami______________."
Jawapan yang saya selalu dapat.
" cikgu, bercuti itu apa?"
" holiday, u tahu itu holiday?"
"ooo"
" cikgu, saya mahu letak itu Keey ell"
" cikgu, itu singapore macam mana eja?
" Bukan Singapore. SINGAPURA. S.I.N.G.A.P.U.R.A"
" cikgu, ini mahu isi apa?"
" pukul itu apa? itu buli ka?"
" pukul itu masa.Pukul 2 petang, pukul 3 petang. Contoh: saya rehat pada pukul 3.30 petang.
" cikgu, tengok dia kacau saya"
Masa ini, kalau riuh dengar suara diriku ini menjerit. Kalau lah diwaktu ini, pelawat dari kementerian datang, JPN ke datang, terkesima kaku sebentar mereka rasanya. Eleh. ko masuk mengajar cepat, biar aku tengok macam mana? oh mai got. sacratis nya diri ku ini.
Tahun lepas, saya pernah suruh dan bimbing pelajar untuk buat karangan perayaan. Almaklum lah lepas cuti raya cina kot. Harammmmmmmm..In the end of the class, Saya pula yang macam menyambut hari raya cina nya bukan mereka.
Pengalaman ini semua. Kadang kala, inilah bahan ketawa. Untung juga dapat para pelajar macam ini.Sikap sabar dan ganas saya juga semakin bertambah. Bukan senang nak didik budak supaya jadi MANUSIA.
eh, sebenarnya objektif utama penulisan hari ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya ke Cameron Highland cuti yang lalu. Selalulah terkeluar dari lantasan yang benar.
No comments:
Post a Comment