Sunday, April 15, 2012

manusia berguna

salam

Teman,

mahu ku sampaikan pada dunia. Bahawa aku mahu jadi manusia yang lebih berguna.

tapi teman,

aku juga manusia biasa, Ada hambatan masa, Ada fikiran yang suka lupa, Ada jiwa yang sering kali gusar, Ada cita-cita yang tidak tercapai.

Biarpun ku harapkan masa yang terbentang luas, Fikiran yang sentiasa cerdas, jiwa yang sentiasa tenang, cita-cita yang lurus tergapai.

Biarlah angin, bawa lah aku terbang tingig-tinggi .

Biarlah hujan, basahi aku dengan lebat,

Biarlah silih berganti hari

Aku tahu biar lambat

Aku kan jadi manusia berguna


Best Blogger Tips

Sunday, April 8, 2012

ceritakan pengalaman anda bercuti?

Salam

Sila ceritakan pengalaman anda bercuti pada cuti sekolah yang lepas?

Aha, setiap kali naik sekolah, masuk sahaja kelas bahasa mesti kena buat karangan "ceritakan pengalaman anda bercuti". Gigih la buat karangan 1 pendahuluan, 4 isi utama dan 1 penutup. Semenjak jadi cikgu ini, akhirnya terungkai juga misteri kenapa para guru suka sangat suruh buat karangan macam ini.

Sebab bila naik sekolah sahaja, mood semua lari dibawa angin lalu. Saya tak tahu lah guru-guru yang lain. Tapi bagi jenis umat manusia macam saya ini yang selalunya balik hari isnin, sampai tengah hari, petang pukul 12 terus masuk mengajar ini. Mood berlibur itu masih kental dan kuat .Cara mudah dan senang adalah berikan latihan kepada pelajar.

Capai buku, terus pot pet pot pet suruh pelajar buat latihan kemudian bincang sama-sama Kecuali untuk kelas peralihan.Buat cikgu peralihan seperti saya ini yang suruh pelajar buat karangan :' ceritakan pengalaman anda bercuti'. Jawapan yang selalu saya dapat ialah


" cikgu, saya tada cuti lah"
" cikgu, itu saya duduk umah saja. Macam mana mahu buat"
" cikgu saya tak tahu mau buat macam mana"
" aiyoo. cikgu susah ma"
" Cikgu ini buat macam mana'

T________________T


 Kalau tidak dibimbing secara 80% , memang la sampai dunia ini kiamat, belum tentu jawapan terisi. kemudian buat diriku sakit hati lagi. Tapi bila difikir-fikir memang salah sendiri. Pelajar lemah memang kena bimbing lebih.

Bukan susah sangat pun kalau hanya isi kan tempat kosong. Contoh.

"Pada cuti sekolah  yang lalu, saya dan keluarga pergi bercuti ke ________________. Kami bertolak dari rumah pada pukul _________________. Ibu saya sibuk menyuruh kami______________."

Jawapan yang saya selalu dapat.

" cikgu, bercuti itu apa?"
" holiday, u tahu itu holiday?"
"ooo"
" cikgu, saya mahu letak itu Keey ell"
" cikgu, itu singapore macam mana eja?
" Bukan Singapore. SINGAPURA. S.I.N.G.A.P.U.R.A"
" cikgu, ini mahu isi apa?"
" pukul itu apa? itu buli ka?"
" pukul itu masa.Pukul 2 petang, pukul 3 petang. Contoh: saya rehat pada pukul 3.30 petang.
" cikgu, tengok dia kacau saya"

Masa ini, kalau riuh dengar suara diriku ini menjerit. Kalau lah diwaktu ini, pelawat dari kementerian datang, JPN ke datang, terkesima kaku sebentar mereka rasanya. Eleh. ko masuk mengajar cepat, biar aku tengok macam mana? oh mai got. sacratis nya diri ku ini.

Tahun lepas, saya pernah suruh dan bimbing pelajar untuk buat karangan perayaan. Almaklum lah lepas cuti raya cina kot. Harammmmmmmm..In the end of the class, Saya pula yang macam menyambut hari raya cina nya bukan mereka.

Pengalaman ini semua. Kadang kala, inilah bahan ketawa. Untung juga dapat para pelajar macam ini.Sikap sabar dan ganas saya juga semakin bertambah. Bukan senang nak didik budak supaya jadi MANUSIA.



eh, sebenarnya objektif utama penulisan hari ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya ke Cameron Highland cuti yang lalu. Selalulah terkeluar dari lantasan yang benar.

Best Blogger Tips

Monday, April 2, 2012

meeting oh meeting

salam

sabtu. 31/3/2012

It was the end day of the month. Bye bye March. Welcome  Miss April.Please be nice toward me and as return i will promise to behave more. Tee hee.

Mac bulan yang sangat sibuk bagi saya.Hari terakhir bulan mac kami akhiri dengan mesyuarat guru. one word: BORED!

Siapakah manusia yang teruja bila ada mesyuarat? ANYONE?



                                                    even our bosses feel the same way.




Sila tengok orang-orang di belakang itu



Nota input yang kami bayangkan kami tulis /dapat sewaktu mesyuarat


  

Tapi realitinya adalah seperti ini.



Last but not least. who want join the club.Free fee. 





Best Blogger Tips